Ikuti Blog ini

Solat Hajat Perdana Selamatkan Palestin Di Kota Bharu


dsc08822

dsc08824

muka_hadapan111


KOTA BHARU - Lebih 10,000 rakyat Kelantan bersama pemimpin dan pegawai kanan kerajaan menunaikan solat hajat bagi menyelamatkan umat Islam di Palestin, kini menjadi mangsa kezaliman rejim haram Yahudi.


Selain itu masyarakat bukan Islam yang terdiri dari kaum Cina, India dan Siam serta penganut Buddha melaungkan kata-kata Hidup Palestin di majlis Solat Hajat Perdana dan Pelancaran Tabung Cakna Palestin di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi.


Wakil Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya tidak kelihatan biar pun dijemput hadir pada program anjuran kerajaan negeri itu.


Program bermula jam 5 petang dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Raihan. Orang ramai mulai tiba sejak selepas Asar dan terus berasak-asak di pintu stadium menjelang waktu Maghrib.Image


Solat hajat diimamkan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustapha. Selepas solat Maghrib diadakan zikir munajab yang menyaksikan padang bola stadium di segenap ruang dipenuhi manusia, kecil, besar, tua dan muda.


Selepas solat Isya yang juga diimamkan Mohamad yang juga bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, bacaan al Quran diperdengarkan oleh pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Lokman Ibrahim dan terjemahannya dibaca Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Anual Bakri Haron.


Kemudian kumpulan Raihan mengambil tempat dengan mendendangkan tiga lagu nasyid.


Selepas itu seramai 240 pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Lelaki mempersembahkan pentomen yang diarah seorang blogger, Syed Azidi Syed Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang bertajuk Mengapa Aku Dibunuh.


Wakil sekretariat NGO Kelantan, Nazri Deraman berharap perhimpunan membantah kekejaman Israel itu menjadi simbol kepada solidariti rakyat Kelantan.

Image

Katanya kehadiran rakyat tanpa mengira agama dan bangsa menjadi kesatuan untuk menyatakan rasa simpati rakyat negeri ini terhadap mangsa keganasan tentera Yahudi di Gaza.


Wakil kaum Cina, Chia Chua Lai, wakil kaum India, Thuraman a/l Arjunan dan wakil kaum Siam, Chan Ko En a/l Eh Rong melaungkan teriak Hidup Palestin yang bergema di dalam stadium selepas menyampaikan ucapan mengutuk keganasan Yahudi.


Wakil penganut Buddha, We Choi Lin juga melahirkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku ke atas umat Islam di Palestin sekarang angkara keganasan tentera Yahudi.


"Saya meminta Israel menghentikan keganasan dan perang sehingga menyebabkan sudah ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi korban.


"Keserakahan manusia seperti dilakukan tentera Yahudi menyebabkan kehidupan manusia di muka bumi menjadi tidak tenteram," katanya.Image


Di akhir ucapannya beliau melaungkan perkataan 'Hidup Palestin, Hidup Islam'. Menjelang jam 12 malam orang ramai yang berada di padang basah kuyup ekoran hujan lebat.


Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannnya, Dato' Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.


Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairuddin, Ketua Penerangan KeADIlan, Tian Chua dan wakil Hamas, Najis Suris al Ghaza.

Medan Kuala Terengganu Untuk Tumbangkan UMNO dan Barisan Nasional

http://buletinonline.net/images/stories/berita/nikazizabdulhadi.JPG

(Transkrip Penuh Ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Majlis Ceramah Sempena Kemenangan Pakatan Rakyat Dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu )


Pertama-tama marilah kita bersyukur kepada Allah dengan kemenangan yang besar maknanya walaupun pilihanraya kecil kerana saudara-saudara, pengundi-pengundi dan pekerja-kerja pilihanraya, sebenarnya menunaikan satu amanah yang sangat besar kerana perkara politik adalah amanah bagi menentukan masa depan negara kita, menentukan masa depan keturunan kita dimasa depan rakyat

Kuala Terengganu telah mengajar Barisan Nasional yang telah menipu rakyat berpuluh-piuluh tahun supaya rakyat tidak faham amanah yang besar dari pilihanraya, ini umno telah mengajar ilmu salah mengajar politik untuk dapat duit dapat benda, rakyat ditipu berpuluh-puluh tahun.

Kali ini rakyat Terengganu dari semua parti termasuk dari kalangan UMNO sendiri berjaya menunaikan anmanah melalui politik pilihanraya, amalan demokrasi dalam negara lain pilihanraya adalah amanah untuk rakyat menunaikan amanah memilih pemimpin dalam kerajaan.

Hari ini dunia menyaksikan majlis angkat sumpah Presiden baru Obama yang memimpin Amerika Syarikat, seorang yang berketurunan Afrika bukan seorang kulit putih.

Bagaimana rakyat Amerika boleh memilih seorang kulit hitam menjadi presiden mereka kerana mereka menunaikan amanah pilihanraya untuk mengajar Presiden Bush yang melakukakn kesalahan berperang di Iraq berperang di Afghanistan.

Mengacau dunia (dan) membantu Israel mlakukan pembunuhan dimerata-rata tempat sehingga menjahanamkan ekonomi Amerika, mereka mereka sanggup pilih seorang yang bukan kulit putih untuk menjadi presiden melalui pilihanraya.

Di negara kita ini sudah banyak berlaku jenayah politik, jenayah ekonomi yang menghilangkan harta negara yang menjahanamkan tanggungjawab.

Terlalu banyak peristiwa yang boleh menjatuhkan kerajaan, (tapi) oleh kerana rakyat tidak faham walaupun UMNO buat silap, tiap-tiap kali pilihanraya pilih UMNO juga pilih Barisan Nasional juga

Rakyat Kuala Terengganu kali ini telah menunjukkan perubahan yang besar apabila mereka memilih calon parti kita parti yang tidak kaya macam parti mereka, mereka menggunakan jentera yang banyak tapi kalau tuhan nak bagi kalah, kalah juga.

Kemenangan kita bersamaan dengan kemenangan rakyat palestin di Gaza, yang berjaya mengalahkan tentera Israel yang menggunakan senjata-senjata moden, senjata kimia dan pelbagai alat canggih, dengan kekuatan iman dan semangat rakyat opalestine di Gaza berjaya mengalahkan tentera israel yang lebih kuat

Kuala Terengganu cuma diserang dengan duit, diserang dengan projek diserang dengan jumlah polis yang ramai, walaupun ada yang mabuk laut tapi masih ramai yang tidak mabuk yang menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil ini

Kita mengharapkan seluruh rakyat di malaysia sanggup membuat perubahan dan menerima perubahan yang kita buat melalui Pakatan Rakyat yang terdiri daripada berbagai parti-parti politik yang berbeza ideologi.

Berbeza ideologi adalah perkara biasa, Barisan Nasional juga mengandungi komponen parti-parti yang berbagai ragam, mereka memerintah dengan tempoh yang lama.

Mengapa parti yang sudah tidak terkawal lagi hari ini UMNO, MCA, MIC dan Gerakan telah menunjukkan retak menunggu belah.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu membuktikan pakatan kita adalah pakatan yang kukuh pakatan yang lebih kuat walaupun mereka menggembar-gemburkan isu-isu yang belaku di Perak yang berlaku di Kedah.

Isu-isu kerajaan Perak memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru Cina sama sahaja dengan kerajaan Terengganu masa kita memerintah dulu memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru Cina di Bukit Berangan, di Batu Lima (Dungun), hanya bagi beberapa lot yang sempit yang mereka sudah tinggal disitu berpuluh tahun mereka tak boleh milik, dalam masa yang sama kita memberi tanah kepada orang melayu dan india dan semua kaum yang miskin yang tidak ada tanah.

Mengapa kita tak nampak pulau redang yang beratus ekar diberi kepada vincent tan beribu ekar kawasan balak yang diberi kepada taukeh-taukeh besar jangan kita orang yang lemah dan miskin hilang akal dengan apa yang berlaku didepan kita ?

Pakatan rakyat bersatu diatas matlamat ydan tujuan yang sama untuk menghadapi perkara yang sama dirasai oleh rakyat kezaliman undang-undang, undang-undang yang tidak memberi kebebasan yang sebanar kepada rakyat yang mengawal media yang mengawal rahsia kerajaan walaupun kerajaan buat salah tak boleh dibongkar yang mengingkong pelajar-pelajar universiti undang-undang ISA untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional bukan untuk keselamatan negara undang-undang yang zalim rasanya sama saja sesiapa yang menjadi mangsa undang-undang itu.

Kita memerlukan perubahan badan kehakiman, kita memerlukan perubahan Suruhanjaya Pilihanraya supaya berlaku pilihanraya yang adil ini adalah tuntutan bersama.

Pilihanraya Kuala Terengganu menunjukkan satu anjakan yang dilakukan walaupun sedikit, di zaman Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, oleh kerana itu saya mencadangkan Abdullah jangan letak jawatan, jangan bagi lagi kepada Najib, (kerana Najib) nak jaga Kuala Terengganu pun tak boleh bagaimana nak jaga Malaysia, nanti Barisan Nasional kalah semua!

Biar dia kalah semua, itu yang kita harapkan!

Tetapi kita mahu supaya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum meletakkan jawatan menunjukkan jasa-jasa yang baik terlebih dahulu, sanggup memulihkan demokrasi membetulkan demokrasi, membetulkan badan kehakiman, membetulkan pentadbiran dengan sebaik-baiknya, tunaikan amanah ini dulu baru behenti.

Kita sanggup bekerjasama kalau beliau sanggup membuat perubahan, tetapi kalau sama tak buat perubahan, sama saja kita lawan !

Marilah kita menjadikan medan Kuala Terengganu satu pengalaman yang sangat baik kita , kekal kita kerja bersama dan bersatu untuk mengalahkan kuasa yang lebih besar dari kita, menunjukkan kalau kita bersatu dan bekerja dan dengan sebaik-baiknya kita boleh menang.

Kemenangan tidak mustahil walaupun ia tidak mudah, semua yang payah kalau kita sabar kita boleh hadapi dengan mencapai kejayaan.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .