Ikuti Blog ini

K'tan: Penjawat Awam Terima Bonos, Al-hamdulillah Tok Guru!

KOTA BHARU, 18 Okt 11: Bertuah dan berutungkah kerajaan Kelantan dibawah tadbiran Tok Guru (gambar). Mengapa? Antarananya ialah kerana kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan pemberian bonus untuk kali kedua dalam tahun ini yang akan dibayar kepada penjawat awam negeri pada Disember ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bonus yang diberikan tersebut adalah selari dengan kerajaan Persekutuan yang telah mengumumkan pada pembentangan bajet 2012 baru-baru ini iaitu separuh gaji atau minima RM500 bagi semua penjawat awam.

"Alhamdulillah, sekalipun dikatakan orang, kantung negeri Kelantan selama ini kempis, namun kita tetap mampu memberikan penghargaan dalam bentuk bonus kepada kakitangan," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika membentang Belanjawan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini. Teks beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Menurut beliau lagi, kerajaan sentiasa menghargai jasa kakitangan di sektor awam dan pentadbiran dan kerajaan akan sentiasa memastikan kebajikan kakitangannya diambil berat.

"Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada jentera pentadbiran negeri kerana pada pertengahan tahun 2011 boleh dikatakan semua jabatan telah mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran dan terjemahan pada setiap pagi dan diharapkan dapat diteruskan pada sepanjang masa," katanya lagi.

Katanya, belanjawan yang bertemakan 'Kesejahteraan Bersama Keberkatan' itu, kerajaan berhasrat untuk berbelanja secara bijaksana dan berhemat dengan bermatlamatkan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Husam berkata, bajet itu menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu penjanaan ekonomi untuk semua rakyat, pembinaan insan yang berteraskan Islam serta pembelaan golongan daif dan miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas serta mereka yang memerlukan.

Berasaskan tema tersebut, ujarnya bajet negeri terus berpaksikan kepada strategi berikut iaitu memastikan hasil tunggakan keraajan negeri dapat dipungut dengan memantapkan jentera kutipan hasil, memberi fokus kepada aspek pembangunan negeri serta mengurangkan ketidakseimbangan sosio ekonomi terutamanya memastikan matlamat membasmikan kemiskinan tegar.

Begitu juga, ujarnya dengan memastikan perbelanjaan berhemah sepanjang masa, memastikan kesejahteraan rakyat dengan mengimbangi pembangunan fizikal dan rohani dalam kerangka pembangunan insan yang komprohensif, memastikan kemudahan infrastruktur diselenggara dengan baik dan mewujudkan urustadbir yang baik dengan berlandaskan ubudiyah, masuliyyah dan itqan.

"Bagi merialisasikan tema bajet ini, anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2012 berjumlah RM513.49 juta berbanding RM464.13 juta dalam tahun 2011," ujar beliau.

Sementara itu, katanya anggaran pendapatan negeri bagi tahun 2012 ialah RM430.27 juta yang meliputi hasil cukai sebanyak RM88.49 juta, hasil bukan cukai RM196.24 juta, sementara terimaan bukan hasil sebanyak RM145.54 juta.

Menurutnya, jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hasil sebanyak RM19.38 juta atau 5 peratus berbanding dengan anggaran hasil 2011.

Menurut Husam lagi, peningkata hasil itu adalah berpunca dari beberapa penyemakan semula hasi yang dibuat oleh jabatan dan hasil tanah menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM109.46 juta atau 25.44 peratus dari keseluruhan jumlah hasil. (IH)

Pemuda UMNO Kutip Wang Perlindungan Berlagak Samseng Pukul Peniaga

Kuala Lumpur: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.

Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.

Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.

Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.

Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.

Nafi bawa konco

Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.

Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.

“Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.

Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.

Minta bayaran RM800

“Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800,” katanya.

Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.

Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.

“Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.

“Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno,” katanya yang turut ditemani peguam.

Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang.

Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan. -FMT

Kita mahu lihat ketelusan dan keadilan Polis menjalankan siasatan dan tindakan ke atas Pemuda UMNO ini.

Yang aneh, sejak bila adanya kutipan "wang perlindungan" ini dan sejak bila pula Pemuda UMNO diberikan hak konsesi mmbuat kutipan berkenaan? -GB

Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang  cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.

Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.

“Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional,” kata Lim.

NONEBeliau juga mengutuk tindakan beberapa pemimpin Umno yang memuat-naikkan artikeji yang keji itu di blog mereka. Antara yang dinamakan adalah naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau, sebelum itu telah menulis di tweeter @ PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”

"Saya berharap mereka yang menabur dusta ini tentang anak muda saya boleh melihat diri mereka sendiri di cermin sebagai seorang bapa, dan bertanya sama ada mereka mahu anak mereka menderita trauma pembohongan seumpama itu," kata Lim.

"Keluarga saya dan saya berhak mengambil apa-apa tindakan selanjutnya untuk melindungi diri kami daripada apa-apa ancaman. Buat masa ini, isteri saya dan saya akan cuba mententeram dan memulihkan anak muda saya dan berdoa bahawa dia akan pulih daripada dilakukan sebegitu kejam”.

Lim berkata jika seteru politiknya mahu ‘menghabiskan’ kerjayanya, mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya tetapi anak-anaknya tidak harus diusik.

najib lim guan eng cycle event 250911 3Katanya, ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak-anak, tetapi DAP tidak pernah tergamak mengganggu mereka dan tidak menaruh sebarang niat bagi membalas perbuatan itu.

“Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini,”  kata Lim dengan kesal.

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.
“Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.

“Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya. -M'kini

MAT SABU SERANG UMNO LAGI

Peruntukan MRSM: Umno bohong bela Melayu

KUALA LUMPUR - Peruntukan terlalu kecil kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam Bajet 2012 sekali lagi membuktikan pembohongan Umno kononnya membela Melayu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kalau MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu pun hanya mendapat peruntukan begitu kecil dan tidak munasabah, iaitu hanya RM100 juta sahaja, semakin terbukti pembohongan Umno yang kononnya hendak membela Melayu.

"Peruntukan kecil itu dengan sendirinya bermakna tidak ada tambahan MRSM yang baru dalam bajet tersebut," katanya.

Malah, kata beliau lagi, peruntukan itu pun kebetulan diberikan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bernilai RM1 bilion khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, menyelenggara, membeli peralatan dan membina blok tambahan.

Ketika membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada peruntukan tambahan RM1 bilion itu, RM500 juta adalah untuk sekolah kebangsaan, RM100 juta kepada SJKC, RM100 juta kepada SJKT, RM100 juta kepada sekolah mubaligh, RM100 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Saya sengaja tak sebut fasal sekolah agama yang juga menerima peruntukan yang kecil, saya hanya menyebut fasal MRSM sebab Umno setiap hari mendabik dada mendakwa kononnya dialah pembela Melayu sebab kalau dia dakwa dia membela Islam pun orang tak percaya.

"Tetapi, kalau begitulah sikap kerajaan Umno dan jika parti itu terus memerintah, kita perlu tunggu berapa ratus tahun lagi untuk melihat setiap kawasan parlimen mempunyai MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu?" kata Mohamad.

Menurut beliau, pendidikanlah yang mengubah nasib orang Melayu di mana sebahagian dari mereka berubah menjadi kelas menengah dalam masa satu generasi sahaja.

"Tetapi peruntukan tak seberapa untuk pendidikan orang Melayu itu, tidak kira sama ada kepada sekolah agama atau MRSM, membuktikan Umno tidak begitu berminat untuk mengubah taraf hidup lebih ramai lagi orang Melayu," katanya.

Mohamad berharap Najib sedar bahawa pelajaranlah yang boleh mengubah nasih sesuatu kaum itu.

"Najib ambil orang-orang Yahudi dalam Apco Wordwide sebagai tempat memohon petunjuk.

"Saya berharap beliau tahu antara perkara pertama yang dibuat oleh orang Yahudi selepas memasuki Palestin ialah membina sekolah dan pada tahun 1925, orang-orang Yahudi sudah mempunyai universiti di wilayah Palestin yang takluki," katanya.

Beliau berharap Najib tidak mengabaikan usaha-usaha agresif untuk meningkatkan taraf pendidikan orang-orang Melayu.

"Jangan abaikan, jangan bagi alasan kepada (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin)," katanya sinis.-Hrkh

Masyarakat Gelap Hati - Video Sedih Ngeri Anak Kecil Dilanggar




Seorang anak kecil berumur 2 tahun telah dilanggar sebanyak 2 kali, sekali oleh sebuah van dan kemudiannya oleh sebuah lori telah mengemparkan dunia internet di China dan seluruh dunia.

Video ini menjadi gempar kerana selama hampir 7 minit orang yang lalu lalang di situ buat-buat tak tahu apa yang berlaku walaupun mereka melihat jelas darah yang berlumuran di situ.
Selepas lori kedua yang melanggar bayi itu, seorang wanita datang untuk mendapatkan bayi malang ini. Menurut laporan BBC, wanita ini adalah seorang pemungut sampah yang kebetulan berada di situ.
Agensi Berita China Xinhua melaporkan bayi ini berada dalam keadaan koma di hospital manakala Shanghai Daily melaporkan bahawa bayi ini telah meninggal dunia.
Video yang tersiar ini menimbulkan kemarahan masyarakat negara China dan seluruh dunia terhadap manusia-manusia yang lalu-lalang di situ selama 7 minit bayi itu terlantar di situ.
sumber : Global-Post

PAS bina Stadium Sultan Mohamad IV

KOTA BHARU, 18 Okt: Pihak yang memperkecil cadangan kerajaan negeri membina stadium bola sepak berciri reka bentuk unik seperti lupa Stadium Sultan Mohamad Ke IV yang ada sekarang dibina kerajaan PAS selepas pilihan raya 1964.

Stadium itu dibina di kawasan seluas 13 ekar melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta dibina secara berperingkat-peringkat. Ia dapat menampung seramai 25,000 penonton.
 
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihak yang cuba mempersendakan cadangan kerajaan negeri membina stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh seperti lupa kejayaan kerajaan PAS sebelum ini.
“Stadium Sultan Mohammad Ke IV yang ada sekarang dibina kerajaan PAS. Maka tidak pelik stadium baru  juga boleh dibina kerajaan negeri yang ada sekarang.

”Pihak-pihak yang mempertikai cadangan membina stadium baru itu seolah-olah lupa sejarah pembinaan stadium di Kelantan,” katanya menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumbuh) pada persidangan Dun hari ini.

Pada Mei lalu kerajaan negeri mengumumkan akan membina sebuah stadium baru di kawasan seluas 123 ekar dengan kos bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kompleks stadium yang unik tersebut dijangka mampu menampung sehingga 40,000 penonton menyediakan tempat solat di setiap aras bagi memudahkan orang ramai mengerjakan sembahyang.
Selepas pengumuman tersebut ada pihak terutamanya pemimpin Umno mempertikaikan cadangan tersebut dan menganggap kerajaan negeri tiada kemampuan.

Husam berkata, sehingga kini empat syarikat sudah mengemukakan kertas cadangan kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) bagi membina stadium tersebut.
”Syarikat terbabit akan membentang proposal mereka kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya syarikat yang akan membina stadium tersebut bakal membina projek komersial lain di kawasan berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat dana untuk menampung kos.
Kata beliau juga reka bentuk stadium tersebut diilham sendiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan menggabungkan ciri stadium dan masjid.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, PAS sehingga kini sudah mengemukakan dua kali usul persendirian di parlimen mendesak kerajaan menggubal undang-undang murtad.

Katanya, usul tersebut dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, namun tidak ada menteri dan anggota parlimen Umno menyokong usul tersebut.
”Tanpa ada menteri atau anggota parlimen Umno yang menyokong menyebabkan usul persendirian itu tidak diterima Speaker.

”Ini menggambarkan sudah lama PAS mendesak kerajaan pusat menggubal undang-undang mencegah murtad dan ia bukan perkara baru.

”Undang-undang murtad juga sudah terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II). Jadi tidak berbangkit Kelantan tiada undang-undang mencegah murtad,” ujarnya menjawab soalan tambahan Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas). -Hrkh

Gambar Ustaz Azhar Dan Basikal Fixie


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/316138_164856160272684_100002449028419_309770_80053862_n.jpg

Sultan Bukan Nabi, Mereka Tidak Maksum

Tajuk di atas adalah sebahagian daripada tweet yang dilontarkan oleh DrMAZA. Sepenuhnya adalah seperti di bawah;
"Tahniah Prof Aziz Bari. M'sia mmerlukan org spt anda yg merdeka fikiran. Bebas dari jiwa feudal melayu. Sultan bkn nabi, mrk tdk maksum."
Edyes ucapkan tahniah juga buat Dr MAZA kerana berani menongkah arus feudal yang tak kesudahan. Malaysia juga memerlukan seorang mufti yang tidak tunduk dengan asakan mana-mana pihak dan hanya bersuara mengikut landasan syarak!

Tahniah Dr MAZA, tahniah Aziz Bari, tahniah Md Sabu, kerana menggoncang scenario politik tanahair dengan bijak!
EDYES @ edyesdotcom

Bayi Ditemui Mati Dikelar Di Asrama Sekolah


Betong: Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, Isnin.

Gambar: ANGGOTA polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar sehingga mati oleh seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Betong. (17/10/2011) -hm

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi tadi bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.

Katanya polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Hutang negara mencecah RM437.2 bilion


Hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

azlanDaripada jumlah berkenaan, sebahagian besar hutang kerajaan adalah daripada hutang dalam negara yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dewan Rakyat juga diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negara itu diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Dalam pada itu hutang luar negara kerajaan persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Euro, Dolar Kanada serta Dinar.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). -M'kini

Hanya Zaman Najib Laporan Audit Tidak Diserahkan Kepada Ahli Parlimen


Ketua audit ditekan supaya tapis laporan?'

Anggota parlimen Pakatan Rakyat menuntut penjelasan sama ada ketua audit negara ditekan untuk menyunting laporan tahunannya.

Menyelar kelewatan penyerahan laporan itu, anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya sama ada kerajaan takut akan hasilnya.

Bercakap di lobi parlimen, Pua berkata, semasa pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, laporan itu dibentangkan sekali dengan belanjawan.

"Tahun lalu, laporan audit negara lewat seminggu dan kali ini masih belum dibentangkan di Parlimen.

"Saya ulang, adakan sebarang tekanan supaya laporan itu disunting," katanya.

Sebelum itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) mempersoalkan kelewatan itu dan mahukan penjelasan Timbalan Speaker Ronald Kiandee.

Salahuddin berkata, sejak minggu lalu pihaknya sudah bertanya tentang alasan di sebalik langkah yang tidak selalu berlaku itu. -M'kini





Mengapa Laporan Audit Negara masih tidak diserah?

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee hari ini menjelaskan pihak parlimen sehingga sekarang masih belum menerima Laporan Audit Negara dan menyifatkan parlimen juga senasib dengan ahli parlimen yang lain.

Jawapan itu merujuk kepada usul yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat yang meminta Timbalan Yang Dipertua menjelaskan tentang kedudukan laporan audit tersebut.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 20(1) saya ingin mendapat penjelasan mengapakah sehingga hari ini Laporan Audit Negara tidak lagi diserahkan kepada Ahli Parlimen.

"Saya juga meminta jaminan dari Dewan Rakyat ini tentang penjelasan perkara tersebut kerana inilah pertama kali terjadi perkara luar biasa kerana laporan tidak diserahkan walaupun belanjawan telah dibentangkan.

"Saya berharap menteri dapat beri penjelasan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sepatutnya laporan tersebut diberikan sebelum belanjawan dibentangkan tetapi pada kali ini sebaliknya telah berlaku.

"Adakah terdapat muslihat di sebaliknya?

"Kita mahu speaker minta penjelasan dari menteri atas perkara tersebut kenapa tidak diserahkan laporan audit itu.

"Adakah kerana tidak mahu Ahli Parlimen membahaskan laporan tersebut?" tanya Anwar.

Ronald memberitahu kenapa laporan tersebut tidak diserahkan akan dijawab oleh menteri sewaktu penggulungan perbahasan nanti.

Bercakap pada sidang media, Salahuddin berkata, tindakan tidak menyerahkan Laporan Audit Negara sewaktu perbentangan belanjawan tidak pernah berlaku di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi melainkan di bawah pentadbiran Najib.

Katanya, sejak 2004 sehingga 2008, Ketua Audit Negara tidak pernah takut untuk memyerahkan laporan audit tetapi mulai Najib memegang tampuk pentadbiran perkara melewatkan penyerahan laporan tersebut telah berlaku.

"Hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 20(1), saya telah meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi penjelasan kenapa sehingga sekarang Ketua Audit Negara tidak menyerahkan laporan audit tersebut.

"Dari jawapan yang diberikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu tidak mendapat jawapan yang jelas walaupun perkara ini telah dibincangkan sebelum ini.

"Kita mahu Ketua Audit Negara menjelaskan kenapa berlaku sebegini dan untuk maklumat kelewatan penyerahan laporan audit ini hanya berlaku di zaman Najib sahaja sedangkan sebelum ini ia dapat diserahkan sebelum ataupun sewaktu perbentangan belanjawan dilakukan," jelasnya.

Tambahnya lagi, jika laporan audit tidak diberikan pada hari ini perkara tersebut akan dibawa dalam mesyuarat Pakatan Rakyat esok bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan adakah Ketua Audit Negara mendapat tekanan dari kabinet sehinggakan penyerahan laporan itu tidak dapat dilakukan.

"Saya ingin tahu adakah wujud tekanan yang dikenakan oleh kabinet kepada Ketua Audit Negara, seolah-olah laporan tersebut perlu disunting kembali.

"Adakah Najib takut dan risau dengan laporan tersebut sehinggakan ia terpaksa ditangguh pengedarannya?" soalnya.

Kelewatan pengedaran laporan audit telah berlaku pada 2008 hingga 2010, hampir seminggu barulah diberikan manakala tahun ini sejak dari belanjawan dibentangkan sehingga ke hari ini tidak lagi diberikan laporan tersebut kepada ahli parlimen.





Gerakan Mansuh ISA 2.0 di Parlimen, Hari ini



KUALA LUMPUR : Pimpinan Pakatan Rakyat akan melancarkan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 di bangunan Parlimen, hari ini jam 12.30 tengah hari.

Pelancarannya dijangka akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen Marang atau Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Gerakan ini merupakan gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib peneroka antaranya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Bangkit dan Waris.

Penubuhannya bertujuan mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad ditamatkan kontraknya secepat mungkin kerana menimbulkan banyak konflik dalam Felda sehingga menyebabkan rasa tidak senang peneroka.

Terbaru, berlaku pertembungan kuasa di antara Isa dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab apabila Isa dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang didakwa mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Presiden Anak Mazlan Aliman, gerakan tersebut akan mengumpulkan tandatangan warga Felda di setiap negeri yang tidak bersetuju dengan pelantikan Isa sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi KPF.

"Kita akan mengumpulkan tandatangan peneroka yang tidak bersetuju dengan Isa dan akan serahkan kepada Perdana Menteri supaya kontrak Isa ditamatkan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat juga berkata, selain mengumpul tandatangan, gerakan itu juga akan mengadakan siri solat hajat agar warga Felda diselamatkan daripada pihak berkepentingan dan sesi taklimat mengenai kesan apabila Felda Holding disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Selain itu katanya, pihaknya akan membawa pemegang saham KPF ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menuntut tribunal dijalankan mengenai pelantikan Isa sebagai pengerusi koperasi.

"Pemegang saham KPF akan serah borang bantahan kepada Suruhanjaya bagi membolehkan satu tribunal dijalankan ke atas pelantikan Isa.Itu prosedurnya," kata beliau.

Tambahnya, gerakan itu ditubuhkan atas kesedaran warga Felda sendiri, bukan pengaruh mana-mana parti politik.

"Kita buat semua ini bukan atas faktor politik tapi kerana memikirkan nasib peneroka yang sudah lama ditindas dan ditipu." katanya sambil mengalu-alaukan mana-mana NGO yang ingin menyertai gerakan tersebut. -Hrkh

Gagal Halang Mat Sabu & Guan Eng, Rumah YDP PAS Segamat Disimbah Cat Merah


Segamat : Rumah Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masood, telah dilontar cat merah dipercayai dilakukan pihak-pihak yang begitu marah setelah merasakan pengaruh mereka tergugat dan tercabar berikutan kehadiran dua tokoh Pakatan Rakyat, baru-baru ini.

Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 10 Oktober dan diikuti dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dua hari kemudian (12 Oktober), benar-benar telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak terbabit sehingga bertindak di luar batas moral.

Terdahulu dari itu Firdaus turut mendakwa menerima ugutan melalui telefon termasuk membakar pejabatnya jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah oleh Mohamad Sabu pada 10 Oktober lalu.

Firdaus ketika ditemui di rumahnya kelmarin memberitahu, beliau tidak akan lemah semangat dengan ugutan-ugutan itu sebaliknya akan meneruskan perjuangan untuk menjatuhkan Umno BN Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ugutan dan simbahan cat ini adalah petanda bahawa Umno BN memang dalam keadaan yang sangat terdesak sekarang ini, sebab itu mereka cuba menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendedahkan segala kepincangan mereka selama ini.

“Mereka cuba menghalang program ceramah kita kerana menyedari Segamat adalah kawasan hitam bagi mereka” katanya.

Firdaus yang juga pengamal undang-undang seterusnya menyifatkan, tindakan itu merupakan permulaan kepada cabaran-cabaran yang mungkin lebih besar lagi selepas ini, namun terus bertekad untuk meneruskan perjuangan.

“Perjuangan ini akan tetap diteruskan bahkan insiden yang berlaku ini akan menambahkan lagi semangat juang setiap pendukung PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Segamat ini,” ujarnya.

Ekoran insiden itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Segamat, kira-kira jam 1.00 petang kelmarin.

Pada satu majlis di Labis, 7 Oktober lalu, seorang petugas Jabatan Amal Johor, Shahril Sulaiman, tercedera dan menerima tujuh jahitan setelah dilontar dengan objek keras ketika cuba menghalang kira-kira 50 penunggang motorsikal yang cuba membuat bising untuk mengganggu majlis tersebut.

Sementara itu cubaan untuk mengganggu ceramah Mohamad Sabu di Kampung Tahang Rimau Segamat pada 10 Oktober lalu berjaya digagalkan, kehadiran ratusan petugas Jabatan Amal dan Angkatan Muda Keadilan yang mengawal lalu lintas menyebabkan taktik sama yang cuba dilakukan kumpulan penunggang motosikal untuk membuat bising bagi mengganggu ceramah, tidak menjadi. -Hrkh




Gambar : Disebalik Bantahan,Ceramah Guan Eng Di Johor Dapat Sambutan Hebat



Beratus penduduk Segamat (Pencacai UMNO kot..) yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng ke Segamat, Johor.






Bagimanapun beratus penduduk Segamat itu hanya berani menyalak diluar saja.. kerana ada beratus-ratus lagi rakyat Johor yang menantikan kehadiran Guan Eng didalam Dewan tersebut dan Guan Eng berjaya memasuki dewan dengan selamatnya..ASD






Sumber gambar : KL Pos, Pulakdah dan Kami Benci Saiful Bukhari


Selatan Online
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .