Ikuti Blog ini

Konvensyen PR: Undi Pakatan Rakyat Sebelum Malaysia Dibankrapkan BN



Undi Pakatan Rakyat sebelum Malaysia bankrap

ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diingatkan agar jangan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, sebaliknya perlu berbuat demikian pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tindakan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 amat penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat menyelamatkan negara dari kejadian itu.

Menurutnya, sekiranya undi diberikan kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, ia sudah tidak bermakna lagi kerana tindakan tersebut ternyata telah terlewat

"Jadi untuk menyelamatkan Malaysia, undilah Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini. Jangan beri undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap.

"Kalau diberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, kami pun tak nak sebab kami tak mahu dikatakan kerajaan bankrap," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.

Katanya, setiap rakyat negara ini perlu sedar, menurutnya, kenyataan mengenai Malaysia akan bankrap bukan rekaan tetapi ia diramalkan oleh tokoh ekonomi sendiri, Datuk Idris Jala dan kejadian itu diramalkan berlaku pada tahun 2019 nanti jika langkah-langkah mengatasinya tidak dilakukan.

Ramalan tersebut dibuat berdasarkan realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pemerintahan BN yang penuh rasuah, penyelewengan, pembaziran wang rakyat sehingga hutang negara semakin meningkat melebihi RM450 bilion sekarang.

Mohamad Sabu menambah, ramalan Datuk Idris itu jelas menunjukkan rakyat negara ini sudah tidak boleh lagi memberikan kepercayaan kepada para pemimpin Umno BN untuk memerintah negara ini kerana mereka ternyata gagal menyelamatkan negara dari bankrap.

"Sebaliknya jika BN menang dalam pilihan raya nanti, Malaysia akan bankrap. Kata-kata ini mesti diratib selalu kepada orang ramai bagi menyedarkan rakyat mengenai perkara itu untuk menyelamatkan Malaysia dari kemusnahan jika terus menyokong Umno BN," ujarnya.

Konvensyen tersebut dihadiri kesemua pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -Hrkh















sumber: pelbagai

TGNA Mahu BERS✔H 3.0 Digerakkan

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datok Nik Aziz Nik Mat menyeru supaya BERSIH 3.0 di gerakkan bagi memastikan Pilihanraya Umum ke-13 akan datang dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih.

Dalam perutusan yang di edarkan hari ini, beliau berkata tindakan Kerajaan Umno/BN yang di terajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakankan taktik melengah-lengahkan lapan tuntutan BERSIH 2.0 menerusi Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

"Ia satu usaha yang dipertikaikan keikhlasannya. Ini tidak lebih dari usaha pengalih perhatian umum dari menyerang SPR. Ia satu taktik supaya rakyat lupa lapan tuntutan BERSIH 2.0."

Berhubung Konvensyen yang sedang berlangsung, Menteri Besar Kelantan itu berkata perpaduan yang terjalin dengan komponen PR membolehkan PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Umno pula tidak putus-putus mengkhianati perjuangan PAS dengan menuduh PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

"Sebab itu Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk di jemput menjadi rakan dalam PR.

Sehubungan itu menurut beliau sudah tiba masanya menerusi konvensyen ini untuk menggarap dan meningkatkan kerjasama untuk menjayakan agenda BERSIH 3.0 akan menjadi sebuah realiti.

"Ini adalah usaha dan kerjasama yang pasti akan memartabatkan lagi PR selepas 901 iaitu keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kerjasama politik dalam PR memenuhi prinsip Tahaluf-Siasi yang merupakan kebajikan sejagat yang mendapat keredhaan Allah.

Justeru katanya, keadilan untuk pelbagai kaum yang diperjuangkan PR selepas 901 mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai Putrajaya. -tvsnews


Kerajaan perlu dedah daftar pengundi warga asing


ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diseru menolak politik kotor yang diamalkan di negara ini oleh para pemimpin Umno BN dengan menukar BN kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 akan datang.


Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga sehubungan itu menyeru seluruh rakyat negara ini menolak segala ciri yang menyumbang kepada politik kotor termasuk menolak pemimpin-pemimpin yang tidak berintegriti.


Menurutnya, selain itu, orang ramai juga perlu menolak pemimpin-pemimpin yang rasif dan pasif dan pemimpin yang mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.


Berucap pada Acara Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini, beliau berkata, pentadbiran Kerajaan BN ternyata gagal mencegah rasuah, malah indeks rasuah di negara ini terus meningkat dari kedudukan di tangga ke-10 ke tangga ke-6 tahun lalu.


"Aset negara yang telah dikeluarkan ke luar negara juga cukup tinggi sehingga USD291 bilion tahun lalu dan pengeluaran aset secara haram ini mestilah dihentikan," katanya.


Beliau turut mendesak pihak kerajaan dan menteri terbabit mendedahkan akaun petronas untuk pengetahuan seluruh rakyat.


Begitu juga dengan data-data berhubung pendaftaran warganegara asing sebagai pengundi di negara ini yang mesti didedahkan oleh menteri yang bertanggungjawab.


"Kerajaan BN juga mestilah melaksanakan lapan tuntutan Bersih terlebih dahulu sebelum mengadakan PRU Ke-13," ujar beliau.


Kesemua tuntutan itu telah dinyatakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen baru-baru dan ia mestilah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum pilihanraya diadakan.


"Kalau tidak tak ada gunanya kerajaan menubuhkan jawatankuasa itu," tegas beliau. -Hrkh

BERS✔H 3.0 memang wajar digerakkan daripada sekarang. Dakwat kekal digunakan tetapi daftar pemilih masih belum diberishkan. Warganegara asing pula ramai didaftar sebagai pemilih.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pemuda PR mampu menjadi peneraju utama penggerak BERS✔H 3.0 jika pihak J/K BERS✔H 2.0 sudah enggan untuk menjayakannya.

Jangan hanya bercakap, berindak sekarang. Panggil mesyuarat, tetapkan tarikhnya SEGERA.

Dan jangan berlengah sebelum kita terus ditipu SPR dan UMNO/BN. -GB

Pakatan akan hapuskan tol jika tawan Putrajaya


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan akan diambil terhadap syarikat konsesi tol dan kroni BN yang mengaut keuntungan berlebihan

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13.

“Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.

“Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion,” katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.
Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.

Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

`Jasad dan nyawa’

Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk benar – benar menjadi wakil majoriti suara kesederhanaan.

"Jika benar Umno dan BN mewakili suara kesederhanaan, tarik balik kata-kata “walau bercerai jasad dan nyawa, kita akan pertahankan kuasa di Putrajaya.”

Najib dilaporkan berkata demikian dua tahun lalu semasa perhimpunan agung Umno.
“Ini bukan kesederhanaan. Jika sederhana, terimalah keputusan rakyat,” kata tokoh veteran DAP tersebut.
Beliau turut mencabar Najib menjalankan proses transformasi terhadap akhbar Utusan Malaysia.
-freemalaysiatoday

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 capai matlamat

ALOR SETAR, 14 Jan: Para pemimpin Pakatan Rakyat berpuas hati dengan perjalanan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 dengan menyifatkannya sebagai konvensyen yang menepati matlamat diadakan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, matlamat utama konvensyen itu diadakan antara lain untuk mendengar rintihan rakyat dan matlamat tersebut berjaya dicapai setelah acara mengenainya berlangsung dengan jayanya.

"Daripada maklumat yang diperolehi itu, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu rakyat sehingga membolehkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya," katanya pada sidang media yang diadakan bersama dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu, turut berpuas hati dengan perjalanan acara perbahasan perwakilan yang ternyata memberikan impuk yang besar bukan sahaja kepada gabungan pakatan itu, tetapi juga kepada rakyat.

Beliau juga berharap agar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat pada 9 Januari lalu sebagai titik mula kebebasan kehakiman di negara ini.

"Kita berharap agar titik mula kebebasan kehakiman itu akan disusuli dengan kebebasan media dan kebebasan rakyat untuk bersuara bagi membolehkan rakyat memperolehi haknya untuk bersuara," tegasnya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, perbahasan perwakilan memberikan input yang penting kepada rakyat untuk membantu Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya.

"Rakyat amat perlu diberikan impuk yang penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya bagi membolehkan rakyat menikmati kemerdekaan yang sebenar," tegasnya.

Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, konvensyen yang diletakkan di bawah Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Induk kali ini bukan sahaja penting kepada Pakatan Rakyat, tetapi juga seluruh rakyat negara ini.

Beliau menjangkakan PRU Ke-13 mungkin akan menjadi pilihanraya paling kotor dalam sejarah pilihanraya di negara ini.

"Jadi tema konvensyen kali ini 'Bersihkan Malaysia' amat bertepatan kerana ia selaras dengan keinginan Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya bagi membolehkan negara ini bebas dari amalan politik kotor BN selama ini," tegasnya.

Turut hadir pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. -Hrkh

LUCUNYA NAJIB MAHU TOLONG RAKYAT SELANGOR, RAKYAT NEGERINYA SENDIRI PUN MENDERITA

 
Mahu tolong rakyat Selangor?  Rakyat Pahang apa macam, bro?

NAMPAKNYA Najib terlupa bahawa Selangor suatu ketika pernah ditadbir oleh Umno/Bn selama berpuluh tahun dan pada ketika itu rakyat di Selangor menderita di bawah Umno/Bn walaupun Selangor adalah negeri yang terkaya. Apabila kehilangan kuasa pada tahun 2008, sekarang barulah Najib tersedar dari lamunan bahawa selama ini Selangor terabai berpuluh tahun dahulu.

Beliau berkunjung ke Selangor semalam, maka seperti biasa cuba untuk memperbodohkan lagi rakyat di negeri tersebut. Najib berjanji untuk meringankan masalah peniaga Melayu yang menyewa lot kedai di Kompleks PKNS di Shah Alam, jika BN mengambil alih kerajaan negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib berucap isu apa di Selangor? Tiada isu yang Najib boleh perlekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Beliau bercakap tentang masalah sampah yang sering dimainkan oleh media seperti TV 3. Amat memalukan sebagai seorang PM, Najib membawa isu sampah. Selain dari itu isu apa? Tiada samasekali melainkan berjanji dan terus berjanji. Kononnya mahu meringankan beban para peniaga. Mengapa tidak dilaksanakan di negeri-negeri yang Umno/Bn perintah sekarang? Di Pahang contohnya, adakah para peniaga hidup senang lenang dan terlalu murah harga menyewa lot kedai?

"Wahai Najib, kau jangan temberang la....Tolong rakyat aku kat Pahang ni dulu beb....."
Di Pahang, sudahlah harga sewa lot kedai mahal, terpaksa pula menanggung bil air yang tinggi. Adakah air percuma 20 Liter Padu di Pahang seperti di Selangor? Ertinya, di negeri beliau sendiri pun Najib tidak mampu bantu, adakah rakyat Selangor boleh harap anak jati Pahang ini mahu membantu rakyat Selangor? Eloklah Najib balik ke Pahang dahulu dan arahkan Nan Yaakob buat seperti yang beliau janjikan di Selangor. Paling utama, suruh Nan Yaakob beri air percuma seperti di Selangor. Itu belum dikira pemberian saham RM100 setahun kepada anak-anak yang lahir di Selangor. Nan Yaakob mampu buatkah?

Kepada rakyat Selangor, anda datang ke Pahang dan bertanya rakyat Pahang apakah yang rakyat Pahang dapat dari Nan Yaakob dan bandingkan dengan apa yang anda dapat di Selangor. Nescaya jauh bezanya umpama langit dan bumi. Maka, releven kah janji Najib kepada rakyat Selangor kalau di negerinya sendiri rakyat menderita? Fikir-fikirkanlah, jangan menjadi bodoh terlampau. wfauzdin.blogspot.com

Polis SAHKAN Bom Bukan Dari Penyokong Pakatan Rakyat


"Kami percaya ini adalah kerja orang dengan latar belakang dalam bahan
letupan," kata Ketua Polis Bandaraya Timbalan Comm Datuk Mohamad Salleh.
Seorang pakar dipercayai telah membuat tiga peranti yang meletup di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semasa perhimpunan 901 lalu.
Dari serpihan yang ditemui di tempat kejadian, polis mendapat tahu yang jam penggera, bateri, penutup paip PVC , bebola besi dan paip dipasang bagi membuat  bahan letupan.

Beliau menolak kemungkinan amatur yang membuat bahan letupan, mereka membuatnya, menempatkannya dan meletupkannya dengan teliti.
"Jika amatur yang membuat peralatan tersebut, ia mungkin tidak meletup dan walaupun ia telah lakukan, ia akan meletup di mukanya," DCP Mohamad berkata.
Kepada Utusan Malaysia, jika mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh hubungi Timbalan Supt Yahaya Abdul Rahman di 019-4708946 atau 03-2115 9999.
Jangan buat tuduhan melulu sampai orang ramai kata 'Suratkhabar FITNAH No. 1 Negara'. -sumber

Jumlah Harta Kekayaan Dan Pendapatan Exco Kerajaan P. Pinang


GEORGETOWN - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri semalam.

Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

Boon Poh memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta.

Beliau juga memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu itu juga memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund.

Ketua Menteri, Guan Eng berkata, perisytiharan itu dilakukan syarikat swasta untuk memastikan perisytiharan dilakukan dengan telus.

“Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) sudah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

“Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang,” katanya kepada media semalam.

Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 serta saham amanah berjumlah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000.

Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman pula memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000.

Mansor juga memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 serta sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy pula memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan.

Beliau turut memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow disenaraikan memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000 serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000. Beliau memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000.

Kon Yeow juga memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund.

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim pula tidak mencatatkan sebarang harta miliknya melainkan Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000.

Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng pula memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh.

Beliau juga memiliki saham di Kotindak dan Kojadi serta beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang pula memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000 serta sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air, Law Choo Kiang pula mempunyai sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000 serta beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC.

Manakala Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai pula memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000 dan sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.SH

PRU-13 paling sengit untuk BN





KOTA BHARU, : Umno dan BN tidak mampu mengekang kebangkitan rakyat yang luar biasa khususnya untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, apa lagi kekuatan pembangkang dalam Pakatan Rakyat semakin padu.

Justeru itu, PRU Ke-13, dilihat sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara apabila BN bakal menerima tentangan tiga gabungan parti yang semakin hebat, PKR, PAS dan DAP.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri, PKR Kelantan, Muhammad Hisomuddin Bakar berkata demikian, ketika mengulas kedudukan PR selepas pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes liwat.

Katanya, rakyat kini sudah membuat pilihan sendiri siapa yang bakal dipilih sebagai Perdana Menteri dalam pilihanraya umum akan datang.

“Kita melihat trend rakyat kini yang inginkan perubahan sudah tidak boleh dikawal oleh pihak kerajaan lagi mahupun melalui media masa milik mereka,”ujarnya.

Menurutnya lagi, kebangkitan rakyat yang dapat dilihat sewaktu berhimpun dalam kempen pembebasan Anwar 901, hanyalah sebahagian perubaan mood rakyat ketika ini.

Tegasnya lagi, BN kini terpaksa berhadapan dengan gabungan Pakatan Rakyat yang paling kuat dalam sejarah penubuhan PR itu sendiri.

Tegasnya, semasa PRU 12 (2008), PAS dan PKR sahaja, DAP langsung bersendirian, manakala semasa PRU 11 (2004) pula DAP hanya rapat dengan PKR sahaja.

"Kini ketiga-tiganya amat rapat sekali terutama dengan apa yang diperlihatkan dalam setiap kali konvensyen Pakatan," katanya.

Esok Pakatan akan mengadakan konvensyen ke 3 di Alor Setar. Konvensyen pertama di Shah Alam (Kerajaan negeri pimpinan PKR), kedua di Pulau Pinang (kerajaan negeri pimpinan DAP) dan kini di Alor Setar (kerajaan negeri pimpinan PAS).

“Untuk persiapan menghadapi pilihanraya umum nanti, dengan sistem parti yang rosak, korupsi, dasar kerajaan yang tidak membela rakyat seharusnya ditangani secara khusus agar rakyat mengetahuinya,”ujarnya lagi.

PKR Kelantan sendiri misalnya semakin kuat khususnya dalam hubungan dengan PAS.

Sambungnya, kehadiran yang begitu ramai penyokong PR pada majlis Anwar di Machang sebelum keputusan dibuat oleh mahkamah, membuktikan sokongan rakyat terhadap PR dan Anwar semakin besar.

Selain sokongan rakyat yang terbaik untuk Pakatan, PRU 13 juga bakal mencatatkan keadaan BN yang paling teruk ekoran kehancuran satu persatu tiang-tiang untuk parti komponen BN.

BN kini seolah-olah ada Umno sahaja selepas MCA, MIC dan Gerakan sedang teraba-raba mencari arah manakala Umno pula saban hari menyusankan rakan komponen mereka.

Bukan sahaja di Semenanjong, rakannya Umno di Sabah dan Sarawak juga menghadapi masalah yang sama.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .