Ikuti Blog ini

Pokok Demokrasi bersama kenangan

DIROBOHKAN.. Plak "Pokok Demokrasi" yang diletakkan oleh kerajaan Pakatan di Perak sebagai mengingati tempat mesyuarat DUN tergempar dua minggu lalu telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.

Mula dulu, hanya tiga Adun Perak sahaja yang hilang... tetapi pagi tadi, plak dan tiang-tiangnya sekali turut hilang! Angkara siapa semua tentu maklum. Apa yang perlu Umno /BN ketahui ialah, bahawa pengaruh mereka juga semakin hilang di bumi Perak ini.


Pagi ini, sewaktu melintasi tempat tersebut, kelihatan berduyun-duyun manusia yang prihatin tentang suasana disitu mengkerumuni pokok tersebut dan mengambil gambar.


Masing-masing menanam dendam untuk dibuktikan apabila musim pilihanraya yang akan datang tiba. Bukannya lama sangat.....Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan 'Pokok Demokrasi' yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Sambutan Kerajaan PR Selangor 8 - 22 March 2009



Majlis Kemuncak

Masa : 8.00 malam
Tarikh : 21 Mac 2009
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam.



Situasi Menjelang PRK 2 Bukit 1 Batang Ai

Satu

Roti Tulur Satu
Kasi potong dan banjir uneyyy hehehe


Situasi Menjelang PRK 2 Bukit 1 Batang Ai
(undian sms NTV7)

1.Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Isa Abdul Samad, UMNO adalah parti demokratik sejak ia ditubuhkan dan mendaulatkan rakyat serta keadilan sosial dengan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Setuju : 5% Tidak Setuju : 95%

2. Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat, cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak ialah dengan mengadakan pilihanraya demi kepuasan rakyat.

Setuju : 98% Tidak Setuju : 2%

3. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah perlaksanaan PPSMI didalangi pihak pembangkang berdasarkan demontrasi jalanan dan mengaitkan institusi istana serta mencemarkan imej masjid.

Setuju : 5% Tidak Setuju : 95%

4.Sidang dun bawah pokok....

97 % mengatakan sah....3 % tidak sah

5. Zambry anggap plak demokrasi sebagai penghinaan kepada sultan perak...

92 % Tidak setuju.... 8 % setuju....


Setujukah anda dengan langkah Majlis Bandaraya Ipoh
memusnahkan Plak Pokok Demokrasi di Ipoh, Perak?

Setuju = 4%

Tidak Setuju = 96%

DBI banyak lagi koje berfaedah…ce..ngojekan angkut sampah,motong rumput ker,nampal lubang jalan ker…lampa ler kome…yang kme tar bawah pokok tu ngape

Iktibarnya dari sms diatas yang kalah tu memang buta hati,bangang,benak bebenor
yang mewakili suara Umno dn BN.Semoga pengundi Batang Ai yang diapit 2 Bukit
meneruskan situasi ini agar Umno / BN dipukul dengan batang terperosok di jurang yang dalam antara lurah dua bukit.Talkinkan Umno….Tak ade satu pun koje buat Umno nyelerekan rakyat

Ini satu undi TV TBO pulak buat

MB mana yang lebih hensem(bukan saje rope paras,ia meliputi kelaku,wawasan,karisma dan kesahihannya sebagai Menteri Besor)

Bang Nizar Huyoo..110%
Kulup Zamreyy -v 10%

Tiada undian rosak

Pengundi TV TBO memang handaiii...



Hebatnya adik Nik Nur Madihah

Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Nik Nur Madihah of SMA Maahad Muhammadi Kota Baru, who scored 19 1As and a 2A, shows her fisherman father, Nik Mohd Kamal Husin, her results.

Nik Nur Madihah di ruang tamu rumahnya.

MARIANI mencium anak sulungnya, Nik Nur Madihah yang muncul pelajar terbaik dengan mendapat 20A di Kota Bharu.

NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu


Surat Terbuka Buat Ustaz Akhil Hayy

ustaz bekas penyanyi rock ini berasal dari Perak iaitu negeri yang kini hampir karam oleh air mata rakyat.  Tidakkah ustaz ini merasa sedikit pun perasaan kasih dan sayang kepada negerinya yang kini terumbang-ambing?  Tidak mungkin setelah beliau berada di alam glamour di sebuah stesyen TV terkenal beliau boleh lupa bahawa negerinya dahulu diperintah oleh YAB Ir Nizar dari PAS dan kini telah dirampas secara yang amat menjelekkan?

ustaz bekas penyanyi rock ini berasal dari Perak iaitu negeri yang kini hampir karam oleh air mata rakyat. Tidakkah ustaz ini merasa sedikit pun perasaan kasih dan sayang kepada negerinya yang kini terumbang-ambing? Tidak mungkin setelah beliau berada di alam glamour di sebuah stesyen TV terkenal beliau boleh lupa bahawa negerinya dahulu diperintah oleh YAB Ir Nizar dari PAS dan kini telah dirampas secara yang amat menjelekkan?


SURAT TERBUKA BUAT USTAZ `WASSINI’



Situasi politik di Perak masih tidak menentu di mana segala usaha dan tenaga terus dicurahkan terutamanya dari kepimpinan PR di Perak bagi menyelamatkan Negeri Perak. Bukan sedikit pengorbanan yang telah mereka lakukan demi rakyat di Perak dan perjuangan ini sentiasa mendapat suntikan semangat dari pejuang-pejuang rakyat di negeri-negeri lain. Sudah tentunya menjadi kewajipan kepada pemimpin-pemimpin politik di Perak serta rakyat yang cintakan keamanan dan keadilan untuk terus berkorban tenaga, buah fikiran dan wang ringgit demi memerdekakan Perak.. Apatah lagi kepimpinan di bawah Parti PAS yang menjadikan Islam sebagai dasarnya, sudah tentu mereka merasakan suatu jihad apabila bangun menentang kezaliman yang terdapat di bumi Perak.


Malangnya bukan semua dari kita yang sanggup bersusah payah sedemikian rupa. Ada di kalangan kita yang kini menyepikan diri sambil menikmati kemewahan dan kehebatan dunia glamournya di luar sana. Saya merasa amat sedih dan kesal dengan seorang yang saya kenali dahulunya seorang pendakwah muda yang berani dan kental untuk bersama pemimpin kita berjuang bersama rakyat. Beliau dahulunya diminati ramai semenjak berada di dunia hiburan berentak rock, kemudian beralih ke bidang dakwah politik bersama PAS yang menjadikan beliau begitu diminati oleh golongan tua dan muda. Di dalam setiap siri ceramahnya, para penonton pasti akan terhibur dengan lagu dari bacaan ayat-ayat Al-Quran dan di selangselikan dengan sindiran lagu-lagu dari kegemaran muda mudi yang diubahsuai. Pernah seketika lagu `Wassini’ nyanyian Waheeda sering dinyanyikan oleh ustaz muda ini sebagai suatu sindiran, tetapi akhirnya penyanyi lagu asal `Wassini’ tersebut kini heboh digosspikan dengan ustaz muda tersebut. Mengapa gossip seperti ini mula menimpa ustaz muda atau Ustaz Rock itu sekarang?


Saya difahamkan ustaz bekas penyanyi rock ini berasal dari Perak iaitu negeri yang kini hampir karam oleh air mata rakyat. Tidakkah ustaz ini merasa sedikit pun perasaan kasih dan sayang kepada negerinya yang kini terumbang-ambing? Tidak mungkin setelah beliau berada di alam glamour di sebuah stesyen TV terkenal beliau boleh lupa bahawa negerinya dahulu diperintah oleh YAB Ir Nizar dari PAS dan kini telah dirampas secara yang amat menjelekkan? Bukankah beliau ini seorang pejuang PAS yang saban hari berceramah mengajak anak-anak muda berjuang mempertahankan Islam yang dibawa oleh PAS? Mungkin beliau tidak lagi punyai banyak masa untuk bersama-sama kita mempertahankan bumi Perak, tetapi saya terfikir mengapa ustaz ini punyai masa untuk bersama-sama peserta-peserta AF 7 baru-baru ini? Bukan main hebat beliau berceramah di depan peserta-peserta AF 7 sehinggakan beliau berkata peserta-peserta AF 7 yang terpilih patut bersyukur kerana kemasukannya ke dalam AF 7 bertepatan dengan sambutan Maulidur Rasul. Wah !! hebat bukan ustaz ini?


Saya percaya bukan saya seorang sahaja yang mulai merasa tidak selesa dengan pendekatan dan komitmen ustaz ini di dalam menyampaikan dakwahnya. Bahkan, saya melihat ustaz yang dahulunya saya puja kini telah mula hanyut di dunia glamour. Mungkin, mungkin ustaz ini akan menjawab niatnya betul dan hanya Allah sahaja yang tahu nawaitunya berada di dunia seperti itu. Cuma, saya kesihan dan simpati dengan ustaz ini kerana semenjak beliau berada di dunia yang asing dari teman-teman seperjuangannya dahulu, terlalu banyak gossip atau fitnah telah menimpanya. Kesemua musibah itu bukan beliau sahaja yang menanggungnya bahkan turut dirasai oleh keluarga beliau sendiri. Adakah berbaloi beliau menerima balasan seumpama itu dari jalan dakwahnya sekarang? Mengapa musibah itu berlaku ? Apakah beliau memilih jalan yang betul atau beliau terpesong dari jalan yang selama ini amat diredhai oleh Allah?


Saya bukan lah insan yang berilmu dan terlalu jauh jika dibandingkan dengan ilmu yang ada pada ustaz ini. Tetapi, atas dasar saling mengingati saya menyeru agar ustaz ini bermuhasabah diri dan mohonlah pada Allah agar tunjukkan jalan yang benar dan diredhainya. Kembalilah semula ke arus masyarakat yang kini dahagakan keadilan dan kebenaran serta lupakan saha dunia glamour yang penuh dengan kepura-puraan itu. Kembalilah wahai ustaz ke kampong halamanmu di Perak kerana di sana rakyat sentiasa menantimu untuk bersama-sama berjuang mengembaikan kuasa kepada yang berhak. Kami merindui alunan ayat Al-Quran yang sering kamu bawakan kerana dengan ayat itu kami semakin berani mempertahankan agama Allah ini. Sebanyak mana sekali pun kamu muncul di kaca TV atau di mana-mana anugerah sekalipun yang kamu menangi, kami sedikit pun tidak merasa bangga sebaliknya kami lebih berbangga jika kamu bersama-sama kami tumbang sebagai pejuang di kampung halaman bersama.


WFAUZDIN NS


Mee Segera, Najib & Sumpah Laknat

  • Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan "politik pembangunan mee segera" apabila menghadapi pilihan raya.
  • Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.
  • "Politik pembangunan "mee segera" (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk...di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa," kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini.
Lepas tu korang tilik pulak gambar-gambar dekat bawah ni yang aku ambik pada 20hb. Februari, 2009 dekat kawasan Sungai Tinggi, Bukit Gantang...



Sebenarnya bulan lepas lagi projek menurap jalanraya dah berjalan di kawasan Bukit Gantang dan buktinya ialah 3 gambar dekat atas. tak caya, korang boleh tanya sendiri orang-orang kampung Sungai Tinggi, Bukit Gantang dan kalau nak lebih tepat lagi, cuba tanya atau pergi sendiri dekat Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO cawangan Sungai Tinggi Bukit Gantang.

Najib Altantuya - awal-awal dah kelentong.

UNDIAN SMS : 96% BANTAH MBI ROBOHKAN PLAK POKOK DEMOKRASI KERAJAAN NIZAR

Undian SMS 7 Edition malam tadi menunjukkan 96% membantah langkah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)yang telah mengeluarkan notis supaya pemilik plak peringatan yang dibina di kawasan di bawah "Pokok Demokrasi" dirobohkan dalam tempoh 24 jam.

Notis itu dipercayai ditampal semalam pada pokok yang berlangsung kononnya sidang tergempar Dewan Undangan Negeri yang diadakan oleh pihak pembangkang pada 3 Mac lalu.

Dengan keputusan SMS itu jelas menunjukkan langkah Majlis Bandaraya Ipoh amat tidak disenangi oleh rakyat seluruh negara ini khususnya rakyat Perak yang merupakan satu bentuk percubaan untuk menimbulkan kemarahan rakyat Perak.

"Nampaknya Majlis Bandaraya Ipoh juga bersekongkol dengan pimpinan kerajaan haram UMNO-BN di Perak apabila tidak menyenangi Pokok Demokrasi yang telah menerima kunjungan para pelancong di negeri Perak," kata seorang penduduk Perak.

Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-Undang MBI bagi pihak Datuk Bandar Ipoh, menyebut pembinaan plak itu menyalahi Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.

"Tak mengapa, tunggu kerajaan Nizar naik semula, nanti Pegawai Undang-undang dan semua mereka yang berlagak untuk menunjukkan kuasa mereka di MBI itu akan dipecat serta-merta," bentak seorang yang lain dengan nada marah kerana pada pandangannya pegawai Undang-undang itu juga sudah menjadi lembu yang ditambat hidungnya.

"Tiada justifikasi diberikan untuk menyatakan ia menghalang di tempat awam. Yang menghalang orang awam ialah sikap angkuh mereka yang baru mendapat Menteri Besar haram yang belum lagi diiktirafkan oleh mahkamah," katanya.

Plak peringatan itu didapati dipecahkan semalam oleh pihak yang tidak diketahui sementara pagi ini ia didapati turut disimbah dengan tar.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming pada satu sidang akhbar di sini, menunjukkan rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan imej seorang lelaki bertukul besi sedang memecahkan plak berkenaan.

"Pemuda Sosialis DAP akan menyerahkan rakaman ini dan membuat laporan polis Isnin ini supaya tindakan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab.









Gambar terkini dari Bukit Gantang

BUKIT GANTANG : Setelah blog cina islam menyiarkan gambar banner mengenai ADUN lompat Changkat Jering yang menjadi minat ramai pihak termasuk beberapa akhbar parti dalam Pakatan Rakyat yang menyiarkan gambar tersebut.

Kini unit jurugambar kami menampil gambar terkini dari Bukit Gantang hasil lukisan dari artis yang tidak dikenali yang digantung di persimpangan jalan Batu 9 jalan ke Terong. Gambar-gambar ini dirakankan sekitar jam 11 pagi semalam.






















Tip Menjawab Soalan Polis

Semalam, jam 3 petang, telah dadakan majlis taklimat oleh 2 orang peguam kepada barisan kepimpinan GMP yang dikehendaki oleh polis dari Balai Polis Dang Wangi supaya memberikan kerjasama kepada mereka bagi menjalankan siasatan ke atas peristiwa perhimpunan 100 ribu menentang PPSMI pada 7 Mac 2009.

Peguam memberitahu supaya jawab 3 soalan sahaja, yakni:

1. Nama

2. Alamat

3. Umur

Jangan jawab soalan-soalan lain. Apabila ditanya, katakan: "Minta maaf, saya tidak dapat menjawab soalan itu sekarang."

Pihak polis akan menanyakan soalan-soalan yang daripada jawapannya itu nanti membolehkan kita didakwa dalam mahkamah, itulah sebabnya jangan jawab sebarang soalan selain yang 3 itu.

Sebagai contoh, jangan jawab soalan:

1. Adakah kamu berada di Masjid Negara pada petang 7 Mac 2009?

2. Apa jawatan kamu dalam GMP?

3. Siapakah yang mengetuai perhimpunan GMP di Masjid Negara?

Kalau ditekan juga, katakan kepada polis yang bertanya: "Saya akan jawab di mahkamah."

Sekali-kali jangan beri apa-apa maklumat tentang individu-individu lain yang ditanya oleh polis.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .