Ikuti Blog ini

RTM 'shut up'

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hilang kesabarannya apabila diasak oleh seorang wartawan bagi mendedahkan bukti berhubung dakwaannya yang beberapa ahli parlimen PKR disogok RM2 juta dan juga ditawarkan kontrak supaya berpaling tadah.

Walaupun berulang kali berkata beliau akan mendedahkan perkara itu apabila tiba masanya, wartawan dari RTM itu terus mendesak hingga Anwar mula tidak selesa.

Di
asak wartawan radio stesen kerajaan itu yang hanya dikenali sebagai Tukimin, Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan.

"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?

"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," katanya.

Suasana di lobi parlimen itu hangat seketika apabila wartawan RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan sogokan berkenaan.

"You tanya Menteri you, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab, you tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?

Tukimin yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai.

"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya... ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka...keluarkan PKFZ, apa tindakan? Keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal Eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya. -M'kini

GEGAR Lancar Program Ala-Ala Gerila Di Kelantan


Pujian harus diberikan kepada warga Kelantan yang bertindak bijak mengajar pihak yang bersikap "kurang ajar" terhadap warga Kelantan, institusi Di Raja Kelantan dan juga Kerajaan Negeri Kelantan.

Tanpa mengambil masa yang lama, tanpa perlu berbincang-bincang, tanpa perlu bersusah payah mewar-warkan apa yang perlu dibuat, rakyat Kelantan sepakat memboikot Majlis Perasmian "Kelantan Fiesta" yang berlangsung dalam suasana yang paling memalukan pihak Red Carpet khususnya UMNO Kelantan.

Nasib juga acara semalam tidak disiarkan secara langsung dikaca telivisyen, kalau tidak pasti situasi yang lebih buruk akan menimpa UMNO Kelantan dan yang lebih penting lagi - Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia dato' Seri Najib Tun Razak.

Mana tidaknya, perancangan yang rapi telah dilakukan oleh pihak GEGAR dimana sekiranya PM tampil dalam majlis malam semalam, 1 banner sepanjang 100 kaki yang tertulis "DAULAT TUANKU, Patek RAKYAT MAHU KERAJAAN PUSAT SERAHKAN Royalti 5% segera KEPADA KERAJAAN KELANTAN, BUKAN WANG EHSAN" yang berjaya diseludup masuk ke stadium akan diangkat sebaik sahaja PM berucap dan pastinya akan tersiar secara langsung di kaca telivisyen anda..!

Jangan fikir rakyat Kelantan akan duduk diam dalam isu Royati Minyak dan Gas, setiap masa akan ada kejutan demi kejutan kepada pihak-pihak yang bersekongkol dengan Kerajaan Pusat.

Kisah Semalam

Rancangan awal yang telah diatur oleh pihak GEGAR ialah menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia dengan banner sepanjang 100 kaki tersebut di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. atas sebab-sebab tertentu, program awal pagi dibatalkan. dibatalkan kerana pihak GEGAR fikir, kejutan awal akan memberi impak yang kurang baik untuk program pada sebelah malamnya yang dijangka lebih menarik.

Pihak GEGAR mahu kejutan seperti ini dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia secara langsung dikaca telivisyen. kita nak tengok macam mana menggelabahnya PM dan gerombolan berbaju batik berperut buncit secara langsung di kaca telivisyen.

Maka untuk seterusnya, kita biarkan PM menikmati hari siang yang indah di Negeri Kelantan. harus ada kenangan manis dan perlu disertai dengan "kenangan pahit". tunggu sebelah malamnya.

Jam 8:00 malam berkumpul di Food Court bersebelahan dengan stadium. yakin tak ada SB yang akan syak ada perancangan hebat untuk malam tadi untuk PM. nak bagi SB lalai bukan susah, pakai saja apa-apa baju yang tertulis "1Malaysia" atau baju batik. baju batik dengan beg sandang adalah imej tipikal gerombolan, baju t'shirt dan beg sandang pula adalah imej tipikal SB.

Tak pasal-pasal hujan turun selebat-lebatnya. angin kencang, khemah-khemah peniaga hampir-hampir terangkat dan para peniaga bertempiaran berteduh di Food Court dan juga perkarangan stadium. blog TT menyiarkan secara langsung dan detail apa yang berlaku semalam.

Najib: Gagal Hadir atau Malu Untuk Hadir

Dalam aturcara majlis semalam tertera jam 9:00 malam - ketibaan jemputan kehormat Perdana Menteri Malaysia, tapi sampai jam 10:00 malam, kelibat PM tak muncul-muncul, yang muncul ialah Stopa Mohamad. aku dah agak, dengan kehadiran yang tak cecah 500 orang (itupun lepas budak-budak sekolah diangkut sama), tak mungkin PM Najib akan muncul. APCO tak kan biarkan kroninya dimalukan.

Stopa Mohammad jadi Kambing Hitam. majlis dimulakan dengan pengumuman bahawa PM tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu (ala cakap je la tak dapat hadir sebab penonton tak ramai, tak kan nak siar secara langsung majlis PM dalam stadium penuh dengan kerusi kosong..?) dan digantikan oleh Tok Pa.

Team GEGAR terus on plan ke-2 bergegas ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa untuk mengucapkan selamat tinggal bersama dengan banner ke-2 juga sepanjang 100 kaki (back-up kena ada beb...).

Di Stadium, sebaik sahaja bacaan doa selesai, blub..! blackout..! senyap sunyi... sudahnya Tok Pa berceramah pakai Loud Hailer, aku dengan geng-geng bantai gelak, ni majlis Gilang Gemilang kejadah pakai Loud Hailer..? sikit-sikit aku nampak Tok Pa "in future" tengah demo dengan gerombolan... hahaha...

Ceramah Tok Pa memang best... Tok Pa ajak rakyat Kelantan maju ke depan, nak maju kedepan kena naik Keretapi kata Tok Pa... aik..? ni zaman bila ni Tok Pa... tapi ada betul jugak cakap Tok Pa... nak naik jet, enjin dah hilang, nak naik kapal, semua kapal dagang Zionis, nak naik kapal selam, kompom tak leh menyelam...

Dah la... malas nak cerita pasal Tok Pa...

Ngam-ngam geng GEGAR sampai dekat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Jet peribadi PM berlepas, laju sungguh speed PM pengecut ni. tapi tak de hal. masa PM lalu dekat jalan utama tu mesti dia perasan banner sepanjang 100 kaki yang dah dipasang sejak semalam dekat lapangan Terbang.

Seterusnya, kita dah rancang akan terjah setiap program Kerajaan Pusat di Kelantan. asal ada program gerombolan je, pati pihak GEGAR akan turun padang, banner 100 kaki akan terus berkhidmat dan mengingatkan geng-geng gerombolan bahawa rakyat Kelantan akan terus komited menuntut Hak Negeri Kelantan.

Kelantan Fiesta akan berjalan seperti biasa. kalau ada geng gerombolan nak datang, dipersilakan... kami menunggu anda setiap masa..!

Video & gambar patung "Jesus" Terbakar Dipanah Petir

Patung "Jesus" Terbakar Dipanah Petir

Monumen “king of Kings” ialah mercu tanda yang sinonim dengan Ohio dibina pada tahun 2004 di Gereja Solid Rock. Monumen setinggi 62 kaki dan selebar 42 kaki menggambarkan Jesus dari bahagian dada sambil mengangkat tangan ke langit. Patung itu juga diberi gelaran “Touchdown Jesus” berdasarkan cara tangannya dijulang ke atas, sama seperti pengadil memberikan isyarat “touchdown” dalam sesebuah perlawanan “American Football”.

Kena Panah Petir




Di Monroe, Ohio, Amerika Syarikat sculpture 'King of Kings' iaitu 'patung' besar Jesus Christ berdiri agam dan megah di perkarangan Solid Rock Church. Khabarnya ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan 'aksi' Jesus mendepangkan tangan ala-ala berdoa ke jihat langit. Penghuni Monroe, Ohio amat memegahkan patung ini dan menamakannya Touchdown Jesus. Jesus ini dibuat dari plastik dan gelas fiber.

Malam isnin lepas, Jesus dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.

Mungkin elok pendiri patung Jesus ini membaca dalam kitab mereka sendiri:

"Thou shalt not make unto thee any graven image, or any likeness of any thing that is in heaven above, or that is in the earth beneath, or that is in the water under the earth."
-Exodus 20:4

Monumen ini musnah terbakar selepas dipanah oleh petir. Maklumat lanjut sila tonton video di bawah ini.




Gigit polis: Tian Chua 'selamat', kekal MP Batu

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Berikut keputusan itu, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan itu tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.

Hakim Datuk Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret.

"Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama.”

"Membiarkannya beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar.”

Tian didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya

Beliau yang baru tiba dari Paris, pagi ini hadir di mahkamah bersama kira-kira 20 penyokongnya termasuk ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau diwakili oleh peguam Ranjit Singh, Amer Hamzah Arshad dan Razlan Hadri Zulkifli.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof, sebelum itu berhujah bahawa keputusan sepatutnya dikekalkan.

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur. -M'kini

Militan: Sandiwara kerajaan untuk alih tumpuan rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tindakan kerajaan menggunakan media untuk menggembar-gemburkan isu kemunculan semula kumpulan Jamaah Islamiah (JI) di tanah air semata-mata bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada beberapa isu lain yang mencalar kredibiliti para pemimpin Umno BN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, tindakan tersebut bertujuan untuk mengalihkan amarah rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I kerana meluluskan lesen judi sukan sempena Piala Dunia 2010, baru-baru ini.

Katanya lagi, dengan menimbulkan isu JI, tumpuan rakyat boleh dialihkan daripada memprotes isu penyerahan tanah bernilai tinggi milik KTM di Tanjong Pagar kepada kerajaan Singapura.

Tambahnya lagi, dengan berbuat demikian juga membolehkan tumpuan rakyat pada isu penyerahan dua blok minyak iaitu Blok L dan Blok M kepada kerajaan Brunei Darussalam tanpa melalui Parlimen.

“Saya lihat ini semua suatu cubaan Umno BN untuk alih isu judi sukan dan beberapa isu besar melibatkan kedaulatan negara, seperti pemindahan beberapa aset negara yang diserahkan kepada pihak swasta tertentu,” tegas beliau pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, beliau mewakili Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menegaskan bahawa mereka tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam sebarang bentuk aktiviti bawah tanah.

“Kita berpendirian bahawa sikap melampau tidak perlu dipertahankan,” tegas beliau.

Disebabkan itu, beliau memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya tidak sewenang-wenangnya menahan rakyat tanpa bicara sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut menimbulkan rasa ragu dengan pengakuan Hishammuddin dan Musa berhubung tangkapan 10 warga asing yang kononnya anggota JI.

“Kalau kesemua 10 warga asing ini saspek JI, mengapa mereka tidak dibicarakan (tetapi) terus dihantar pulang ke negara masing-masing,” soal beliau.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat supaya tidak terkeliru oleh permainan media oleh kerajaan kebelakangan ini.

“Saya minta jangan ada rakyat terkeliru dengan semua ini, semuanya semata-mata untuk alih tumpuan kita pada isu yang lebih utama,” tambah beliau.

Senada dengan Anwar, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut mempersoalkan motif di sebalik tindakan Musa membuat pengakuan dalam media arus perdana berhubung penangkapan suspek yang dikatakan anggota-anggota JI terbabit.

“Kalau dia (Musa) menganggap ia (JI) sebagai isu keselamatan, mengapa diumumkan kepada rakyat umum, mengapa diumumkan pada media massa,” soal Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Melihat pada tindak-tanduk tersebut, beliau dalam nada berseloroh mendakwa bahawa Musa mungkin mahu kekal mendapat sokongan Najib untuk menjadi KPN.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Yusmadi Yusoff (Balik Pulau). -Hrkh

Kelantan Fiesta: Kegagalan Gilang-Gemilang..!

Malam tadi sepatutnya berlangsung acara Gilang-Gemilang Perasmian Kelantan Fiesta di Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu Kelantan.
Sebelumnya pada sebelah siang:
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan EXCO-EXCO dan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui Baginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan Negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.
Akibat daripada sikap "Kurang Ajar" pihak Red Karpet yang tidak menghormati perjanjian dan Tuan Rumah, sebelah malamnya:
Hujan turun dengan lebatnya seawal jam 8:30 malam. bukan setakat hujan lebat, malah angin juga cukup kencang sampai hampir terangkat khemah-khemah peniaga di Dataran Stadium. Siaran Langsung terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir walaupun berbagai persiapan yang maha hebat telah diusahakan sejak dari minggu lepas.
Pembatalan Siaran Langsung sebenarnya bukan berpunca dari hujan lebat, tetapi lebih kepada cubaan menyembunyikan "sambutan dingin" rakyat Kelantan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan akan merasmikan Kelantan Fiesta malam tadi.

Beb... korang ingat TV nak siar ke laporan secara langsung kalau jumlah kehadiran tak sampai pun 500 orang untuk acara Gilang-gemilang macam ni..?

Kos untuk malam pembukaan tak mustahil mencecah ratusan ribu ringgit. persediaan untuk pentas untuk konsert je pun kita tau bukan sikit puluh-puluh ribu, tapi makan ratusan ribu ringgit. yang tu belum kira dengan kos bunga api lagi tu.
Jadual asalnya, perasmian akan dibuat oleh PM Malaysia Dato' Seri Murujib pada jam 9:00 malam tapi sampai jam 10:00 malam dewa Murujib gagal tiba. yang tiba akhirnya ialah seekor kambing hitam - Stopa Jeli...

Apa punya suwey Program malam tadi aku pun tak tau. sebaik Stopa sampai, bacaan doa dimulakan, sebaik saja doa habis dibaca, MC ambik alih microphone untuk teruskan majlis... baru cakap 2-3 patah - Zap...!!! BLACKOUT..!

Seluruh Stadium bergelap. betul-betul suwey 77. majlis diteruskan, Stopa Jeli akhirnya hanya berucap dengan menggunakan Heiler. aku tengok dah macam demonstrasi aman la pulak. apa kes majlis gilang gemilang pakai heiler..?
Stopa Jeli ni orangnya hebat... masa yang ada digunakan sebaik-baiknya untuk memuji Murujib... kata Stopa Jeli - "Najib adalah sorang yang sangat bagus, dia bagus sebab sepanjang Murujib jadi PM, dah 5 kali Murujib datang ke Kelantan dan itu tanda dia prihatin"...

Memang la kau prihatin. kau tu perompak, sebelum nak merompak, kena la survey rumah mangsa dulu. duit royalti bila nak bayar Murujib weh..?

Dalam ucapan pendeknya pulak, Stopa Jeli mengajak rakyat kelantan untuk menaiki keretapi untuk mencapai matlamat pembangunan... Oi lembu, kalau nak membangun, jangan naik keretapi, naik la jet, naik roket, baru boleh sampai bulan, naik keretapi nak gi mana..? Nepal..?

Bodo betul la Menteri Jeli ni...

Habis ucapan, "dimaklumkan bahawa semua program pada malam ini dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan"...

Kah kah kah kah kah...!!! kena kencing..!

p/s - sebut pasal "Perjanjian" dalam Malaysia ni ada 1 menatang je yang tak reti nak tepat janji dan ikut perjanjian... menatang tu ialah UMNO/BN... yang sokong UMNO/BN ibarat penyokong menatang...

Hanya menatang sahaja menyokong menatang..! - Kami Nak deris Nnatang..!

Pindah parlimen ke Putrajaya: Satu pembaziran

Pindah parlimen ke Putrajaya: Satu pembaziran

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz

Gambar fail menunjukkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah diiringi isteri-isteri baginda, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (depan kiri) dan Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim (kanan) bersama kerabat diraja yang lain di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda semalam secara rasmi menceraikan Azrinaz yang diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar.


PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008. -Mstar

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .