Batu Pahat: Seorang pekerja kilang dan tunangnya ditahan akibat laporan palsu mengenai penemuan bayi di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Gading bagi menutup perlakuan sumbang mereka. Gambar failKetua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata lelaki berusia 23 tahun itu membuat laporan pada jam 9.15 malam kelmarin, mendakwa menemui bayi lelaki di tepi jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Ibrahim berkata, suspek mendakwa menemui bayi itu ditinggalkan kesejukan dalam bakul sebelum membawanya pulang ke rumah keluarganya di kawasan berhampiran. “Hasil siasatan mendapati bayi lelaki itu sebenarnya dilahirkan tunang suspek sehari sebelum laporan dibuat.
“Tunangnya yang berusia 22 tahun dari Melaka, melahirkan bayi lelaki itu secara normal di hospital swasta daerah ini.
“Pasangan berkenaan yang bekerja di kilang sama akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan membuat laporan palsu itu bagi menutup kelakuan sumbang mereka hingga melahirkan bayi lelaki. Mereka juga bimbang perkara itu diketahui keluarga,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, di sini, semalam.
Ibrahim berkata, pasangan berkenaan ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat aduan palsu.
Jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Bayi terbabit dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Agama Johor untuk tindakan lanjut. -BH

"Adakah terdapat alternatif yang lebih murah yang boleh digunakan?” kata Nurul Izzah kepada wartawan ketika melawat kawasan itu di Jalan Pinang, Kuala Lumpur pagi ini.
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Bekas Ahli Parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad, 50, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada 13 tuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel, sembilan tahun lalu.

"Setidak-tidaknya satu fakta menonjol. Dr Mahathir sekarang tampaknya malu kerana peranannya dalam Operasi Lalang dan beliau hanya membenarkan tindakan pengecutnya itu selepas dua dekad lamanya," kata Dr Kua dalam satu kenyataan media.
Katanya, yang aneh, orang seperti Hanif Omar bermati-matian mendakwa beliau merupakan pemimpin pasukan polis ketika itu dan dengan penuh tanggungjawab menjalankan tugas dalam Operasi Lalang tanpa menerima sebarang arahan mahupun tekanan politik oleh Mahathir yang ketika itu adalah menteri dalam negeri.






