Ikuti Blog ini
N25 Bukit selambau : Depa nak bagi jentera kecil la pulak!!! ,Jumaat, Mac 27, 2009 at 27.3.09,
Begitulah nasib rakyat yang akan di ingati ketika PRK sahaja.Bagi,ambil jangan tak ambil sebab duit untuk beli jentera tersebut dari duit rakyat bukan duit BARISAN NASIONAL dan NEGARA INI BUKAN HAK BARISAN NASIONAL.
Yang pastinya ketika kempen bermula nanti akan ada sumbangan MESIN JAHIT,KAIN BATIK,BASIKAL dan bermacam lagi.Wang yang di belanjakan untuk membeli barang-barang tersebut adalah menggunakan duit rakyat bukan duit UMNO.
Rakyat sudah muak dan jelek tektik murahan BARISAN NASIONAL INI.
Masa untuk berubah,cukuplah sudah lama ........
BARISAN NASIONAL TELAH MEMPERBODOHKAN RAKYAT MALAYSIA SELAMA INI.
Ambik jangan tak ambik, kalau tak ambik rugi wwoooooo..... bab undi UNDILAH PAKATAN RAKYAT
Kemenangan Khairy Dipertikai, Laporan Polis Akan Menyusul.. , at 27.3.09,
Laporan Polis keatas Khairy Jamaluddin?
Sebuah Laporan Polis dijangkakan akan dilakukan keatas Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih Khairy Jamaluddin, atas kesalahan salahlaku ‘politik wang’.
Laporan ini akan dibuat oleh seorang ahli Pemuda UMNO Perak dan minta pihak berkuasa menyiasat keatas dakwaan dimana ‘carpet bombing’ berjumlah RM 10,000.00 setiap seorang. Habuan lebih dikatakan dijanjikan apabila Khairy menang.
Modus operandi yang digunakan ialah wang tunai dan nombor magnum, agar sesiapa yang menerima habuan ini akan ‘menunaikan kemenangan’ ini tanpa dilihat sebagai ‘rasuah’. Kesalahan ini dikatakan dilakukan pada malam Selasa 24 Mac 2009. Terdapat laporan dimana Perwakilan Pemuda UMNO berbondong bondong menuju ke Hotel Corus, Kuala Lumpur, yang dikatakan sebagai ‘Lubuk KJ’.
Sebelum ini, Lembaga Disiplin UMNO telah menyiasat dan mendapati Khairy MP Rembau ini atas salahlaku dan salahguna politikwang. Namun begitu, beliau setakat diberikan amaran sahaja. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak, terutama ahli UMNO. Integriti badan penyiasat UMNO itu kini diragui.
Gambar dan peristiwa. , at 27.3.09,
ADUN Titi Serong , Drs. Khalil Idham Lim, turut berceramah. Kata beliau usaha untuk memilih adalah sebahagian dari ibadah dalam Islam dan memilih calon dari PAS yakin lah akan diberikan ganjaran pahala. Yang penting katanya "mengundi calon PAS adalah mengelak dari menyokong BN yang melaksanakan kezaliman yang boleh menyebabkan kita disambar oleh api neraka".
Dato' Seri Nizar pada jam 5.30 petang berada di Kuala Terong dalam majlis Minum Petang bersama warga setempat dari pelbagai kaum. Beliau menerangkan dasar-dasar Kerajaan Pakatan Rakyat selama 10 bulan memerintah Negeri perak. Hadir Sama ADUN Lubok Merbau, Hj. Mohd Zainuddin Yusof, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Teja, Chang Lih Kang dan ADUN Bercham, Sum Chiok Ling.
Lawatan Mengejut DS Ir Nizar Ke Pasar Malam Sg. Kerang , at 27.3.09,
Najib Berbohong ! pembangunan 'mee segera' ada di Bukit Gantang , at 27.3.09,
Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.
Namun begitu tinjauan Buletinonline ke seluruh kawasan Parlimen Bukit Gantang projek pembangunan ‘mee segera’ sedang rancak berjalan di mana-mana.
Jalan utama dari Changkat Jering Ke Simpang Halta disini menyaksikan kerja-kerja penurapan sedang dijalankan siang dan malam.
Begitu juga jalan ke DUN Terong, lampu jalan dan pembaikian dibuat oleh pekerja-pekerja dengan serta merta.
Percakapan bohong Najib, yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia nampaknya sudah menjadi satu amalan, walaupun kini beliau belum pasti lagi akan menjadi pemimpin nombor satu negara.
Blog Tok Guru Dibuka semalam , at 27.3.09,
Pelancaran di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan Jam 3:00 petang semalam.
JOM KE BLOG TOK GURU!
http://blogtokguru.com
PS: Dijangka dapat menyaingi blog che det nih!