Ikuti Blog ini

Ulama Muda Umno Bising Isu Munajat Royalti Minyak Tapi Membisu Konsert Artis Gay

KUALA LUMPUR 14 Okt - Ulama muda Umno yang baru-baru ini menegur kerajaan negeri Kelantan berhubung misi Munajat Royalti Minyak yang dianggap sebagai pembaziran akhirnya membisu dalam isu konsert artis gay, Adam Lambert yang akan mengadakan persembahannya di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata ini merupakan sumbangan ulama muda yang menyertai Umno yang telah memberikan nasihat kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional tentang cara-cara untuk menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

"Saya ucapkan tahniah kepada ulama-ulama muda ini yang telah berjaya me'reform' dan memperkasakan Umno-BN dengan cara membawa masuk budaya kuning yang tidak sihat ini ke dalam negara," sindir beliau ketika ditemui Suara Keadilan.

Sebelum itu, seorang ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang juga anak bekas Mufti Perlis dalam kolumnya di dalam sebuah portal web berita menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan yang memfailkan saman royalti sebagai zalim.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang sedang mengumpulkan dana sebanyak RM400,000 untuk misi munajat tersebut.

Katanya, wang tersebut sewajar digunakan untuk program-program ilmiah seperti mengingatkan masyarakat tentang pentingnya akidah, memperkenalkan sunnah dan bahaya bidaah.

Namun begitu, kata Mahfuz, ketika kebanyakan rakyat membantah kehadiran Adam Lambert, ulama muda Umno ini gagal menjalankan tanggungjawab mereka menasihati Umno-BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu akhlak dan moral serta bahaya budaya songsang kepada golongan anak muda di negara ini.

SK

Anwar : BN Siap Sedia Untuk Pilihanraya Mengejut !!



Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah pentanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia. -m'kini

Ayuh kita tadah tangan!! Esok dalam pembentangan bajet 2010, kita akan dihidangkan dengan gula-gula yang paling enak untuk dua PRK umumnya, dan PRU yang dijangka seawal April 2011 khasnya.

Serangan ke atas Anwar semakin diperhebat. Pagi tadi di mahkamah dapat kita lihat betapa skrip yang mereka cipta telah sampai ke kemuncaknya apabila 3 orang doktor bekerjasama merobek dubur Saiful dan menjumpai specimen berbentuk air mani lelaki.
Oh jijiknya 1Malaysia!

Bersedialah untuk melihat gegak gempita bajet kali ini ! Bajet Pilihanraya !!

Kes Konspirasi Ke II Anwar Ibrahim Bersambung 25 Oktober


Perbicaraan kes konspirasi ke II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung semula pada 25 Oktober depan, selepas sesi khas bagi mendengar keterangan dari saksi pihak pendakwaan, dijalankan hari ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memaklumkan, perbicaraan disambung semula mengikut jadual asal, selain memberi ruang kepada Timbalan Pendakwaraya, Datuk Nordin Hassan yang akan ke Mekah pada 18 Oktober ini.

Sementara itu prosiding yang bersambung jam 9.45 pagi ini menyaksikan pasukan pendakwaan mengemukakan dua orang saksi mereka, yang terdiri daripada pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng dan pakar rawatan dan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan.

Kedua mereka yang tampil buat pertama kali dalam perbicaraan ini, disoal oleh Timbalan Pendakwaraya, Datuk Nordin Hassan, dengan soalan berkisar prosedur, peralatan dan kaedah pemeriksaan kesihatan ke atas pengadu, Saiful Bukhari Azlan dijalankan.

Dalam salah satu jawapan dari Dr Siew Sheue Feng atas soalan yang dikemukakan, beliau menjelaskan bahawa, adalah berkemungkinan berlakunya penembusan ke dalam dubur, tanpa sebarang kesan kecederaan.

Sementara jawapan yang dikemukakan oleh doktor pertama yang membuat pemeriksaan ke atas pengadu, Dr Khairul Nizam Hassan pula mengatakan tidak ada bukti konklusif yang boleh menyatakan bahawa, tiada penembusan tanpa sebarang kesan kecederaan.

"Sebab itu kami nyatakan dalam kenyataan yang kedua," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Nordin Hassan.

Dalam pada itu, peguam pembantu Sankara Nair menjelaskan, tidak ada apa-apa perkara yang baru dalam kenyataan kedua saksi tersebut hari ini.

Pihaknya bersama peguam utama, Karpal Singh kini telah bersiap sedia untuk mengemukakan soalan balas kepada saksi pendakwaan, pada 25 Oktober depan.

"Kita akan jawab segala yang 'contradict' (bersalahan) dengan apa yang kita rasa ada. Kita telah bersiap sedia dan maklumat tersebut tidak boleh dinyatakan sekarang," katanya. TVS

Negeri Kuat UMNO Takda Air

Kota Tinggi – Gangguan bekalan air sejak lapan hari lalu menyukarkan kira-kira 2,000 penduduk di Felcra Sungai Ara di sini, dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Rata-rata penduduk yang ditemui merungut kerana masalah gangguan bekalan asas itu mendatangkan kesukaran kepada mereka, sekali gus menjejaskan aktiviti harian seperti membasuh pakaian dan mencuci pinggan mangkuk.

Seorang penduduk, Mohamad Hudzari, 58, berkata, ketiadaan air selama seminggu itu menyebabkan dia terpaksa menggunakan kolah di belakang rumahnya, namun bekalan itu juga masih tidak mencukupi.

“Mujurlah ramai penduduk di sini ada kolah di belakang rumah. Pada awalnya, bolehlah mereka menggunakan air tersebut, namun ketiadaan air yang berlarutan lebih seminggu ini menyebabkan air kolah menjadi kontang,” katanya kepada Sinar Harian.

Masalah bekalan air ini dipercayai berpunca daripada dua pam air yang sebelum ini digunakan untuk membekalkan air kepada penduduk di kawasan itu rosak. -SH

UMNO Kedah bising-bising kenaikan tarif air yang diumumkan pihak SADA di Kedah ditarik balik kerana kononnya membebankan rakyat. Dakwa mereka kenaikan 27 peratus adalah sangat besar.

Sedangkan UMNO di Johor terpaksa membisu bila paip dibuka airnya tak da!

UMNO Kedah perlu jadikan ia pengajaran.... dan bersyukurlah selagi ni'mat itu ada sebelum terjadi apa yang terjadi di negeri sahabat terkuatnya, Johor. -GB

Pintu hati dibuka Allah




“KALAU kita hebat di dunia, kalau masuk ke dalam neraka, ia tidak berbaloi,” demikian ucap pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang juga pemegang gelaran tokoh Maal Hijrah 1429 peringkat Selangor tatkala membahas tentang ‘Mencari Jalan Pulang.’

Tidak dinafikan, ringkas kata sosok terkenal berusia 59 tahun itu. Hakikatnya, ia mampu meninggalkan bekas di hati sesiapa sahaja mendengar. Topik yang dikupas, sedikit sebanyak berupaya mengingatkan orang lain supaya mengimbangi kehidupan di dunia dan akhirat.

Cuma satu pesannya: “Sekali kita sudah bertaubat dan tidak mengulangi dosa silam, jangan pula kita menghina orang lain. Selami dengan sebetulnya jiwa sendiri agar dapat mencari jalan pulang yang diredhai oleh Allah Taala. Itu lebih indah daripada segala-galanya.”

Tidak sekadar menitipkan kata-kata hikmat itu kepada dua individu berada di depannya - Datuk Malek Nor dan Amy Search, Fadzilah juga sempat mengisyarat luahan tersebut kepada seluruh umat Islam terutama yang mendapat petunjuk untuk pulang semula kepada-Nya.

Bertempat di Studio 1, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu lalu, Fadzilah yang diberi mandat selaku pengemudi program bual bicara, Selami Jiwa di saluran Oasis (106) mengundang Malek dan Amy sambil berkongsi segenap emosi tentang pengertian penghijrahan.

Fadzilah yang membenihkan karier sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1977 mengaku kehebatan Malek dan Amy. Masakan tidak, mereka mengamal dasar keterbukaan untuk berkongsi perjalanan hidup masing-masing yang sifatnya pernah gelap.

“Saya bangga apabila golongan selebriti terutama seperti Malek dan Amy yang sudi bercerita tentang masa silam mereka. Malah, saya dapati ada artis lain, sedikit demi sedikit mula ada keberanian menyuarakan isi hati sendiri dengan tujuan menjadikan ia sebagai pengajaran.


PROGRAM temu bual terbaru kelolaan Dr. Fadzilah Kamsah ini mempunyai matlamat yang murnia dalam membina semula sahsiah dan jati diri umat Islam.


“Cuma nasihat saya, kita harus menyokong keputusan yang mereka lakukan. Selain itu, perubahan dalam diri perlu dikongsi dengan orang-orang tersayang. Dalam masa sama, kita kena ada guru, beli pelbagai kitab dan cari orang tertentu untuk dirujuk dari semasa ke semasa.

“Saya sendiri ada 70 nombor individu dalam telefon bimbit untuk dijadikan rujukan pada bila-bila masa jika menghadapi sebarang persoalan. Dan penting, kita kena memperbetulkan persekitaran dengan memilih kawan supaya tidak lagi mengulangi kesilapan ataupun dosa lalu."

Sementara itu, Malek dan Amy yang kelihatan khusyuk menerima segala maklumat yang disalurkan daripada Fadzilah tidak ketinggalan meluah kelainan dirasai dalam diri selepas mengambil kata putus untuk merealisasikan transisi kepada-Nya. Satu persatu dimuntahkan waima bunyinya agak personal.

Dikelar besi panas

Umum mengetahui, penama lengkap Abdul Malek Mohamad Noor atau Malek, 54, mula melewati hidup sebagai pengikut Islam sejati sejak lapan tahun lepas.

Selepas satu demi satu musibah melanda, gerak hatinya berbisik, itu barangkali ujian Allah agar kembali menjadi sebenar Muslim.

Ironinya, selepas tergelincir jauh dari landasan dan tidak mempedulikan Allah sewaktu berada di tengah kota Hong Kong dan Amerika Syarikat awal 90-an, tahun 2002 menjadi saksi apabila jiwa semakin menua itu acapkali tidak tenang biar hidup berbalut kemewahan duniawi.

Didatangi pelbagai mimpi ngeri hampir setiap malam Jumaat termasuk dibakar api neraka, tubuhnya dikelar dengan besi panas, kemuncak Malek mengubah diri saat laungan azan Maghrib berkumandang di balkoni kediamannya yang menghadap Menara Berkembar Petronas.


AMY dan Malek Noor merupakan dua ikon yang meraih populariti dan menjadi pujaan dalam bidang glamor masing-masing.


Masa terus berlalu. Saat anak jati Batu Pahat, Johor itu kini menyerahkan seluruh hidupnya kepada Yang Maha Kuasa, dia mengalami mimpi didatangi arwah ibu, Jairiah Alias menaburkan bunga emas kepadanya dan memimpin ke Masjidil Haram lalu bersujud di depan Kaabah.

Sambil air mata jantannya gugur, ujar Malek, mimpi dialami ini cukup indah sekali gus menyedarkan diri bahawa ibu dan ayahnya yang telah meninggal dunia sentiasa ‘mendoakan’ si anak dari alam kubur. Lantaran itu, tidak hairan apabila kalimat syukur sentiasa terpacul dari bibirnya.

“Saya percaya, doa ibu dari alam barzakh meniupkan semangat ini untuk mendekatkan diri kepada Allah. Diakui, mengambil keputusan untuk bertaubat susah dan ia tidak punya persediaan. Kerana itu, sekali kita ingin kembali kepada Tuhan, kita nekad insaf selama-lamanya.

“Kini, saya puas dengan kehidupan baru. Meski hidup bersendirian selepas dua kali mengalami penceraian, saya mahu bercinta sepenuhnya dengan Allah. Apa jua dilakukan termasuk makan, tidur, memandu, bekerja, keluar rumah dan lain-lain, semua bersama dengan-Nya.

“Sejujurnya, saya tidak minta orang lain bertaubat dan mengikut seperti apa dilakukan ini. Tetapi, tugas saya hanya mahu membuka pintu sedikit kepada orang lain untuk melihat dunia dan akhirat,” tutur Malek yang enggan lagi berhambakan wang ringgit dan material.

Kelahiran semula

Berbeza pengalaman daripada Malek, vokalis kumpulan rock tersohor Search, Amy, awal-awal lagi merasai kelainan dalam diri selepas bergelut dalam belantika muzik tanah air sejak tiga dekad lalu. Pelbagai persoalan melintang di kotak fikirnya tanpa mampu ditolak.


FADZILAH KAMSAH mempunyai 70 individu berlainan sebagai rujukan terhadap sebarang persoalan tentang kehidupan.


Jelas pemilik nama berdaftar Suhaimi Abdul Rahman, sepanjang bergelar penyanyi dan tingginya populariti diraih, setiap malam sebelum matanya dapat lelap dengan sempurna, dia sering tertanya kepada diri tentang penamat kepada jalan yang diinginkan dalam hidup.

“Hati saya meronta ingin kelahiran semula dan hidup hakiki yang dicintai. Bayangkan, apa jua diminta, Dia beri kepada saya. Situasi ini berlarutan dan saya akui memang tidak mendapat kebahagiaan. Melalui satu proses penceraian dan berlaku lagi dalam rumah tangga.

“Tidak terkecuali, saya mengidam untuk ada anak lelaki dalam hidup. Dalam pada itu, saya bertemu wanita yang kini menjadi isteri. Enggan ambil waktu panjang, saya terus bernikah. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, kami dikurniakan dengan cahaya mata lelaki.

“Kemuncaknya, saya menunaikan umrah buat kali pertama pada tahun 2007 sambil depan Kaabah terfikir kenapa Dia menganugerahkan bakat seni ini. Akhirnya, saya sedar, suara ini sebagai tanggungjawab kepada orang lain,” ucap Amy dengan getar suara perlahan.

Usai pulang dari Tanah Suci, pelantun lagu Isabella itu terdorong untuk menjalani penghijrahan. Tambah lelaki berusia 52 tahun itu, dia seperti menjalani fasa penyucian di rumah Allah sehinggakan menikmati perasaan sukar terucap dengan kata biasa.

“Rupa-rupanya, setelah diimbas kembali, lagu-lagu saya nyanyikan selama ini ada maksud mendalam. Malah, Dia menguji saya dengan ujian yang tidak terpandang termasuk pernah ditipu wang ringgit sehingga menangisi insiden berlaku akibat terlampau kecewa.

“Saya bagaimanapun bersyukur kerana selepas tiga tahun lalu, akhirnya saya mula nampak apa yang diingini dalam hidup. Kalau ada duit banyak sekalipun, ia tetap tidak beri kebahagiaan sebenar. Jiwa kita yang seharusnya ada cinta kepada Dia,” luah Amy.

Oleh FAIZAL SAHARUNI
faizal.saharuni@kosmo.com.my

Petunjuk awal buat pengundi Parlimen Pasir Mas..

Pejam celik, pejam celik, 2008 dah lama habis, 2009 pun dah habis, 2010 tinggal lagi 2 bulan lebih sikit sahaja lagi, kemudian 2011, PRU DUN Sarawak nak kena buat, PRU13 pun tetap setia menunggu tarikh dan ketika..


Sultan dah pun memberi hint, petunjuk buat pengundi-pengundi yang secara langsung adalah rakyat-rakyatnya yang telah mengundi YB Encik Ibrahim Ali pada PRU12 Mac 2008 yang lepas, Kalau pingat kebesaran anugerah dari Paduka Sultan boleh ditarik balik, apakah selepas ini Encik Ibrahim Ali wajar diberi kepercayaan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas...

Jangan,...jangan pilih lagi, kalau Sultan pun dah tak suko, rakyat apatah lagi... Cik Berahim oii, mu nak guano lepas ni,, gi lah bertanding kat Sarawak nuuu, mu pi bela orang Penan pulak,,, kesian kat dema..!!!. .

Gadis Dilarikan Jin Dapat Permata!

Dapat permata

JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.

Gambar: BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam.

Lima daripada batu itu berwarna putih manakala dua lagi masing-masing berwarna biru dan hijau sebesar kira-kira duit syiling 20 sen.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya.

Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil.

Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang.

Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya.

Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya.

Katanya, semua batu berkenaan kini disimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air Zam-Zam. -metro

Prof tertipu dengan Katak Taman negara, Sarawak

Ibrahim Ali, nama yang agak sinonim sebagai spesisi katak dalam dunia politik di Malaysia. Ia popular bak selebriti dan artis. Sentiasa ada isu yang mendapat liputan akhbar walaupun hakikatnya tiada apa yang nak dibanggakan dengan susuk tubuh Presiden PERKASA ini.

Meskipun Presiden NGO yang diberi nama macam ‘Badang’ yang gagak dan kuat tetapi beliau tidak larat berdiri dalam isu tafakkur ahli parlimen Batu Sapi. Rupa-rupanya beliau ‘tidaklah perkasa’ sebagaimana sepatutnya Presiden PERKASA. Beliau berkata: "Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur. Rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.”

Habis macamana nak jadi MB Kelantan. Belum berperang dah tak boleh angkat kaki. Tetapi Ibrahim Ali pandai mencuri peluang media dan isu serta politik provokasinya. Pun begitu tanpa disedarinya kelibatnya itu mencemar maruah negeri Kelantan dan mungkin ada sebab-sebab yang tak layak dilakukan oleh pemilik pingat Datuk dari kerabat Kelantan menyebabkan ‘Datuk’ beliau ditarik.
Yelah kalau dalam filem tiada watak lawak, pengacau atau gedebe serta samseng… tak sempurna jalan cerita tu. Kalau Ibrahim Ali tiada didunia ini, nescaya sepilah dunia politik Malaysia. Siapa yang akan mengambil tampuk beliau. Ish.. payah nak dicari ganti.

Walau wataknya kecil tetapi cukup menghiburkan. Kekadang seorang dr & Prof pun terkena juga…


Katak terkecil di dunia ditemui

KUCHING: Seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya menemui spesies katak yang dipercayai terkecil di dunia berukuran antara 10.6 milimeter (mm) hingga 12.88mm ketika ekspedisinya di Taman Negara Kubah, Matang dekat sini.
Pensyarah yang juga penyelidik dari Institut Biodiversiti dan Perlindungan Alam Sekitar, Prof Dr Indraneil Das, menyifatkan penemuannya pada September 2004 itu adalah yang terbaru di dunia dengan katak berkenaan ketika ini dikenali dengan nama saintifik ‘microhyla nepenthicola’.

Secara perbandingan saiz spesies ini tidak sampai sebesar syiling 20 sen menjadikannya katak terkecil di dunia pernah ditemui di kawasan hutan hujan tropika termasuk di Hutan Hujan Amazon yang diakui sebagai mempunyai pelbagai spesies katak.

“Saya menemui spesies ini secara tidak sengaja selepas terdengar bunyi katak mengawan sebelum cuba menjejaknya, namun tidak menyangka apabila mendapati bunyi itu dikeluarkan katak yang saiznya terlalu kecil tetapi sebenarnya sudah cukup dewasa.

“Katak ini melengkapkan kitaran hidupnya dalam tempoh beberapa bulan saja, bertelur di atas daun, memberikan anak-anaknya makan dan hidup di kawasan sekitar yang sangat terhad sebelum mati,” katanya ketika ditemui di Unimas, semalam.


ustsaifulbahri

K'jaan sekali lagi tangguhkan GST

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dikuatkuasakan oleh kerajaan sekali lagi ditangguhkan - langkah yang selalunya diambil apabila bakal menghadapi pilihan raya umum.

Namun, menurut taklimat kepada editor kanan, cukai baru itu tetap akan dilaksanakan tetapi kerajaan buat masa ini memerlukan masa yang lebih panjang.

Sebelum ini, GST yang dijadualkan dilaksana pada Mac tahun ini ditangguhkan dengan alasan kerajaan kini mendapatkan maklumabalas daripada orang ramai.

Cukai daripada GST itu dikatakan mahu menambahkan pendapatan negara yang sekarang ini banyak bergantung kepada royalti minyak yang dibekalkan oleh Petronas.

Syarikat petroleum negara itu sahaja menyumbangkang hampir 50 peratus daripada pendapatan negara.

Cukai baru itu juga diharapkan dapat mengurangkan defisit negara yang kini dianggap paling tinggi sejak 20 tahun lalu, iaitu pada kadar 7.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar 2009. Ia bagaimanapun berjaya dikurangkan kepada 5.4 peratus tahun ini.

Namun, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pihak pembangkang menjelajah ke seluruh negara dengan menjaja bahawa cukai baru itu akan membebankan rakyat, khususnya golongan miskin.

Sementara itu, kenyataan kementerian kewangan, mengesahkan bahawa kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan GST.

Menurut kenyataan itu, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaan cukai baru itu.

"Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik," petik kenyataan kementerian itu hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan menyedari akan kepentingan GST dalam memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mapan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang. -M'kini

Petronas Dipaksa Beli Tanah KLCC, Kroni Umno-BN Untung RM600 Juta



BINTULU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta sekaligus memberikan keuntungan amat lumayan kepada salah seorang kroni Umno-Barisan Nasional terkaya di Malaysia.

Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda.

"Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir.

"Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut," kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam.

Suara Keadilan difahamkan daripada sumber dalaman Petronas, Lembaga Pengarah syarikat petroliam itu sememangnya telah 'dipulas tangan' oleh bekas Perdana Menteri itu supaya membeli pada harga tersebut.

"Beberapa ketika dahulu syarikat minyak Shell dan Esso telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa Petronas adalah salah sebuah syarikat petroliam yang amat sukar dalam rundingan urusniaga dengan mana-mana pihak pun di dunia. Ini menunjukkan Petronas akan berusaha sedaya upaya dalam setiap urusan perniagaan untuk mendapatkan rundingan harga terbaik dan perjanjian yang menguntungkan syarikat itu.

"Tetapi dalam kes tanah KLCC, Lembaga Pengarah KLCC dipaksa membayar harga yang telah ditetapkan 'harga mati' tanpa dibenarkan untuk merundingkan harga walau sesen pun. Bagaimana sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang diiktiraf dan dihormati pesaing sebagai rakan kongsi yang sangat sukar dalam rundingan perniagaannya dipaksa sebegitu rupa untuk tunduk kepada kuasa politik dan ketamakan bekas Perdana Menteri dan kroninya yang begitu rakus. Urusan jualbeli tersebut benar-benar satu malapetaka yang menimpa Petronas dan mulai saat itu kroni Dr Mahathir mula meletakkan tangan mereka pada kantong Petronas," kata sumber itu.

Tanah seluas ekar yang terletak dalam kawasan tiga segi emas atau 'golden triangle' dikatakan bertaraf pertanian pada awalnya sebelum ditukar statusnya kepada tanah komersial setelah dibeli kroni Dr Mahathir pada harga RM300 juta.

Hanya setelah taraf tanah tersebut ditukar kepada komersial baru ianya dijual kepada Petronas pada harga RM900 juta.

Ini bermakna kroni tersebut telah mendapat keuntungan atas angin dengan senang sebanyak RM600 juta padahal persoalan yang timbul mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus dengan pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?

"Ini jelas menunjukkan bagaimana mantan Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Petronas untuk mengkayakan kroninya dengan menggunakan dana awam.

"Malah apa yang mengejutkan kroni tersebut berjaya mengaut keuntungan dengan begitu besar sebanyak RM600 dalam masa beberapa bulan sahaja tanah tersebut ditukar status daripada tanah pertanian kepada komersial," tegas Dr Tan lagi.



Dr Tan menjelaskan pada asalnya pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf DiRaja Selangor di mana terletaknya Hospital Prince Court sekarang.

"Ini perlu dilakukan memandangkan ibu pejabat di Bangunan Dayabumi ketika itu sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung perkembangan pesat Petronas.

"Bagaimana pun pembinaan ibu pejabat baru tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam kerana ia terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi," jelas beliau lagi.

Dr Tan berkata Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah di Jalan Ampang, dibelakang dahulunya Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.

"Tiba-tiba Mahathir masuk campur dan mengumumkan rancangan liciknya untuk merompak wang daripada khazanah Petronas dengan tujuan mengkayakan kroni beliau.

"Sebahagian daripada rancangan beliau ialah dengan mencipta isu di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.

"Selepas isu itu disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.

Dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Keenam di Dewan Rakyat pada 18 Julai 1991, Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan.

"Tanah Kelab Lumba Kuda dijual berikutan arahan kerajaan kepada kelab tersebut supaya keluar dari pusat Kuala Lumpur kerana lokasinya meyebabkan kesesakan lalulintas. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan wang untuk membina padang lumba kuda baru, kelab itu memutus untuk menjual tanahnya di Jalan Ampang.

"Mengikut laporan sebuah majalah asing, Encik (Ananda) Krishnan membeli tanah ini pada masa resesi di waktu mana harga tanah jatuh dengan teruk dan ramai yang bankrap dan tidak ramai yang berminat atau mampu membeli hartanah.

"Tanah seluas 96 ekar ini terletak dalam kawasan tiga segi emas atau dengan izin "golden triangle" yang amat diminati oleh pemaju-pemaju. Sekarang apabila ekonomi telah pulih dan terdapat dengan izin "building boom", tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi," kata Dr Mahathir.

Dalam ucapan beliau, Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50 peratus saham Seri Kuda, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ananda.

"Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda bahawa lebih dari 50 peratus tanah kelab hendaklah dijadikan 'public park'. Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100 peratus. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar hanya bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51 peratus dari saham Seri Kuda. Sebuah firma penilai bebas telah ditugas oleh Petronas untuk menilai tanah tersebut. Jika harga yang ditawarkan kepada Petronas menguntungkannya, baharulah Petronas akan membeli saham Sri Kuda.

"Jika harganya akan merugikan Petronas, maka Petronas tidak akan membelinya. Jika Petronas tidak mengambil saham ini, berpuluh syarikat lain akan berebut-rebut membelinya," kata beliau.

SK

Umur 11 Tahun Sudah jadi usahawan

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/ketum.pngTerengganu sudah sinonim dengan gelaran “negara kaya , rakyat miskin”. Hasil dari Terengganu menjana pendapatan negara bagi menanggung Malaysia dan Putrajaya tetapi amat malang, rakyat Terengganu masih lagi kekal dibawah taraf kemiskinan tegar paling miskin selepas Sabah.


Kek kekayaan di negeri Terengganu dibahagikan secara tidak adil oleh para pemimpin UMNO-BN. Ini yang menyebabkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin merempat kesusahan. UMNO sendiri dah jadi parti MLM. Siapa yang pegang jawatan tertinggi makin mudah dapat habuan. Makin cepat dapat projek. Bagi mereka pemimpin adalah lubuk ghanimah. Bukannya amanah. Lihat projek ketua Pemuda UMNO Terengganu!!! jutaan msyhuuukkk... Kalau Ahli UMNO peringkat bawahan hanya penampal poster, nescaya dibayar beberapa ringgit sekadar lepas minum air. Dapatlah wang ehsang dekat raya sekali sekala sebagai kail untuk mengikat mereka. Kalau bukan ahli... hah jangan haraplah. Jangankan duit, borang pun tak kenal. Habis macamana nak jadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi. Lawak pak kaduklah pimpinan Umno ni!

Rakyat hanya digula-gulakan kebendaan bersifat sementara. Pembahagian e-book, pembahagian air zam-zam & kurma dan sebagainya adalah penampal mulut kepada rakyat tetapi para pemimpin dok sibuk merompak hasil mahsul dengan pelbagai projek membazir dan tidak bermanfaat oleh rakyat. Pemimpin berpesta menjurai status jutawan... wang besar!! Wang besar!! Wang besar!!

Apa yang berlaku di kawasan jajahan Datuk Mat Said sendiri. Beliau sebagai Ketua Bahagian Kemaman. Beliau sebagai MB Terengganu. Inilah hakikat sebenar rakyat Terengganu yang masih lagi bergelumang dengan kemiskinan.

Murid tahun 5 jual air ketum


KEMAMAN -11 Okt
. Seorang murid lelaki tahun lima sebuah sekolah di sini kerap ponteng kerana membantu keluarganya mencari wang dengan menjual air ketum. Kegiatan itu terbongkar apabila dia ditahan sepasukan anggota polis yang membuat serbuan di sebuah warung di Kampung Lubuk Lesung di sini kira-kira pukul 11 pagi kelmarin. Ketika serbuan, kanak-kanak berusia 11 tahun berkenaan ditemui bersendirian bersama lapan paket air ketum yang dipercayai akan dijual kepada pelanggan di sekitar kampung tersebut.


Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, pihaknya menyerbu warung yang terletak di tepi jalan Jerangau-Jabor itu setelah menerima maklumat daripada orang awam. Katanya, siasatan awal mendapati air ketum itu adalah milik bapa kanak-kanak itu yang sebelum ini pernah ditangkap kerana menjual bahan yang sama.

Selain itu, ujarnya, ibu dan kakak kanak-kanak itu yang berusia 17 tahun juga pernah ditahan kerana kesalahan serupa.

Ini salah satu buktinya dan ini bukannya kes terpencil. Kerajaan pimpinan UMNO-BN sebenarnya gagal menyediakan kehidupan selesa buat rakyat Terengganu. Peluang pekerjaan dan hidup yang bebas daripada cengkaman perkara haram. Cengkaman dadah telah melonjakkan negeri Terengganu sebagai negeri penagih dadah no 1 di Malaysia.

Seorang yang sepatutnya berada di meja persekolahan menuntut ilmu pengetahuan tetapi tidak bersekolah kerana masalah kewangan? Membantu pula ibu-bapa dengan menjual air ketum? Nampak slogan ditepi-tepi jalan “ Merakyatkan Pembangunan”?? Apa sudah jadi? Apakah pembangunan pemimpin UMNO yang dibawa untuk rakyat? Jangan sampai lahir ‘jutawan Ketum muda’ dikalangan rakyat Terengganu. Yelah... nak kaya cepat ni samada jadi tokey minyak atau tokey dadah. Mungkin Terengganu boleh berbangga dan melatih budak ni agar menjadi bakal usahawan yang berjaya.
Sebagaimana YB Rasol Wahid pernah berbangga kerana mereka yang mengutip sampah dan besi buruk adalah usahawan berjaya di Terengganu.

Pemimpin UMNO Terengganu perlu bertanggung-jawab dalam hal ini. jangan dok sibuk berbalah saje sehingga rakyat tidak dipedulikan. Tetapi kalau ditanya pemimpin UMNO ni, jawapan yang paling mudah adalah menyalahkan ibu-bapa dan rakyat.

Nampaknya hasrat kerajaan dengan pelaburan anti dadah yang berjutaan ringgit gagal. Mengikut PEMADAM, tahun depan 2011 adalah tahun sifar dadah. Harapan itu amat mustahil terlaksana dengan perkembagan dan peningkatan. Bagaimana penyelesaiannya. Kalau masalah buang bayi diadakan pendidikan seks di sekolah. Kini mungkin pendidikan dadah ke sekolah pula? Kalau kepala pemimpin UMNO ni tak mustahil!
Baca dari sumber>>
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .