Ikuti Blog ini

PAS Akan Mansuhkan Faedah Perumahan Kakitangan Awam Jika Kuasai Putrajaya


KUALA LUMPUR - Di sebalik spekulasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil bila-bila masa, Pas berjanji untuk memansuhkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus yang dikenakan sekarang.Parti itu berkata perkara tersebut akan dikemukakan kepada rakan-rakannya untuk dimasukkan dalam manifesto PRU13 Pakatan Rakyat (PR).Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, usul ini akan dikemukakan kepada PR sebagai agenda bagi menghadapi PRU13.
"Kita memutuskan untuk memberi usul ini kepada PR semasa mesyuarat Biro Politik, hari ini."Jadi, apabila caj ini dimansuhkan, peminjam (kakitangan awam) tidak akan terbeban dengan caj sebanyak empat peratus yang dikenakan sebelum ini (sekarang)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.PR, yang dianggotai Pas, PKR dan DAP akan menggunakan manifesto tunggal buat kali pertama.
Perikatan belum didaftarkan ini dibentuk selepas PRU12.Sebelum PKR berjanji untuk menyediakan pendidikan percuma peringkat institusi pengajian tinggi jika menguasai Kerajaan Pusat.Baru-baru ini ia juga menawarkan untuk menurunkan harga kereta. ~sinar

Hudud: PAS akan laksana ikut saluran demokrasi

NONEKUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada.

Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu.

Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.

"PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.

"Kita akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung parti itu petang ini.

Ditanya berhubung Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang pelik bagi PAS.

"Masalah Karpal lawan tak pelik, yang kita peliknya Umno yang lawan.

"Malah (Umno) ambil langkah-langkah yang menyekat," katanya.

Beliau turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di negeri itu.

Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.

"Karpal bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.

"Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan," katanya. -Hrkh

Azwan Kagum Dengan Perjuangan Abangnya Azmin



Dulu ketika perbicaraan kes fitnah Azizan terhadap Anwar Ibrahim, Azwan Ali dilihat menyebelahi Umi Hafilda tetapi kini, sejak berubah dan mengerjakan umrah, Azwan Ali tidak gentar menunjukkan sokongan kepada Azmin Ali - Timbalan Presiden KEADILAN.


Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Enggan menyatakan parti mana yang disokongnya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.

“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya.
- petikan KD



Tulis Azwan Ali ditwitter yang memapar gambar ini:
"Slm. Besday Suprise YB@AzminAli ! Si anak usop bagi buku? The End of Barisan Nasional!"



Kempen Jijik TV3 yang dapat sambutan hangat peminat Azwan Ali. Setiap kali retweet, hasghtag #JijikTV# akan dipapar.

TERKINI! 'Bakal MB' Johor Mula Serang Ghani Othman!


Peperangan yang terhenti selepas 8 Mac 2008 kini baru saja dimulakan semula.

Semuanya kerana tamakkan wang dan kuasa dalam parti yang terus-menerus menghancurkan masa depan negara ini dan juga kedaulatannya dengan jalan rasuah dan penyelewengan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Khaled yang dikatakan sudah 'mendapat restu Istana Pasir Pelangi' untuk menggantikan Menteri Besar, Ghani Othman kini sudah mula mengorak langkah merealisasikan matlamatnya!

Pelan asalnya, menggantikan Ghani selepas pilihanraya umum lalu tetapi ketika itu sultan sekarang masih lagi bergelar Tengku Mahkot* Johor.

Manakala perdana menteri sekarang Najib Altantuya setakat menjadi timbalan kepada Pak Lah, bermakna pengaruhnya lebih besar berbanding suami Rosmah Mansor itu.

Selain itu, kehadiran Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang terpalit dengan skandal plat kereta Mei lalu dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun lalu turut menjadi indikator utama.

Apa kata kita kembali kepada sumber sahih selepas pilihanraya umum lalu dari sebuah blog pada 20 Februari 2008:


KEDUDUKAN jawatan Menteri Besar Johor masih belum beres. Sehingga berita ini ditulis pagi Selasa difahamkan Istana Johor tetap menolak cadangan agar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik ke jawatan itu mengantikan Datuk Ghani Othman lepas pilihanraya umum 8 Mac ini.

Sumber-sumber memberitahu Agendadaily usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk mendapat restu Sultan Johor berhubung soal itu tidak berhasil.

Perdana Menteri telah telah terbang ke Johor Bharu sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO awal petang Khamis lalu untuk mengadap baginda.

Sumber berkenaan bagaimanapun berkata tidak pasti atas sebab apa nama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ditolak.

Ikut ceritanya jika tiada halangan dari pihak Istana, Khaled yang kini ahli parlimen kawasan Pasir Gudang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Ghani yang kini mewakili DUN Serom pula berpindah ke kerusi parlimen.

Bukan satu rahsia lagi cadangan mengantikan Ghani dengan Khaled mengetuai kerajaan negeri Johor sudah dibuat sejak pilihanraya Mac 2004.

Ia bagaimanapun tiba-tiba berubah disaat akhir berikutan campurtangan pihak Istana.

Berikutaan perkembangan terbaru ini tanda tanya yang masih belum terjawab lagi apakah Ghani akan kekal bertanding kerusi DUN dan kelak kekal sebagai Menteri Besar.

Dalam pada itu kedengaran juga dua nama baru muncul dalam senarai yang disebut-sebut calon alternatif kepada Khaled.

Mereka ialah Timbalan Menteri Kesihatan Dr Abdul Latif Ahmad yang juga ahli parlimen kawasan Mersing dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Mohd Ali Hassan.



Kini desakan Khaled supaya memandang serius dan menyegerakan proses pemberian hak milik tanah yang dipohon penduduk di 10 perkampungan setinggan di Parlimen Pasir Gudang nampaknya petanda jelas terhadap usaha itu.

Khaled berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Ghani diharapkan dapat mengotakan janji dibuat ketika Bajet Negeri Johor 2003 untuk memberikan hak milik tanah yang diterokai kepada penduduk.

Menurutnya, kira-kira 10,000 penduduk di kampung terbabit sudah lama bersabar untuk mendapatkan hak masing-masing ke atas tanah yang mereka terokai sejak 20 hingga 100 tahun dahulu.

“Usia perkampungan terlibat ada yang mencecah sehingga 100 tahun dan sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat, hak mereka selaku peneroka awal kampung berkenaan harus diiktiraf dengan memberikan (hak milik) geran tanah yang telah dijanjikan.

“Umno Bahagian Pasir Gudang sudah kemukakan kepada Kerajaan Negeri mengenai tanah-tanah ini dan sehingga hari ini, hanya Kampung Pasir Gudang Baru sahaja yang telah mendapat geran masing-masing (Notis 5A),” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, hal berkenaan perlu dibangkitkan semula memandangkan ia berkait rapat dengan tema Hari Merdeka iaitu ‘55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’ dan juga sempena menyambut Aidilfitri.

“Tema ini menunjukkan bahawa apa yang kerajaan buat dan janjikan, sentiasa cuba dicapai dan dilaksanakan. Oleh itu, kita berharap apa sahaja perkara yang perlu dilaksanakan di Parlimen Pasir Gudang dapat dilaksanakan.

“Kita tidak mahu perkara-perkara yang dijanjikan kepada rakyat tidak tertunai sekali gus mencemarkan nama baik kerajaan.

“Justeru, saya berharap dalam mengambil kira tema Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, Kerajaan Negeri dapat menunaikan janji mengenai soal tanah setinggan yang dipohon penduduk,” katanya.

Mohamed Khaled juga percaya Kerajaan Negeri mampu mengendalikan isu berkenaan dengan kadar segera walaupun tanah di kampung terlibat dimiliki oleh dua pihak iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Teguh Tebrau Berhad.

Katanya, KPRJ adalah milik penuh Kerajaan Negeri dan dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengotakan janji yang telah dilafazkan, manakala tanah milik Teguh Tebrau diharap dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

“Beberapa penyelesaian telah dicadangkan termasuk menukar pemilikan tanah kerajaan di tapak bekas Penjara Air Molek, di sini dengan tanah milik syarikat tersebut yang menempatkan sebahagian kampung berkenaan.

“Apabila ia berjaya dilaksanakan, saya rasa isu pemberian geran tanah itu tidak lagi menghadapi sebarang masalah besar,” katanya.

[JANJI DITEPATI] Selepas "Rampasan Perak" U HELP ME, I HELP U


Setelah menjadi kontroversi dalam rampasan kuasa Perak sehingga Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan pada 4 Februari 2009, terkini Zaki sah menjadi Pengerusi Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH).

Zaki menggantikan Badri Masri berkuat kuasa 15 Ogos lalu sekaligus dilantik sebagai ahli lembaga pengarah terbaru.

Kontroversi melibatkan Zaki bermula apabila ia berhubung kait dengan pemberian konsesi bernilai RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) kepada dua tokoh yang terlibat dengan rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di Perak termasuk Zaki sendiri.

Seorang lagi adalah penasihat undang-undang Umno, Hafarizam Harun.

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pada 21 Februari lalu berkata, Hafarizam merupakan pengarah dua buah syarikat yang menerima konsesi tersebut Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

“Sementara isteri Zaki Azmi merupakan pengarah syarikat Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya.

“Kenyataan syarikat tersebut sendiri menyatakan mereka berhasrat menjadi “Syarikat Kejuruteraan Rel Utama di Malaysia dan Rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mahu Najib menyatakan pendiriannya berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009 yang menyatakan “seorang hakim akan, pada masa pelantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua.

Adakah ini rasuah? Tak tau!

Adakah ini konflik kepentingan? Tak tau!

Adakah ia sekadar satu kebetulan bahawa semua orang-orang yang terlibat dalam memberikan Perak kembali kepada Umno berlaku untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dalam projek RM2.2 bilion-lebuhraya?

ADA MATA TENGOK, ADA TELINGA DENGAR..... ADA OTAK BUAT PENILAIAN SENDIRI...

-PR Supporters

Zaki Azmi dilantik Pengerusi AMH

AHLI Lembaga Pengarah Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH) melantik Tun Zaki Azmi sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusinya yang berkuat kuasa 15 Ogos lalu, bagi menggantikan Datuk Badri Masri yang menarik diri.

Bagaimanapun, Badri masih kekal sebagai pemegang jawatan Pengerusi Astro Holdings Sdn Bhd.


Dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, baru-bari ini, Zaki juga mempengerusikan Jawatankuasa Tadbir Urus Korporat dan Nominasi bagi Lembaga Pengarah itu.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Datuk Rohana Rozhan berkata, Lembaga Pengarah amat berbangga apabila Zaki menerima pelantikan itu.


“Kami yakin pengalaman luas beliau pasti memberi sumbangan signifikan ke arah tanggungjawab dan tadbir urus korporat syarikat,” katanya.


Sementara itu, menurut Zaki, Astro adalah satu jenama terkemuka dan memainkan peranan utama dalam industri digital Malaysia.

“Saya amat teruja apabila diberi peluang untuk turut serta dalam pembangunan dan pertumbuhan jangka panjang syarikat terkemuka ini,” katanya ketika ditemui.
HM

NAJIB PANGGIL SEMUA MENTERI : PARLIMEN BUBAR?

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Perdana Menteri, Najib Razak memanggil semuia menteri kabinet mengadapnya hari ini.

"Kita mendapat maklumat, Najib memanggil semua menteri kabinet mengadap beliau hari ini, mungkin parlimen akan dibubarkan, ada berani ke Najib bubar parlimen sekarang".
"Kita tidak kisah parlimen bubar bila-bila pun, kita sudah lama bersedia, esok, lusa, bulan hadapan atau tahun hadapan sama sahaja" ujar beliau.
Salahuddin berkata demikian pada ceramah majlis malam bintang dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Pay Fong, Bandar Melaka anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Baru malam tadi.
Turut berceramah malam tadi ialah Bob Lokman, Aisyah dan pimpinan PR negeri Melaka.

Majlis tersebut dihadiri lebih separuh oleh kaum Tionghua di seluruh negeri Melaka.
Mungkinkah Parlimen akan dibubarkan selepas Najib menyampaikan amanat kepada semua menteri.

Kenyataan Mahathir Seperti Mengakui Pakatan Rakyat Sebagai "Malaikat Yang Dikenali"!


Prestasi Pakatan Rakyat mentadbir empat buah negeri dengan baik membuktikan yang ianya layak diberi mandat memerintah negara.

Dalam menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, pemimpin Pakatan dari Pas, DAP dan PKR berkata prestasi dan pencapaian Pakatan sudah diketahui manakala keburukan Umno-BN juga disedari umum.

Kata mereka, Dr Mahathir secara tidak langsung mengakui bahawa pentadbiran Umno-BN penuh dengan kejahatan manakala Pakatan dilihat sebagai penyelamat kepada kepincangan Umno-BN.

Mereka juga berkata melalui pentabirannya di Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah, Pakatan sudah membuktikan yang ia mengamal dasar dan pendekatan yang lain dari Umno-BN di mana pembangkang dan rakyat diberikan hak bersuara.

MP Puchong, Gobind Singh Deo berkata, sekiranya Pakatan mentadbir Putrajaya, Ahli Parlimen dan Adun Umno-BN tetap diberikan peluang menyuarakan pendapat mereka demi kebaikan rakyat.

“Selangor yang ditadbir Pakatan sebagai contoh, memberikan peluang kepada setiap Adun Umno-BN memberikan pendapat dan pandangan mereka di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mereka juga diberikan peluang menganggotai jawatankuasa khas DUN seperti Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (SELCAT) serta berpeluang menjadi ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),
” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Di dalam satu kenyataan di blognya chedet.com Dr Mahathir menyeru rakyat Malaysia agar tidak memberi “mandat percubaan” kepada Pakatan walaupun untuk memerintah pada satu penggal.

Dr Mahathir juga berkata jika Pakatan berjaya menguasai Putrajaya, ia akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kuasanya dengan apa cara sekalipun.

Dalam kenyataannya, Mahathir berkata :

“Rakyat hanya perlu mendesak BN untuk melakukan perubahan yang rakyat mahukan. Syaitan yang dikenali adalah lebih selamat dari malaikat yang tidak dikenali.”

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad berkata Pakatan tidak akan menjadi seperti Umno-BN jika mentadbir Putrajaya kelak.

“Pakatan mempunyai dasar menerusi Buku Jingga, ianya adalah untuk kepentingan rakyat.

“Umno-BN juga diberikan ruang di media massa untuk memberikan pandangan berkaitan dengan rakyat,” katanya yang juga MP Shah Alam.

Manakala Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata kenyataan Dr Mahathir itu menunjukkan ketakutan Umno-BN dengan kehilangan kuasa pada pilihanraya umum akan datang.

“Kenyataan yang dibuat Mahathir mencerminkan Umno-BN kini semakin takut kehilangan kuasa dan kekayaan.

“Malah mereka takut kegiatan pembongkaran salah guna kuasa akan diketahui rakyat,” kata MP Batu itu yang juga dikenali sebagai Tian Chua. -selangorku
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .