Ikuti Blog ini

Pakistan Arah Musharraf Ditangkap, Didakwa Terlibat Bunuh Benazir Bhutto

Islamabad: Mahkamah antikeganasan Pakistan semalam mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas presiden Pervez Musharraf, selepas didakwa terbabit dalam pembunuhan bekas perdana menteri Benazir Bhutto, kata Pendakwa Raya, Chaudhry Zulfiqar Ali.

Gambar: BENAZIR Bhutto berucap ketika pilihan raya di Rawalpindi, Pakistan pada 27 Disember 2007 sejurus sebelum beliau ditembak mati. Gambar kecil Pervez Musharraf.

“Hakim Rana Nisar Ahmad sudah mengeluarkan waran tangkap tidak boleh dijamin ke atas bekas presiden Musharraf dan mengarahkan beliau hadir di mahkamah 19 Februari ini,” katanya.

Beliau berkata pasukan siasatan bersama yang ditubuhkan untuk menyiasat pembunuhan itu menyatakan dalam laporannya bahawa Musharraf terbabit dalam kes itu dan perlu bertanggungjawab.

“Laporan itu juga menyatakan bahawa pembunuhan Benazir adalah satu konspirasi besar membabitkan Musharraf, dua pegawai kanan polis dan pengganas,” kata Ali selepas satu perbicaraan tertutup di Penjara Adiala di Rawalpindi.

Musharraf yang menjadi presiden Pakistan ketika Benazir dibunuh pada 2007, kini tinggal dalam buangan secara suka rela di London dan dipercayai tidak akan kembali ke Pakistan.

Ketika ditanya apa yang akan berlaku jika Musharraf tidak hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan Ali berkata: “Kita akan memikirkan perkara itu apabila masanya tiba.”

Disember lalu, polis menahan dua pegawai kanan polis, Saud Aziz dan Khurram Shahzad atas dakwaan cuai dalam menjalankan tugas berikutan pembunuhan Benazir, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Aziz yang menjadi ketua polis Rawalpindi ketika kejadian dan Shahzad, pegawai kanan polis di bandar raya itu ditahan berikutan kegagalan mereka melindungi Benazir.

Bagaimanapun, jurucakap Musharraf di London, Fawad Chaudhry berkata Musharraf tidak akan mematuhi waran itu.

“Tidak, beliau tidak akan pulang untuk perbicaraan ini,” katanya sambil menambah, waran yang dikeluarkan itu sesuatu yang ‘benar-benar bodoh’.

“Bagaimana mungkin seorang presiden sebuah negara dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan yang tidak ada dalam peruntukan? Ia benar-benar bodoh.

“Anda tidak boleh mengenakan dakwaan jenayah kerana itu,” katanya.

Beliau bagaimanapun bertegas bahawa Musharraf merancang untuk kembali ke Pakistan bagi menyertai pilihan raya.

“Kepulangannya ke Pakistan adalah satu keputusan politik,” katanya.
Benazir dibunuh dalam satu serangan nekad selepas menyampaikan ucapan pada kempen pilihan raya di bandaraya itu pada 27 Disember 2007.

Benazir, yang pernah menyandang jawatan perdana menteri selama dua penggal, kembali dari dalam buangan dua bulan sebelum dibunuh untuk bertanding dalam pilihan raya.

Suaminya, Asif Ali Zardari, mengetuai Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang menang pilihan raya 2008 dan kini menjadi presiden negara itu. – AFP

Mufti Selangor Akui Kerajaan BN Gagal..

“Hidup tanpa pedoman, tidak takut perintah Allah,” kata Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid berhubung tindakan pasangan yang sanggup bersekedudukan tanpa ikatan perkahwinan semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah.

Tamyes berkata, budaya kuning yang diimport daripada cara hidup orang Barat sepatutnya ditegah kerana ia bakal meruntuhkan institusi masyarakat, terutama orang Melayu.

“Mereka memilih untuk membuat peraturan sendiri, mengapa tidak takut perintah Allah? Jika pihak kerajaan tidak membenteras, masalah ini akan bertambah teruk dan merugikan masyarakat.

“Golongan ini sepatutnya dihukum dengan lebih berat, sebagaimana termaktub dalam ajaran Islam. Mereka perlu disebat kerana berzina atau direjam sampai mati jika sudah berumah tangga,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, sebagai orang Islam, mereka sepatutnya sedar perkahwinan sah mampu menyelamatkan diri mereka daripada pelbagai bala dan bencana.

“Jadilah manusia yang bertanggungjawab pada ajaran agama. Jangan pilih gaya hidup yang akan merosakkan diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah berkata, golongan yang memilih cara hidup ala Barat iaitu bersekedudukan dengan teman asmara atau ‘sex buddy’ menunjukkan kepincangan dalam masyarakat yang semakin kritikal.

“Daripada masalah beginilah muncul masalah lain, misalnya jenayah buang bayi. Lihat betapa teruknya masalah sosial hari ini, semua itu berpunca daripada amalan hidup bebas begini.

“Tiba masanya kerajaan mencari satu formula ekstrem bagi menangani masalah sosial yang melanda negara ketika ini. Jika dibiarkan, ia akan merosakkan generasi akan datang,” katanya.


Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh'
maka tunggulah saat kehancuran.”
Ia (Abu Hurairah) bertanya, ‘Bagaimana orang (yang)
tidak memegang teguh amanah itu ya Rasulullah?’
Beliau (Nabi saw) menjawab, “Kalau
sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka
tunggulah saat kehancuran
.” (1746) [Sahih Bukhari]

Mesir Selepas Demonstrasi

Kaherah - Pernyataan perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak diikuti dengan sikap positif dengan situasi keamanan di Kaherah, Mesir. Ratusan ribu demonstran yang sebelumnya tertumpu di Lapangan Tahrir mulai membubarkan diri.

Pihak tentera tempatan pun mulai membongkar barikade penghadang yang selama ini digunakan memisahkan rakyat pro-pemerintah dan anti-pemerintah.

Seperti disiarkan dari Saturday Nation, Sabtu( 12/2/2011), kereta-kereta kebal yang diletakkan di parkir di sekitar Lapangan Tahrir juga mulai ditarik kembali ke tempatnya.

Sejumlah warga orang kelihatan membantu tentera membongkar penghadang dari kawat duri, besi, dan serta mengangkat kereta-kereta yang terbakar waktu terjadi pembberontakan antara massa pro-pemerintah dan anti-pemerintah.

Sebagian dari para demonstran memutuskan tetap bertahan di Lapangan Tahrir. Mereka mengingatkan rakan-rakannya bahwa jatuhnya pemerintahan Mubarak hanya satu dari tuntutan mereka dan masih banyak tugas lain yang harus diselesaikan.

"Sampai majlis rakyat bubar, sampai pemerintahan darurat dihilangkan, sampai kami memiliki pemerintahan sivil, rakyat di Lapangan Tahrir akan tetap berdemo," seru Desouky, salah satu pemimpin demonstran.

"Kami mungkin tidak menetap lagi di lapangan ini, tapi jika permintaan ini tidak dipenuhi, kami akan kembali," tegasnya.








Mereka Yang Terkorban


PRK Merlimau: UMNO BN Sudah Naik Bendera Di Sepanjang Jalan, SPR Berdiam Diri

PAS bantah BN cabul akta pilihan raya di Merlimau.

TEMERLOH, 12 Feb: PAS membantah tindakan Barisan Nasional (BN) yang telah pun menaikkan bendera parti itu dan Umno di simpang-simpang dan sepanjang jalan di Merlimau, Melaka kerana ia jelas bercanggah dengan akta pilihan raya.

Serentak dengan itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar bertindak segera menurunkan bendera-bendera tersebut sebagaimana yang dilakukan terhadap PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang yang bulan lalu.

“Proses penamaan calon bagi PRK Merlimau akan diadakan pada 26 haribulan ini dan menurut akta pilihan raya semua parti politik hanya dibenarkan berkempen selepas tarikh itu.

“Kita juga membantah kempen pihak BN di media,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Pakatan Rakyat memilih PAS meletakkan calon dalam PRK Merlimau 6 Mac depan.

Tuan Ibrahim yang baru dilantik sebagai Pengarah PRK Merlimau bagi PAS berkata, jentera PAS akan mengambil pendekatan mesra rakyat, bersikap sederhana dan tidak akan melayan sebarang provokasi agresif yang dijangka akan dilakukan oleh parti lawan.

Tambahnya, meskipun PAS sedar Dun berkenaan merupakan kawasan tradisi BN namun ia tidak mustahil bagi parti itu untuk membuat kejutan kerana kawasan tersebut memiliki pengundi-pengundi bermaklumat yang bersedia melakukan perubahan dan semua peti undi mempunyai pelbagai kaum.

Menurut Tuan Ibrahim, Dun tersebut mempunyai 10,766 pengundi dengan Melayu 64.69 %, Cina (21.11%), India (14.16%) dan lain-lain (0.04%).

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154, iaitu pengurangan hampir 3,000 undi majoriti berbanding pencapaian BN sebelumnya.

“Dari segi kempen kita akan menekankan betapa pentingnya dewan Negeri Melaka menghantar wakil yang membawa mesej Islam, keadilan dan mendedahkan penyelewengan-penyelewengan kerajaan BN selama ini.

“Pengundi akan disedarkan bahawa Melaka pernah menjadi sebuah empayar Islam dulu dan pernah mempunyai kanun undang-undang Islam jadi jika kembali kepada Islam imej negeri itu akan lebih baik.

“Pengundi akan diajak berfikir bahawa setelah 13 kali mereka memilih BN, mereka harus mencuba Pakatan Rakyat bagi merasai perbezaan. Umpamanya di Selangor rakyat sudah menikmati air paip percuma dan di Kelantan warga tua diberikan perlindungan Takaful Kifalah,” jelasnya. -Hrkh

Tindakan UMNO BN yang terang-terangan menyalahi undang-undang pilihanraya didiamkan sahaja oleh Suruhanjaya Pilihanraya SPR kerana ia dilakukan oleh pihak UMNO BN.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR "wajib" meletakkan jawatan mereka kerana gagal menjadi pihak yang adil dan berkecuali. Malah UMNO BN perlu dibatalkan penyertaan mereka dari pilihanraya kecil DUN Merlimau lantaran kesalahan yang dilakukan.

Jika masih juga tiada tindakan, tiada apa yang dapat dilakukan rakyat kecuali meminta Allah "menghukum" pihak terbabit kerana SPR cuba menipu rakyat, sedangkan Allah Maha Menipu-daya. Tunggu dan lihat! -GB




Kuliah Subuh Tuan Guru Nik Aziz Di Kubu Kuat Ali Rustam

Alhamdullillah, pada pagi tadi di Markas PAS Paya Dalam, buat julung-julung kalinya Tuan Guru Nik Aziz memberi kuliah subuh kepada jemaah di sekitar Paya Dalam terletak di Parlimen Bukit Katil, Melaka. Kuliah Subuh ini diadakan ekoran program turun padang Tuan Guru Nik Aziz ke DUN Merlimau. Jemaah yang hadir pada sesi kuliah subuh tadi ramai hingga memenuhi keseluruhan ruang di dalam markas.

Dalam kuliahnya Tuan Guru Nik Aziz menyeru supaya jemaah tidak lalai dalam mendirikan solat. Ini kerana sesiapa yang mendirikan solat dalam keadaan lalai akan masuk neraka. Lalai yang dimaksudkan ialah melewat-lewatkan dalam mendirikan solat serta tidak khusyuk.

Tuan Guru Nik Aziz juga menjelaskan, Al-Quran adalah kayu ukur iaitu panduan hidup seluruh umat manusia. Walaupun terdapat pelbagi idea dan pendapat namun Al-Quran patut perlu diutamakan. Sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W, baginda telah berpesan bahawa umat manusia tidak akan sesat selagi mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W.

Tuan Guru Nik Aziz menekankan bahawa, segala urusan dunia termasuklah berpolitik perlulah berpandukan Al-Quran dan Sunnah untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Jika tidak, Allah S.W.T menjanjikan seksaan yang pedih pada mereka yang ingkar.

Tuan Guru juga menyeru semua untuk mengumpulkan sebanyak-banyaknya pahala sebelum bertemu dengan Allah S.W.T. Pahala hanya boleh diperolehi dari Allah S.W.T. dengan berbuat 'amal makruf, nahi mungkar'. Di akhir kuliahnya, Tuan Guru menyarankan semua yang hadir menjaga solat dengan sebaiknya supaya diterima oleh Allah S.W.T, kerana solat adalah perkara yang pertama dihisab di akhirat kelak. Jikalau solat melepasi hisab yang pertama nescaya yang lain akan menuruti.

Seperti kebiasaan gangguan dari pihak luar pasti ada di dalam program anjuran PAS.Addin dapati beberapa kenderaan yang mencurigakan mundar mundir di hadapan markas termasuklah kereta peronda Polis dari Tiang Dua. Teringat kata-kata para alim, 'golongan baik dan jahat sampai kiamat pun tidak boleh bersama'..

PORTAL RASMI PRK MERLIMAU DILANCARKAN OLEH TUAN GURU

Portal rasmi Pilihanraya Kecil (PRK) Merlimau selamat dilancarkan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini. Portal ini akan menjadi laman melaporkan isu-isu semasa, aktiviti kempen, program melibatkan calon dan sebagainya.

Portal ini akan menyiarkan pandangan dan idea calon PAS Dun Merliimau sebagai medan untuk rakyat menilai kemampuan dan kredibiliti beliau. Ianya akan diupdate dari masa ke semasa bagi memudahkan semua pihak mendapat maklumat terkini tentang kempen dan isu-isu semasa yang berbangkit.

Aktiviti dan jadual harian calon juga akan dilaporkan dari masa ke semasa.
Sila lawati untuk info semasa :

http://pasprkmerlimau.blogspot.com/

Merlimau : CERAMAH BN TIADA SAMBUTAN


Umno/BN cuba mensabotaj ceramah PAS apabila mengadakan ceramah berdekatan dengan ceramah PAS semata-mata untuk menarik penduduk setempat supaya tidak menghadiri ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz malam ini. Ceramah PAS diadakan di perkarangan Markaz PAS Merlimau manakala ceramah Umno/BN diadakan di seberang jalan utama yang jaraknya hanyalah 300 meter. Penceramah utama ialah Lokman Noor Adam bekas pemimpin pemuda PKR yang melompat menyertai Umno.

Namun Umno/BN sendiri dimalukan oleh penyokongnya apabila hanya 60 orang sahaja (gambar atas) yang datang mendengar ceramah mereka berbanding ceramah PAS yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat.

Cuba tuan-puan bandingkan jumlah pendengar antara ceramah Umno/BN (gambar atas) dengan ceramah PAS (gambar bawah).

Mengapa Mesti Kalahkan Umno Pada PRU-13??

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/masjidbujalhp3.jpgKUALA NERUS – Rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya disuru untuk menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang supaya dapat mengambil alih pemerintahan dari Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN)

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Umno-BN mesti dikalahkan dalam PRU-12 kerana parti itu memerintah secara zalim.

“Sesungguhnya semulia-mulia dan sebesar-besar perjuangan adalah berhadapan dengan pemerintahan yang zalim, malam ini kita akan dedahkan dan senaraikan kenapa Umno zalim,

“PAS mesti disokong dan Umno mesti dikalahkan, dalam pilihanraya akan datang untuk PAS memerintah negeri Terengganu dan negara kita,”ujarnya ketika menyampaikan ceramah sempoena program Himpunan Pemuda Islam Terengganu, 11 Februari.

(Gambar - masjid Bujal sebelum dirobohkan (atas) dan setelah dirobohkan kerajaan Umno-BN (bawah)

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/rtb%20bujal%20roboh%20masjid%20009.jpgMenurutnya, PAS mesti disokong dan diundi kerana aqidah perjuangan yang berbeza dengan Umno –BN kerana PAS mengajak rakyat memperjuangkan Islam secara lengkap dan menyeluruh.

Manakala, katanya, Umno-BN yang mendakwa membela agama tetapi telah merobohkan masjid Bujal di Kemaman dan menghancurkan rumah-rumah rakyat serta merampas tanah-tanah rakyat.

“Saya mengingatoi semula, Umno menyatakan mereka membela agama tetapi hancur tersungkur masjid Bujal adalah kerana sikap pemimpin dan perjuangan Umno,

“saudara juga jangan lupa, Umno lah yang telah memusnahkan rumah-rumah rakyat dan merampas tanah-tanah rakyat,”jelasnya.

Menurut Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung, anak-anak muda juga menjadi mangsa, dibuang kerja dan terpaksa menganggur kerana kilang-kilang telah ditutup.

Kemudian, dakwanya lagi, tanah kilang yang ditutup itu telah diserahkan kepada duia individu bukan Melayu dan bukan Islam.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .