Ikuti Blog ini

Judi: Kelantan beri penerangan kepada MCA

KOTA BHARU, 4 April: Kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak sebelum membuat polisi mengharamkan judi di Kelantan, kata Datuk Takiyudin Hassan kepada rombongan Presiden MCA.

(Gambar: Chua senyum gembira bersama Ahmad Yaakub)

"Pihak Kerajaan Negeri terlebih awal mengadakan beberapa perjumpaan dan persetujuan (consensus), pertama memanggil pertubuhan-pertubuhan masyarakat, keduanya ketua-ketua agama, dan ketiga merumuskan resolusi yang mengambil kira aspek moral dan sosial.

"Kemudian dijadikan polisi mengharamkan peremis menjual judi," kata Takiyudin dalam pertemuan di Kota Darul Naim itu petang semalam.

Preiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bersama Ketua Pemudanya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan beberapa pimpinan MCA lagi mengunjungi Kota Bharu semalam bagi membincangkan isu pengharaman judi di negeri itu.

Rombongan itu disambut oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub. Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan turut disertai Datuk Haji Anuar Tan Abdullah, Datuk Haji Takiyudin Hassan, Mohd Zaki Ibrahim dan lain-lain.

Dalam pertemuan ini, Takiyudin (gambar) selaku Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan telah memberikan penjelasan apa yang berlaku dalam isu judi ini.

Dalam penjelasan itu, beliau berkata, judi telah mula diharamkan di Kelantan sejak 20 tahun lalu lagi selepas beberapa siri perbincangan dibuat dengan pelbagai pihak.

Ia berbeza dengan isu arak kerana kerajaan negeri membenarkan ia dijual kepada orang bukan Islam namun judi diharamkan untuk semua pihak. Keputusan ini dicapai selepas beberapa perjumpaan itu dibuat.

Berhubung dengan dakwaan mengatakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) bertindak terhadap peniaga, sebenarnya ia dibuat bersama dengan polis selepas mendapat ‘search warrant’ untuk semua premis.

Afidavit MPKB adalah jelas berdasarkan warrant mahkamah, kata Takiyudin.

Tindakan penguatkuasaan berlaku dengan menyenaraikan tiket-tiket loteri yang didapati dijual di kedai berkenaan dan kemudian saman dikeluarkan, katanya.

"Tiga premis yang disita ialah kedai makan nasi daun pisang dan dua buah kedai buku. Mereka telah bayar compound dan tiket-tiket yang dirampas telah diserah balik," jelas beliau.

Presiden MCA pula dalam pertemuan itu menafikan laporan bahawa beliau berkata, judi adalah budaya orang Cina.

"Tujuan MCA hanya mahu penjelasan dan menegaskan bahawa MCA juga tidak menggalakkan masyarakat Tionghua berjudi dan dinyatakan perjudian bukan budaya.

"Apa yang ingin disampaikan ialah masyarakat Cina diberi hak sama ada nak berjudi atau tidak berjudi," katanya.

Apabila diminta penjelasan oleh Datuk Anuar Tan, yang inginkan penjelasan terhadap kenyataan beliau dalam surat khabar Cina pada 11 Mac, yang melaporkan "judi dengan kepercayaan agama sesetengah orang Cina”

Chua berkata, "Apa pun sumber dari surat khabar, ia bukan kenyataan tepat sebagaimana maksud sebenar."

Dr. Wee Ka Siong kemudian mencelah, “MCA sebenarnya tidak menerima judi sebagai budaya orang Cina dan perjuangan MCA hanya untuk (dapatkan) hak orang bukan Islam.” -Hrkh

Senarai calon KEADILAN bagi pilihan raya negeri Sarawak



SARAWAK: KEADILAN mengumumkan senarai calon parti bagi pilihan raya negeri Sarawak di Sibu dan Kuching di sini, hari ini, dalam usaha melawan regim kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sarawak.
DUN Opar (N 01) – Boniface Willy Anak Tumek
DUN Tasik Biru (N 02) – John Tenewi Nuek @ John Tenewi
DUN Pantai Damai (N 03) – Wan Zainal Abidin Wan Senusi
DUN Demak Laut (N 04) – Ali Hossen Abang
DUN Tupong (N 05) – Baharuddin @ Din Shah Mokhsen
DUN Samariang (N 06) – Zulrusdi Mohamad Hol
DUN Satok (N 07) – Ahmad Nazib Johari
DUN Batu Lintang (N 11) – See Chee How
DUN Asajaya (N 14) - Arip Ameran
DUN Bengoh (N 16) – Willie Anak Mongin

DUN Tarat (N 17) – Peter Ato Anak Mayau
DUN Tebedu (N 18) – Christopher Anak Kiyui
DUN Kedup (N 19) – Lainus Anak Andrew Luwak
DUN Simunjan (N 21) – Mashor Hossen
DUN Lingga (N 23) – Abang Ahmad Arabi Abang Bolhasan
DUN Balai Ringin (N 25) – Ibi Anak Uding
DUN Bukit Begunan (N 26) – Jimmy Lim @ Jimmy Donald
DUN Engkilili (N 28) – Marudi @ Barudi Anak Mawong
DUN Batang Air (N 29) – Nicholas Bawin Anak Anggat
DUN Saribas (N 30) – Abang Zulkifli Abang Engkeh
DUN Layar (N 31) – Stanny Embat Pharoh Anak Laja
DUN Bukit Saban (N 32) – Jerah Anak Engkiong @ Edward Jerah
DUN Kalaka (N 33) – Mohd Yahya Abdullah
DUN Krian (N 34) – Ali Anak Biju
DUN Belawai (N 35) – Abdul Wahab Abdullah
DUN Semop (N 36) – Ong Chung Siew
DUN Daro (N 37) – Jamaludin Ibrahim
DUN Meluan (N 42) – John Brian Anthony Anak Jeremy Guang
DUN Ngemah (N 43) – Aris Anak Alap
DUN Machan (N 44) – Chen Nguk Fa
DUN Nangka (N 49) – Norisham Mohd Ali
DUN Dalat (N 50) – Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah
DUN Balingian (N 51) – Suriati Abdullah
DUN Tamin (N 52) – Mengga Anak Mikui
DUN Kakus (N 53) – Paulanyie Raja
DUN Pelagus (N 54) – Edward Sumbang Anak Asun
DUN Katibas (N 56) – Munan Anak Laja
DUN Baleh (N 56) – Bendindang Anak Manjah
DUN Belaga (N 57) – Basah Kesing @ Ali Basah Kesing
DUN Jepak (N 58) – Abdul Jalil Bujang
DUN Kemena (N 60) – Bernard Binar Bayang Anak Rading
DUN Bekenu (N 61) – Ishak Mahwi
DUN Lambir (N 62) – Zolhaidah Suboh
DUN Senadin (N 65) – Micheal Teo Yu Keng
DUN Telang Usan (N 67) – Ngau Laing
DUN Batu Danau (N 69) – Lau Liak Koi
DUN Ba’kelalan (N 70) – Baru Bian
DUN Bukit Sari (N 71) – Jaafar Suyut

Posted by WEB PORTAL PRN SARAWAK KE 10 – 2011

Blogger Pakatan bentuk Revolusi 2013



Ismail Hashim

KUALA LUMPUR : Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti.

Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan.

Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN.

Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan.

"Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit.

"Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan.

"Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya.

Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan.

Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar. - Hrkh

Pakatan Rakyat tanding 69 kerusi di Sarawak

KUCHING, 4 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan bertanding di 49 kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menjadikan Pakatan Rakyat akan bertanding 69 daripada 71 kerusi DUN Sarawak.

Sebelum ini PAS mengesahkan bertanding di lima kerusi manakala DAP 15 kerusi. Pakatan hanya tidak meletakkan calon di dua kawasan iaitu Marudi dan Pakan sahaja.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengumumkan calon-calon DAP dalam pilihan raya ini.

PAS pula akan mengumumkan calonnya malam ini di lima kerusi yang dtandinginya untuk pilihan raya ini iaitu Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuan dan Tanjong Datu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi akan mengisytiharkan calon PAS di Beting Maro manakala timbalannya Nasharudin Mat Isa di Sebuyau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan penamaan calon akan diadakan 6 April ini manakala 16 April adalah hari pembungan Undi di Sarawak.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengumumkan kesemua calon-calon PKR itu hari ini dengan Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak akan bertanding di Ba'kelalan Walaupun Barisan Nasional (BN) masih merahsiakan calonnya di situ.

Turut serta bersama beliau adalah Naib Presiden PKR, John Tenawi dan Penasihat PKR Sarawak, Habsah Harun. Azmin berkata, senarai calon diputuskan oleh PKR Sarawak dan dipersetujui oleh pimpinan PKR peringkat pusat.

Pagi tadi, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian mengumumkan PKR telah putuskan bertanding di 47 kerusi manakala empat kerusi lagi masih dalam perundingan yang akan diumumkan oleh Azmin.

Baru Bian mengumumkan hal itu ketika bertemu dengan calon-calon PKR di Sibu iaitu untuk Sarawak Tengah dan Utara.

Sebelum ini, usaha dibuat oleh Pakatan untuk berunding dengan Snap namun sehingga akhir semalam parti itu berkeras untuk bertanding di 27 kerusi namun ia gagal di selesaikan dengan PKR.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Pakatan telah memutuskan PAS bertanding lima kerusi, DAP 15 manakala 51 kerusi lagi akan dirundingkan antara PKR dengan Snap.

Dalam sidang mediannya juga, Azmin mengumumkan, Adun PKR untuk Padungan, Dominic Ng Kim Ho akan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dominic menang dalam pilihan raya negeri 2006 untuk kerusi itu apabila mengalahkan calon DAP dan calon BN dengan majoriti 1,417 undi. -Hrkh

Mansor Pecahkan Rahsia Tentang "Berpusu-pusu" Sambut Najib Di Pulau Pinang

Mansor dakwa sambutan lawatan PM hambar

Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, kehadiran Datuk Seri Najib Razak seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

“2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang denganbas.

“Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang perdana menteri?

“Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa... bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN,” kata Mansor dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

Sabtu lalu, Najib dipetik Bernama sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik laporan Bernama.

Walau bagaimanapun, semalam, tanpa diduga presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat tidak ambil peduli dengan kenyataan Najib itu. Sebaliknya, Lim berkata Pakatan bertekad untuk melipatgandakan usaha membawa perubahan di negeri berkenaan.

“Pulau Pinang (pimpinan) Pakatan Rakayat akan (adakan) siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting,” kata Lim dalam satu kenyataan media. -MK


Ribuan penduduk Pulau Pinang sambut Najib

2011/04/02

GEORGETOWN: Hujan renyai tidak menghalang orang ramai berpusu-pusu sekitar Bukit Gelugor di sini bagi menyambut ketibaan rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri, yang membuat tinjauan mesra.

Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang, hari ini mengadakan kunjungan mesra bertemu rakyat khususnya peniaga dan penduduk di pusat bandar Georgetown.
Dengan diiringi dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Najib tiba di Taman Tun Sardon, Bukit Gelugor, pada 9.40 pagi.

Di pasar awam taman itu, selepas bersalaman dengan ribuan orang yang berpusu-pusu tiba untuk melihat kelibat pemimpin negara, Perdana Menteri kemudian menjamu selera dengan makanan tradisional 'serabai' bersama kuah kaya sebuah gerai makanan sini sebagai sarapan pagi.

Peniaga serabai, Jamaliah Hassan, 53, berkata beliau berasa amat teruja dengan kunjungan Perdana Menteri dan rombongan ke gerai "Serabai Istimewa" miliknya itu.

"Kunjungan ini adalah sesuatu yang tidak diduga sama sekali dan saya berasa bangga dapat menyediakan sarapan buat Perdana Menteri," katanya yang berniaga di gerai berkenaan bersama kakaknya sejak 19 tahun lalu.

"Datuk Seri (Najib) beritahu saya bahawa ini kali pertama dia makan serabai ini dan rasanya sungguh sedap dimakan dengan kuah kaya," katanya.
Rombongan Najib turut berkunjung ke pasar Jelutong untuk beramah mesra dengan peniaga di situ sebelum melawat flat di Padang Tembak dan flat di Kampung Melayu di kawasan Air Itam.

Di flat Air Itam, seorang warga emas Aminah Hashim, 62, yang berniaga nasi lemak sejak 20 tahun lalu di Astaka Penjaja di perumahan itu tidak dapat melindungi rasa terkejut dan gembira dengan kunjungan Perdana Menteri ke kediamannya pada kira-kira 11 pagi.

"Makcik tidak sangka impian bertemu Perdana Menteri akan jadi kenyataan, selama ini hanya dapat tengok Datuk Seri (Najib) di kaca televisyen sahaja, hari ini beliau datang ke rumah dan bertemu makcik," katanya ketika ditemui pemberita.

Aminah yang tinggal bersama suaminya Rejap Raja, 64, dan empat anggota keluarga lain di rumah itu sejak 40 tahun lalu, turut menerima sumbangan wang tunai RM1,000 daripada Najib.

Terdahulu Najib turut meluangkan masa berjumpa dan beramah mesra dengan 258 pemilik gerai di astaka itu dan sempat menikmati hidangan nasi lemak dan air kopi di gerai 118 milik Ah Beng.

Ketibaan Najib ke kawasan perumahan itu disambut meriah oleh penduduk setempat yang turut memberikan tepukan gemuruh sambil melaungkan "1Malaysia" dan ucapan terima kasih kerana sudi melawat kawasan perumahan mereka.

Perdana Menteri sempat melayan telatah kanak-kanak di kawasan berkenaan yang ingin bergambar dan meminta tandatangan pemimpin nombor satu negara itu.

Dalam lawatan Najib ke flat Kampung Melayu pula, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan wang ehsan RM500 kepada dua warga emas yang msikin.

Maimoon Syarifah Syed Mohd, 55, yang tinggal di flat berkenaan sejak 34 tahun lalu berkata, beliau hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan untuk menampung kos kehidupan harian.

"Saya ada penyakit kencing manis dan sakit jantung sejak lapan tahun lalu yang menyebabkan saya hanya dapat terlantar di atas katil," katanya yang mempunyai enam orang anak.

Katanya, beliau terharu dengan kunjungan pemimpin negara ke rumahnya dan amat berterima kasih kepada sumbangan yang diberikan Perdana Menteri.

Shin Moy Mooi, 78, yang tinggal di tingkat lima flat berkenaan turut menerima sumbangan Perdana Menteri. - BERNAMA

Kelantan terus dianiayai BN

KUALA LUMPUR, 4 April: Kelantan bukan saja dinafikan hak memperoleh royalti petroleum kira-kira RM600 juta setahun, malah loji pemprosesan minyak dan gas yang sepatutnya dibina di negeri itu tetapi dibina di Songkhla, Thailand.

Tindakan kejam kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika di bawah kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad membuatkan beribu peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan dinafikan.

Ahli Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar), berkata, kini peluang Kelantan mendapat royalti petroleum yang dituntut kerajaan negeri di mahkamah juga tipis kerana Kerajaan Pusat pula yang menawarkan diri menjadi defendan dalam dalam saman terhadap Petronas.

"Saya tidak tahu macam mana mahkamah boleh benarkan Kerajaan Pusat menjadi pencelah kepada saman kerajaan negeri terhadap Petronas yang didakwa melanggar perjanjian terbabit," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Kelate.net, di Shah Alam, baru-baru ini.

Katanya, BN juga menafikan kelulusan pembinaan lebuh raya antara Kuala Krai ke Kota Bharu, bagi kemudahan rakyat Kelantan.

"Lebuh raya itu bagi kemudahan rakyat Kelantan yang tinggal di lembah klang untuk pulang ke kampung halaman mereka terutama pada hari raya. Kalau sebelum ini penjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada musim perayaan mengambil mana hingga 13 atau 14 jam, diharap dengan adanya lebuh raya itu akan menjimatkan masa perjalanan kepada lima atau enam jam saja," jelasnya.

Husam berkata, disebabkan Kerajaan Pusat melengahkan pembinaan lebuh raya itu, kerajaan negeri akan menswastakan pembinaan itu.

"Sebuah syarikat sudah dilantik, termasuk jajaran dan peruntukannya oleh kerajaan negeri cuma menunggu kelulusan Kerajaan Pusat," katanya,

Menurutnya, sebenarkan projek lebuh raya itu sudah lama diluluskan kerajaan pusat iaitu sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) lagi tetapi dilengahkan kerajaan mahu mendera rakyat Kelantan yang memilih Pas memerintah negeri.

"Inilah sikap BN terhadap rakyat Kelantan, apa saya projek yang hendak dilaksana untuk kebaikan rakyat Kelantan dinafikan oleh Pusat. Bukan saja ketika pemerintahan Dr Mahathir, malah zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak juga masih menganak tirikan rakyat Kelantan," katanya.

Katanya, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya diteruskan hingga ke Kelantan, tetapi diberhentikan setakat Terengganu, ini semua menggambarkan kezaliman Kerajaan BN terhadap Kelantan.

"Sekarang perkara sama dilakukan BN terhadap beberapa lagi negeri yang diperintah pembangkang, termasuk Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Oleh itu saya harap rakyat sedar dan tidak lagi memberi peluang kepada BN memerintah negara ini, termasuk Negeri Sarawak," katanya. -Hrkh

Guru gila berperangai binatang ini wajib dihukum bunuh..

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.


Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu. -HM

Pengajaran keras untuk sekalian guru.

Jika tak sanggup pikul amanah,
jika tak mampu untuk mengawal amarah,
jika nafsu mengatasi akal,
jika tak mampu jadi contoh teladan untuk murid
maka,
letak jawatan sebagai guru dan cari kerja lain

Ada yang bekata “jangan hina kaum guru”
sebab dengan mereka kamu boleh mengeja dan membaca

kepala hotak punya dogma!
semua hamba adalah sama di sisi Allah
yang membezakan hanyalah yang bertaqwa

seorang guru, seorang petani, seorang menteri, seorang tukang sapu, seorang polis, seorang pekerja TNB, seorang peniaga kantin, seorang penarik beca, seorang wartawan, seorang blogger, seorang Presiden PAS, seorang bendahari persatuan kompang, seroang jurugambar, seorang askar, seorang peon, seorang anggota FRU, seorang nelayan, seorang pereka fesyen, seorang imam di Masjid Negara, seorang jaga, seorang tukang gunting rambut, seorang gurusilat, seorang peniaga kaki lima, atau sesiapa juga …asalkan dia bernama manusia:

semua sama di sisi Allah.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (QS. 49:13).

Jari kelingking dengan jari hantu dengan jari telunjuk dengan jari manis dengan ibu jari, semua ada tugas dan kelebihan masing-masing. Tiada beza, mereka adalah jari-jari belaka.

Renungkan: Jika guru membuat aku pandai mengeja, petani itu lebih penting, membuat aku dapat memakan nasi untuk teruskan kehidupan. Jika guru itu penting kerana membuat aku pandai menulis dan mengeja, maka pekerja TNB itu juga penting dengannya lampu bernyala untuk menyuluhi rumahku dari gelap gelita.

Dan GB juga seorang guru seperti orang-orang lain yang juga adalah guru setidak-tidaknya untuk diri sendiri yang wajar hidup berpesan-pesan dan menerima pesan dari yang lain berimbaukan firman Allah s.w.t.:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3] -GB

Spiderman Cipta Rekod



Spiderman dari Perancis, Alain Robert berjaya memanjat Burj Khalifa, Dubai, menara tertinggi dunia pada 28 Mac 2011. Yang berbeza dengan pengalamannya sebelum ini, Alain tidak ditahan oleh polis kerana beliau diundang oleh Burj Khalifa jadi perbuatannya tidak salah.

Alain Robert, 49, dikenali Spiderman, berminat memanjat sejak berumur 12 lagi. Beliau pernah berjaya memanjat Menara Kembar Petronas di KL, Menara 101 di Taipei, Menara Eiffel dan Empire State Building New York.

Menara Khalifa, dengan tingginya 828 meter merupakan bangunan yang tertinggi di dunia. Ia juga satu-satunya bangunan yang ketinggiannya melebihi 800 meter di dunia sekarang ini.

Dia Bertanding Lagi... Apa Mau Jadi Sarawak?

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mempertahan kerusi Balingian pada pilihan raya negeri ke-10 kali ini.

Beliau yang genap tiga dekad menerajui kerajaan negeri Sarawak 26 Mac lalu juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Tiga pemimpin komponen BN Sarawak iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri George Chan Hong Nam akan mempertahankan kerusi Piasau manakala Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom akan bertanding di Pakan.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing pula akan mempertahankan kerusi Baleh.

Antara pemimpin lain yang akan bertanding semula ialah Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di kerusi Bukit Sari dan bekas menteri persekutuan, Tan Sri Adenan Satem di Tanjung Datu.

Daripada calon BN yang diumumkan hari ini, 20 adalah muka baru membabitkan PBB (10), SUPP (tujuh), PRS (dua) dan SPDP satu.

Penamaan calon akan berlangsung pada Rabu ini manakala hari pengundian 16 April.

Bagaimanapun laporan media menyebut calon bagi kerusi Ba’kelalan tidak diumumkan hari ini.

Berdasarkan pengumuman hari ini, PBB akan bertanding di 45 kerusi manakakala SUPP di 19 kawasan, PRS (sembilan) dan SPDP pula lapan kerusi.

Senarai calon BN itu diumumkan oleh Adenan selepas mesyuarat BN Sarawak di sini petang ini.

Empat calon merupakan wanita.

Berikut ialah senarai calon BN:

- Ranum Anak Muda (SUPP) (Opar)
- Datuk Peter Nansian Anak Ngusie (SPDP) (Tasik Biru)
- Tan Sri Adenan Satem (PBB) (Tg Datu)
- Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) (Pantai Damai)
- Dr Hazaland Abang Hipni (PBB) (Demak Laut) (muka baru)
- Datuk Daud Abdul Rahman (PBB) (Tupong)
- Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (PBB) (Samariang)
- Datuk Amar Abang Johari Openg (PBB) (Satok)
- Sim Kiang Chiok (SUPP) (Padungan) (muka baru)
- Prof Dr Sim Kui Hian (SUPP) (Pending) (muka baru)
- Sih Hua Tong (SUPP) (Batu Lintang) (muka baru)
- Datuk Alfred Yap (SUPP) (Kota Sentosa)
- Tan Joo Phoi (SUPP) (Batu Kawah)
- Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) (Asajaya)
- Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB) (Muara Tuang)
- Dr Belek @ Jerip Anak Susil (SUPP) (Bengoh)
- Roland Sagah (PBB) (Tarat)
- Datuk Seri Michael Manyin Anak Jawong (PBB) (Tebedu)
- Marin Ben (PBB) (Kedup) (muka baru)
- Aidel Lariwoo (PBB) (Sadong Jaya) (muka baru)
- Naroden Majais (PBB) (Simunjan)
- Julaihi Narawi (PBB) (Sebuyau)
- Simoi Peri (PBB) (Lingga)
- Razali Ghapor (PBB) (Beting Maro) (muka baru)
- Balai Ringin (PRS) (Balai Ringin)
- Mong Anak Dagang (PRS) (Bukit Begunan)
- Dauk Francis Harden Anak Hollis (SUPP) (Simanggang)
- Dr Johnichal Rayong (SUPP) (Engkilili)
- Malcom Mussen Anak Lamoh (PRS) (Batang Ai)
- Razi Sitam (PBB) (Saribas) (muka baru)
- Tan Sri Alfred Jabu (PBB) (Layar)
- Robert Lawson Chuat Anak Vincent (PBB) (Bukit Saban)
- Abdul Wahab Aziz (PBB) (Kalaka)
- Datuk Peter Nyarok Anak Entrie (SPDP) (Krian)
- Datuk Len Talif Salleh (PBB) (Belawai) (muka baru)
- Dolah Saidol (PBB) (Semop) (muka baru)
- Murni Suhaili (PBB) (Daro)
- Abu Seman Jahwie (PBB) (Jemoreng)
- Datuk David Teng (SUPP) (Repok)
- Ling Kie King (SUPP) (Meradong) (muka baru)
- Datuk Seri William Mawan (SPDP) (Pakan)
- Wong Anak Judat (SPDP) (Meluan)
- Alexander Vincent (PRS) (Ngemah)
- Datuk Gramong Juna (PBB) (Machan)
- Chieng Buong Toon (SUPP) (Bukit Assek) (muka baru)
- Datuk Tiong Thai King (SUPP) (Dudong) (muka baru)
- Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) (Bawang Assan)
- Vincent Goh (SUPP) (Pelawan)
- Dr Annuar Rapee (PBB) (Nangka) (muka baru)
- Datuk Fatimah Abdullah (PBB) (Dalat)
- Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB) (Balingian)
- Joseph Mauh Anak Ikeh (PRS) (Tamin)
- John Sikie Anak Tayai (PRS) (Kakus)
- Stanley Unja (PRS) (Pelagus) (muka baru)
- Ambrose Blikau Anak Enturan (PBB) (Katibas)
- Datuk Seri Dr James Masing (PRS) (Baleh)
- Liwan Lagang (PRS) (Belaga)
- Datuk Talib Zulpilip (PBB) (Jepak)
- Henry Ling (SUPP) (Kidurong) (muka baru)
- Dr Stephen Rundi Anak Utom (PBB) (Kemena)
- Rosey Yunus (SPDP) (Bekenu)
- Ripin Lamat (PBB) (Lambir) (muka baru)
- Tan Sri Dr George Chan (SUPP) (Piasau)
- Andy Chia (SUPP) (Pujut)
- Datuk Lee Kim Shin (SUPP) (Senadin)
- Sylvester Entrie Anak Muran (SPDP) (Marudi)
- Dennis Ngau (PBB) (Telang Usan) (muka baru)
- Dr Abdul Rahman Ismail (PBB) (Bukit Kota)
- Paulus Anak Gumbang (SPDP) (Batu Danau)
- Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (PBB) (Bukit Sari)

Nota: Calon BN bagi kerusi Ba’kelalan (N 70) tidak diumum hari ini.

Artikel berkaitan sebelum ini yang perlu dibaca bersama

SPRM Mandul Untuk Menyiasat Kes Libatkan Pemimpin UMNO BN

Petikan
Bukti-bukti tentang salah laku beliau boleh dikumpulkan berjilid-jilid dan begitu terperinci sehingga kita boleh menerbitkan sebuah buku yang tebalnya 2 inci, yang secara rasmi diserahkan kepada SPRM. Laporan yang dibuat hampir setahun lalu hanya membawa kepada sikap membisu dari SPRM.

Laporan-laporan tentang dakwaan terhadap Taib, kebanyakannya diperolehi dari laman sesawang Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) yang menceritakan secara terperinci tentang harta kekayaan keluarga Taib yang bernilai berbilion ringgit dalam bentuk hartanah di luar negara, syarikat-syarikat Malaysia dan pemilikan tanah yang sangat luas di Sarawak.

Sarawak Report membutirkan secara terperinci, yang sungguh menakjubkan, tentang aset keluarga Taib, lengkap dengan bukti pemilikan yang diceduk dari pejabat pendaftar tanah dan pendaftar syarikat.

Mungkin kerana laporan yang terlalu detail ini, di mana bukti-bukti tidak dapat disangkal lagi, membuat pegawai-pegawai SPRM gundah gulana dan kelihatan bodoh di depan orang ramai.

Mengenai contoh begitu banyak laporan yang boleh didapati dari Sarawak Report, laman sesawang itu baru-barunya memuatkan pengkalan data dari Jabatan Ukur dan Tanah Sarawak yang mendedahkan bahawa beribu-ribu ekar tanah yang diambil sejak beberapa tahun kebelakang ini.

Kebanyakan tanah-tanah itu disalurkan kepada kroni dan keluarga yang rapat dengan Taib dengan bayaran premium yang sangat rendah.

Anwar Tegas PRN Sarawak Adalah Pertembungan Satu Lawan Satu

SARIBAS : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa pertandingan pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April depan hendaklah berlandaskan kepada prinsip satu lawan satu.

Anwar berkata kesepakatan ini telah dicapai di antara KEADILAN, PAS dan DAP yang memungkinkan gagasan tersebut memenangi undi popular sebanyak 51 peratus di Semenanjung pada Pilihanraya Umum ke-12, tiga tahun lalu.

"Kita melalui KEADILAN, PAS dan DAP telah bersetuju untuk lawan satu lawan satu. Ini yang menyumbang kepada kemenangan besar kita di Semenanjung pada 2008. Tapi ada satu parti kecil yang sudah digantung sekian lama dan hampir mati, tiba-tiba di pilihanraya ini mahu bertanding berpuluh-puluh kerusi.

"Dari mana dia dapat kekuatan ini kita tidak tahu, dari mana dia dapat wang sebegitu banyak kita pun tidak tau," kata Anwar ketika bercakap kepada hampir 200 penduduk Melayu di Kampung Tuie, Betong di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Saribas.

Bagaimana pun Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat mampu memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 16 April depan kerana sedar mereka telah ditipu oleh Barisan Nasional selama ini.

"Kita tengok dalam kes PKFZ, tanah rakyat miskin diambil dengan harga yang amat murah, puak-puak ini (BN) di mana-mana pun akan menipu rakyat.

"Kali ini saya yakin rakyat Sarawak akan tempa sejarah yang amat berharga dengan membawa perubahan yang diidamkan selama ini," tegas Anwar.

Beliau berkata BN tidak pernah mahu memahami hasrat dan hati nurani rakyat yang hanya mahu mempertahankan hak mereka yang telah dinafikan sejak puluhan tahun terutamanya dalam isu rampasan tanah adat NCR.

Anwar mengulangi janji beliau untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru pada PRU ke-13 nanti.

"BN tak pernah tahu turunkan harga baik minyak, barang makanan sehingga rakyat menderita. Kali ini kita turunkan mereka (dari tampuk kekuasaan) dan kita naikkan sebuah kerajaan yang prihatin dan adil kepada rakyat," ujar Anwar lagi.

Tv Selangor

Pemimpin bukan hanya bagi RM50, tabur janji manis

BATANG LUPAR, 4 Mac: Rakyat Sarawak diseru memilih pemimpin yang baik yang sentiasa prihatin terhadap masalah mereka dan menyuarakannya di Dewan Undangan Negeri.

“Kita tidak perlu memilih pemimpin yang datang setiap kali pilihan raya dengan menawarkan wang RM50 dan menabur janji-janji manis, sebaliknya permasalahan rakyat dibiarkan,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapannya kepada pengundi-pengundi di Sebuyau.

Menurut beliau, PAS tidak memaksa sesiapa menerima parti itu.

Begitupun, jelasnya PAS ingin bersama rakyat Sarawak membuat perubahan melalui parti itu dan Pakatan Rakyat ke arah negeri Sarawak yang lebih baik daripada pemerintah BN.

“Kita perlu menolak pemimpin yang mengagihkan kekayaan sesama mereka sedangkan rakyat dibiarkan miskin,” katanya lagi.

Jelasnya, Islam mengajar pemerintah supaya berlaku adil dalam mengagihkan kekayaan negeri.

Katanya, nabi-nabi menegur pemerintah yang zalim di zaman masing-masing sehingga ada di antara mereka dibunuh.

“Inilah yang PAS perjuangkan untuk rakyat Sarawak,” tegas Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang.

Dalam masa yang sama beliau turut melawat masyarakat orang Iban di rumah panjang Sebuyau (gambar atas).

Penduduk-penduduk setempat menyambut kedatangan beliau dan menjemput bertandang ke rumah.

Beliau menghabiskan masa hampir satu jam berbual-bual di rumah penduduk.

Turut serta bersama ialah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sarawak dan Negeri Sembilan, Adam Ahid dan Zulkifly Omar serta petugas-petugas PAS dari Johor dan Perak.

Mengulas isu video seks yang heboh ketika ini, beliau dengan nada tegas menyatakan haram bertindak zalim kepada sesama manusia dan amat dikesalkan apabila pihak yang dituduh iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang diminta untuk membuktikan dirinya, sedangkan pihak yang menuduh bebas membuat tuduhan tanpa diambil tindakan. -Hrkh

Polis ganggu lagi ceramah Anwar


Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

anwar ceramah disrupted by cops swakMajlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

anwar ceramah disrupted by cops swakSebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini.

Terbukti PDRM hanya menjaga kepentingan Umno

KLANG : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.

Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.

Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.

Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.

Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.

"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya, polis menggalakkan mereka," kata beliau.

Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.


- TVSelangor News

p/s: Termasuklah makluman KPN yang HANYA BERANI memperakui ketulenan video seks TANPA BERANI memperakui siapa pelakon yang terdapat dalam video berkenaan. Jika siasatan dilakukan terhadap SIAPA PELAKON video seks berkenaan, UMporNO pasti akan kantoi! Itulah yang cuba dielakkan oleh KPN.

Apa Dah Jadi Ni Cikgu?

Cikgu : Menunjuk Teladan atau Menjadi Perosakkan Fikiran (Akhlak)?

Bukan untuk mengaibkan tetapi sekadar renungan dan muhasabah diri.

Tugas guru adalah mendidik para pelajar untuk menjadi pelajar sebagai insan yang berguna.

Bukan saja menjadikan pelajar baik dalam akademi tetapi baik dari segi akhlak dan moral.

Moral dan akhlak guru perlulah terjaga untuk menjaga moral dan akhlak pelajar.

Maka tidak heran jika ramai pelajar rosak moral dan akhlak jika keadaan begini terus berlaku. -fariszaz


Rakyat Sarawak bersama PAS/Pakatan Rakyat!!!

Presiden PAS bersama rakyat sarawak

KOTA SAMARAHAN, 3 April: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat Sarawak agar menjaga perinsip dan maruah diri dan tidak terlalu mudah 'dibeli' dengan sedikit habuan menjelang pilihan raya negeri ini.

Berucap sewaktu melancarkan gerak kerja pilihan raya bagi Dun Muara Tuang ,(gambar) malam tadi, presiden PAS itu berkata, rakyat sebenarnya berkuasa memilih pemimpin mana yang baik untuk menjadi wakil mereka dan bukan memelih kerana dibeli.

“Rakyat di negeri jangan memilih pemimpin yang cuba membeli kita pada musim-musim (pilihanraya) seperti ini.

“Kita mempunyai maruah yang tinggi dan berkuasa menentukan siapa pemimpin yang perlu kita pilih,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Turut hadir dalam majlis perlancaran berkenaan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar.

Sambil mengingatkan rakyat agar memilih pemimpin yang mampu membangkitkan masalah mereka, Tuan Guru Abdul Hadi berkata Sarawak tidak memerlukan pemimpin yang hanya turun lima tahun sekali untuk menabur janji.

Apatah lagi ujarnya, selama BN memerintah di Sarawak, mereka hanya menjaga kroni-kroni mereka khususnya yang rapat dengan Ketua Menteri (KM) Sarawak, Penin Sri Haji Abdul Taib Mahmood.

“Kita tidak mahu pemimpin yang hanya muncul lima tahun sekali dan membeli kita dengan menabur pelbagai janji pembangunan.

“Negeri Sarawak kaya dengan pelbagi hasil sepeti minyak, balik dan hasil bumi yang lain. Tetapi kekayaan itu hanya berpusing disekitar mereka (BN) dan yang rapat dengan KM,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Sarawak menjadi antara negeri yang termiskin di Malaysia akibat kerakusan pemimpin BN di negeri ini yang mencuri duit rakyat.
(Presiden PAS bergambar dengan petugas PAS di Muara Tuang- gambar Rizal Tahir)

Sehubungan itu, rakyat nasihatnya, perlulah memilih pemimpin yang amanah dengan harta negeri dan ini dibuktikan oleh pemimpin PAS yang telah memerintah di negeri seperti Kelantan, Terengganu (1999-2004) dan Kedah.

Tambahnya lagi, PAS yang dasarnya ialah Islam, memberi jaminan sesekali tidak menganggu hak agama lain untuk mengamalkan amalan agama mereka.

“Menjadi dasar PAS yang asasnya Islam, menjamin hak dan amalam agama lain. Islam membenarkan agama lain diamalkan secara bebas tanpa diganggu,” ujarnya. -Hrkh


SPRM Mandul Untuk Menyiasat Kes Libatkan Pemimpin UMNO BN

Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jatuh ke tahap paling rendah apabila dua pegawainya tersasul dalam satu sidang media mengenai kegagalan suruhanjaya itu menyiasat bagaimana Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud menimbun harta kekayaannya.

Sejak akhir-akhir ini, Taib kerap menjadi sasaran pendedahan di Internet mengenai timbunan kekayaan dan pemilikan tanah yang luas di mana banyak laporan telah dibuat kepada SPRM.

Dalam satu sidang media bagi membentangkan laporan tahunan dari jawatankuasa aduan SPRM pada 31 Mac lalu, kedua-dua Ketua Pesuruhjaya Abu Kassim Mohammed dan Pengerusi Jawatankuasa Aduan Mohd Nor Abdullah berdepan dengan soalan bertalu-talu dari para wartawan mengenai sikap membisu SPRM berhubung dakwaan yang telah sekian lama dibuat terhadap Taib.

Ketika mana Abu Kassim cuba mengelak, reaksi Mohd Nor jelas menunjukkan sikap tidak senang beliau. Kedua-dua mereka memberi mesej bahawa “Taib tidak boleh disentuh, jangan kamu cuba mendesak kami lagi”.

Kepada soalan daripada para pemberita seperti, sama ada aduan daripada orang ramai telah diterima, sama ada fail telah dibuka, berapa banyak kes, sama ada pendakwaan akan dilakukan, Abu Kassim hanya memberi jawapan-jawapan yang tidak relevan.

Beliau berkata, “kita perlu menyiasat semua kes rasuah, kita tidak boleh menolak perlunya penyiasatan, berdiam diri tidak bermakna tidak ada tindakan, dan sebagainya.”

Apabila datang lagi soalan daripada para wartawan, beliau mengulanginya seperti burung kakak tua: “Apabila ada aduan, kami akan siasat”.

Mohd Nor, yang duduk bersebelahan Kassim, menyampuk dengan memberi amaran kepada para pemberita supaya tidak bertanya lagi.

Nampak jelas, berdasarkan latar belakangnya sebagai hakim mahkamah rayuan, beliau memberitahu para pemberita supaya tidak melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), yang menyebut berita hanya boleh diterbitkan jika terdapat alasan yang munasabah ianya boleh dipercayai.

Beliau berkata, “jika kamu soal saya sama ada siasatan akan dilakukan terhadap Ketua Menteri itu, kamu mungkin telah melanggar Akta tersebut, kerana kamu membuat andaian bahawa Taib terlibat dengan rasuah.

“Kamu tidak boleh ‘memancing’ bukti”

“Kamu tidak menyoal saya begitu. Kamu tidak boleh cuba “memancing” bukti. Adakah kamu telah membuat penyiasatan? Selidik kebenaran dahulu, kemudian tanya?,” soal Mohd Nor.

Tatkala Abu Kassim kelihatan resah untuk menyentuh apa-apa berkenaan Taib, tindakannya itu hanya mengesahkan berita yang sudah pun menjadi pengetahuan umum. SPRM menjadi mandul untuk menyiasat kes yang melibatkan tokoh-tokoh besar dalam Barisan Nasional.

Tindakan Mohd Nor yang garang dan berupa ugutan yang bodoh itu terhadap wakil media telah menimbulkan kemarahan orang ramai, yang sebelum ini tidak begitu ambil peduli.

Mohd Nor bercakap seolah-olah kita tidak tahu mengenai timbunan bukti-bukti mengenai kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Taib yang dibongkar dan disebarkan melalui Internet.

Bukti-bukti tentang salah laku beliau boleh dikumpulkan berjilid-jilid dan begitu terperinci sehingga kita boleh menerbitkan sebuah buku yang tebalnya 2 inci, yang secara rasmi diserahkan kepada SPRM. Laporan yang dibuat hampir setahun lalu hanya membawa kepada sikap membisu dari SPRM.

Laporan-laporan tentang dakwaan terhadap Taib, kebanyakannya diperolehi dari laman sesawang Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) yang menceritakan secara terperinci tentang harta kekayaan keluarga Taib yang bernilai berbilion ringgit dalam bentuk hartanah di luar negara, syarikat-syarikat Malaysia dan pemilikan tanah yang sangat luas di Sarawak.

Sarawak Report membutirkan secara terperinci, yang sungguh menakjubkan, tentang aset keluarga Taib, lengkap dengan bukti pemilikan yang diceduk dari pejabat pendaftar tanah dan pendaftar syarikat.

Mungkin kerana laporan yang terlalu detail ini, di mana bukti-bukti tidak dapat disangkal lagi, membuat pegawai-pegawai SPRM gundah gulana dan kelihatan bodoh di depan orang ramai.

Mengenai contoh begitu banyak laporan yang boleh didapati dari Sarawak Report, laman sesawang itu baru-barunya memuatkan pengkalan data dari Jabatan Ukur dan Tanah Sarawak yang mendedahkan bahawa beribu-ribu ekar tanah yang diambil sejak beberapa tahun kebelakang ini.

Kebanyakan tanah-tanah itu disalurkan kepada kroni dan keluarga yang rapat dengan Taib dengan bayaran premium yang sangat rendah.

Lebih 1.5 juta hektar tanah NCR dirampas

Banyak dari tanah-tanah ini, yang berjumlah lebih 1.5 juta hektar, yang berupa tanah adat (NCR), dirampas secara rahsia daripada penduduk pribumi, hingga menyebabkan mereka terpaksa membuat lebih 200 tuntutan dan aduan.

Beberapa kes telah didengar di mahkamah yang keputusannya memihak kepada para pemilik tanah itu, dan ini membuktikan terdapat kerja rampasan tanah oleh Taib.

Sebagai bukti keluarga Taib menikmati faedah dari rampasan tanah haram ini, nama kira-kira 50 buah syarikat yang terdapat dalam buku daftar Tanah sebagai penerima asal tanah dari negeri itu yang disenaraikan, setiap satu daripadanya ada kaitan dengan keluarga Taib.

Satu lagi berita buruk buat Taib ialah pendedahan terhadap “senarai hitam” 49 syarikat di seluruh dunia, yang setiap syarikat itu ada kaitannya dengan keluarga Taib.

Senarai ini, yang didedahkan oleh Dana Bruno Manser, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Switzerland, yang berjuang untuk memelihara kepentingan penduduk pribumi Sarawak, menunjukkan 13 dari syarikat ini berpengkalan di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, bakinya di UK dan di tempat-tempat lain di dunia ini.

Yang indahnya dari episod rasuah Taib ini ialah Taib sendiri tidak menafikan tentang kewujudan aset kekayaan luar biasa keluarganya.

Dalam satu wawancara bersempena kempen siber yang dilancarkan baru-baru ini oleh beliau sendiri bagi menangkis serangan berupa tuduhan terhadap kekayaannya, beliau menyifatkan kekayaan keluarganya akibat dari sifat keusahawanan dan kebijaksaan anaknya Jamilah.

Taib menerangkan bahawa apabila beliau meninggalkan perkhidmatan kerajaan pusat tiga dekad lalu, beliau memberi sedikit wang kepada Jamilah untuk membolehkan beliau menjalankan perniagaan di Kanada. Berdasarkan kepintarannya dalam bidang perniagaan, perniagaan itu berkembang menjadi empayar perniagaan bertaraf antarabangsa.

Ketika kita masih terkial-kial dalam imajinasi kita bagi menerima hakikat kebenaran cerita Taib bagaimana kekayaan boleh dibina sebegitu pantas, jawapannya terdapat dalam satu lagi wawancara.

Untuk mensahihkan ceritanya tentang kekayaan yang dimiliki, Taib menjelaskan bahawa beliau tidak ada pilihan melainkan dengan menjalankan perniagaan di luar negeri 30 tahun yang lalu, ketika mana anak-anaknya sedang belajar, sudah pun menjalankan perniagaan.

Konflik kepentingan

Beliau berkata, “saya tidak mahu konflik kepentingan ini menghantui saya pada setiap masa. Jika saya menjalankan perniagaan dalam negeri, orang akan berkata, saya menggunakan pengaruh saya untuk mengkayakan diri sendiri, maka kami mengusahakannya di luar negara.”

Apa jenis penipuan ini! Siapa di Sarawak yang tidak kenal bahawa sebuah konglomerat yang terbesar, menjadi syarikat induk empayar peniagaan keluarga Taib, mendapat kontrak-kontrak yang lumayan, hingga menyebabkan komuniti perniagaan dari negeri itu menjadi marah.

Apa jenis penipuan yang secara terang-terangan begini? Bagaimana dapat kita menilai kredibiliti cerita kekayaan berbilion ringgit Taib ini?


Dalam menghadapi bukti tentang aktiviti rasuah yang begitu luas ini, Mohd Nor terpaksa membuat ugutan kepada mereka yang bertanya, seolah-olah Taib menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas.

Kisah Taib Mahmud ini hanya merupakan salah satu cerita skandal rasuah mega melibatkan pemimpin elit Barisan Nasional yang kerap kali dilindungi oleh institusi penguatkuasa seperti SPRM, polis, Ketua Peguam Negara atau bidang kehakiman.

Sandiwara SPRM yang terbaru ini hanya mengesahkan tidak ada yang berubah sungguhpun Perdana Menteri Najib Tun Razak sering mencanangkan tentang reformasi melalui slogan-slogannya. -FMT
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .