Ikuti Blog ini

Kota Bharu Sentral @ Tunjong - Bandar Pintar Islam Moden Di Kelantan

Kelmarin telah berlangsung Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Majlis disemprunakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pembangunan Kota Bharu Sentral yang akan dibina di tanah sawah seluas 16.99 hektar di Tunjong, Kota Bharu mulai Jun atau Julai ini bakal menjadi mercu tanda baru bandar pintar Islam moden untuk Kelantan.

Projek usaha sama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) dan Sara-Timur Urban Development Sdn Bhd (Sara Timur) itu membabitkan belanja antara RM500 juta hingga RM600 juta dan dijangka siap lima hingga enam tahun.

Pengerusi Kumpulan Sara-Timur, Datuk Dr Zawawi Ismail berkata, pembinaan bandar pintar itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan akan dimulakan dengan pembinaan The Village Mall setinggi dua tingkat selain masjid, dewan konvensyen, kondominium, medan selera serta panggung wayang.

"Sebanyak 1,200 parkir kereta dalam bangunan disediakan untuk memudahkan pengunjung ke bandar ini," katanya dalam taklimat dan pengumuman pembangunan Kota Bharu Sentral@Tunjong di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa dan Pengarah Urusan Sara-Timur, John Loi Hieng Yee.

Zawawi berkata, reka bentuk pembangunan turut diterapkan dengan unsur Islam kontemporari yang akan dicampur dengan seni reka kebudayaan Kelantan.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, projek berkenaan mampu menyelesaikan masalah pembangunan tidak sekata dan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, banjir kilat dan pencemaran yang berpunca daripada pembangunan.

Beliau turut berharap pembangunan itu seiring dengan pembangunan rohani yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk di dalam dan luar Kelantan.

Petikan Ucapan ringkas YB Dato’ Husam Musa Dalam Majlis Pemumuman Kota Bharu Sentral @ Tunjong

Ramai yang amat skeptical pada awal hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk menubuhkan Bandar Baru Tunjong. Hari ini, Bandar Baru Tunjong menjadi rebutan. Sara-Timur dipilih kerana Track Record syarikat yang baik dan sesuai dengan citarasa Kelantan.

Kota Bharu Sentral @ Tunjongdicadangkan untuk menjadi Bandar yang original living. Kehidupan kota adalah selari dengan Islam. Hartanah paling mahal adalah di Mekah. Hotel tujuh bintang terdapat banyak di Kota Mekah dan Madinah.

Kisah nabi Yusof Alaihissalam misalnya sebagai contoh. Lahir disebuah desa di Hebron. Kemudiannya dihijrahkan “secara paksa” ke Kota Memphis – Kota Mesir Tua. Ia menjadi turning point kehidupan yang lebih baik.

Urban living bukan sesuatu yang asing bagi orang Islam. Peradaban kota boleh hidup selari dengan nilai-nilai Islam.









Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .