Ikuti Blog ini

Gangsterism, Undi Pos Sekat Kemaraan PR Tawan N9

Image

Calon PAS Pilihanraya Kecil N31 Dewan Udangan Negeri Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar menerima keputusan pengundi Bagan Pinang dan melihat faktor ketakutan yang ditimbulkan UMNO Barisan Nasional sebagai faktor kekalahan pilihanraya kali ini.

Beliau juga tidak menolak faktor undi pos yang turut membawa kepada kekalahannya.

"Kita terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Dalam masa yang sama kami akan berbincang untuk baiki sistem undi pos. Kami juga akan meneliti permasalahan kejadian pergaduhan dan proses menakut- nakutkan pengundi semasa pilihanraya ini berlangung," ujarnya.

Pilihanraya kecil yang berlangsung semalam menyaksikan tindakan ganas penyokong UMNO Barisan Nasional membaling batu kepada penyokong Pakatan Rakyat di Pusat Pembuangan Undi Telok Kemang.

Tindakan mereka menimbulkan provokasi dengan memanggil penyokong PAS sebagai anjing dan babi dan pelbagai kata- kata kesat yang lain.

Krew Tv Antara yang turun ke lokasi melaporkan polis dan Unit Simpanan Persekutuan hanya bertindak sebagai pemerhati tanpa sebarang usaha untuk memulihkan keadaan berkenaan.

Pilihanraya kecil kali ini juga menyaksikan peningkatan ketara jumlah undi pos yang dipercayai turut menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menawan kubu kuat UMNO Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya SPR merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera DUN ini sahaja mencecah 5 ribu undi dan menjadi batu halangan besar kepada gagasan kerajaan alternatif menewaskan calon pemerintah di Bagan Pinang.

UMNO Barisan Nasional meraih 8,013 undi berbanding Pas 2,578 undi, peningkatan sebanyak 1583 undi dari keputusan PRU-12 8 Mac tahun lalu.

Sementara itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata tindakan ganas penyokong UMNO Barisan Nasional membawa budaya samseng menakut- nakutkan pengundi amat dikesali dan merosakkan suasana meriah pilihanraya.

"Kita terima dengan seadanya. Ada beberapa perkara yang akan kita dedahkan. Ada 2 perkara yang bagi saya menggugat piliharaya kecil. Pertama undi pos. Sistem undi pos ini akan kita perbaiki supaya sistem ini telus dan bersifat demokratik. Kedua budaya gensterism. Budaya ini menakut- nakutkan pengundi untuk keluar mengundi. Ini turut mempengaruhi undian pada pilihanraya kali ini," katanya lagi.

Pilihanraya kali ini amat kontra sekali dengan pilihanraya kecil DUN Penanti Mei lalu yang disifatkan sebagai pilihanraya teraman oleh SPR. Ini berikutan UMNO Barisan Nasional tidak meletakkan calonnya pada pilihanraya berkenaan.



Sorry Ganesson kamu tetap speaker haram....



Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tetap dengan pendirian tidak akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika ia dipanggil oleh speaker BN, Datuk R. Ganesan.

Nizar yang merupakan Adun Pasir Panjang menegaskan, Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak tidak perlu menghadiri sidang yang akan diadakan itu kerana Ganesan merupakan speaker yang tidak sah dan tidak berhak mengeluarkan sebarang notis panggilan.

Pelantikan Ganesan itu juga melanggar undang-undang Tubuh Negeri Perak. Oleh itu adalah wajar untuk Adun Pakatan Rakyat tidak mengendahkan arahan beliau.

"Kami (ADUN Pakatan Rakyat) tidak akan menghadiri sidang berkenaan kerana Ganesan ialah speaker haram."Tegasnya ketika dihubungi Hakahdaily.

"Ganesan dari dulu hingga sekarang bukan sahaja speaker haram, tapi haram jadah.Perbuatan dia merampas kedudukan V. Sivakumar adalah amat memalukan."Ujarnya.

"Sesiapa yang menyokong kerajaan Zambry di Perak samalah seperti merestui kezaliman yang mereka lakukan."katanya lagi.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Ganesan akan memanggil sidang DUN pada 28 Oktober ini dan notis panggilan akan dihantar kepada kesemua ADUN hari ini.baca disini lagi

Inilah Pungkok UMNO









Ali ; Maniam, Ah Kow, lu undi sapa ah?

Maniam : Saya undi UMNO jugak. Ini kawasan UMNO punya. Kalu kaum india tarak undi UMNO, habis bapak aku. Kalau ini bukan kawasan UMNO, mesti aku undi PAS punya.

Ah Kow : Wa pun sama jugak. Kalau tidak bapak wa punya business habis oh, itu Majlis kacau.

Ali : Saya, lu orang tak payah tanya oh. Letak itu kucing pun, saya mesti undi UMNO.

Maniam : Kalu bapak aku sudah mati, itu jam aku undi opposition.

Ah Kow : Wa pun sama jugak, wa tetap sokong opposition. Wa banyak beri duit oh.

Ali : Saya tengok itu berapa 'masyok'. Merah ke, biru ke atau apa-apalah. TV? Periok Nasi Elektrik...

Maniam & Ah Kow : Tarak guna lu Ali, lu fikir diri sendiri saja. Kita orang fikir famili jugak. Tunggulah PRU13 nanti.

Ali : HeHeHe

Kalau kawasan itu kawasan UMNO, memang susah nak menang, tapi tak kan nak beri menang percuma macam di Penanti kot.

Bagan Pinang kawasan totok UMNO.
Penanti kawasan totok 'Reformas' DSAI.

Lawan tetap lawan.

Versi PRKN31 Bagan Pinang









PAS Tak Pernah Kalah



Sekilas pandang kita kalah dalam PRK di bagan Pinang tapi secara teori ia memang kalah tapi secara ilmiah nya PAS sudah mencapai kemenangan.

Di kala tekanan dari media dan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,kerjasama utuh bangsa yang berbilang untuk berkempen memenangkan PAS seakan nampak menarik dan di kalan BN mencari formula baru menyelesaikan krisis dalam yang terus antara komponen nya pakatan Rakyat sekali lagi berjaya membawa persetujuan dan persamarataan dalam PR.

Secara peribadi,saya sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kekalahan PAS di Bagan Pinang. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kekalahan itu ada hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Kita sebagai ahli PAS dan pendokong agama Allah swt harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemanangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail… kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar Ra pernah berkata


Kiranya aku tahu doaku tidak di makbulkan Allah maka akan aku terus berdoa dan berdoa


InsyaAllah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta’affin akan sentiasa di lindungi Allah. -pejuangkite
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .