Ikuti Blog ini

Ahli Komrad Jingga 13 Peluk Islam... Alhamdulillah..



Seorang anak muda berasal dari Sabah, saudari Afzan Komrad Jingga 13 hari ini telah secara rasmi melafazkan kalimah shahadah memeluk Islam. Nama Islamnya kini adalah Rayyan Khairiyah. Alhamdulillah...

Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud turut menjadi saksi peristiwa bersejarah ini bersama Abby Abadi.

Rayyan Khairiyah boleh bertutur 11 bahasa, Sharpshooter banyak kali bertemu dengannya dalam banyak program Jingga 13 di Shah Alam. Kali terakhir bertemu dengannya ketika berbuka puasa bersama Cikgu Fariz Musa di Klang.

Ketika itu beliau sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam. Sharpshooter juga tidak pernah lupa tentang keakraban persahabatan dalam Jingga 13 hingga semua komrad Jingga 13 yang hadir di Mahkamah menitiskan air mata termasuklan Rayyan Khairiyah bila Sharpshooter di jatuhkan hukuman penjara 3 bulan. Alhamdulillah Allah beri kekuatan luar biasa berkat doa anda semua.. .sharpshooter masih mampu tersenyum...


Seorang lagi iaitu Setiausaha Jingga 13, saudara Vicky juga telah menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam, sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan...amin..

Jingga 13 dipimpin oleh Cikgu Fariz Musa yang juga merupakan seorang MPP Keadilan, kehadiran Jingga 13 amat dirasai dalam arena politik Malaysia apabila Jingga 13 berjaya membongkar banyak skandal negara terutamanya skandal NFC. Tahniah teruskan perjuangan... -sharpshooter

T-Shirt, Duit RM30 dan Cuti Sehari Habuan untuk Berhimpun | Bukti BN dah nak lingkup...

Oleh: Tukang Lawan

Sebelum ni dah terbongkar cerita DBKL , kakitangan awam dan badan berkanun "dikerahkan" wajib hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan untuk "meramaikan" Himpunan Janji Ditepati yang kerajaan nak buat di  Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kah..kah..kah... dah macam hari sukan sekolah pulak dah, wajib hadir... 
KTMB lagi best, mengikut 1 sumbar dalaman, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.
Berdasarkan surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 penyertaan dan setiap jabatan wajib hantar wakil.
Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai t-shirt, disamping cuti ganti 1Hari. kah..kah..kah

Pelik apasal masa himpunan BERSIH haritu ramai yang join... dari segenap pelusuk Malaysia turun.. tak payah pun bagi T-shirt free... tak payah bagi RM30 macam umno buat pun tapi ramai...

Jawapannya mudah.. sbb umno BN ni dah tak laku dah. sbb tu terpaksa buat ape saje untuk tarik sokongan.

So kita tak perlulah diumpan RM30 dan T-shirt dan jadi budak sekolah pulak. kah..kah..kah.

Tak menyokong kerajaan zalim dan korup bukan tanda tak patriotik, lawan pemimpin yang curi harta rakyat tu lebih patriotik dari si pengampu menteri. betul tak?

MB Selangor: Sewa Bas Untuk PR Dibiayai Sepenuhnya Oleh Saya


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

“Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim. -SH

JANGAN TAK DENGAR!!! Lagu Hits sempena Merdeka - Janji Dicapati


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpm-bXHSZ9ZsJYb1LcislPr0tIuw-3pBIn3B75RcYD45rNtCZ8KZq4yhl3BmsJGInfE4B-L5sScjyr9SRtmZEjsFFJS3Cuw5JGmD_mHBSen8T1_oBycn15-z072S3AnM3SI28_CZDD6V4/s1600/Janji-diCAPATI1.jpg

Pohon ini boleh pindah tempat dengan sendiri


fashingnet.com-Di hutan hujan tropika Amerika Selatan ada sejenis pohon palm yang boleh bergeser dari tempatnya semula. Socratea exorrhiza, atau sering disebut Walking Palm.

Dinamakan Walking Palm kerana boleh "berjalan", tentunya bukan seperti pohon raksasa Ent dalam film Lord of The Rings. Namun, memang benar-benar boleh berpindah tempat sendiri.

Bagaimana hal ini boleh terjadi? Rupanya kerana pergerakan akar yang mengikuti arah cahaya matahari. Akar yang tidak mendapatkan sinar akan mati dan kemudian digantikan oleh pertumbuhan akar yang baru. Bentuk akarnya muncul dari bahagian batang seolah tentakel gurita.

Pada tahun 1961 sebuah fakta baru mengenai tanaman ini ditemukan oleh para ahli. Sebuah pohon jenis ini tumbang kerana ditimpa oleh pohon lainnya, namun beberapa hari kemudian, tumbuh akar baru di sekitar akar yang lama.

Menurut penelitian, dalam tempo 1 tahun, pohon yang mampu tumbuh hingga 25 meter dan berdiameter sekitar 16 cm ini dapat bergeser dari tempatnya semula sejauh 1 meter

[TERKINI] Saham FGVH Turun Tanpa Henti. Dari Haramjadah ke Makhluk Perosak.


(Pagi ini jam 11.19 am, saham FGVH turun ke paras RM4.99 -GB

PM Najib buat hal lagi. Mahu menipu peneroka. Tapi mungkin jugak pemimpin UMNO bersangkaan peneroka amat mudah ditipu. Maklum sahajalah- peneroka. Habis kuat ada sijil SRP- Sijil Rendah Peneroka. Terror sikit ada STPM= Sijil Tinggi Peneroka Malaysia. Inilah peneroka yang dimuliakan. Barsian depan transformasi ekonomi Najib.

Kali ini dia kata Felda akan mebiayai keseluruhan pembelian saham oleh peneroka. Apa pasal sekarang baru hendak umumkan? Mengapa tidak ketika saham belum disenaraikan? Apa sebab boring pinjaman bank ketika itu diedarkan keseluruh kawasan Felda?

Sebab baru sekarang dia sedar peneroka bersungut. 810 unit saham rupa2 nya kena beli oleh mereka.

Borang pinjaman bank dalam Bahasa Inggeris diedarkan sebelum FGVH di senaraikan. Yuran pinjaman RM200. Setiap keluarga yang beli 810 unit kena bayar RM 4.55 x 810= 3685.50. takpe, sebab bank pinjam penuh 100%. Lagi pun setelah 6 bulan dijual, peneroka tak rugi apa apa.

Harga hari ini ialah RM 5.02. tak sampai 6 bulan pun. Najib dah panic. Hendak menyampai 6 bulan, takut saham turun rendah dari harga senarai RM 4.55 seunit.

Rupa2 nya peneroka dok pakat ramai2 jual saham. Mereka pun pandai dan bijak rupa nya. Baik jual sebelum harga jatuh. Nanti kena bayar RM 50 sebulan tak pasal pasal.

Pada harga RM5.02 bermakna premium sebanyak RM0.47. atau 47 sen. Banyak tu. Dengan 810 uni saham yang dia ada, peneroka dapat RM380.70 sen. Tolak RM200, dapat untung berseih sebanyak RM 180.70. Ya Rabbi. Ya Ampuun. Syukur kepada UMNO BN. Hidup Najib yang telah memberi kami RM180.70 kerana kami peneroka. Mana ada pemimpin murah hati macam ini dalam dunia. Malaysia boleh.

Gostan kata Najib. Mampuih aku macam ini. kalau peneroka hanya untung RM180, mereka akan bunuh kita. Sembunyikan C4 semua!

Elokah kita menipu mereka sekali lagi ya PM kata Isa Samad. Macam mana? Kita biayai pembelian saham tersebut. Kita suruh dia orang bayar RM50 je sebulan. Setahun baru RM600. Cara demikian, peneroka yang bodoh tu sangka, mereka dapat durian runtuh. Kita akan kata mereka dapat saham 810 percuma. Situ dah ada nilai RM 3645.50. campur untung hari ini sebanyak RM 380.70 , untung besar sebanyak RM 4026.

Kita buat gitu je. Peneroka bukan cerdik sangat. Dapat RM 4000 tentu mereka suka. Jilat bontot den pun dia oghang mau punya.


Jadi apa yang sudah Najib lakukan? Pertama rasuah pendahuluan sebanyak RM 15000 setiap keluarga. Ertinya, kerajaan berbelanja sebanyak RM15000 x 112, 635= RM1.6895 billion. Ketajaan tidak cop duit. Mereka kena pinjam dari bank. Mungkin ini yang meyebabkan kerajaan menanggung hutang yang sudah mencecah 55% dari KNK. Ini tahap yang dibenarkan oleh parlimen.

Kemudian, kerajaan Najib beri bonus raya sebanyak lebih kurang RM383 setiap keluarga peneroka. Ini bermakna kerajaan belanja lagi sebanayk RM380 x 112, 635= 43 juta.

Nah sekarang Pak Najib mahu biayai semua pembelian saham tersebut. Jumlah saham yang di keluarkan untuk penroka ialah 91.2 juta unit saham. Jika seunit harga nya RM 4.55, kerajaan terpaksa belanja 91.200,000 x 4.55= 414.960 juta. Wah banyak tu.

Jadi kita ulang sekali lagi. Najib terpaksa berbelanja sebanyak:-
· RM1,680 juta( rasuah pendahuluan).
· Bonus raya = 43 juta.
· Pembiayaan penuh RM 415 juta.

Haramjadah punya peneroka. Aku terpaksa belanja RM 2.138 billion semua nya. Kalau tak dapat undi jugak, terpaksa lah kita berhimpunan agong di Sungai Buloh nampak nya tahun hadapan.

Apa yang nak dirisaukan? Bukan kah Felda mendapat pulangan sebanyak RM 5.99 billion dari penjualan saham FGV?

Hmm. cuba lihat. Kalau tolak RM2.14 billion dari hasil ini, Felda tinggal baki sebanyak RM 3.85 billion. Bayar hutang EPF sebanyak RM 3 billion, baki nya 850 juta. Mampuih Felda. Kos menampung Felda setiap tahun ialah RM3 billion.

Sewa tanah 360,000 hektar kat FGV selama 99 tahun ialah RM698/hektar. Situ dah ada 251.2 juta. Ok lah tu. Kongsian tetap dari hasil perniagaan FGV. Juta juta. Biliun biliun, pasti cukup punya.

Celaka betul. Mengapa RM698/hektar? Boustead sewa lading pada harga RM3500/hektar.

Isa! Ekau tipu den yo. -sakmongkol

Samsung Perli Apple!! Bayar Denda USD 1 Billion Guna Syilling 5 Sen Sebanyak 30 Trak


Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.

Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.

Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.

Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.

Utusan diperintah bayar gantirugi lagi


KUALA LUMPUR: Akhbar Umno, Utusan Malaysia, sekali lagi diperintah oleh Mahkamah Tinggi agar membayar ganti rugi ekoran saman malu. Kali ini kepada bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar).

Peguam Nizar, Mohd Zamri Ibrahim berkata, mahkamah membuat keputusan 'interlocutary' hari ini apabila akhbar itu tidak diwakili oleh sebarang peguam.

Sehubungan itu, Pendaftar Mahkamah, Mazuliana Abdul Rashid meminta Zamri memfailkan anggaran gantirugi yang perlu dituntut dari utusan.

"Kita diarahkan agar memfailkan taksiran ganti rugi dan selepas itu barulah tarikh ditetapkan untuk pendengar taksiran berapa ganti rugi bagi kes tersebut," katanya kepada media di lobi mahkamah.

Menurutnya lagi pada waktu pendengaran tersebut barulah ditetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Malaysia.

"Penghakiman telah kami perolehi dan sekarang hanya perlu failkan taksiran ganti rugi," sambung beliau lagi.

Mahkamah juga akan membuat keputusan terhadap saman Nizar kepada TV3 dalam kes yang sama 19 September ini.

Nizar menyaman Utusan dan TV3 ekoran laporan tidak tepat berkaitan dengan isu pendaftaran kereta WWW 1.

(Nizar bersama peguamnya, Zamri [kiri]  dan Fitri)

Saman terhadap kedua-duanya difailkan ke Mahkamah Tinggi Julai lalu selepas tuntutan agar ianya ditarik balik tidak diendahkan oleh kedua-dua media itu.

Utusan pula sejak dari awal tidak mengendahkan saman yang dikemukakan oleh Nizar ini.

Ini menyebabkan hakim membuat keputusan hari ini selepas peguam Utusan tidak pernah datang untuk membelanya.

Peguam TV3 pula telah memfailkan afidavit pembelaannya dan akan diputuskan oleh Mahkamah 19 September ini.


Nizar Syukur



Nizar ketika dihubungi mengucapkan syukur atas kemenangan kes ini dan yakin ia adalah rentetan peristiwa yang membuktikan akhbar Umno ini tidak layak dibaca.

"Sebelum ini (Datuk) Mahfuz menang, Lim Guan Eng Menang, wartawannya minta maaf kepada Karpal.

"Jadi ada apa lagi pada akhbar ini sehingga ia perlu dibaca oleh rakyat negara ini.

"Saya akan mencadangkan kepada ulama kita agar meminta rakyat jangan lagi beli atau baca akhbar fitnah ini," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Kes ini bagi beliau sesuai dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BN adalah syaitan yang dikenali.


RM50 juta


Nizar juga berkata, beliau akan berbincang dengan para peguamnya untuk menentukan ganti rugi dan kos yang patut dituntut dari Utusan.

"Semasa kita failkan kes ini, kini menuntut gantirugi RM50 juta. Selepas ini kita akan kajilah berapakan gantirugi yang sewajarnya selepas keputusan mahkamah ini," kata beliau.

Nizar diwakili oleh peguam Mohd Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni dari Asmuni & Co manakala Utusan tidak diwakili sebarang peguam sejak kes ini difailkan. -Hrkh

[AGENDA TERDESAK] RM30 Upah Penjawat Awam Untuk Hadir Sambutan Merdeka


Kuala Lumpur: Kerajaan Umno BN didedah mengerahkan kakitangan awam dan badan berkanun hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan bagi menjayakan Himpunan Janji Ditepati yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos ini.

Surat arahan yang sama juga diedarkan kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut sumber daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.

“Berdasarkan surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 penyertaan dan setiap jabatan wajib hantar wakil.


“Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai t-shirt, tetapi tidak diketahui bila duit itu akan diberikan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun kata beliau, sebagai balasan, mereka yang hadir akan diberikan cuti ganti sehari.

“Kalau ikutkan surat tersebut, pihak penganjur mahu capai ‘target’ lebih 100,000 hadir program itu,”
katanya.

Pengerusi KTMB, Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed merupakan Koordinator BN Selangor yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Ramadan lalu, kakitangan KTMB dijadikan alat kempen kerajaan semasa program penyampaian kurma di beberapa stesen terpilih dengan memakai baju korporat BN.

Pada April pula, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Baru-baru ini, iklan kempen ‘Sayangi Selangor’ yang menampilkan gambar Datuk Seri Najib Razak mula ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Klang.

Gambar Perdana Menteri itu diiringi slogan ‘Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan’ dan ‘Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup. -KD

Jangan terperanjat nanti, tajuk besar akhbar-akhbar arus perdana menyatakan "200,000 Hadir Sambut Merdeka!"

UMNO BN sudah menampakkan ianya dalam keadaan cukup terdesak dan kelemasan kini.

Lagi banyak di tabur, lagi banyak ia bakal kehilangan undi. Kerana hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya - yang rasuah itu tiada sebarang kekuatan melainkan membawa kemusnahan dan kehancuran! -GB

[Gambar] Wajah Wanita Amuk di Putrajaya Berjaya Dirakam




Gambar di atas menunjukkan Muhdalena Ahmad, 28, tidak memakai topeng ketika berada di Mahkamah Sesyen. Manakala gambar di bawah menunjukkan Muhdalena memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam.



Kredit: Bernama/PulakDah!

Berita berkaitan di sini.

Susulan Sumbang Mahram, Mohd Nor Timbang Fail Saman


Suspek kes sumbang mahram kaji fail saman

KUALA LUMPUR: Suspek utama yang dikaitkan dengan isu ‘sumbang mahram’ yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar (gambar) akan memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog, lapor pahangdaily.blogspot.com.

Ini ekoran pihak berkenaan sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu.

“Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah.

"Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis.

Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini.

Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya,” kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi.

Menurut blogger itu, tinjauan pihaknya terhadap kebanyakan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes itu dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR), kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosak moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, ulasnya lagi laporan yang dibuat oleh media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang.

“Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media menyerang pembangkang menjelang PRU-13 ini sebenarnya,” tulis blogger itu lagi. -HD
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .