Ikuti Blog ini

Daftar Pemilih Meragukan: Mat Sabu Alu-alukan BERSIH 3.0

Cheras: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengalu-alukan Jawatankuasa Bersih menganjurkan Bersih 3 bagi membantah kenaikan daftar pemilih yang didakwa 'pelik' di sembilan kawasan Parlimen di Selangor.

"Daftar pemilih di Selangor berlaku satu perkara yang pelik di sembilan kawasan Parlimen. Parlimen Subang kenaikan daftar pemilih sebanyak 35 peratus.

Kawasan Kota Raja naik lebih kurang 28 peratus. Puchong lebih kurang 20 peratus. Serdang dan sebagainya. Sembilan kawasan Parlimen kenaikan pengundi lebih daripada 20 peratus.

"Oleh itu hadirin sekalian, Bersih 3 mesti diadakan,"katanya ketika berucap pada siri jelajah Asalkan Bukan UMNO (ABU), di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik, di sini malam tadi.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, mesyuarat Pakatan Rakyat baru-baru memandang serius perkara itu.

Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat akan menyokong sekiranya satu lagi perhimpunan bersar-besaran diadakan bagi membantah daftar pemilih yang meragukan itu agar pilihan raya dapat dijalankan dengan adil dan bersih.

" Cara nak buat, kita serah kepada badan induk itu. Serah kepada Datuk A. Samad Said bagaimana untuk kita lancarkan Bersih 3.Pas, Keadilan dan DAP akan menyokong sebarang tindakan yang dicadangkan oleh NGO Bersih 3," ujarnya lagi.

Beliau memberi contoh bagaimana kenaikan daftar pemilih di Subang yang begitu tinggi dilihat begitu berbeza dengan kawasan berhampirannya itu Petaling Jaya Utara.

" Sedangkan Parlimen yang bersebelahan Petaling Jaya Utara kawasan Tony Pua, kenaikan daftar pemilih hanya 7 peratus. Kenapa berlaku begitu tidak seimbang? Ini yang menjadi bahan renungan kita. Sepatutnya kalau Subang nak 35 peratus, sekurang-kurangnya Petaling Jaya Utara 25 peratus,"katanya.

Tambahnya lagi, senario pertambahan jumlah daftar pemilih ini lah yang menyebabkan kerajaan Pas di Terengganu tumbang pada 2004.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," katanya pada sidang media Ibu Pejabat PKR baru-baru ini. -antarapos

Umno Johor Mulai Gelisah, Pakatan Rakyat Bersedia Tawan Johor !

Bakal MB Umno ?????



Bakal MB Pakatan Rakyat ?????

Serangan Pakatan Rakyat ke atas Johor tampaknya sudah memberi kesan menakutkan pihak UBN negeri berkenaan. Tidak sia-sia kalau Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayub dan Chua Jui Meng malam siang menggempur Johor demi meruntuhkan kubu Umno di negeri itu.

Ketakutan UBN kini mulai terasa apabila parti itu seakan sudah kehilangan arah dan mencari-cari siapakah untuk dinobat menjadi MB sekiranya Umno masih mengekalkan kekuasan di Johor selepas PRU 13 nanti. Desas desus itu menunujukkan bahawa Abdul Ghani Othman sudah tidak diperlukan lagi di Johor.

Keupayaan bekas pensyarah Universiti Malaysia itu sudah pun diperah untuk menguatkan Umno Johor selepas mengambil alih daripada Udin anak Yassin yang terpaksa di bawa ke Pusat kerana beberapa masalah yang berlaku di Johor. Salah satu sebab Udin anak Yassin dipindah dulu ialah kerana beliau dikatakan memperkenalkan dasar membolehkan rakyat Singapura memililki hartanah di Johor. Udin anak Yassin di Johor Baharu terkenal dengan jolokkan pedagang buluh kasap yang menjual tanahair dan pasir ke Temasik?

Keadaan yang berlaku dalam Umno Johor kini belum pernah berlaku sebelum ini. Hari ini terdapat sekurang-kurangnya tiga nama disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB Johor bagi mengganti Abdul Ghani Othman. Nama-nama itu ialah Menteri Pengajian Tinggi Khalid Nordin, bekas Menteri Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad. Dan terbaru nama Menteri Dalam Negeri Hishmuddin Hussein pula cuba diapongkan.

Saya percaya Ahmad Maslan juga mungkin termimpi-mimpi atau pun mengharap namanya juga disenaraikan sebagai bakal MB Johor. Malangnya setakat ini tidak ada sesiapa yang sudi meletakkan nama Ahmad Maslan sebagai bakal MB Johor. Mungkin namanya masih berbau tong sampah.

Apakah maknanya ini semua kalau bukan kerana Umno dalam kebimbangan? Situasi kabur mengenai siapa bakal jadi MB tidak pernah berlaku di Johor. Johor adalah negeri yang dikira tempat kelahiran Umno dan kubu kuat parti berfahaman nasionalis itu. Malahan setiap kali berlaku pilihan raya dua tiga orang calonnya menang tanpa bertanding menunjukkan tiada sesiapa yang mahu lawan Umno.

Bagaimana pun kegahan Umno itu kini sudah mulai luntur. Sejak tahun 1999 tidak ada lagi calon UBN yang menang percuma seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang ajaibnya calon Pas yang menang tidak bertanding pada tahun 2004 dan pertama kali dapat menghantarkan wakil ke Dun Johor. Perkembangan ini menunjukkan perubahan besar berlaku di Johor dan Umno sendiri makin pupus dan perlahan-lahan sudah ditolak rakyat Johor. Umno sebagai sebuah mitos dan parti dianggap sebagai penyelamat Melayu laksana bahtera Nabi Nuh sudah mulai hilang.

Nama Khalid Nordin disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB sejak 2008 lagi. Dalam pilihan raya lalu Khalid sudah dicadang untuk diletakkan bertanding di salah satu kerusi Dun. Bagaimana pun ia dipindah saat-saat akhir kononnya atas kehendak Sultan Johor. Beberapa jam sebelum penamaan calon bekas presiden Umno ketika itu Abdullah Ahmad Badawi bergegas ke Johor untuk menghadap sultan Johor.

Hasilnya Abdul Gahni dikekalkan. Sudah pasti kalau tidak ada campur tangan istana Abdul Ghani sudah pun 'pensiun' dalam politik dan kini sudah jadi besi buruk. Kini menjelang pilihan raya sekali lagi nama Khalid disebut, kononnya dia akan dipindah ke state untuk jadi MB.

Penghantaran Khalid ke Johor tidak pelik dan dirasakan munasabah memandangkan beliau pernah pun diura-urakan untuk menjadi MB Johor. Tetapi apabila tiba-tiba Abdul Ghani menyebut nama Shahrir Samad menyebabkan timbul pertanyaan apa sudah terjadi? Kenapa dengan Johor sampai ada lebih dari dua nama calon jadi MB. Apakah Umno Johor kini sudah berpecah kepada dua puak? Itulah yang ditilik oleh orang luar.

Shahrir sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Bila wartawan bertanya, beliau meminta supaya menanyai Ghani sendiri. Bila dibandingkan di antara Shahrir dengan Khalid, awal-awal lagi Shahrir akan terpecat dari persaingan itu faktornya usia. Shahrir sudah tidak pantas lagi kerana usianya melewati bendul untuk menjadi MB Johor. Kalau Shahrir diperlukan untuk menjadi MB beliau sepatutnya dilantik sebelum Udin anak Yassin menjadi MB Johor lagi.

Apakah cadangan Ghani itu kerana Johor didalam keadaan parah sekarang ini? Tiada tokoh berkelayakan dari Umno? Umno berpecah dan memerlukan seorang tokoh yang bersemangat Melayu dilihat setia dengan parti serta berprinsip untuk memimpin Johor? Shahrir dikenali seorang yang tegas, bersih dan berprinsip. Saya lihat ada keperluan dan faktor itu kenapa Ghani sampai sebut nama Shahrir.

Sebenarnya kegelisahan Umno Johor menghadapi serangan dan keseriusan Pakatan Rakyat menyerang negeri itu tidak dapat diselindungkan lagi. Terutamanya sejak Salahuddin Ayub telah bersungguh untuk menggempur Johor bersama Pakatan Rakyat. Kepulangan Salahuddin ke Johor tidak ubah seperti kepulangan seorang panglima yang kesekian lama bertapa dan berguru nun jauh di Kelantan untuk membela dan menghapus petualang di negerinya.

Ternyata kepulangan Salahuddin disambut hangat oleh rakyat. Rakyat Johor sudah mula merasai akan aura dan juga mengenali perwatakan serdahana yang dimiliki bekas Ketua Pemuda Pas itu sesuai dengan naluri rakyat Johor. Beliau dikenali seorang yang ilmiah di dalam percakapannya dan pemikirannya juga jelas. Tidak suka kontroversi dan lebih bersikap mengatasi apa juga masalah dengan perundingan. Tidak hairan kalau di parlimen beliau dilihat sebagai seorang pensyarah dalam membahas isu ataupun mengeluarkan idea secara profesional.

Kehadiran Salahuddin meresahkan Umno Johor. Kenapa saya kata begitu, sebab kalau Umno tidak gentar dan bimbang dengan kemunculan dan penampilan Naib Presiden Pas itu nescaya Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkasi tidak menyentuh Salahuddin. Apa kata Puad apabila mendapat tahu Pas Kelantan telah bersedia melepaskan Salahuddin pulang ke negerinya selepas berguru politik selama hampir 10 tahun? Puad menyifatkan Pas Kelantan telah menghalau Salahuddin. Halau?

Jelas terjemahan atas kepulangan Salahuddin ke ngeri asal sebegitu, menunjukkan kekecutan perut Puad Zarkasi dan para pemimpin Umno Johor. Mungkin apa yang paling dibimbangi Puad takut kalau Salahuddin bertanding dikerusi Batu Pahat berhadapan dengannya?

Selain itu Shahrir Samad juga turut sama menyentuh Salahuddin. Komen Shahrir pengembalian Salahuddin itu sesuatu yang dialu-alukan. Katanya wajar kalau Salahuddin pulang ke Johor untuk membolehkan dia mencurahkan khidmat bakti di negerinya sendiri.

Pernyataan kedua mereka jelas berbeza. Puad cuba mengelegakkan emosi Salahuddin agar marahkan kepada Pas Kelantan. Manakala Shahrir pula seakan sedia untuk melihat sejauh mana keupayaan Salahhuddin menunjukkan segala bakat dan ilmu politik yang dipelajarinya selama ini di luar Johor. Di sini jelas Shahrir sebagai veteran lebih matang dan profesional berbanding dengan Puad yang baru memasuki menengah politik.

Sementara itu Ahmad Maslan juga yang selalu memperlekehkan orang dan merasakan dirinya hebat, terpelajar atau profesional turut menyentuh kepulangan Salahuddin yang digambarkan bakal dilantik menjadi MB Johor sebagai mimpi. Begitulah sikap seseorang ego dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain akan memperkecil dan menghina sesiapa saja.

Salahuddin jangan peduli kepada ejekan Mat Maslan itu. Beliau harus menerimanya sebagai cabaran dan ujian kepada kepimpinannya. Perlu diingat segala kejayaan besar itu bermula dari angan-angan dan mimpi. Dari mimpin itulah akhirnya ia menzahirkan kenyataan. Bukankah sebelum kelahiran Muhammad s.a.w Allah memberikan keluarganya mimpi?

Hari ini Salahuddin bersama Pakatan Rakyat di Johor saya rasa masih belum bermimpi. Mereka semua sedang menyiapkan malam indah untuk bermimpi. Dan sudah pasti selepas mereka selesa dan mendapat kepercayaan rakyat, mimpi yang bakal menjelma itu ialah menakluki Johor. Maka baik Mat Maslan dan sesiapa di Johor jangan memperkecilkan usaha Salahuddin dan Pakatan Rakyat sebaliknya lihatlah secara positif dan satu cabaran sebenar buat Umno Johor.

Apapun yang nyata dan jelas daripada kerja-kerja disiapkan oleh Salahuddin bersama Chua Jui Meng khasnya, benar-benar meresah gelisahkan Umno Johor. Kalau tidak masakan Umno kini telah menjaja tiga nama untuk menjadi MB Johor; Shahrir, Khalid dan Hishamuddin. Bukankah tindakan itu menggambarkan Umno dan BN dalam keadaan gelisah? SUMBER

Kelantan Miskin Kerana Dizalimi Kerajaan Pusat

Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal

KUALA LUMPUR : Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.


"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau. -HD



Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib'


KOTA BHARU, 18 Feb: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini berbanding Sabah umpama menepuk air terkena muka sendiri.


Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, juga berkata kenyataan memuji Sabah kerana ingin ‘membodek’ rakyat di negeri itu dengan fakta yang merapu.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika berucap di Lahad Datu, Sabah yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini.


Menurut Zailah lagi, tindakan kerajaan Pusat terhadap Kelantan juga tidak ubah seperti mengingat kaki dan tangan, apabila merompak hasil kekayaan di negeri itu, namun tidak menyalurkannya semula.


“Jangan membuat sebarang dakwaan yang mengatakan Kelantan miskin selagi hasil royalty negeri ini dirompak serta tidak dikembalikan pada negeri kami.


“Kerajaan Pusat telah merompak hasil royalty Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun, kemudian menuduh Kelantan miskin,”ujarnya yang juga Anggota Parlimen Rantau Panjang.


Beliau juga turut menempelak kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan Kelantan negeri termiskin di negara ini, sebaliknya Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah miskin berbanding Kelantan.


Tegasnya, semua negeri berkenaan adalah diperintah oleh Umno dan BN bukan Pakatan Rakyat.


Pada masa yang sama Zailah turut mempersoalkan Kelantan masih dianaktirikan sejak hamper 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan, jalanraya juga tidak dimajukan.


“Begitu juga tebatan banjir di Rantau Panjang telah dijanji nak buat sejak RMK-7, kini dah RMK-10 masih tak buat-buat lagi.


“Bila banjir besar melanda, rakyat tidak boleh mencari rezeki menyebabkan ekonomi mereka lumpuh, jadi jangan buat kenyataan yang membolehkan rakyat Kelantan marah,”ujarnya.

Sebenarnya kelantan negeri terkaya di negara ini jika UMNO BN tidak merompak wang royalti minyaknya.

Dan jangan lupa Mahathir mengakui bahawa beliau sendiri menyekat pembangunan di Kelantan kerana khuatir rakyat negeri itu tidak menyokong BN. Saksikan: -GB

Penyertaan bekas pegawai k'jaan perkuat PAS Melaka


MELAKA, 19 Feb: Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin (kiri) dan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyertai PAS.


Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi.

Khalid telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara Sahak  pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.

Mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka.

Kemasukan mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN negeri selama lebih dari 54 tahun.

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas pegawai kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka.

"Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka," ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu. -Hrkh

Pemuda-pemuda ini Telah "Menyakitkan" Hati Umnuuoo..


Inilah suasana yang membuatkan Juak-juak Umno semakin gelisah..Kerana ramai dikalangan orang muda sudah mendekati Islam dengan menghadirkan diri kepada majlis-majlis ilmu dan ceramah agama,sudah Pasti apabila diamati,maka dibelakang setiap program yang menjuruskan pemuda islam kepada agama dimainkan oleh PAS,suatu parti Dakwah dan Politik,yang mengajak manusia kepada Islam,maka ingatlah barangsiapa yang berada dan menyokong perjuangan islam maka mereka akan diberikan juga ganjaran hasil amal dan aktiviti islam Parti tersebut..InsyaAllah..


Berbanding dengan Parti Hidup Melayu Umnuuooo,yang terpaksa menggunakan artis dan program maksiat untuk menarik golongan muda-mudi kearah menyokong mereka seperti yang kita lihat selama ini.Artis yang menyertai Umno akan meneruskan aktiviti maksiat mereka,kerana Umno adalah platform terbaik untuk menyuburkan kehidupan mereka sebagi artis.Maka segala aktiviti dan kerja maksiat Umno ini,akan sama dikecapi oleh penyokong dan pengundi mereka..Nauzubillah..


Aslim Taslam..Islamlah Pasti kamu selamat..Maka tiada cara dan pendekatan yang terbaik untuk mengajak dan mentarbiyyah golongan muda ini,kecuali dengan program islam yang dapat mendekatkan mereka kepada Allah dan secara automatik mereka akan menjauhkan diri mereka dengan Umno!!Lantaran itu,sudah pasti Umno sebuah parti Sekularr di negara ini menjadi "Takut dan Meroyan" dengan perkembangan terkini terhadap anak muda yang semakin sukar untuk dilalaikan dengan program maksiat anjuran Umno.


Tahniah kepada amilin-amilin (Petugas agama ) dalam PAS..teruskan mentarbiyyah golongan muda..Sudah pasti kalian akan lihat Umno semakin menderitaaaa....

Gambar : Sekitar Ceramah Agama Utz Azhar Idrus di Manjung semalam.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .