Nampaknya pemimpin-pemimpin Sabah Wilfrid Bumburing dan Lajim
Ukin akhirnya memutuskan untuk berpisah daripada senario politik ganas
Umno-BN setelah 5 dekad melalui hegemoni politik dan penyalah gunaan
kuasa.
Sabah dan juga Sarawak, telah menjadi antara negeri yang paling
terpinggir dengan kerajaan persekutuan memberikan lampu hijau kepada
pemimpin-pemimpin BN yang sudah sekian lama memimpin kedua-dua negeri di
timur Malaysia dengan merompak hasil semulajadi dengan begitu banyaknya
untuk menjadikan diri mereka kaya raya selain memberi manfaat kepada
rakan-rakan mereka di Semenanjung.
Wilfrid, Timbalan Presiden UPKO yang juga merupakan MP Tuaran,
menghantar surat peletakan jawatannya pada hari Isnin, dan berhenti
sebagai ketua BN bagi kawasan itu. Dia dijangka membuat "pengumuman
penting" pada hari Ahad untuk mendedahkan langkah seterusnya. Lajim, MP
Beaufort pula, akan menyusul kemudian.
"Saya bermula pada hari ini, 23 Julai, 2012, meletakkan jawatan
sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi P170, Tuaran. Surat
perletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baru BN Tuaran untuk
membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang,"
kata Bumburing di dalam surat perletakan jawatannya.
Blok bebas dan mesra Pakatan Rakyat
Berita yang telah dijangkakan selama beberapa bulan itu telah
mengejutkan dunia politik di Timur dan Barat Malaysia. Kedua-dua lelaki
ini merupakan pemimpin kanan Sabah, yang telah menjadi wakil rakyat
selama beberapa tahun.
Mereka dijangka membentuk parti bebas yang mesra Pakatan Rakyat dan
bukannya terus menyertai parti-parti Pakatan PKR, DAP dan PAS.
"Wilfrid akan membawa dan mengumpul beberapa kumpulan pro-Pakatan
Rakyat Sabah. Kebanyakannya merupakan Ahli Parlimen dan ADUN. Apabila
masa yang sesuai sudah tiba, mereka akan membuat yang pengumuman.
Peranan Pakatan adalah untuk membantu kumpulan ini bertanding dalam PRU
ke-13 dan untuk berunding dengan kuasa-kuasa lain seperti SAPP untuk
mencapai pertadingan satu lawan satu," naib presiden PKR Tian Chua,
ketua perunding perjanjian itu berkata kepada Malaysia Chronicle.
Penghijrahan bermula dengan debaran: Sarawak fokus seterusnya!
Bukan sahaja berita terkini ini menjadikan hati pemimpin BN seram
sejuk, terutamanya Perdana Menteri Najib Razak yang telah cuba
menghalang pemergian Wilfrid kerana ia akan mencetuskan sebilangan besar
daripada gabungannya memasuki parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh
pesaing utama mereka Anwar Ibrahim.
Spekulasi terakhir pada bulan Jun yang mengatakan 6 pemimpin Sabah
bakal lompat masuk parti PKR telah hilang begitu saja selepas orang
dalam membocorkan berita kepada akhbar bahawa Ahli Parlimen BN akan
menerima RM1.5 juta selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September.
Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah juga
menunjukkan bahawa PRU ke-13 boleh diadakan hanya pada tahun 2013
apabila mandat 5 tahun BN berakhir pada bulan April dalam usaha mereka
untuk melenyapkan keinginan mereka untuk meninggalkan BN.
Walau bagaimanapun, yang belum cukup lagi untuk menghalang Bumburing
dan mereka yang bersependapat dengan pemimpin itu, yang nampaknya sudah
letih akan helah politik UMNO yang bergantung kepada perjuangan
perkauman dan ketaksuban agama. Ramai yang terkejut akan banyaknya kes
rasuah yang dilakukan tanpa memikirkan kepayahan rakyat biasa tetapi
kerana cengkaman kuasa Umno sejak 5 dekad yang lalu, tidak banyak yang
boleh dilakukan atau berisiko akan dipulaukan.
"Kami gembira untuk melihat angin perubahan yang akhirnya bertiup di
Sabah. Ini adalah satu tindakan yang berani dan diharapkan ia akan
menjadi inspirasi kepada pemimpin BN yang lain untuk diikuti. Ramai
menyedari bahawa BN telah menjadi satu jenama yang buruk. Ini telah kita
beri amaran 3 tahun yang lalu dan ia telah menjadi kenyataan kerana
UMNO tidak mampu untuk berubah dan Najib terlalu lemah untuk a
melaksanakan reformasi dalam partinya," kata Tian lagi.
Tian menambah bahawa Pakatan seterusnya akan memberi tumpuan kepada
Sarawak, di mana Ketua Menteri Taib Mahmud yang kontroversi telah
memerintah dengan kuku besi selama beberapa dekad di sebalik dakwaan
korupsi yang menggunung terhadapnya.
Penghijrahan dan perpecahan BN juga berlaku di Semenanjung
Ahli Parlimen PKR Batu itu juga memberi amaran bahawa ini bukanlah
permulaan penghijrahan daripada BN Sabah tetapi meramalkan ia akan turut
berlaku di Semenanjung.
"Semua sedang menunggu masa yang tepat. BN telah menjadi toksik dan
terdapat ramai pemimpin dalam MCA, MIC, Gerakan serta Umno sendiri yang
menunggu untuk bebas dari belenggu BN," ramal Tian.
"Saya tidak pasti jika PRU ke-13 akan berlaku pada September tahun
ini atau awal tahun depan tetapi pengakhiran bagi BN semakin ketara. Apa
yang rakyat mahukan juga sangat jelas, jadi tidak perlulah takut untuk
meninggalkan BN. Malah, jika pemimpin-pemimpin terus berpaut pada Umno,
pengundi di kawasan mereka akan menjadi yang pertama untuk tidak
mengundi mereka. "
Pastinya, PRU ke-13 akan menjadi pilihanraya yang paling sengit,
dengan 222 kerusi di peringkat Persekutuan, Parlimen dan 505 kerusi
dalam Dewan Undangan Negeri untuk dipertandingkan. Sudah ada
penganalisis politik memanggilnya Ibu segala Pilihanraya Kotor walaupun
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menegaskan bahawa pilihanraya adalah
bersih.
Namun begitu, memandangkan wujud dokumen bukti penipuan pilihanraya
yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sejak bulan lepas
seperti memanipulasi nama, membeli undi dan pengundi hantu, ramai rakyat
Malaysia ragu bahawa Umno-BN akan melakukan yang terbaik untuk menipu
untuk berpaut kepada kuasa. Ia sangat memalukan apabila diketahui
kedua-dua pengerusi SPR dan timbalannya merupakan pemimpin Umno.
Tunggu dan lihat!
Dalam pilihan raya umum 2008, Bumburing memperolehi 17.645 undi untuk
mengekalkan kerusi Tuaran bagi BN dengan majoriti 6622 undi berbanding
Ansari Abdullah saingan daripada PKR yang mendapat 11.023 undi. Calon
bebas, Ajin Hazin Gagah, hilang wang deposit apabila dia hanya berjaya
meraih 879 undi.
Bagi Lajim yang berusia 57 tahun, yang juga merupakan Ahli Parlimen
Beaufort, dia juga telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai ketua
cawangan Umno Kerambai Kebatu, dia juga berkata bahawa tidak akan
bertanding semula sebagai ketua bahagian Umno Beaufort.
Lajim berjumpa penasihat rohani PAS yang juga Ketua Menteri Kelantan
Nik Aziz Nik Mat pada hari Isnin di pejabatnya di Kota Bharu tetapi
mesyuarat itu mungkin merupakan kunjungan hormat daripada dirinya dan
bukannya menyertai parti itu seperti apa yang dispekulasi.
"Surat peletakan jawatan sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar
kepada setiausaha Umno Beaufort beberapa hari yang lalu. Langkah pertama
adalah untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian dan yang kedua
adalah untuk berhenti sebagai ketua cawangan Umno dan langkah ketiga -
tunggu dan lihat!," Lajim dipetik oleh portal berita New Sabah Times
pada hari Isnin.
Malaysia Chronicle