Ikuti Blog ini
Tips Apabila Berdepan Dengan Polis , at 12.11.09,
1. Tanamkan di fikiran anda polis-polis ni cuma manusia manusia macam kita, hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Yang berbeza cuma uniform yg mereka pakai (tu pun dibeli hasil cukai yang kita bayar!)
2. Tanamkan di fikiran anda polis-polis ini cuma kuli batak kerajaan/rakyat sebab kita yang bayar gaji mereka. Sepatutnya mereka yang menghormati kita dan bukan sebaliknya.
3. Apabila anda ditahan polis di jalanraya anda jangan sekali-kali turun dari kenderaan anda. Jika anda diarahkan turun sila cakap anda kena cepat kerana anda ada urusan ditempat lain. Bagilah apa saja alasan-alasan yang logik.
4. Jangan buat muka takut atau muka 10 sen bila anda berhadapan dengan polis.
5. Kalau betul anda melakukan kesalahan (cuba jangan lakukan) minta maaf dan kata anda tak perasan/terlupa. Jangan sekali-kali beri tanda untuk bagi rasuah.
6. Kalau polis tu berulang kali mengatakan anda melakukan kesalahan katakan saja dengan tenang "Kalau encik nak saman, saman je la... dah nasib saya nak kena saman hari ni...". Kalau anda dilepaskan ucapkan syukur pada Allah tapi kalau anda kena saman jugak bersabar je la...
7. Jangan sekali-kali cuba lari dari sekatan polis, anda mungkin akan terlibat dengan kemalangan atau ditembak macam penjenayah!
Abu Hasan bukan lagi ADUN: Speaker Kedah , at 12.11.09,
Beliau berkata, Abu Hasan telah hilang kelayakan selepas ADUN Kota Siputeh itu gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah buat keputusan yang lain, saya anggap bertentangan dengan peruntukan 51 UTKK, jadi saya minta kepada mahkamah semak semula keputusan SPR.
“Jadi sementara nak semak, mengikut pandangan kita, kedudukan dia (Abu Hasan) bukan lagi anggota Dewan sejak 17 Ogos lalu, tidak timbul subjudis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Beliau diminta mengulas isu pembatalan surat jemputan kepada Abu Hasan bagi menghadiri sidang DUN pada 17 November ini.
Abdul Isa berkata, surat berkenaan telah dihantar secara umum yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan kepada anggota-anggota dewan.
“Setelah mendapati surat berkenaan turut dihantar kepada beliau (Abu Hassan), saya sendiri telah membatalkannya,” katanya. - Bernama
Wang Ehsan sepatutnya diberi pada kerajaan pusat , at 12.11.09,
”Demikian tegas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas menyampaikan kuliah perdana di Masjid Majidiah, Pasir Puteh dekat sini.
Mengambil kira fakta perjanjian awal tahun 1970-an berhubung perkara berkenaan, Nik Aziz berkata, keputusan yang dibuat kerajaan pusat adalah terbalik dan bercanggah kerana mengingkari perjanjian yang jelas mengatakan royalti hasil daripada pengeluaran bahan api itu menjadi hak milik mutlak rakyat Kelantan.
Oleh yang demikian tiada sebab kerajaan pusat menukar ganti istilah royalti kepada wang ihsan. lagi disini