SELANGOR DARUL EHSAN.
TARIKH:
30hb OKT hingga 1hb NOV. 2009
Peserta : 17 tahun ke atas sahaja.
(36 orang setiap kawasan)
Acara : Amal Race, Rentas Halangan, Sukan Rakyat, Keluarga Angkat,
Bolasepak, Aktiviti Kemasyarakatan, Kawad, Persembahan Artis Amal dsb.
Yuran : RM20.00 seorang (pendaftaran, makan & t-shirt)
Terima kasih.
Ikuti Blog ini
JAMBORI JABATAN AMAL MALAYSIA 2009 ,Jumaat, Oktober 30, 2009 at 30.10.09,
TG Nik Aziz saksikan Kelantan lawan Perlis , at 30.10.09,
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut menyaksikan perlawanan pertama antara Kelantan dengan Perlis bagi peringkat separuh akhir di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V kelmarin bagi merebut Piala Malaysia .
Turut mengikuti pertandingan berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Haji Abdul Fatah Mahmood, Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman serta beberapa orang lagi.
Hadir sama Adun dan Anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan 'Red Warriors' menentang Singa Utara itu untuk memberi semangat.
Kedatangan Tuan Guru serta pimpinan yang lain selepas solat Isyak telah disamput oleh Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa bersama anggota jawatankuasanya di pintu utama stadium.
Sebelum permainan dimulakan pemain Kelantan yang juga selaku tuan rumah diperkenalkan kepada Tuan Guru.
Sebelum memulakan perlawanan juga, Tuan Guru terlebih dahulu mengamimkan doa bersama para pimpinan KAFA serta pemain.
Akhirnya, setelah tamat perlawanan Kelantan berjaya menewaskan Perlis dengan kemenangan 2-0. Kemenangan itu juga bakal membawa negeri itu ke peringkat akhir buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan bagi tempoh 39 tahun.
Dengan kemenangan itu juga, Kelantan sekali lagi akan menentang Perlis pada 31 Oktober ini di Stadium Utama Kangar.
Pada masa yang sama, Tuan Guru turut menyumbangkan wang peribadinya sebanyak RM5,000 kepada pemain serta pengurus pasukan termasuk mereka yang terlibat untuk kegunaan semasa.
Biarpun berlainan ideologi politik, namun demi sebuah kemenangan dan demi menyaksikan 'Red Warriors' melangkah gagah ke peringkat akhir mereka hadir bersama penonton untuk memberi sokongan moral kepada pasukan negeri.
Hasilnya Kelantan berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam perlawanan itu.
Terdahulu wakil-wakil rakyat terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di khemah yang sediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dengan kerjsama Air Kelantan Sdn Bhd yang turut membekalkan air untuk mengambil wuduk.
Pihak POLIS HINA ISLAM..!!! ,Khamis, Oktober 29, 2009 at 29.10.09,
Beliau terus mendesak agar ia dihentikan jika tidak arahan tangkapan tadi akan dilaksanakan..!
Gambar diatas ini ialah antara gambar-gambar yang dapat dirakam semasa sidang dun semalam. Ia antaranya menceritakan mengenai sekumpulan dari penyokong PR bertindak mengadakan Solat Hajat dan Munajat bagi memohon kepada Allah swt untuk membantu memberikan kekuatan kepada Adun-Adun PR mennghadapi mereka yang zalim ini. Solat Hajat ini dibuat di perkarangan kedai makan yang lokasinya tidak menggugat kerja-kerja anggota keselamatan.
Namun apa yang diluar jangka tindakan POLIS yang sememangnya cukup Menghinakan apabila mereka mempersendakan Solat Hajat tersebut. Ia bertambah HINA apabila seorang lagi anggota POLIS berpangkat Tinggi, MELAYU dan mengaku beragama ISLAM mengarahkan agar Solat tersebut diberhentikan dan mengarahkan juga agar 5 daripada mereka ditahan..!!
Aku sempat bertanya kepada seorang anggota CID beragama ISLAM dengan soalan `Adakah solat ini menjadi kesalahan'..? Beliau mengatakan bahawa ini arahan, dan jawapan itu turut ditambah lagi dengan jawapan SINIS dari pegawai berbangsa india yang bernama N.S RAMES dengan mengatakan bahawa tempat itu telah diwartakan dan ia salah mengikut undang-undang..! Bayangkan ketika itu aku merasakan ia sesuatu yang begitu mencabar kesabaran aku apabila dapat aku rasakan bagi mereka ini. Kalimah Tauhid mereka ialah,
HIDUPKU,MATIKU,KERANA PEMIMPINKU DAN UNDANG-UNDANG KU..!!
Semalam barulah aku tahu bahawa Allah swt itu hanyalah kepercayaan bagi mereka sesuai dengan ungkapan didalam rukun Negara, mungkin kerana tiada lagi ketakutan bagi menghadapi MATI dan mungkin juga mereka tidak Takut akan KEMATIAN maka dengan senang mereka mempersendakannya...!!!
Soalan aku apakah bersolat kini menjadi satu ancaman kepada undang-undang NEGARA?? Sejak Bilakah Allah swt meletakkan syarat bagi menunaikan solat hanya 5 minit seperti yang diarahkan oleh pihak OCPD?? Dan Sejak Bilakah Allah swt melarang hambanya menunaikan Solat dikawasan-kawasan tertentu..??
Tahukah anda mereka yang bersolat itu tidak DIPAKSA, DISURUH dan DIBAYAR untuk melakukannya melainkan hanya kerana Allah swt..!!
Apakah kita akan terus melihat ISLAM dipermainkan..???
Kenyataan Media Siva : Siapa yang berbohong ? , at 29.10.09,
IPOH, 29 Okt :-Saya memanggil sidang media selepas penafian Ketua Polis Perak dalam akhbar Sinar menafikan polis bertindak kasar dan saya berbohong. Demikian kenyataan media oleh Speaker Dun Perak, V.Sivakumar dalam sidang media sebentar tadi di sini.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat, Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong), Ong Boon Piao (Tebing Tinggi), Chang Min Kai (Simpang Pulai), Tai Sing Eng (Kuala Sepetang), Chen Fok Chai (Keranji) dan Yee Siew Kai (Pokok Asam).
Beliau menegaskan siapa tipu, saya atau akhbar??, tanyanya.
Kenyataan Ketua Polis Perak seperti dibaca dalam Sinar Harian, apa yang dikatakan oleh Adun Pakatan Rakyat tidak benar.
Sivakumar mengatakan mereka merancang untuk membuat kekasaran kepada Adun dalam bangunan SUK. Saya juga mempersoalkan ramai orang lain termasuk peguam UMNO boleh masuk, namun kenapa kami Adun hanya satu persatu dibenar masuk ikut pintu besar yang buka sedikit sahaja.
Siva mengatakan yang sebenarnya yang mengatur drama ialah Zambry.
Bukti saya bukan buat drama ialah cebisan baju yang koyak yang ditunjukkan kepada media kelmarin, katanya lagi.
Saya menegaskan saya bukan menipu dan yang menipu ialah Ketua Polis Perak.
Saya mempersoalkan kenapa Ganesan di kawal oleh 22 orang yang mengelilingi tempat duduk Ganesan. Sedangkan saya pada 7 Mei lalu, saya tidak dijaga langsung oleh polis dan membantu apa yang saya arahkan.
PAS adakan seminar ganti muktamar khas , at 29.10.09,
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.
Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.
Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.
Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti. Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.
Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi. - Harakahdaily
Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat , at 29.10.09,
hampir 50 reporter sedang berada di sini..termasuk dari luar negara…
paling sibuk utusan malaya…
Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.
Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.
Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.
Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.
Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.
Maka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.
Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.
(Gambar:Abdul Hadi menyambut ketibaan Nik Aziz di luar bilik mesyuarat)
Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.
"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.
Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Andul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.
Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.
Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.
Mak aihh!! Ramainya bodyguard Speaker haram tu.. kalah PM! ,Rabu, Oktober 28, 2009 at 28.10.09,
Nampaknya jawatan Speaker DUN Perak kelihatan seperti satu jawatan yang sangat penting buat Negeri Perak..
Ya lah.. PM 1Malaysia sendiri pun paling ramai pun 6 body guard yang kelihatan.. tapi speaker haram DUN Perak ni? 14 atau 15 body guard yang mengawal dia..
Benda haram pun korang kawal macam ni ya.. berharga sangat ka dia tu? Takut hilang ka? Tapi tak adanya orang yang nak curi speaker haram korang tu..
Atau korang takut dia diangkut keluar dari dewan macam mana korang buat kat Sivakumar dulu?
Ini saja yang tinggal kata Sivakumar, dia menunjukkan cebisan jubah speaker yang dirampas sehingga terkoyak. |
Sivakumar - tiga usul diluluskan, tempat sulit Adun Pantai Remis diceroboh, mencekik sehingga tidak boleh bernafas. , at 28.10.09,
12.01 pm : Sidang di perpustakaan dihadiri oleh semua Adun PR
Speaker Sivakumar menjelaskan perjalanan dewan yang sah dan meluluskan tiga usul seperti yang dilaporkan sebelum ini.
12.00 pm : Bahagian sulit Pantai Remis telah diceroboh.
Dalam pergelutan Speaker Sivakumar mendedahkan tempat sulit Adun Pantai Remis telah diceroboh.
11.58 am : Sidang media di perpustakaan.
YB. Sivakumar menjelaskan tindakan polis menghalang dan menahan Adun masuk seorang demi seorang dan tidak pernah berlaku. Ada usaha merampas jubah dan songkok saya,kami bertahan sehingga ke lif dan ke tempat letak kereta. Mereka menggunakan kekerasan, ada yang menekan dan mencekik saya sehingga tidak boleh bernafas.
Beliau mengatakan lebih buruk dari kejadian 7 mei dan mereka berjaya merampas jubah.
Ianya ditangguhkan sebentar tadi.
Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.
YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar.
YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker.
Polis membantah tindakan saya untuk membawa masuk kamera ke dalam dewan. Pihak polis tidak dapat menunjukkan dokumen yang dikatakan ada larangan itu.
Semua Adun masih bertahan dan tidak dibenarkan masuk ke dewan. Berlaku kekecohan.
Bangunan SUK Perak Di Kawal Ketat , at 28.10.09,
Beberapa kenderaan polis kesemuanya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.
Dalam pada itu, sekitar jam 9.10 pagi, menurut ADUN Titi Seong, Idham Lim, sebahagian besar ADUN Pakatan Rakyat termasuk YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat berkumpul di satu tempat berhampiran dengan SUK dan bila-bila masa akan bergerak ke dewan bagi mengikuti sidang pada hari ini.
Gambar Sekitar Tragedi Sk Kuala Dipang , at 28.10.09,
Semalam merupakan hari kedua tragedi jambatan runtuh yang berlaku di Sk Kuala Dipang Kampar.
Sekitar jam 3.30 Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin tiba di sana bagi melihat sendiri apa yang berlaku pada kejadian semalam.
Kehadiran beliau disusuli dengan ketibaan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng.
Dato Seri yang ditanya mengenai kejadian tersebut menyifatkan bahawa ia bukan berpunca dari bahan yang digunakan akan tetapi dari faktor pembinaan yang mempunyai kepincangan dari segi struktur binaan.
Pada sebelah petangnya pula telah berangkat hadir Raja Muda Perak Tuanku Nazrin ke tempat kejadian.
Ketibaan beliau disambut oleh rakyat yang hadir dan turut sama menyambut kedatangan Tuanku ialah Dato Seri Nizar yang bersama-sama mengiringi Tuanku Raja Muda ke lokasi kejadian.
Turut sama hadir ialah Datin Seri Wan Azizah ke kawasan tragedi.
Selesai disana Dato Seri Nizar melawat pula ke khemah unit penyelamat yang terdiri daripada anggota Unit Amal yang mana salah satu kejayaan penemuan mayat mangsa yang pertama pagi semalam ialah atas usaha unit Amal.
Selesai itu Dato Seri Ir Hj Nizar meluangkan masa pula ke rumah mangsa pertama di Mambang Di Awan.
Beliau turut menyatakan kesedihannya atas apa yang berlaku terhadap keluarga mangsa.
Dato Seri juga berdoa dan mengharapkan agar kedua-dua mangsa yang masih hilang ditemui.
TERKINI 7.00 AM Doakan keselamatan untuk kami semua ADUN PR. , at 28.10.09,
Hari yang ditunggu sudah pun tiba, beberapa jam lagi sidang DUN Perak akan berlangsung dalam keadaan krisis perlembagaan di Perak semakin kusut. kedudukan Ganesan sebagai speaker haran terang lagi bersuluh dan bukti yng kuat dia tidak layak berada disitu apa lagi untuk mengendalikan sidang meluluskan bajet wang rakyat.
Sidang haram untuk meluluskan bajet haram dihadapan speaker haran oleh kerajaan haram. itulah kalimat yang selayaknya bagi sidang jari. namun kami ada harga diri dan maruah dan akan hadir sidang atas panggilan speaker yang sah V.Sivakumar. segala persiapan telah dilakukan oleh semua pihak, semoga perjuangan 28 Okt membuktikan krisis politik di Perak semakin kusut daan bercelaru, lalu tidak ada langkah yang terbaik melainkan dibubarkan DUN Perak dan rakyat diberi peluang untuk mengundi sekali lagi. berikan hak ini kepada rakyat barulah kemelut ini akan berakhir.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Kosmo! sila tarik balik artikel Memali ,Selasa, Oktober 27, 2009 at 27.10.09,
PAS hari ini mendesak supaya akhbar Kosmo! menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang disiarkan semalam yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad, dalam kenyataannya, amat kesal dengan artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS.
"Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum," katanya.
PAS juga, katanya, mahu Kosmo! memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan waris yang terlibat dengan Peristiwa Memali serta parti itu.
Kamaruzaman berkata PAS akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya akhbar itu gagal menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka.
BERNAMA
PAS tutup pintu rundingan bentuk kerajaan perpaduan , at 27.10.09,
Menurut beliau isu kerajaan perpaduan tidak timbul lagi kerana perkara tersebut hanya dibangkitkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
"Itu dah tutup buku, kerajaan perpaduan tak ada lagi. Perdana Menteri zaman itu pun dah berhenti...Tak timbul lagi, sekarang Perdana Menteri baru.
"Tak timbul lagi masa ini, berhenti dulu. Itu konsep yang kita timbulkan masa zaman (Tun) Abdullah," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Ditanya mengapa PAS menghentikan hasrat pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno, Abdul Hadi berkata: "Pemimpin yang ada sekarang kita belum tahu lagi apa sikapnya dan keadaan sudah berubah."
Malah Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata, hingga kini PAS tidak lagi menerima sebarang tawaran rundingan dengan Umno.
"Tak ada tawaran dan BN (Barisan Nasional) pun sedang mengurus rumahtangganya. MCA belum selesai, MIC belum selesai.
"Macam mana kita nak naik rumah dia kalau rumah dia kelam kabut," katanya.
Berhubung soalan sama ada PAS sedia untuk membincangkan kembali mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno, beliau berkata: "Masa depan kita tak tahu."
Diminta mengulas sama ada beliau menghadapi krisis dalaman dalam PAS berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduan tersebut, beliau menafikan mengenai perkara itu.
"saya rasa tak ada krisis kepimpinan, yang berlaku ialah pandangan yang berbeza," katanya. mStar
TG Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas esok. , at 27.10.09,
KUALA LUMPUR : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok.
Keputusan itu dibuat TG Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.
Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, TG Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.
"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata TG Nik Aziz sebelum ini.
Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada TG Nik Aziz akan datang atau tidak dalam mesyuarat khas esok.
Mustafa berkata, beliau tidak tahu samada TG Nik Aziz akan datang atau pun tidak tetapi sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan pandangannya melalui Salahudin Ayub.
PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Mesyuarat ini dipanggil ekoran cadangan TG Nik Aziz agar PAS adakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk memilih semula pucuk pimpinannya.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini.
Mesyuarat ini akan mengambil keputusan samada perlu atau tidak diadakan mesyuarat agung luar biasa itu.
Selain AJK PAS Pusat, anggota mesyuarat ini adalah para pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri.
Menurut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan arahan presiden, permintaan satu pertiga ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau permintaan satu pertiga dari kawasan-kawasan PAS di seluruh negara iaitu sekurang-kurangnya 57 kawasan.Krisis Dalaman Pas Menurut Dr Mohd Asri , at 27.10.09,
Sekalipun saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa persoalan asas dan pendekatan, namun sebagai rakyat Malaysia saya melihat kejatuhan atau kemusnahan PAS dalam keadaan semasa boleh mengundang impak negatif dalam percaturan politik negara.
PAS jika berpegang dengan prinsip Islamnya, dapatlah melindungi identiti Islam yang sepatutnya sentiasa zahir atau mendominasi keadaan negara dan masyarakat Malaysia. Maka adalah dibimbangi adanya usaha menghancurkan PAS secara langsung atau tidak langsung.
Saya berpendapat, krisis dalaman PAS kini amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS. Bisikan datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi pihak-pihak tertentu.
‘Pembisik’ hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja sekalipun menggadaikan atau menggugat keteguhan parti orang lain. Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada PAS.
Krisis kali ini agak serius. Ia mungkin boleh didramakan seakan sudah tamat, tetapi bak kata “I can forgive, but I cannot forget”. Luka ini akan terbuka pula di masa hadapan dan akan mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung perhubungan, tindakan, kepercayaan dan perasaan antara sesama PAS.
Hikmah
Saya berharap antara hikmah kejadian ini adalah dapat membuang perasaan fanatik sesetengah pihak yang berlebihan atau melebihi patut kepada pemimpin tertentu. Pendapat atau pandangan seseorang pemimpin bukan dinilai dari segi nama, atau gelaran, atau peribadi semata, tetapi yang paling mustahak dilihat alasan dan hujah yang dikemukakan dalam setiap pendapat.
Apabila bertembung antara pemimpin dengan pemimpin, ahli PAS mesti menggunakan kebijaksaan, ketajaman minda, penilaian seimbangan dalam membuat keputusan, bukan hanya dengan emosi semata.
Sudi Menerima Pandangan
Satu perkara yang wajar PAS akui ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul. Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS.
Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis:
“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari. Saya tidak menyatakan saya setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi saya hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan, padahal Dr Aziz Bari boleh dikatagorikan sebagai rakan mereka. Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat.
Bagaimanakah keadaan seperti ini jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?! Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar.
Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.
Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;
- Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?
- Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?
- Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?
- Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?
- Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?
- Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?
- Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?
Tok Guru Kita Sayangi! , at 27.10.09,
Tragedi Kem 1 Malaysia..!! , at 27.10.09,
GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.
Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.
Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.
Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.
Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.
Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.
3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah. Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina. Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.
22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.
Kuala Dipang yang runtuh menyebabkan 20 peserta
program 1 Malaysia di kuatiri lemas jam 10.30 mlm tadi,
sehingga jam 5 pagi ini masih belum ada berita
mereka yang terselamat.
berenang menyelamatkan diri, sedang ditemuramah
oleh para wartawan.
Sehingga kini, 22 orang murid masih hilang, 3 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati.