Ikuti Blog ini

PAS mohon Sultan Perak dakwa pemimpim Umno



(Raja Iskandar membacakan kenyataannya kepada media selepas penyerahan memorandum)

IPOH: Ekoran dakwaan media Umno perlantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak kerana rasuah dari Menteri Besar Kelantan, PAS Perak menyerahkan memorandum kepada Istana Perak hari ini.

Penyerahan itu diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Pusat,  Dr Raja Iskandar Alhiss dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria.

Blogger Pisau.net sebelum ini mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memberikan tanah kepada DAP Perak untuk membolehkan Nizar dilantik sebagai MB.

Laporan itu kemudiannya dipetik berminggu-minggu oleh media Umno khasnya Utusan dengan menyerang Tuan Guru Nik Aziz.

Beberapa hari lalu, blogger Pisau.net memasukkan 'ralat' dalam blognya bertajuk "Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga di Kelantan"

Dalam ralat itu, Pisau.net memasukkan fakta bahawa "Raja Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada ketika itu".


Mahathir akhirnya mengaku beri IC kepada pendatang asing




SHAH ALAM 17 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.

Beliau bagaimanapun cuba mengalih kesalahan tersebut dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara “lebih teruk” dalam tindakan berkenaan.

“Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam, lapor Malaysiakini.

Turut hadir pada program itu ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya. - KD

ANALISA PILIHAN RAYA UMUM: Melayu Wajib Baca.. !



Orang Melayu wajib fahami fakta ini. Mamak bodoh sombong macam si Sharifah Zohra Jabeen tu, tak perlu baca.

Kalau si Sharifah Zohra Jabeen tu baca sekalipun, dia tidak akan faham kerna kepala otak dia telah dirasuk oleh fahaman syaitan jenama Umno.

Perhatikan fakta di sini

- Semasa pilihan raya umum ke-11, BN bergaya dengan kemenangan 198 kerusi manakala pembangkang hanya memenangi 21 kerusi. Wakil rakyat (parlimen) Melayu pada masa itu hanya 123 orang.

- Semasa pilihan raya umum ke-12, BN menang hanya 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat berjaya memenangi 81 kerusi. Hasilnya wakil rakyat (parlimen) dari bangsa Melayu bertambah menjadi 130 orang!
MELAYU SEMAKIN BERKUASA BILA PAKATAN RAKYAT MENANG.
- Carta di atas dengan jelas menunjukkan bilangan ahli parlimen Melayu bertambah bila kerusi untuk Pakatan Rakyat bertambah. Dalam masa yang sama kerusi untuk BN berkurang. Ini membuktikan MELAYU SEMAKIN BERKUASA BILA PAKATAN RAKYAT MENANG.

Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, kalau kamu bukan perempuan murahan, kalau kamu perempuan yang punya harga diri, kamu sambut cabaran ini.. !

Ingat baik-baik, menipu itu budaya Umno!
Tak percaya? Baca buktinya di sini.

Kes "Pak Janggut": Utusan Kalah Lagi, Pintu Rayuan Berakhir!


Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan.

Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.

Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini adaalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha.

Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Pada 21 November 2011 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10/9/2009 bertajuk ““ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas YB Khalid Samad.

Antara lain artikel tersebut menulis:

“Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

“Yang paling pelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,"katanya.”


Untuk rekod, pada tahun 2010 Khalid Samad telah memfailkan Writ Saman ke atas Utusan melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates atas dakwaan artikel Utusan tersebut telah memfitnah beliau.

Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan 'Pak Janggut' di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan Khalid Samad ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan Hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar di Mahkamah Rayuaan.

Di Mahkamah Rayuan, Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh peguam Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.

Sekaligus rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad.

Dengan penolakkan rayuan Utusan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini maka usaha Utusan untuk merayu ke atas keputusan yang memihak kepada Khalid Samad berakhir.

Pada pendengaran rayuan hari ini , Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan.

Menurut peguam Hanipa Maidin, Khalid akan memfailkan Notis Taksiran Kos di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat bagi menuntut segala kos perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang perlu dibayar oleh Utusan ke atas Khalid. -HD


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .