Terengganu sudah sinonim dengan gelaran “negara kaya , rakyat miskin”. Hasil dari Terengganu menjana pendapatan negara bagi menanggung Malaysia dan Putrajaya tetapi amat malang, rakyat Terengganu masih lagi kekal dibawah taraf kemiskinan tegar paling miskin selepas Sabah.
Kek kekayaan di negeri Terengganu dibahagikan secara tidak adil oleh para pemimpin UMNO-BN. Ini yang menyebabkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin merempat kesusahan. UMNO sendiri dah jadi parti MLM. Siapa yang pegang jawatan tertinggi makin mudah dapat habuan. Makin cepat dapat projek. Bagi mereka pemimpin adalah lubuk ghanimah. Bukannya amanah. Lihat projek ketua Pemuda UMNO Terengganu!!! jutaan msyhuuukkk... Kalau Ahli UMNO peringkat bawahan hanya penampal poster, nescaya dibayar beberapa ringgit sekadar lepas minum air. Dapatlah wang ehsang dekat raya sekali sekala sebagai kail untuk mengikat mereka. Kalau bukan ahli... hah jangan haraplah. Jangankan duit, borang pun tak kenal. Habis macamana nak jadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi. Lawak pak kaduklah pimpinan Umno ni!
Rakyat hanya digula-gulakan kebendaan bersifat sementara. Pembahagian e-book, pembahagian air zam-zam & kurma dan sebagainya adalah penampal mulut kepada rakyat tetapi para pemimpin dok sibuk merompak hasil mahsul dengan pelbagai projek membazir dan tidak bermanfaat oleh rakyat. Pemimpin berpesta menjurai status jutawan... wang besar!! Wang besar!! Wang besar!!
Apa yang berlaku di kawasan jajahan Datuk Mat Said sendiri. Beliau sebagai Ketua Bahagian Kemaman. Beliau sebagai MB Terengganu. Inilah hakikat sebenar rakyat Terengganu yang masih lagi bergelumang dengan kemiskinan.
Murid tahun 5 jual air ketum
KEMAMAN -11 Okt. Seorang murid lelaki tahun lima sebuah sekolah di sini kerap ponteng kerana membantu keluarganya mencari wang dengan menjual air ketum. Kegiatan itu terbongkar apabila dia ditahan sepasukan anggota polis yang membuat serbuan di sebuah warung di Kampung Lubuk Lesung di sini kira-kira pukul 11 pagi kelmarin. Ketika serbuan, kanak-kanak berusia 11 tahun berkenaan ditemui bersendirian bersama lapan paket air ketum yang dipercayai akan dijual kepada pelanggan di sekitar kampung tersebut.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, pihaknya menyerbu warung yang terletak di tepi jalan Jerangau-Jabor itu setelah menerima maklumat daripada orang awam. Katanya, siasatan awal mendapati air ketum itu adalah milik bapa kanak-kanak itu yang sebelum ini pernah ditangkap kerana menjual bahan yang sama.
Selain itu, ujarnya, ibu dan kakak kanak-kanak itu yang berusia 17 tahun juga pernah ditahan kerana kesalahan serupa.
Ini salah satu buktinya dan ini bukannya kes terpencil. Kerajaan pimpinan UMNO-BN sebenarnya gagal menyediakan kehidupan selesa buat rakyat Terengganu. Peluang pekerjaan dan hidup yang bebas daripada cengkaman perkara haram. Cengkaman dadah telah melonjakkan negeri Terengganu sebagai negeri penagih dadah no 1 di Malaysia.
Seorang yang sepatutnya berada di meja persekolahan menuntut ilmu pengetahuan tetapi tidak bersekolah kerana masalah kewangan? Membantu pula ibu-bapa dengan menjual air ketum? Nampak slogan ditepi-tepi jalan “ Merakyatkan Pembangunan”?? Apa sudah jadi? Apakah pembangunan pemimpin UMNO yang dibawa untuk rakyat? Jangan sampai lahir ‘jutawan Ketum muda’ dikalangan rakyat Terengganu. Yelah... nak kaya cepat ni samada jadi tokey minyak atau tokey dadah. Mungkin Terengganu boleh berbangga dan melatih budak ni agar menjadi bakal usahawan yang berjaya.
Sebagaimana YB Rasol Wahid pernah berbangga kerana mereka yang mengutip sampah dan besi buruk adalah usahawan berjaya di Terengganu.
Pemimpin UMNO Terengganu perlu bertanggung-jawab dalam hal ini. jangan dok sibuk berbalah saje sehingga rakyat tidak dipedulikan. Tetapi kalau ditanya pemimpin UMNO ni, jawapan yang paling mudah adalah menyalahkan ibu-bapa dan rakyat.
Nampaknya hasrat kerajaan dengan pelaburan anti dadah yang berjutaan ringgit gagal. Mengikut PEMADAM, tahun depan 2011 adalah tahun sifar dadah. Harapan itu amat mustahil terlaksana dengan perkembagan dan peningkatan. Bagaimana penyelesaiannya. Kalau masalah buang bayi diadakan pendidikan seks di sekolah. Kini mungkin pendidikan dadah ke sekolah pula? Kalau kepala pemimpin UMNO ni tak mustahil!
Baca dari sumber>>