Ibrahim Ali, nama yang agak sinonim sebagai spesisi katak dalam dunia politik di Malaysia. Ia popular bak selebriti dan artis. Sentiasa ada isu yang mendapat liputan akhbar walaupun hakikatnya tiada apa yang nak dibanggakan dengan susuk tubuh Presiden PERKASA ini.
Meskipun Presiden NGO yang diberi nama macam ‘Badang’ yang gagak dan kuat tetapi beliau tidak larat berdiri dalam isu tafakkur ahli parlimen Batu Sapi. Rupa-rupanya beliau ‘tidaklah perkasa’ sebagaimana sepatutnya Presiden PERKASA. Beliau berkata: "Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur. Rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.”
Habis macamana nak jadi MB Kelantan. Belum berperang dah tak boleh angkat kaki. Tetapi Ibrahim Ali pandai mencuri peluang media dan isu serta politik provokasinya. Pun begitu tanpa disedarinya kelibatnya itu mencemar maruah negeri Kelantan dan mungkin ada sebab-sebab yang tak layak dilakukan oleh pemilik pingat Datuk dari kerabat Kelantan menyebabkan ‘Datuk’ beliau ditarik.Meskipun Presiden NGO yang diberi nama macam ‘Badang’ yang gagak dan kuat tetapi beliau tidak larat berdiri dalam isu tafakkur ahli parlimen Batu Sapi. Rupa-rupanya beliau ‘tidaklah perkasa’ sebagaimana sepatutnya Presiden PERKASA. Beliau berkata: "Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur. Rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.”
Yelah kalau dalam filem tiada watak lawak, pengacau atau gedebe serta samseng… tak sempurna jalan cerita tu. Kalau Ibrahim Ali tiada didunia ini, nescaya sepilah dunia politik Malaysia. Siapa yang akan mengambil tampuk beliau. Ish.. payah nak dicari ganti.
Walau wataknya kecil tetapi cukup menghiburkan. Kekadang seorang dr & Prof pun terkena juga…
Katak terkecil di dunia ditemui
KUCHING: Seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya menemui spesies katak yang dipercayai terkecil di dunia berukuran antara 10.6 milimeter (mm) hingga 12.88mm ketika ekspedisinya di Taman Negara Kubah, Matang dekat sini.
Pensyarah yang juga penyelidik dari Institut Biodiversiti dan Perlindungan Alam Sekitar, Prof Dr Indraneil Das, menyifatkan penemuannya pada September 2004 itu adalah yang terbaru di dunia dengan katak berkenaan ketika ini dikenali dengan nama saintifik ‘microhyla nepenthicola’.
Secara perbandingan saiz spesies ini tidak sampai sebesar syiling 20 sen menjadikannya katak terkecil di dunia pernah ditemui di kawasan hutan hujan tropika termasuk di Hutan Hujan Amazon yang diakui sebagai mempunyai pelbagai spesies katak.
“Saya menemui spesies ini secara tidak sengaja selepas terdengar bunyi katak mengawan sebelum cuba menjejaknya, namun tidak menyangka apabila mendapati bunyi itu dikeluarkan katak yang saiznya terlalu kecil tetapi sebenarnya sudah cukup dewasa.
“Katak ini melengkapkan kitaran hidupnya dalam tempoh beberapa bulan saja, bertelur di atas daun, memberikan anak-anaknya makan dan hidup di kawasan sekitar yang sangat terhad sebelum mati,” katanya ketika ditemui di Unimas, semalam.

ustsaifulbahri