Ikuti Blog ini

Adun Seri Muda vs Batang Kali bertikam lidah isu pasir tiga butir



Sesi Perbahasan Dewan Negeri Selangor pagi ini menjadi panas apabila ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim mencelah ucapan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Mohd Isa, dari Barisan Nasional, mempersoalkan fakta yang diketengahkan Shuhaimi berhubung pendapatan Kerajaan Selangor daripada pengurusan galian pasir yang lebih cekap.

Apabila beliau tidak boleh menerima keterangan Shuhaimi, Mohd Isa sekali lagi cuba mencelah ucapan ADUN Sri Muda itu.

Gelagat Mohd Isa, yang semakin emosional, mendapat teguran daripada Timbalam Speaker Haniza Talha yang berkali-kali memesan kepada beliau agar memberi laluan kepada Shuhaimi.

Saksikan pertelingkahan tersebut di dalam video klip di atas.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

PRU13 : BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang - Tun Daim Zainuddin

Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini.

Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama “jeneral tanpa askar” dalam berdepan cabaran PRU.

“Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama ‘jeneral tanpa askar’.

“Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai,” kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.

Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.

Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.

Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.

Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.

Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.

Razak Baginda, keluarga Altantuya akan dipanggil ke Mahkamah Perancis

KUALA LUMPUR 20 Mac: Rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Razak Baginda adalah saksi penting untuk membantu perbicaraan terbuka skandal rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata beliau percaya Razak Baginda akan dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah Perancis memulakan siasatan ke atas skandal Scorpene kelak.

“Razak adalah saksi yang sangat penting kerana terlibat langsung dalam urusan pembelian,” kata Cynthia ketika dihubungi KeadilanDaily, 19 Mac lalu.

Nama Razak Baginda dibangkitkan di Parlimen pada 2002 berhubung rundingan pembelian Scorpene dalam satu perjanjian bernilai USD 800 juta.

Urus niaga dibuat melalui Perimekar untuk membeli dua Scorpene dan satu kapal selam terpakai, Agosta hasil usahasama kerajaan Perancis-Sepanyol.

Perimekar memiliki subsidiari iaitu Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda.

Bercakap lanjut, Cynthia juga percaya keluarga Altantuya dipanggil ke mahkamah Perancis untuk memberi keterangan.

“Keluarga Altantuya akan dipanggil kerana mendiang adalah penterjemah urus niaga itu,” katanya.

Sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa pernah tampil di Mahkamah Shah Alam dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bermula 4 Jun 2007 dan berakhir 9 April 2009.- KD

Kesalahan Serius: PM Sepatutnya Bercuti Jika Mahu Berkempen Untuk UMNO BN

PM sepatutnya bercuti, kata Bersih 2.0

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini menasihatkan Datuk Seri Najib Razak lebih pentingkan masa depan Barisan Nasional (BN) daripada kepentingan kerajaan ekoran tindakan Perdana Menteri memberikan tumpuan ke atas pilihan raya negeri Sarawak.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, sebagai seorang perdana menteri, Najib telah menunjukkan teladan yang tidak baik kepada negara kerana sanggup berkempen di Sarawak sehingga mengabaikan tanggungjawab menguruskan pentadbiran, yang sepatutnya menjadi keutamaan.

Najib secara peribadi mengetuai kempen di Sarawak sejak Ahad lalu. Beliau dijangka berada di negeri bumi Kenyalang itu sehingga Jumaat ini.

“Bersih 2.0 mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membatalkan mesyuarat Kabinet kerana mahu membantu kempen BN di Sarawak, sebagai seorang pemimpin kerajaan dan BN, beliau telah menunjukkan teladan yang tidak baik kerana tidak mengimbangi antara kepentingan politik dan juga pentadbiran kerajaan.

“Sepatutnya beliau (Najib) mencontohi perdana menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman yang mengambil cuti selama dua bulan untuk berkempen pada pilihan raya 1959.

“Dalam tempoh itu, timbalan perdana menteri Tunku Abdul Razak akan mengetuai pentadbiran negara, kami amat kecewa apabila kedua-dua perdana menteri dan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di Sarawak untuk berkempen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menegaskan pihaknya menuntut agar pilihan raya negeri Sarawak dijalankan dengan telus dan adil.

Bagaimanapun, kata Ambiga, ia agak sukar dilaksanakan selepas pemimin-pemimpin BN termasuk Muhyiddin meminta agar rakyat dan kakitangan awam di negeri itu agar patuh kepada kerajaan.

“Sebelum ini Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Wilso Nyabong Ijang meminta anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) agar memastikan kemenangan calon BN pada pilihan raya kali ini.

“Malah timbalan perdana menteri juga mengingatkan guru-guru agar memangkah BN,” katanya.

Justeru beliau menegaskan, mana-mana parti politik sama ada BN atau Pakatan Rakyat tidak mengaitkan antara kepentingan politik dan pentadbiran.

“Bersih 2.0 mahu menekankan parti politik tidak seharusnya mengelirukan rakyat demi kepentingan politik yang berat sebelah.

“Kami mengingatkan pemimpin politik baik BN atau Pakatan Rakyat agar mematuhi prinsip ini,” katanya.

Menurut Ambiga, pihaknya menolak keras amalan “rasuah” termasuk janji-janji pembangunan dengan niat untuk mendapatkan sokongan pengundi di Sarawak.

“Bersih 2.0 mengutuk amalan menawarkan hadiah, wang dan janji-janji pembangunan dengan niat untuk mempengaruhi para pengundi, ini adalah kesalahan-kesalahan pilihan raya.

“Jadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan-kesalahan ini,” katanya.


AMK desak PM bercuti jika mahu berkempen untuk Umno BN


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), berasa kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang mengelirukan khasnya berkaitan dengan pihak UMNO/BN sukar untuk menyewa dewan di Selangor. Kenyataan tersebut adalah berniat jahat untuk memburukkan prestasi pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor serta menjejaskan imej seorang Perdana Menteri sendiri.

Sebagai Perdana Menteri, Najib Tun Razak bukan sahaja tidak menunjukkan bukti sewa dewan ditolak atau dihalang, malah cuba untuk mengaut simpati daripada pengundi bahawa UMNO/BN dibuli oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Mustahil Perdana Menteri tidak mengetahui bahawa UMNO/BN boleh menganjur sebarang aktiviti di seluruh pelosok Malaysia tanpa sebarang halangan atau mengalami masalah dizalimi mana-mana pihak. Namun demikian, banyak perhimpunan dan ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat telah mengalami kacau ganggu daripada politik samseng yang ganas.

Contohnya kereta Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Anwar Ibrahim yang dilempar batu dan dirosakkan sekumpulan samseng semasa beliau berucap di Johor. Naib Presiden Nurul Izzah juga nyaris-nyaris dipukul semasa berucap di Pahang serta ceramah yang dianjurkan oleh masyarakat sivil juga dicerobohi dan dihentikan sekumpulan samseng.

Sampai hari ini, Perdana Menteri masih mengambil sikap berdiam diri serta tidak membuat sebarang kenyataan untuk mengutuk tindakan yang tidak bertamadun dan samseng tersebut.

AMK berpendapat bahawa walaupun Perdana Menteri cuba sedaya upaya untuk merampas kuasa kerajaan negeri Selangor, beliau mesti memastikan bahawa pilihanraya yang akan datang akan dijalankan dengan bebas, adil dan bersih. Masyarakat umum telah banyak kali mendesak kerajaan melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 sebelum mengadakan Pilihanraya Umum ke-13. Sekiranya tidak, prinsip demokrasi sebenar tidak dapat diwujudkan malah kerajaan yang bakal dipilih juga tidak berwibawa dan tidak ada kredibiliti.

Oleh itu, AMK mendesak PM Najib Razak untuk memohon cuti jawatan Perdana Menteri sekiranya ingin berkempen untuk UMNO/BN yang sudah berlaku selama ini. Perdana Menteri telah berkempen dengan menggunakan jentera kerajaan seperti pejabat, bas, kereta dan agensi kerajaan untuk mengadakan aktiviti, memanggil kakitangan awam untuk menyokong UMNO/BN nyata sekali telah bercanggah dengan etika politik serta salahguna kuasa.

Akhir sekali, AMK menegaskan bahawa sistem demokrasi memerlukan media yang bebas untuk membenarkan ahli politik daripada kedua-dua pihak menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

Maka Perdana Menteri yang ikhlas, yakin diri serta komited dengan transformasi perlu membuka media arus perdana kepada pembangkang untuk menyebarkan manifesto dan dasar alternatif Pakatan Rakyat serta sekaligus mewujudkan masyarakat yang berlandaskan demokrasi tulen.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Mana-mana penjawat awam termasuk PM dan TPM yang berkempen untuk UMNO BN semasa waktu bekerja sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang.

Tetapi kerana agensi penguatkuasaan undang-undang berpihak kepada UMNO BN termasuklah SPR, maka ianya terlepas begitu sahaja.

Kemenangan yang bakal diperolehi UMNO/BN adalah kemenangan haram yang tidak diberkati kerana kesalahan serius yang dilakukan oleh para pemimpin tertingginya.

Apabila PR memerintah pastikan mereka ini dihadapkan ke muka pengadilan. -GB

PSC Lynas: Dewan Rakyat kecoh, Pakatan tak sertai




Usul berkaitan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji isu kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, menghangatkan Dewan Rakyat, pagi ini.
Selepas perbahasan itu, ahli parlimen pembangkang yang tidak sependapat dengan rakan BN mereka.

NONEMereka mendakwa, tindakan kerajaan menubuhkan PSC itu hanya cubaan menutup keburukan terhadap pusat nadir bumi milik syarikat Australia itu.

"Kami harap dapat ambil bahagian (dalam PSC), tetapi tiada makna...

"Kalaupun PSC isytihar ia berbahaya, pentadbiran BN akan memanipulasi situasi itu," kata Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) kepada pemberita di lobi Parlimen.
Sebelum itu, ketika perbahasan, Harakahdaily melaporkan Dr Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) yang mencelah hujah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mempersoalkan tentang keperluan penubuhan PSC  memandangkan terdapat kenyataan daripada bakal pengerusi PSC, Datuk Seri Khalid Nordin berkenaan projek itu.

"Hari ini kita berbincang tentang keperluan projek Lynas, tapi sudah ada kenyataan daripada menteri bahawa penubuhan PSC adalah untuk mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap projek tersebut.

NONE“Belum apa-apa lagi, sudah ada kenyataan. Jadi, untuk apa PSC ditubuhkan kalau memang kerajaan hendak teruskan juga projek ini?" soal beliau.

Perbahasan terus hangat apabila ahli parlimen BN dan Bebas cuba mengaitkan ketiadaan pakar nuklear daripada PAS, iaitu Dr Che' Rosli Che' Mat (PAS-Hulu Langat) di dewan hingga menimbulkan kekecohan.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hanya berdiam diri sehingga beberapa tempoh sebelum meminta wakil rakyat duduk di tempat masing-masing.

"Jika benar PAS ikhlas, saya cabar PAS mencalonkan Ahli Parlimen Hulu Langat untuk disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa yang akan ditubuhkan. Jika tidak disenaraikan, ianya dianggap sandiwara semata-mata," kata Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) ketika berbahas.

Dalam pada itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) mendakwa penubuhan PSC ini hanya untuk memberikan gambaran indah-indah, sedangkan Lynas ini penuh dengan masalah.

NONESelain itu beliau meminta segala yang berkaitan projek itu di Gebeng, Kuantan dihentikan sehingga satu keputusan mengenai penubuhan PSC ini diputuskan.

Manakala, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), ketika berbahas melahirkan kekecewaan apabila rakyat Malaysia hanya tahu mengenai projek itu setelah hampir 95 peratus projek berkenaan selesai.

"Inilah kerajaan yang mengutamakan rakyat apabila projek sudah 95 peratus siap, baru rakyat tahu mengenainya. Itupun melalui laporan New York Times," kata beliau. -M'kini

Kelantan miskin: Firefly buktikan pembohongan Najib





  • WarkahDaily – Bermula 26 April depan, syarikat penerbangan Firefly telah memperkenalkan laluan barunya dari Kota Bharu ke Johor Baharu sebagai memenuhi keperluan pelanggan perniagaan dan liburan dari Kota Bharu yang mahu penerbangan terus dengan masa yang sesuai ke Johor [baca sini].

    Menurut Firefly, laluan Kota Bharu-Johor Baharu itu disediakan pada hari Selasa, Khamis dan Ahad.

    Hasil penambahan laluan baru itu, jelas menunjukkan tahap ekonomi rakyat Kelantan semakin berkembang maju berbanding negeri-negeri jirannya yang diperintah kerajaan Umno-BN.

    Dengan kata lain, Firefly telah membuktikan tuduhan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak kononnya Kelantan adalah negeri termiskin adalah tidak benar [baca sini].

    Sepatutnya Najib pergi melihat di negeri Pantai Timur yang lain yang diperintah Umno-BN seperti Terengganu. Walaupun dikatakan menerima hasil royalti petroleum berbilion ringgit, tapi kehidupan rakyatnya masih lagi miskin.

    Jika dikira pembangunan yang berlaku di kedua-dua negeri berkenaan, Kelantan jauh lebih maju walaupun disekat peruntukan kewangan dari kerajaan pusat.

    --WARKAHDAILY

    BN 'hempuk' rakyat jika menang PRU13


    KUALA LUMPUR, 20 Mac: Penderaan dari segi ekonomi dan keperitan hidup adalah balasan yang disediakan oleh Barisan Nasional (BN) kepada rakyat jika ia menang dalam pilihan raya akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

    "Hari ini, semua kenaikan cukai, pemotongan subsidi dan apa sahaja bebanan ke atas rakyat ditangguhkan.

    "Semuanya akan dihempuk ke atas kepala rakyat sebagai balasan kepada rakyat selepas BN menang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

    "Bersedialah untuk menahan diri anda dihempuk dengan penderitaan demi penderitaan akibat penyiksaaan BN selepas ia menang dalam pilihan raya akan datang," katanya.

    Sejak lebih setahun lalu, kata Mohamad, rakyat didendangkan betapa kerajaan kononnya menanggung beban akibat pelbagai subsidi untuk rakyat.

    "Itu sahaja lagu yang didendangkan kepada rakyat supaya mereka bersedia menahan diri menanggung penderitaan akibat penyiksaan BN selepas pilihan raya akan datang," katanya.

    Walaupun bersetuju dengan jangkaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan negara akan bankrap seperti Greece kira-kira pada tahun 2019, tetapi Mohamad yakin bukan subsidi kepada rakyat yang menyebabkan negara bankrap.

    "Penyakit yang sebenarnya menyebabkan negara bankrap ialah rasuah.

    "Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) menganggarkan bahawa rasuah boleh mengakibatkan negara menanggung kerugian kira-kira RM10 bilion setahun.

    "Itu jangkaan institusi kerajaan. Saya yakin kerugian yang ditanggung oleh negara jauh lebih besar lagi," kata Mohamad.

    Rakyat, katanya, mestilah mempersoalkan dakwaan kerajaan yang meletakkan subsidi kepada mereka sebagai punca utama yang mengakibatkan kemelut ekonomi negara ini.

    "Benarkah subsidi merupakan punca utama masalah ekonomi yang bakal dihadapi oleh negara sehingga negara dijangka bankrap?

    "Adakah salah urus, salah tadbir dan penyelewengan wang rakyat untuk kepentingan pemimpin-pemimpin parti pemerintah dan kroni-kroni mereka bukan punca utama masalah ekonomi yang bakal dihadapi oleh negara?" beliau mempersoalkan.

    Sebagai contoh, kata beliau, keluarga Ketua Wanita Umno sahaja mendapat pinjaman mudah sebesar RM250 juta dari Kementerian Kewangan yang hakikatnya seperti diberikan begitu sahaja.

    "Itu keluarga Ketua Wanita Umno yang akan tamat tempoh jawatan menterinya April ini.

    "Bagaimana dengan keluarga pembesar Umno yang lain? Adakah mereka berdiam diri dan melihat begitu sahaja keluarga (Datuk Seri) Sharizat (Abdul Jalil) mendapat nikmat sehingga RM250 juta?" kata Mohamad.

    Beliau yakin, jika dibuat kajian yang telus dan bertanggungjawab, negara sebenarnya lebih banyak menanggung beban akibat penyelewengan dan rasuah berbanding pemberian subsidi kepada rakyat.

    Semalam, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dilaporkan berkata, keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi telah ditangguhkan memandangkan kos sara hidup yang meningkat.

    Menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, Pemandu berkata, langkah itu adalah semata-mata keputusan sementara.

    Sebelum ini, badan pemikir yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu mendesak Putrajaya melaksanakan "rasionalisasi subsidi" dalam usaha mengawal kos subsidi yang terus melambung.

    Putrajaya mengunjurkan bahawa kerajaan akan terpaksa membelanjakan RM33.2 bilion bagi menampung kos subsidi pada 2012, yang dikatakan punca bajet defisit.

    Kali terakhir subsidi dikurangkan adalah pada Jun tahun lalu yang membabitkan gula, bahan api dan tarif elektrik.

    Idris yang juga ketua pegawai eksekutif Pemandu pada 2010 memberi amaran bahawa pelan rasionalisasi subsidi adalah perlu atau Malaysia akan menjadi muflis seperti Greece dalam tempoh sembilan tahun.

    Dipercayai akibat tekanan demi tekanan dari dalam BN sendiri, tahun lalu beliau menukar pendiriannya dan berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya sebelum itu. -Hrkh

    Cermin Kereta Shamsubaharin Retak Di Tempat Letak Kereta SPRM

    SPRM jamin baiki cermin kereta bekas perunding NFCorp

    PUTRAJAYA -- Cermin belakang di bahagian tempat duduk penumpang sebuah kereta milik bekas juruperunding National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail yang diparkir di pekarangan tempat letak kereta Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, ditemui retak.

    Shamsubahrin yang dipanggil sebagai saksi ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan terkejut apabila dimaklumkan pemandunya bahawa satu daripada tiga kenderaan iatu Mitsubishi ASX miliknya yang disita SPRM, ketika ditahan pada bulan Disember lalu, telah retak.

    Dua lagi kereta iaitu Mitsubishi jenis Triton dan Grandis dalam keadaan baik. Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali memberi jaminan bahawa SPRM akan memperbaiki cermin kereta itu. Beliau berkata pihaknya menyedari kejadian itu lebih awal dan satu laporan polis dibuat pada 16 Jan di Ibu Pejabat Daerah Putrajaya.

    Katanya kereta yang disita itu diparkir di tempat letak kereta dan satu kerja memotong rumput yang dilakukan mungkin telah menyebabkan batu melantun ke cermin kereta menyebabkan cermin kereta retak.

    "Tiada unsur khianat kerana pada tarikh itu memang ada pemotong rumput. Kita akan memperbaiki kereta itu kerana (kejadian berlaku) semasa dalam penyimpanan kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -- Bernama


    Setelah kes dua orang saksi mati ditemui di bangunan SPRM kini kes harta-benda saksi yang sita didapati rosak di bangunan SPRM.

    Keterlaluan. Lansung tidak ada amanah dan tidak bertanggungjawab untuk mempastikan harta orang awam yang disita dijaga dengan baik dan sempurna hanya dengan alasan kemungkinan ada kerja memotong rumput sehingga menyebabkan batu melantun ke cermin kereta.

    Dengan peruntukan belanjawan 2012 yang begitu lumayan untuk SPRM, rakyat begitu dukacita dan marah kerana tahap professionalisme SPRM begitu rendah. -GB

    HA..!! tengok banner menarik ini

    PAKATAN RAKYAT KUAT RAKYAT SENANG

    BARISAN NASIONAL KUAT RAKYAT AKAN MEREMPAT..

    Adalah satu slogan yang aku fikir tepat kerana kalau dikira semasa BN kuat dengan kuasa di tangan majority 2/3 adakah kita akan dapat menikmati pelbagai jenis bantuan durian runtuh dari kerajaan yang diterajui BN ini?

    Di saat dimana kuasa Umno/Bn tergugat baru mereka terfikir dengan perlbagai bantuan , Satu soalan yang nak saya lontarkan adakah jika pembangkang lemah kita dapat bantuan seperti ini?

    Bermakna dengan adanya kekuatan pembangkang dalam Parlimen banyak memberi manafaat kepada rakyat,maka dengan ini kita lihat trend kerajaan BN menabur segala wang ringgit adalah semata mata untuk menarik balik kepercayaan dan persepsi rakyat agar kembali kepada Kerajaan BN.

    Maka makcik, pakcik ,adik ,abang, tuan ,dato dan datin sekalian gunakan kuasa kita yang cuma satu saja yang memang di tagih dan memang cukup berharga oleh semua parti politik, maka gunalah peluang ini dengan bijaksana semasa mengundi nanti .

    Tarik pinjaman siswa: NGO pula ancam berdemo


    Selain kumpulan mahasiswa, sebuah NGO tempatan pula  mengancam berdemonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan negeri Terengganu menarik balik pinjaman enam penuntut universiti kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu.

    umno supreme council special meeting 260809 ahmad saidPengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) Mohd Fauzi Abu Samah berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada bulan depan sekiranya Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (kiri) berdegil dan tidak menarik balik keputusan itu atau masih belum dapat bertindak menyelesaikannya.

    “Sebulan itu tempoh yang munasabah (untuk bertindak). Ahmad Said kena ingat, menarik balik hukuman itu tidak menjatuhkan kredibilitinya sebagai menteri besar,” katanya.

    Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) semalam tidak menolak kemungkinan berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan Terengganu yang mengambil tindakan itu berikutan rasa tidak berpuas hati dengan penjelasan mahasiswa ketika menjawab surat tunjuk sebabnya.

    Semua mahasiwa terbabit termasuk seorang penuntut tahun tiga jurusan perubatan bagaimanapun boleh membuat rayuan kepada kerajaan negeri.

    Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Mohd Fauzi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk bergabung dengan kumpulan lain, termasuk mahasiswa yang turut tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

    MB anti 'orang agama'?

    Mengulas hukuman itu, beliau mempersoalkan kenapa mahasiswa universiti di Mesir sahaja dikenakan tindakan itu sedangkan ramai lagi penuntut menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil itu.

    “Adakah Ahmad Said anti 'orang agama'?” soalnya lagi yang sedang menjejaki identiti keenam-enam mahasiswa berkenaan.

    bersih rally petaling street 090711Mesir yang antaranya menempatkan Universiti Al-Azhar – universiti tertua dan paling popular dalam pengajian agama di seluruh dunia Islam.

    Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan enam mahasiswa berkenaan menuntut di institut pengajian tinggi yang mana.

    Mohd Fauzi berkata, tindakan kerajaan Terengganu juga tidak wajar kerana walaupun benar kumpulan itu menyokong pembangkang, wang bantuan pinjaman itu wang rakyat pembayar cukai dan “bukan wang Umno”.

    MAMPAT antara badan yang aktif memperjuangkan isu-isu setempat dan mencuri perhatian sebelum ini apabila giat memperjuangkan royalti minyak negeri dikembalikan kepada rakyat Terengganu sejak 2009. -M'kini

    Tunggu Apa Lagi, Gerakkan BERS✔H 3.0 Sekarang

    Petaling Jaya : BERSIH 3.0 kemungkinan besar akan diadakan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) yang akan dibincangkan Minggu depan di Parlimen tidak meluluskan sebahagian besar tuntutan BERSIH 2.0 lalu.

    Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya komited dengan perancangan itu dan kejayaan mengadakan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah bukti jelas majoriti rakyat inginkan perubahan di dalam pengendalian pilhanraya di negara ini.

    Tambahan pula, katanya, penubuhan PSC juga memberi petanda suara rakyat kini tidak boleh dipertikaikan lagi oleh pihak berkuasa di negara ini.

    “Kalau kita tidak dapat tuntutan kita, ya mungkin ada kemungkinan yang tinggi. Datuk Ambiga pun dah cakap ada kemungkinan kita akan adakan BERSIH 3.0,” katanya kepada TVSelangor ketika ditemui di majlis perhimpunan Wanita Suara Perubahan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia di Padang Astaka di sini hari ini.

    Antara tuntutan dibuat BERSIH 2.0 bagi merealisasikan piliharaya berish dan adil di negara ini khususnya bagi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) nanti adalah bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil dan kukuhkan institusi awam.

    Maria Chin berkata, pihaknya kini sedang menanti keputusan yang akan dibuat PSC berhubung tuntutan dibuat Bersih 2.0.

    Berhubung Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau mendakwa, pihak berkuasa itu tidak menjalankan tanggungjawab diamanahkan dengan adil dan saksama.

    “Saya rasa SPR tidak menjalankan tugasnya dengan baik. Kalau mereka terus begini tidak menunaikan tuntutan Bersih 2.0, saya rasa mereka lebih bagus letak jawatan,” katanya.

    Maria Chin juga mengulas tindakan SPR yang melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya menyebabkan pengundi berpindah tempat mengundi tanpa pengetahuan mereka yang turut melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Menurutnya, pendekatan itu adalah tidak berasas dan pengundi boleh mengambil tindakan dari segi undang-undang terhadap SPR.

    “Saya rasa itu salah dan harap pengundi yang telah ditukar kawasan boleh mengambil tindakan undang-undang.

    “Mereka mesti buat laporan kepada SPR dan bantahan kalau pindaan itu tidak adil dan mereka tidak diberitahu oleh SPR. Macam Tan Sri Khalid yang ditukar tetapi dia tidak tahu dan SPR tidak boleh kata ini “administrative error”,” ujarnya.

    Maria Chin berkata, perhimpuan Wanita Suara Perubahan yang diadakan pada hari ini adalah satu lagi petanda jelas kebangkitan kaum wanita di dalam menuntut perubahan di dalam pentadbiran kerajaan di negara ini. Lebih 2 ribu hadirin menyertai perhimpunan berkenaan.

    Katanya, kerajaan harus memberikan perhatian dan beralku adil dalam perkara ini dan tidak meminggirkan suara mereka. -selangorku
    Related Posts with Thumbnails
    hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .