Ikuti Blog ini

Injunksi Mahkamah Halang 91 Individu - Puncak Kebaculan BN

Polis: Perintah mahkamah halang 91 individu

Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kawasan berhimpun

Perintah berkenaan turut menyenaraikan kawasan komersial Kuala Lumpur yang dikenalpasti polis sebagai kawasan berhimpun bagi kumpulan berkenaan.

Kawasan berkenaan termasuk sekitar kawasan The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junction, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan juga Istana negara, kata Amar Singh lagi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur petang ini.

Ketika ditanya, Amar Singh berkata perintah yang diperolehi semalam daripada Majistret Kuala Lumpur itu merupakan satu langkah pencegahan bagi menghalang pemimpin berkenaan daripada hadir ke kawasan tersebut.

"(Jika berhimpun) di tempat lain tak jadi salah, hanya di tempat ini saja," katanya lagi yang menjelaskan individu berkenaan masih perlu memohon permit sekiranya ingin berhimpun di tempat lain. -M'kini


Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

Perkasa

Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ab Rahman Abu Bakar
Syed Hassan Syed Ali
Irawah Fahmi Ideris
Roslan Kassim
Sharifuddin Abd Hamid
Dr Zubir Harun
Ameir Hassan
Datuk Ahmad Saad
Ahmad Zaini Ismail
Muhammad Zaid Md Arip
Abdullah Mansor
Zaira Jaafar
Norkhaila Jamaludin

Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Datuk Megat Firdouz Megat Junid
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Megat Zulkarnaian Omardin
Rizalman Mokhtar
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Lokman Noor Adam
Datuk Abdul Azeez Rahim
Ungku Saleh Ungku Jamal
Arman Azha Abu Hanifa
Tun Faisal Ismail Aziz

Bersih

Datuk Ambiga Sreenevasan
Mohamad Sabu
Hishamuddin Md Rais
Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
Maria Chin Abdullah
Chua Tian Chang
Kamarulzaman Mohamad
Dr Mohd Hatta Md Ramli
Syed Shahir Syed Mohamud
Syed Ibrahim Syed Noh
Teresa Kok Suh Sim
Badrul Hisha Shaharin
Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
Arutchelvam A/L Subramaniam
Wong Chin Huat
Ong Boon Keong
Enalini A/P Elumalai
Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
Datuk Khalid Yunus
Datuk Zulkifli Noordin
Dr Zubir Harun
Datuk Seri Abd Hadi Awang
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Nurul Izzah Anwar
Kohila Yanasekaran
Zaid Kamaruddin
Khoo Teng Swee
Fadiah Nadwa Fikri
Yap Swee Seng
Salahuddin Ayub
Datuk Mahfuz Omar
Nasrudin Hasan
Mazlan Aliman
Dr Syed Azman Syed Nawawi
Dr Dzulkifli Ahmad
Dr Mujahid Yusof
Khalid Abd Samad
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Azman Shapawi Abd Rani
Suhaizan Kaiat
Nor Azli bin Musa
Mohd Firdaus Jaafar
Loke Siew Fook
Lau Wen San
Mohd Azmin Ali
Mat Shuhaimi Shafie
Satipul Bahari Amamt
Wan Hassan Mohd Ramli
Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Hilman Idham
Mohd Shukri Che Ab Razab
Mohd Syukri Kamaruddin
Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
Choo Chon Kai
Sarasvathy Muthu
Soh Sook Hwa
Nurul Izham Nurul Anuar
Abd Rahim Osman
Mohd Sibri Ismail
Mohd Lukam Muda
Datuk Prof Kamaruddin Kachar
Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

Silapkah Seri Paduka Baginda Terima Wakil 62 NGO Berdaftar Mengadap?

KOMENTAR : “Hanya kerana Yang Di-Pertuan Agong menemui mereka (Bersih) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan.” Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Dalam keghairahan untuk terus menyerang Bersih 2.0, Hishamuddin mencadangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan.

Pendapat ini kemudiannya turut disokong oleh sepupu beliau – Perdana Menteri Najib Razak sebagai alasan untuk menafikan Bersih permit bagi mengadakan perhimpunan amannya di sebuah stadium pada Sabtu ini.

Tindakan kedua-dua pemimpin itu dikecam kerana Najiblah yang mencadangkan kepada Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Apabila dipersetujui Bersih, beliau tampil pula mengingatkan Bersih bahawa rangkaian kerjasama itu sudah diharamkan kerajaan dan tidak layak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Inilah urutan perkembangan dalam tempoh 48 jam yang menyerlahkan kualiti kepemimpinan negara ini dan tahap “kesetiaan” Umno kepada institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Nasihat” baginda kepada Bersih untuk membatalkan perarakan di atas sebab keselamatan dijunjung oleh Bersih yang kemudiannya menerima tawaran Najib untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Tuanku Mizan kemudian sudi menerima menghadap rombongan Bersih iaitu Pengerusinya Ambiga Sreenevasan, Presiden Jamaah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin dan Sasterawan Negara A Samad Said.

Pertemuan itu dan titah baginda membuka laluan untuk Bersih membatalkan tunjuk perasaan yang amat digeruni oleh BN.

Perbincangan di Istana Negara dan kenyataan susulan Bersih akhirnya meleraikan ketegangan yang diwarnai dengan tangkapan-tangkapan polis dan kenyataan-kenyataan menghasut dan berbaur perkauman oleh kumpulan-kumpulan tertentu dan Najib sendiri.

Apakah respon kerajaan pula? Malangnya, Najib dan Hishamuddin membawa mesej bahawa pertemuan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan jawatankuasa Bersih tidak memberi apa-apa makna kerana Bersih masih pertubuhan haram dan justeru tidak boleh diberikan permit mengadakan perhimpunan di stadium.

Tangkapan-tangkapan polis ke atas sesiapa yang memakai baju berlogo Bersih diteruskan dan penahanan enam orang di bawah Ordinan Darurat juga diteruskan.

Pada ketika kerajaan dan polis berpeluang tampil memberi kerjasama untuk membolehkan suara rakyat didengar di sebuah persekitaran yang dikawal dan dijamin keselamatannya, Najib dan sepupunya Hishamuddin meremehkan pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan penganjur Bersih dan terus menekan kumpulan itu.

Di manakah kesetiaan tidak berbelah bahagi Umno kepada institusi raja dan kerelaannya untuk mengikut pedoman yang diberikan oleh Tuanku Mizan?

Amat mudah untuk pemimpin-pemimpin Umno mengeluarkan madah-madah indah mengenai kesetiaan kepada Raja dan Negara menerusi media arus perdana, dan menuduh semua yang lain sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara.

Rujukan mudah adalah krisis perlembagaan Perak tahun 2009 yang akhirnya menguntungkan Umno apabila calon lantikannya dinobat sebagai Menteri Besar .

Namun apabila tiba saat untuk Umno membuktikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Istana dengan menghayati semangat perlakuan Tuanku Mizan, parti itu yang ditunjangi oleh Najib gagal dari segala sudut.

Sepupu beliau, Hishamuddin begitu biadap meremehkan titah dan semangat tindakan susulan yang diambil oleh Seri Paduka Baginda.

Justeru hari ini, negara masih berdepan dengan kemelut Bersih – kerana kerajaan yang memerintah enggan menghormati petunjuk-petunjuk jelas daripada Seri Paduka Baginda dan menghayati semangat Baginda.

Sebaliknya Najib dan Hishamuddin mahu menguatkuasakan undang-undang zalim ke atas Bersih, demi agenda sempit masing-masing.

Apakah benar Bersih sebuah pertubuhan haram? Soalan yang lebih tepat adalah sama ada Bersih itu sebuah pertubuhan.
Jawapannya Tidak. Bersih adalah hanya satu bentuk kerjasama antara 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) YANG SAH dan berdaftar.

NGO-NGO ini memupuk kerjasama untuk mengatur sebuah majlis bagi mendesak pilihanraya yang adil dan telus.
Mereka melakukan usaha ini setelah usaha mereka berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal.

Apakah kerjasama Bersih ini memerlukan pendaftaran rasmi di negara ini? Tentunya tidak, jika keluhuran undang-undang dan semangat Perlembagaan didokong oleh pihak berkuasa.

Anehnya, kerajaan tidak pun merungut mengenai mengenai status Bersih sebelum ini, walhal Bersih 2.0 dilancarkan pada 10 November 2010 dan hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani.

SPR pula bebas mengadakan mesyuarat dengan Bersih sebelum ini sungguhpun hasilnya tidak ke mana.
Hanya apabila Bersih mula mengatur perhimpunan aman, yang kemudiannya disokong sepenuhnya oleh parti pembangkang, kerajaan mencengkam pergerakan itu dengan tafsiran undang-undang yang sempit.

Najib pula melabelkan Ambiga sebagai musuh Islam hanya kerana membela seorang anak guamnya dalam kes murtad Lina Joy.

Tiba-tiba daripada sebuah pergerakan masyarakat madani, Bersih digambarkan oleh kerajaan sebagai berhaluan militan dan komunis yang mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Tidak cukup dengan itu, perhimpunan aman Bersih juga didakwa akan merugikan negara pada kadar RM1 bilion sehari!

Dalam jangka masa singkat dua minggu, rakyat dipertontonkan watak sebenar Perdana Menteri dan Hishamuddin terhadap sistem demokrasi berparlimen, keluhuran undang-undang dan perlembagaan serta institusi Raja Berdaulat.

Tindakan mereka harus menimbulkan rasa gusar kepada sesiapa sahaja yang mendokong keadilan, prinsip-prinsip hak asasi manusia serta mahu melihat institusi-institusi seperti SPR diperkasakan demi manfaat rakyat. -

Setakat Manakah Kebijaksanaan Perdana Menteri Malaysia ? (Wajib Baca dan Sebar!!)

Berminggu-minggu lamanya telah digembar-gemburkan oleh media arus perdana kononnya negara ini akan menjadi huru-hara pada tanggal 9 Julai 2011. Pada setiap jiwa yang cintakan keamanan dalam negara di samping mengejar awang-awangan demokrasi yang meninggi meninggalkan kita, pastinya bukan suasana huru-hara yang ditagih.

Begitu juga dengan setiap rakyat yang menyokong sebuah kempen demokrasi yang dipandu oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), tidak mungkin keadaan huru-hara yang menjadi buruan. Tiada siapa juga yang boleh menafikan bahawa sekiranya huru-hara berlaku, ia hanya akan memberi kelebihan kepada pihak kerajaan yang memerintah. Pengishtiharan darurat contohnya. Kerana itu jika diimbas kembali, rakyat kerap kali diduga oleh ketegangan kaum dan ketegangan agama sebelum ini oleh anasir tidak bertanggungjawab. Kini boleh dikatakan peluang terhidang buat anasir jahat yang mahu keadaan yang membolehkan kerajaan hari ini terus memerintah, dengan tipu helah.

Justeru itu, apakah kita yang cintakan keamanan dan demokrasi, sanggup membenarkan diri menerpa ke arah perkara yang memusnahkan negara ataupun keadaan yang memberi kelebihan kepada kerajaan pemerintah?

Pejuang-pejuang demokrasi yang akan hadir ke Kuala Lumpur pada 9 Julai nanti sudah tentu tersemat di dalam jiwa mereka betapa maksud perhimpunan aman ini harus dipertahankan. Pembikin provokasi yang berbaju kuning akan ditangkap dan diserah kepada polis. Keamanan negara tetap menjadi kepentingan utama baik di pihak berkuasa mahupun di pihak penganjur kempen Bersih. Sebab itu kita katakan kempen Bersih perhimpunan aman, bukan perhimpunan ganas.

Dalam masa yang sama, kerajaan telah mengerahkan seluruh kekuatan anggota polis untuk turun berkampung di sekitar Kuala Lumpur untuk beberapa hari lamanya. Walaupun ia adalah satu pembaziran kerana menggunakan dana yang banyak untuk menanggung penginapan dan makan minum anggota bertugas termasuk elaun-elaun berkaitan, pembaziran ini sebenarnya boleh diselamatkan sekiranya setiap anggota polis yang bertugas itu diberi tanggungjawab untuk mengawal rakyat yang berhimpun.

Tetapi andainya apa yang berlaku ialah penangkapan demi penangkapan terhadap rakyat marhein, sepak terajang ke atas rakyat tidak berdosa, menumpahkan darah rakyat yang juga si pembayar cukai di bumi sendiri, ia bukan sahaja akan dikenang sebagai pembaziran tetapi wang rakyat yang membayar elaun-elaun setiap polis yang bertugas telah dibayar kembali dengan cara tumpahnya darah rakyat, akan di bayar semula dengan belantan berdarah, simbahan air asid dan juga bom asap yang memedihkan.

Ketika berpuluh-puluh kelongsong bom asap jatuh di hadapan ribuan peserta perhimpunan aman, ketika ratusan polis dan FRU mengejar dan membeduk rakyat dengan belantan, ketika bergelen-gelen air asid disembur membasahi rakyat, mungkin kita boleh katakan perhimpunan yang sebelah awalnya berlaku aman akan menjadi tidak lagi aman apabila orang ramai lari menyelamatkan diri, dan darah pun mengalir membasahi bumi bertuah.

Sedarlah bahawa pihak polis sebenarnya menjaga keamanan dan memastikan keselamatan orang ramai, bukan memukul dan menyakiti rakyat !!

Peserta kempen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) juga ditekan dan diugut oleh pertubuhan-pertubuhan samseng yang mendapat imuniti dari pihak berkuasa. Setiap kenyataan yang berbaur ketegangan dan kemusnahan yang dihambur oleh pertubuhan jahat ini tidak langsung diambil endah oleh pihak berkuasa malah bagaikan memberi galakan termasuklah menayangkan ucapan penuh emosi itu di saluran media perdana untuk menakut-nakutkan rakyat lain, hanya kerana mereka mempertahankan kerajaan sedia ada. Sedangkan apa yang dihambur oleh pertubuhan itu jelas sekali berniat jahat untuk menimbulkan huru-hara, contohnya gesaan untuk bergempur dengan peserta perhimpunan, tetapi dibuat pekak oleh pihak polis yang sepatutnya berpewatakkan neutral demi menjaga keamanan negara.

Jadi siapakah di antara kita yang sebenarnya mencipta huru-hara ? Di manakah pendirian Perdana Menteri dalam menyelesaikan masalah rakyat? Inikah cara terbaik seorang Perdana Menteri yang juga anak kepada bekas seorang Perdana Menteri menyelesaikan masalah rakyat, dengan hanya tidak habis-habis memperkudakan badan berkuasa demi mempertahankan kuasa ? Kuasa itu tidak akan kekal selamanya wahai Perdana Menteri Malaysia !

Sepertimana Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bertitah;

"Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana"

Daripada apa yang berlaku menjelang perhimpunan bersejarah menuntut pilihanraya bersih dan adil BERSIH versi dua pasca titah Agong dan pasca seketariat BERSIH menghadap Agong, tidaklah menampakkan apa-apa kebijaksanaan dari pihak kerajaan dalam menangani masalah rakyat yang juga masalah negara.

Pokoknya, 8 tuntutan pilihanraya bersih dan adil yang bakal diterjemah di atas jalanraya sekitar Kuala Lumpur mahupun di Stadium Merdeka Sabtu ini tidak langsung diselesaikan atau diberi jalan yang baik oleh Perdana Menteri, walaupun dititah untuk mencari jalan yang bijaksana. Atau sememangnya kebijaksanaan Perdana Menteri kita pada hari ini tidak terlalu tinggi untuk berhadapan dengan rakyat? Ataupun hanya ketakutan yang menyelubungi diri Perdana Menteri dengan asakan gelombang kuning diraja oleh rakyat?

Buktinya, apakah itu kebijaksanaan Perdana Menteri apabila bertindak menangkap dan mereman rakyat yang mengenakan baju kuning Bersih serta rakyat yang mengedarkan risalah Bersih? apakah bijak seorang Perdana Menteri apabila bertindak mengfitnah gerakan rakyat yang menuntut pilihanraya bersih dan adil dengan tuduhan sebuah gerakan komunis, memiliki senjata berupa 'molotov cocktail' dan parang bersama puluhan baju Bersih di sampingnya? Bijakkah seorang Perdana Menteri apabila mengarahkan sekatan jalanraya di pagi hari yang sesak, menghentikan permit sementara untuk beberapa hari, menggunakan polis untuk mengugut rakyat supaya tidak menghadiri perhimpunan Bersih, tetap mengharamkan kempen Bersih walaupun Agong sendiri telah perkenan untuk berjumpa seketariat Bersih berbanding tidak mahu berjumpa dengan pertubuhan jahat lain?

Ingin saya menasihati Perdana Menteri Malaysia. Sebagai Perdana Menteri, adalah seharusnya bertindak bijaksana dalam menyelesaikan sebarang tuntutan rakyat seperti yang telah dititah oleh Agong - kebijaksanaan. Seharusnya dalam situasi ini, Perdana Menteri sendiri harus berjumpa dengan Bersih bagi mencerminkan keikhlasan. Perdana Menteri juga harus mengarahkan pembebasan ratusan rakyat yang ditahan hanya kerana memiliki baju kuning Bersih, bukan kuning ganja! Perdana Menteri juga harus mengiktiraf kempen Bersih kerana Baginda Agong juga telah berbuat demikian apabila menerima kunjungan seketariat Bersih. Kotakan janji Perdana Menteri untuk membenarkan perhimpunan Bersih di stadium, arakian Perdana Menteri sendiri tidak menamakan stadium mana perhimpunan tersebut bakal diadakan. Maka Bersih memilih Stadium Merdeka sebagai tempat berhimpun.

Perlu diingat bahawa apa yang dituntut bukanlah semata-mata untuk memberi kelebihan kepada parti pembangkang tetapi ianya adalah untuk keadilan sejagat. Tuntutan-tuntutan adalah demi pilihanraya bersih dan adil, bukan menuntut Perdana Menteri turun tahta dengan segera. Memberi laluan kepada tuntutan-tuntutan ini bakal menjadikan kerajaan Barisan Nasional diberi penghormatan sebagai pemerintah yang adil dan mutlak pada pasca PRU akan datang, tetapi terlebih dahulu memerlukan kemenangan.

Wahai Perdana Menteri, nasihat-nasihat dari seorang penulis ini terpulanglah samada mahu mendengarnya atau akan dikenang sebagai Perdana Menteri yang paling tidak bijaksana dalam sejarah peradaban negara.

Percayalah bahawa rakyat akan naik ke Kuala Lumpur dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang, rakyat juga akan turun ke Kuala Lumpur dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Perak, rakyat juga akan terbang ke Kuala Lumpur dari Sabah, Sarawak dan Labuan, rakyat juga akan menyusur ke Kuala Lumpur dari Selangor dan Lembah Kelang. Semuanya akan ke Kuala Lumpur untuk berhimpun secara aman, walau apapun risikonya !! Demi sebuah pilihanraya Bersih dan Adil, pilihanraya adil yang akan menumbangkan pemerintahan kuku besi.

Kita tetap akan tumbangkan kerajaan legasi penjajah melalui pilihanraya bukan melalui jalanraya, kerana kita masyarakat yang bertamadun, kita penyokong demokrasi yang cukup bertamadun. Tetapi sebelum itu, kita harus pastikan sistem pilihanraya yang sedia ada itu bersih dan adil, bersama tuntutan-tuntutan yang kita bawa ke Stadium Merdeka, untuk diserahkan kepada wakil diraja.

Kempen BERSIH akan menemui kejayaan bersama menerpa sejarah pada tanggal 9 Julai 2011 di Stadium Merdeka yang penuh bersejarah. Kempen BERSIH tidak pernah haram, itu adalah fakta !! Jangan biarkan diri anda diperbodohkan lagi, setelah 53 tahun lamanya. Lamanya...
EDYES @ edyesdotcom

BERSIH 2.0: Penting..! - Makluman Untuk Sebaran



Maklumat Sahih: Pesanan buat semua sahabat2 di seluruh Malaysia.

Sila delete mesej2 dalam handphone anda yang berkaitan dengan politik & ada words BERSIH. Polis road block akan periksa. Polis di KL akan periksa handphone secara rambang dan penahanan serta-merta akan dilakukan bagi membantu siasatan.

Harap Maklum & share pada Facebook, Twitter & Blog masing2.

Sekat komunikasi awam tidak halang himpunan Bersih

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Jawatankuasa Bersih 2.0 menasihatkan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional supaya tidak menghenti akses kepada saluran komunikasi awam seperti telefon mudah alih, internet, perkhidmatan 3G mudah alih, laman web tertentu atau media sosial kerana ia tidak akan berjaya untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 di Stadium Merdeka Sabtu ini.

Bersih 2.0 mendakwa mereka terkejut apabila dimaklumkan matlumat perisikan bahawa mungkin ada sekatan ke penuh atau sebahagian di internet menjelang perhimpunan aman anjuran mereka hujung minggu ini.

“Jika diganggu dalam sebarang bentuk, pihak berkuasa akan kelihatan tidak berbeza daripada diktator di Timur Tengah yang telah menggunakan cara yang sama, tapi langsung tidak membawa kesan,” tegur Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataannya, Bersih 2.0 juga menggesa orang ramai yang mahu menyertai perhimpunan bersejarah 9 Julai ini masuk ke pusat bandar hari ini atau pagi esok kerana maklumat perisikan menunjukkan bahawa pengangkutan awam akan ditutup, sama ada sebahagian atau sepenuhnya pada hari Jumaat dan/atau Sabtu.

Memerhatikan fakta yang mengejutkan bahawa permit bas ke Kuala Lumpur telah dibekukan, Bersih 2.0 berkata satu pelan rapi nampaknya sudah diusahakan untuk menyulitkan orang memasuki kawasan Kuala Lumpur pada 9 Julai ini sesukar yang boleh.

Bersih 2.0 mengulangi komitmennya bahawa sebarang penindasan, ugutan dan halangan tidak akan dapat mencairkan keazaman untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka pada pukul 2 petang pada 9 Julai 2011 dan menjamin bahawa perhimpunan akan bersurai secara aman selepas itu.

“Sekiranya mana-mana langkah-langkah di atas yang menindas mula berkuat kuasa, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa akan menyaksikan sendiri keterlaluan yang terdesak dan tidak munasabah yang sanggup digunakan oleh kerajaan untuk pergi ke menghalang pilihanraya yang bersih dan adil.

Kerajaan juga tanpa ragu-ragu kena bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehilangan perniagaan, kehilangan keyakinan dalam masyarakat pelaburan, dan kehilangan muhibah yang lengkap ke arah kedudukan politik dan perdagangan di Malaysia,” tegas Bersih 2.0.

Semalam, setelah pihak kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkir janji untuk membenarkan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan awam di stadium, Bersih 2.0 mengumumkan bahawa mereka telah membuat keputusan muktamad tanpa kompromi untuk meneruskan perhimpunan aman mereka di Stadium Merdeka pada 2 petang 9 Julai ini.

“Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka.

“Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami.

“Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali,” kata gerakan itu dalam satu kenyataan lewat semalam.

Bersih 2.0 juga mengingatkan bahawa tanggungjawab mereka yang paling penting sekarang adalah untuk masa depan dan anak-anak kelahiran negara ini, dan untuk memastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan.

“Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang.

“Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik,” tambahnya. -Hrkh

Polis: Perintah mahkamah halang 91 individu

NONEPolis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai. Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut -- daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya -- Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. -M'kini

BERSIH 2.0: Tangkapan Besar-Besaran Akan Dilakukan





Walaupun telah mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, BERSIH 2.0 masih sebuah pertubuhan haram.

Ia masih lagi diharamkan. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Hanya bila berjumpa dengan Tuanku tidak bermaksud ia halal," katanya.

Beliau juga berkata, pengharaman gabungan NGO itu sebelum ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk atas nasihat peguam negara.
Itu kenyataan Hishamudin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri dan susulam kenyataannya itu, Ops BERSIH 2.0 diperhebatkan lagi.

Sesiapa sahaja yang memiliki apa sahaja barangan yang terdapat Logo BERSIH 2.0 atau yang berkaitan dengan BERSIH 2.0 akan ditahan mengikut Akta yang telah ditetapkan. Barangan berkenaan pula akan dirampas dan dimasukkan kedalam custody dan seterusnya akan dijadikan bahan bukti dalam pendakwaan di Mahkamah nanti.

Jadi dekat situ gua paham, apa saja yang melibatkan BERSIH 2.0 statusnya masih "Haram". T'Shirt kuning tanpa lambang atau tulian BERSIH 2.0 boleh dipakai tapi kalau ada lambang BERSIH 2.0 ianya jatuh hukum "Haram".

Fatwa "Barangan berkaitan dengan BERSIH 2.0 termasuk T.Shirt Kuning berlambang atau bertulisan BERSIH 2.0 adalah Haram" masih belum ditarik balik atas nasihat pakar kitab UMphorNO.

Walaupun Tuanku dah bagi pelepasan untuk Gerakan BERSIH 2.0 berhimpun secara aman di mana-mana Stadium, Fatwa tersebut masih laku dan diguna-pakai oleh pemerintah Negara Malaysia.

Himpunan BERSIH 2.0 mungkin akan mendapat Permit bagi menganjurkan Himpunan pada 9hb. Julai, 2011 ini tetapi gua yakin. Mana-mana individu yang memakai, membawa atau memiliki apa-apa sahaja barangan yang berkaitan atau terdapat lambang BERSIH 2.0 dalam Himpunan tersebut akan ditangkap oleh pihak Polis.

"Himpunan" tersebut mungkin boleh dihalalkan dengan mengeluarkan "Permit", tetapi ianya tetap tidak akan membatalkan Fatwa yang dah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

Gua ada 110% keyakinan bahawa akan berlaku Operasi BERSIH 2.0 secara besar-besaran oleh pihak berkuasa dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 9hb. Julai, 2011 nanti berdasarkan kepada fatwa tersebut.

Pihak KERAjaan melalui PDRM akan sedaya-upaya cuba untuk menggagalkan Himpunan BERSIH 2.0 dan sekiranya rancangan untuk menggagalkan Himpunan BERSIH 2.0 tersebut gagal, KERAjaan melalui PDRM masih berpeluang untuk menonjolkan Himpunan BERSIH 2.0 sebagai 1 perhimpunan yang "Tidak Aman" dan caranya ialah dengan melancarkan Operasi BERSIH 2.0 ketika Perhimpunan BERSIH 2.0 berlangsung.

Sekiranya benar Operasi BERSIH 2.0 secara besar-besaran dilancarkan semasa Himpunan BERSIH 2.0 berlangsung, gua jugak yakin akan berlaku kekecohan dan tak mustahil akan timbul suasana yang tegang.

Nasihat gua, kalau tak nak kena tangkap... Elakkan dari memakai baju T'Shirt kuning berlogo atau bertulisan BERSIH 2.o. Baju T'Shirt kuning atau apa-apa baju berwarna kuning sudah cukup. Anda tetap penyokong BERSIH 2.0.

Kalau Polis nak tangkap anda, biar saja dia tangkap. Kita hadir bukan untuk buat kecoh dan ada lebih dari 500 barisan peguam bersedia untuk membela anda sekiranya anda ditahan dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 nanti selagi anda tida memulakan provokasi atau melakukan kesalahan undang-undang.

Yang penting kita mesti buktikan bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 bukanlah 1 rancangan untuk menjatuhkan atau melawan KERAjaan sebaliknya kehadiran kita adalah sebagai tanda sokongan kita terhadap 8 Tuntutan BERSIH 2.0 bagi memperbaiki Sistem Pilihanraya negara Malaysia yang semakin pincang.

Gagalnya pihak KERAjaan melalui PDRM menimbulkan kekecohan dalam Himpunan BERSIH 2.0 nanti adalah Kejayaan di pihak Rakyat Negara Malaysia yang cintakan Kedamaian. Buktikan pada KERAjaan bahawa kita adalah rakyat yang cintakan Negara Malaysia dan Keamanan.

53 tahun kita boleh bersabar, tak kan 1 hari kita tak boleh nak sabar..? -Perisik Rakyat

Liga Super: TG Nik Aziz utus tahniah dari tanah suci

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu, The Red Warriors yang menjuarai Liga Super 2011.

Kejuaraan itu disahkan selepas anak didik Datuk M Karathu itu memalukan Sabah di hadapan penonton sendiri 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan di atas kejayaan menjuarai Liga Super setelah menewaskan pasukan Sabah pada malam ini.

"Rakyat Kelantan bangga dengan kejayaan ini, terima kasih," katanya yang mengirim ucapan itu melalui Twitter malam tadi.

Nik Aziz yang juga Mursyidul AM PAS kini berada di tanah suci Makah menunaikan ibadah umrah dan dijangka akan kembali ke tanah air 10 Julai ini.

Sementara itu, kedua-dua gol kemenangan Kelantan malam tadi itu dijaringkan peledak utama Red Warriors, Noorshahrul Idlan Talaha pada minit ke-5 dan ke-71.

Bagaimanapun Kelantan cemas seketika apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76.

Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat biarpun Sabah membuat asakan bertali arus menuju masa kecederaan untuk memburu gol penyamaan.

Gawang Kelantan dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor (52) dan Terengganu (53).

Sebaliknya Selangor menutup saingan musim ini dengan penuh kehampaan, apabila bukan sahaja gagal memintas Kelantan, sebaliknya tercicir ke tangga ketiga selepas seri tanpa jaringan dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Kedudukan naib juara pula menjadi milik Terengganu apabila berpesta gol dengan membelasah Felda United 6-2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Negeri Sembilan menutup saingan musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Perlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Ahmad Fakri Sharani minit ke-36 dan Shahurain Abu Samah minit ke-59.

Kedah menamatkan saingan di tangga keempat selepas menang 1-0 ke atas pasukan kedua tercorot, Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan menerusi jaringan tunggal Mohd Fiqri Md Isa minit ke-69. -Hrkh

Rumah MB Kedah Jadi Sasaran, Disimbah Cat Merah

Alor Setar - Rumah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang turut menempatkan pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Sungai Limau di Yan disimbah dengan cat warna merah oleh pihak tidak bertanggung jawab dipercayai dilakukan awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, bahagian luar pagar dan lantai simen pekarangan rumah dikotori cat merah, namun tidak mengenai bahagian dinding rumah ekoran jaraknya yang agak jauh daripada kawasan pagar.

Selain rumah Azizan, beberapa rumah, kereta termasuk pejabat pusat khidmat wakil rakyat pemimpin Pas turut menerima nasib sama, dalam beberapa kejadian dipercayai dilakukan serentak malam semalam atau awal pagi.

Turut dijumpai, nota ugutan supaya tidak hadir pada perhimpunan haram Bersih 2.0 yang dibungkus dengan batu yang turut dilontar di tempat kejadian.

Mengulas kejadian itu, Azizan berkata, pihaknya membuat laporan polis berhubung kejadian itu yang turut berlaku di daerah Pendang dan Kota Setar.

“Itu mungkin mainan budak-budak nakal yang tidak ada kerja atau mereka cuba cetuskan isu kontroversi dengan buat perkara seperti itu. Biarlah pihak polis siasat siapa dalang di sebaliknya kerana laporan polis sudah dibuat oleh pihak-pihak yang menjadi mangsa perbuatan itu,” katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Wisma Darul Aman, semalam.

Menurutnya, kejadian sama turut menimpa Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman yang mengalami kerosakan kereta akibat disimbah cat merah.

Pemimpin lain, termasuk Setiausaha Pas Kawasan Alor Setar yang juga Pembantu Khas ADUN Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh, Adnan Saad.

Rumah yang disimbah cat merah pula ialah Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah, Ridzuan Abu Bakar dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Radi Said.

Sementara itu, Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa di Taman Anggerik, Peremba turut disimbah cat merah dan dibaling batu.

Azizan berkata, tindakan terbabit disifatkan kurang bijak dan sekiranya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, ianya perlu dihentikan dengan segera.

“Saya tak kata ianya ada kaitan dengan Bersih, tapi kami semua tak pula berhutang dengan ah long,” katanya berseloroh.

Azizan menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut. -SH

Demonstrasi: Polis, Tentera ugut tembak jika tidak mahu bersurai

Tengok betul-betul.... ada nampak macam anjing tak?


Naib Presiden KEADILAN N.Surendran berkata, demonstrasi Angkatan Tentera Malaysia dan Polis di Raja Malaysia bertujuan menakut-nakutkan orang ramai berhimpun 9 Julai ini.
Beliau mengulas Demontrasi yang dinamakan ‘Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman di antara tentera dan polisyang dilakukan di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur.

Antara yang paling menonjol semasa demontrasi berkenaan adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya ‘bersurai jika tidak mahu ditembak’, dalam pelbagai bahasa.

Surendran yang juga peguam berkata, tindakan tersebut salah dari segi undang-undang, malah demontrasi itu sendiri yang kononnya bertujuan menangani perhimpunan aman adalah bercanggah dengan perlembagaan.

“Memaparkan kain rentang dengan ugutan itu adalah salah di sisi undang-undang di bawah kesalahan jenayah di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan (perbuatan memeras ugut dan menakut-nakutkan) dan melanggar perlembagaan persekutuan,” katanya.

“Dengan apa yang dibuat menggambarkan negara berada di bawah pemerintahan kuku besi seperti yang dipraktikkan di Korea Utara dan Syria,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Menurut Surendran, ia jelas merupakan intimidasi terhadap Bersih meskipun pemerintah tertinggi negara, Yang di Pertuan Agong perkenan perhimpunan anjuran NGO itu diadakan di stadium.

“Saya juga kesal walaupun Bersih sudah bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, polis masih lagi tidak menghentikan tangkapannya terhadap aktivis Bersih,” kata Surendran.

Beliau bagaimanapun berkata semangat rakyat masih lagi kuat dan yakin rakyat akan terus berhimpun demi menuntut supaya kerajaan melaksanakan pilihan raya adil dan telus. - KerajaanRakyat

EKSKLUSIF BERSIH 2.0 (Bukti Penyelewengan) - Mat Sabu (video)


Bersih Sudah Berjaya 60%. Giliran Rakyat Untuk Jayakan 40% Yang Akhir Dengan Hadiri Perhimpunan di stadium.

PAS mengucapkan syabas kepada semangat kental yang ditunjukkan oleh para penganjur Bersih 2.0 yang berjaya menunjukkan tahap ketabahan yang mengkagumkan sepanjang minggu lepas walaupun diasak, diugut dan dipersenda oleh mereka-mereka yang berkuasa tapi tidak menghormati undang-undang sehingga mendapat Bersih 2.0 mendapat pengiktirafan diRaja apabila diberi peluang untuk menghadap Yang DiPertuan Agong.

PAS juga mengucapkan setinggi tahniah kepada kebijaksaan Yang DiPertuan Agong dalam menyelesaikan kemelut yang sengaja diwujudkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata kerana ketakutan menghadapi pilihanraya pada satu padang yang sama rata.
Di sini, PAS ingin menegaskan bahawa Bersih 2.0 ialah sebuah badan bukan politik dan berkecuali. Namun, oleh kerana dasar perjuangannya untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil demi masa depan negara dan generasi akan datang, maka PAS menyokong Bersih 2.0, termasuklah keputusannya untuk mengadakan perhimpunan aman pada Julai 9 ini di Kuala Lumpur.

Walaupun tempat perhimpunan aman bertukar daripada demonstrasi aman di jalanraya kepada stadium, PAS menyeru seluruh ahlinya untuk tetap menghadirkan diri di stadium yang ditentukan nanti untuk menyokong Bersih 2.0 kerana dasar perjuangannya tetap sama iaitu untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil di negara ini.

Kepada para penyokong Bersih 2.0 yang kecewa dengan kompromi ini, bersangka baiklah pada jawatankuasa Bersih 2.0 telah melakukan yang terbaik demi rakyat.
Daripada digelar sebagai satu pertubuhan haram, diasak oleh Kementerian Dalam Negeri dengan menggunakan polis dan akta-akta yang zalim seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehinggalah mendapat restu dan pengiktirafan diRaja dengan diberi peluang menghadap Agong, rakyat perlu kagum dan bangga dengan kegigihan aktivis-aktivis Bersih 2.0 untuk meneruskan agenda mereka tanpa gerun demi rakyat.

Dengan kegigihan jawatankuasa Bersih 2.0 dan juga publisiti percuma daripada Umno Barisan Nasional dan medianya serta tindakan KDN yang mengarah polis untuk bertindak melampau dengan mengada-adakan konspirasi tak masuk akal terhadap Bersih 2.0, pergerakan itu kini dikenali di seluruh pelosok negara.

Rakyat kini tahu akan apa itu Bersih 2.0, apakah tuntutan mereka dan juga keganasan kerajaan Barisan Nasional.
Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya – kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya.

Rakyat kena yakinkan diri sendiri dan kawan-kawan kita yang lain yang sedar tentang kewujudan dan fungsi Bersih 2.0 dengan menghadirkan diri secara beramai-ramai ke perhimpunan awam nanti.

Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri berasa yakin mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem pilihanraya, bahkan juga kerajaan pimpinan Barisan Nasional bahawa rakyat menuntut perubahan dilakukan segera sebelum pilihanraya ke 13 diadakan.

Itulah 40% lagi, yang hanya boleh diusahakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan untuk menjayakan Bersih 2.0 sepenuhnya.

Namun begitu, PAS juga ingin mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 dan kecaman mereka terhadap keganasan yang digunakan kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap penyokong Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan rakyat kepada kita.
Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di’offset’kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.

8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa.

Pakatan Rakyat juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional. Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara.

Untuk kerajaan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya, PAS menasihatkan agar menunaikan 8 tuntutan Bersih 2.0 ini. Barisan Nasional akan menghayati kepentingannya sekiranya di pilihanraya umum ke 14 apabila tewas di pilihanraya ke 13 nanti.

Namun demikian, tidak perlu bimbang, sekiranya Pakatan Rakyat diberi kuasa memerintah nanti, kita akan pasti supaya 8 tuntutan ini dilaksanakan supaya kita dapat bersaing secara sihat dan seimbang di padang yang sama rata dengan semua pembangkang - dengan penuh keyakinan daripada rakyat bahawa demokrasi negara adalah subur, telus dan tulen.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
6 Julai 2011

Kasi bungkus sama ini perempuan!



LIHAT wajah perempuan ini baik-baik. Namanya Datuk Yasmin Binti Dato Yazid, pemegang kad pengenalan bernombor 591028035078. Wanita ini bakal dilantik menjadi CEO (Chief Executive Oficer) TH Travel & Services Sdn Bhd [TH travel] sebuah anak syarikat Tabung haji pada hari jumaat ini. TH Travel adalah sebuah syarikat yang menguruskan perjalanan beribu-ribu jemaah ke tanah suci Mekah terutamanya untuk menunaikan kewajipan rukun Islam ke lima.


Sebelum ini, Perempuan ini telah gagal menguruskan TH Global Services Sdn Bhd sebuah lagi anak syarikat Tabung Haji yang menguruskan dan membekalkan makanan halal di Malaysia dan Arab Saudi [TH Global], hairan bin ajaib, kini perempuan ini bakal dilantik untuk menerajui syarikat yang lebih besar yang menguruskan wang yang lebih besar ratusan juta ringgit.

Di dalam mesyuarat pengurusan Tabung Haji yang lalu, Dato' Paduka Ismee Ismail (Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji)[TH] telah menyebut tentang kegagalan perempuan ini di dalam menguruskan TH Global sebelum ini. Perniagaan TH Global tidak menguntungkan, baru-baru ini perempuan ini bergaduh dengan Pak Arab di dalam pengurusan di Arab Saudi.

Lu orang semua sudah buta ka? Perempuan ini sudah gagal menguruskan syarikat sebelum ini, tapi kenapa masih nak lantik dia terajui syarikat yang lebih besar? Lu jangan lupa wahai perempuan, bukti skandal lu di Mekah, skandal lu di Sabah beberapa hari lepas sudah ada dalam tangan gua. Kalau lu nak mintak saksi, jangan kata 4, tapi beratus-ratus jemaah haji nampak perbuatan sumbang lu di mekah! Satu persatu akan tampil menjadi saksi.

Kepada staff Tabung Haji dan semua orang yang berkenaan, jangan tutup mata sebelah beb gua tahu lu orang semua kenal perempuan ni. Lu orang menguruskan jutaan rakyat Malaysia, orang Islam untuk menunaikan rukun Islam ke lima. Lu orang tahu siapa perempuan yang penuh dengan skandal ni kan?

Ini soal agama, gua tak ada kepentingan politik dalam hal ini. Jamil Khir, kalau lu tak mahu ambil tindakan, lu punya tembelang gua akan bongkar, dokumen "claim" lu semua gua akan publish bagi satu Malaysia tengok. JANGAN LACURKAN AGAMA!


Sumber: [MiLo SuaM]

Rasmi: Bersih tetap berhimpun di Stadium Merdeka 9 Julai



Berikut disiarkan kenyataan rasmi Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) .

Bersih 2.0 kecewa dengan tindakan Perdana Menteri dan Kabinetnya yang mungkir janji untuk sediakan stadium bagi kami untuk mengadakan perhimpunan aman.

Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami berhasrat untuk mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan mengadakan perhimpunan dalam stadium bagi membuat tuntutan kami untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana.

Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka.

Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami. Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali.

Kenyataan baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Polis Negara seolah-olah menunjukkan bahawa polis berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kami sekiranya kami berbuat apa-apa pada 9 Jul selain duduk di rumah.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia patriotik yang hanya inginkan keupayaan memilih pemimpin-pemimpin kita melalui cara demokratik dan halal tidak akan ditakuti oleh pelaksanaan kuasa yang zalim dan tidak bermoral.

Tanggungjawab kita yang paling penting adalah untuk masa depan dan anak-anak kita, dan kami berhasrat untuk pastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan.

Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang.

Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik.

Yang benar,

Jawatankuasa Induk
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato ‘Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Prakkash Arul, K. Arumugam, Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard YW Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato ‘Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .