Ikuti Blog ini

Ansari, Bakal Ketua Menteri Sabah Satu Hari Nanti

Patah Sayap Terbang Jua, Terkehel Tangan Berjuang Juga

Dango Mamamat menulis di blognya dengan tajuk Terima kasih Pak Ansari: Tahniah teman kepada calon PKR di PRK Batu Sapi, Pak Ansari. Pak Ansari telah berjaya mendedahkan kedaifan kerajaan BN Sabah.

Dua kali BN Sabah dimalukan oleh Pak Ansari. Tidak payah buka dokumen, tidak payah repot polis. Hanya meniti di titi reput dan ambil risiko basah kuyup. Biarkan BN gelak, biar mereka kata apa-apapun.

Janji rakyat dapat melihat dengan mata sendiri betapa rakyat Sabah yang selama ini begitu setia dengan BN telah diabaikan oleh Kerajaan 1 Malaysia. 1Malaysia tahu yang rakyat miskin ini bukan minta tanah, mereka hanya minta titi ...

Adalah dijangka bahawa dua peristiwa ini akan merupakan satu petanda yang memungkinkan Pak Ansari memenangi PRK Batu Sapi. Selepas hari penamaan calon, calon PKR dilabel sebagai kacau daun kepada BN dan SAPP. Tetapi dengan peristiwa dua kali titi patah, rakyat tanpa mengira status dan kedudukan mula mempertimbangkan semula calon mana yang harus diundi.

Calon mana yang hampir dengan rakyat? Calon BN? Jangan harap. Jikalau mendiang suaminya semasa menjadi wakil rakyatpun tidak menyedari ada titi reput di kawasannya, apakah datinnya akan memperjuangkan nasib rakyat?

Yong Teik Lee? Lagi tak boleh pakai. Pernah jadi KM Sabah. Ketika berkuasa dia tidak ambil pedulipun pasal rakyat miskin yang minta titi baru. Takkan dalam keadaan tidak berkuasa dia mampu mengadakannya.

Sama ada Pak Ansari menang atau kalah, selepas ini titi yang patah akan diganti dengan yang baru. Kerajaan Musa Aman tidak mungkin sanggup dimalukan lagi. Jikalau titi tidak diganti sebelum PRU13, rakyat akan menjauhi BN. Tetapi di hati kecil rakyat kita boleh mendengar kata-kata mereka, terima kasih Pak Ansari.

Kepada semua pengundi di PRK Batu Sapi, selamat mengundi.




Ramai yang mentertawakan calon PR yag jatuh ke laut. Dan banyak pula andaian-andaian nakal ekoran dari peristiwa itu. Ada yang menyatakan suwehnya nasib Ansari.

Apakah rahsia di sebalik kejadian tersebut lansung tidak diteroka dan dibaca.

Ansari bakal kalah kali ini. GB juga turut menerimanya. Tetapi jangan tersekat di situ cuma.

Namun daripada peristiwa dua kali jatuh ke laut, ia adalah petunjuk besar dari Ilahi bahawa orang yang bernama Ansari ini perlu "dibenamkan" di dalam laut Sabah - bermaksud Ansari perlu bergelumang dengan rakyat Sabah. Benar-benar bergelumang sehingga dua kali berada di lautan rakyat.

Kemudian Ansari bangkit dari lautan rakyat itu - dengan penuh sedar dan keinsafan bahawa rakyat Sabah memang perlukan pembelaannya. Hanya Ansari yang mampu membawa perubahan. Dan hanya Ansari dipilih Tuhan untuk dijatuhkan ke dalam laut Sabah itu.

Kedua, orang yang bersama dengan Ansari ketika itu ialah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Apakah petunjuk dari peristiwa itu? Nasib Ansari akan mengikuti apa yang telah dilalui Khalid. Khalid kalah di Ijok di dalam pilihanraya kecil. Dihina, dicaci, ditohmah dan pelbagai lagi. Tetapi kemudiannya beliau menang besar di Ijok dan menang juga di Parlimen. Diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Ya, Ansari akan menerima nasib yang serupa dengannya.

Pemerhatian GB: Ansari bakal Ketua Menteri Sabah satu hari nanti.

Nak makan daging Kijang atau Rusa malam ni?


Pertarungan merebut Piala Malaysia bakal berlangsung malam ini.Lagi sekali pertembungan antara Kelantan dan Negeri Sembilan.Ibarat ulangan perlawanan akhir 2009.

Kelantan yang dikenali sebagai skuad kijang,manakala lawan yang bakal digomonya pula digelar skuad rusa.Sama cantik sama padan pertemuan ini,bagai sirih pulang ke gagang,bagai sms pulang ke handphone.

Antara kijang dan rusa,yang mana bakal rebah dan dikorbankan malam ini? Jika yang kalah akan dijadikan gulai,semestinya ribuan penonton menanti penuh debar samada mereka akan merasa gulai daging kijang atau rusa pada malam ini.Kedua-duanya sedap dan menyelerakan.

Undian blog ini menunjukkan kijang menjadi pilihan untuk menang berdasarkan pungutan undi 78% memilih Kelantan.Namun bagi penulis pula,skuad yang diramalkan kalah pada malam ini ialah kijang.Bukan kerana penulis seorang penyokong skuad rusa dan bukan juga kerana daging kijang lebih sedap daripada rusa tetapi berdasarkan rekod perlawanan samada dalam liga ataupun sepanjang peringkat awal Piala Malaysia.Skuad rusa lebih konsisten.Selain dari itu,rusa juga mempunyai tanduk yang berbisa berbanding kijang. kehkehkeh!!!Namun untuk merealisasikan ramalan ini rusa harus sentiasa berwaspada kerana kijang mempunyai otak yang cerdik dan mampu mengelak daripada digulai.


Penyokong pasukan masing-masing sudah memenuhi perkarangan Stadium Bukit Jalil sejak awal pagi tadi.

Ayoyo, dia sudah kasi worning ...?

"Kata Samy Vellu, pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali.

“Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India?” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Tanpa sokongan orang Cina dan India, BN menang di hampir 70 kerusi,” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput yang pernah menyebut beliau menang di kerusi itu pada 1990 kerana sokongan pengundi Melayu.

Sebaliknya pemimpin veteran ini yang menerajui MIC sejak tiga dekad lalu juga menegaskan, undi orang India sangat penting dalam pilihan raya umum akan datang."

Sedutan dari sini.

Ahmad Maslan Hina Sultan Kelantan

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai kedatangan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke satu kawasan di Gua Musang sebelum ini.

Kedatangan Sultan Muhammad sebelum ini dipercayai berkaitan masalah tanah yang dihadapi sekumpulan masyarakat di kawasan tersebut.

"Tapi kalau sultan sendiri kena datang selesai, nampak sangat kerajaan negeri tak boleh selesaikan (masalah)," kata Ahmad ketika bercakap kepada pemberita di bilik gerakan BN di Bukit Cekati hari ini.

Beliau menjawab soalan berkenaan yang sebenarnya diajukan kepada calon BN Abdul Aziz Yusof.

Turut ditanya ialah sebab kedatangan Sultan Muhammad V ke kawasan itu sebelum ini, yang ketika itu bergelar Tengku Mahkota Muhammad Faris Petra.

Isu mengenai kedatangan Sultan Muhammad V ke kawasan pilihan raya kecil DUN Galas timbul semalam apabila desas-desus mengenainya dikutip oleh sebuah blog.

Pengelola istana Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad semalam bagaimanapun menafikan desas-desus bahawa Sultan Kelantan akan menyertai kempen pilihan raya kecil DUN Galas.

Apa yang diucapkan oleh Ketua Penerangan UMNO itu adalah sesuatu yang biadab dan sikap tidak hormat kepada Sultan Kelantan.

Beliau (Ahmad Maslan) sendiri mengakui tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku sedangkan Sultan Kelantan sebenarnya adalah seorang yang berjiwa rakyat, yang mahu turun ke padang bersama rakyat, sentiasa menyelami masalah rakyat dan sentiasa berada bersama rakyat.

Contoh, apakah apabila Sultan Kelantan sendiri menyembelih lembu misalnya disebabkan oleh "masalah rakyat" yang takde seorang pun pandai sembelih lembu? Tidak samasekali! Tetapi adalah kerana Sultan Kelantan merasakan dirinya sebagai sebahagian anggota rakyat dan apa yang dilakukan oleh Sultan Kelantan itu amat disenangi dan disayangi oleh rakyat Kelantan sendiri.

Bgitulah halnya dengan apa-apa juga dengan tindakan Sultan Kelantan termasuk datang ke Gua Musang untuk menyampaikan geran tanah. Ia adalah kehendak Sultan sendiri yang ingin bersama rakyat, yang ingin melihat senyum wajah rakyat di bawah naungannya.

Bukan macam kamu di dalam UMNO yang sebat segala hak rakyat, yang suka melihat rakyat menderita. -GB

Bekas calon BN maki hamun rombongan MB

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, sebentar tadi.

(GAMBAR: Mohd Nor Idris memaki rombongan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas)

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

(Gambar: Bekas Adun Galas, Haji Omar (baju batek biru) menyambut Nik Aziz dan rombongan dengan mesra tetapi Mohd Nor yang ada di situ memaki orang)

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Aksiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah. -Hrkh

Pergi baju merah, pulang baju hijau



GUA MUSANG, 30 Okt: Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman mengingatkan 200 penyokong bola sepak Kelantan dari Dun Galas yang akan ke Bukit Jalil supaya menjaga disiplin sebagai seorang penyokong yang berhemah.

Katanya, para penyokong seharusnya menjaga kewajipan sebagai seorang Islam sebagaimana tuntutan agama.

"Islam tidak menghalang umatnya menyertai apa-apa aktiviti termasuklah bermain atau menonton apa jua bentuk permainan sukan termasuk bola sepak asalkan ia tidak bercanggah dengan norma-norma agama.

"Sebab itu kerajaan PAS sentiasa menyokong aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua ummah. Cuma satu perkara yang perlu kita jaga ialah, elakkan diri daripada keghairahan yang melampau sehingga menyebabkan kita lalai terhadap kewajipan kita sebagai umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan pelepasan konvoi lima buah bas membawa 200 penyokong bola sepak Kelantan ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi tadi, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan.

Hadir sama calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed serta barisan kepimpinan Pemuda PAS negeri.

Abdul Latiff mengharapkan Kelantan dapat mencipta sejarah menerusi aksi perlawanan akhir yang akan berlangsung malam ini untuk menjulang juara piala Malaysia yang sememangnya menjadi idaman rakyat Kelantan selama ini.

"Insya Allah kita akan bertemu dengan dua kemenangan selepas ini. Satu, menang Piala Malaysia. Kedua menang Pilihan Raya Kecil di Galas.

"Jadi, hari kita pergi dengan memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada skuad bola sepak kita, insya Allah pulang nanti dengan memakai baju hijau," katanya sambil disambut laungan takbir.

Beliau turut mengingatkan para penyokong yang mengikuti rombongan tersebut agar selain pergi dengan semangat kesukanan tetapi tidak lupa untuk menjaga sembahyang sebagai ibadat fardhu.

Abdul Latiff berkata, Pemuda akan menempatkan seorang wakilnya sebagai ketua pada setiap buah bas yang membawa rombongan bagi menjaga segala keperluan yang berkaitan.

"Wakil Pemuda ini akan menyusun segala perisian yang perlu kepada penyokong seperti menjaga waktu sembahyang dan tazkirah semasa dalam perjalanan," jelasnya.

Sementara itu, dalam ucapan ringkas Dr Zulkefli berpesan kepada para penyokong supaya menjaga akhlak diri ketika menyaksikan perlawanan akhir yang dilihat agak sengit ini.

"Jaga disiplin. Jaga nama baik negeri kita, negeri Kelantan. Saya doakan selamat pergi dan selamat kembali untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan pilihan raya kecil Galas menjadi milik kita," ujarnya. -Hrkh

Gambar : Kaum Cina Bersemangat Bantu Calon PAS



























Kempen 'Pertahankan Galas Kito, Sokong Dr Zul! Undilah PAS!'

Ramai terkejut kunjungan Tok Guru, Dr Zul ke hospital


GUA MUSANG : Kehadiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama calon PAS Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamed ke Hospital Gua Musang pagi tadi mengejutkan banyak pihak termasuk pesakit.

Ramai pesakit terkejut dengan kehadiran Menteri Besar pada jam 8.45 pagi dan sempat melawat pesakit di wad dengan ditemani pegawai perubatan.

Malah pada kesempatan itu juga beliau dan Dr Zul menziarahi anak seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada awal pagi.

Tuan Guru tidak sempat hendak menziarahi lebih ramai pesakit kerana terpaksa bergegas pulang bagi menghadiri program penutup Pesta Air Kelantan di Kota Bharu pada sebelah petang.

Dr Zul ketika ditemui berkata, beliau melahirkan rasa terharu di atas sokongan padu seorang ulama terkenal ketika saat-saat genting bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November ini.

“Saya amat terharu di atas sokongan Tok Guru yang sanggup berulang alik dari Kota Bharu ke Gua Musang. Saya sangat terharu di atas komitmen tinggi beliau biar pun dalam keadaan kepenatan namun tetap datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu kehadirannya ke hospital dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana menziarahi pesakit sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan mereka.

“Ajaran Islam sendiri amat menuntut umatnya menziarahi sesiapa sahaja yang sakit dan kalau ada kematian, kita juga disuruh membantu keluarga tersebut sehinggalah ke tanah perkuburan,” ujar beliau.

Selepas lawatan tersebut beliau bergegas ke RPT Sungai Terah menghadiri program Cakna Rakyat kemudian menunaikan solat di Masjid Batu Papan.

Pada sebelah petang menziarahi kematian seorang penduduk. Manakala sebelah malam menghadiri ceramah di Markas Penerangan dan Pasti Lepan Tupai. -Hrkh






PRK Dun Galas >> Presiden PAS yakin menang di Galas 4 Nov ini



Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata peluang PAS untuk menang serta mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas dalam pilihan raya kecil ini cerah. Ini kerana, katanya calon PAS Galas, Dr Zulkifli Mohamad pernah menang undi dun berkenaan mengalahkan Tengku Razaliegh pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

"Peluang menang, InsyaAllah kerana undi kita telah menang mengatasi Tengku Razaleigh dengan lebih 300 undi. Undi Parlimen 2008, Dr Zulkifli bagi Dun Galas menang mengalahkan Tengku Razaleigh. Itu sudah jadi undi kita," jelasnya pada sidang media selepas merasmikan Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu 2010 kali ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, Setiu.

Katanya, tidak timbul PAS seolah-olah tidak yakin dapat mempertahankan kerusi Dun Galas dalam pilihan raya kecil 4 November ini.

BN Amal Kempen Samseng di Batu Sapi

Gambar gambar di bawah adalah antara kejadian yang berlaku ketika kempen sedang di jalankan di Kampung Istimewa, Batu Sapi , Sandakan pada 28 Oktober 2010. Gambar gambar tersebut diambil oleh salah satu petugas dari PAS Tawau.

Lelaki yg bertopi adalah orang yang menghalau kami dan mengugut untuk PUKUL jika kami tak keluar…alasan beliau kami tak dapat kelulusan drpd ketua kampung sebelum berkempen…inikah dinamakan demokrasi!!!!!!!!!



penyokong-penyokong BN mengekori kami ketika berkempen,walaupun ketika itu kami dikawal oleh pihak polis…..”takut ke undi lari kepada pakatan???”

Pihak polis bersama mengawal keselamatan











Ini adalah kubu kuat UMNO BN yg mengamcam PUKUL kami ketika hendak berkempen..

————————–

respon mata-mata : kejadian yang berlaku ini membuka mata sebahagian pihak.. gelagat antara kedua pihak diperhatikan.. sekurang-kurangnya undi simpati dan undi senyap akan mengurangkan majoriti pihak yang memerintah selama ini..

SIAPA YANG MENGAJAR SISTEM ‘SAMSENG’???

Sumber: http://prkbatusapi2010.blogspot.com/

6 Maut 21 Cedera Selepas Bas Pelancong Terbabas Di Genting Highlnds

Bas Pelancongan Terbabas: Enam Maut, 21 Cedera

Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.

Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini. -Bernama

Mereka dikenali sebagai:-

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.













Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .