Ikuti Blog ini

Seburuk-buruk Umno pun tak mahu terima Spesis ini….

najis-mughallazah

Crawling by

Seburuk-buruk Umno pun tak mahu terima Spesis ini….

saje je dia menyalak dalam parlimen tu… nak tarik perhatian orang padanya…

macam tu lah kalau barang dah tak laku,terpaksa buat sesuatu untuk menarik perhatian orang… sebenarnya kosong je..Kalau diteliti balik apa yang diucapkannya dalam parlimen tu,satu pun tak boleh pakai… dia buat kelakar bodoh je….


Nizar : Saya yakin kita akan kembali


KOSONGKAN RUMAH...Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan ditemani isterinya, Datin Seri Fatimah Taat melambai ke arah orang ramai ketika beliau memandu kenderaannya keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh pagi tadi.



IPOH :-Tindakan Barisan Nasional merampas Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat disifatkan seperti Yahudi yang merampas hak orang Islam di Gaza, "Inilah dua kerajaan haram di bumi ini yang rakyat tolak mereka " Kata YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam majlis sempena meraikan para Petugas Unit Amal, Blogger dan wartawan di Kediaman Rasminya di sini.

Program yang diadakan itu adalah beberapa ketika beliau secara rasmi meninggalkan kediaman rasmi itu ke kediaman peribadi yang terletak tidak berapa jauh dari itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah ADUN Titi Serong, Drs, Khalil Idham Lim, ADUN Bercam, Sum Cheok Leng, Setiausah Akhbar, Hj. Anuar Hashim, Setiausaha Politik, Hj. Misbahul Munir dan Ketua Pemuda PAS Perak, Hj. Norazli Musa.

Pada kesempatan itu Ir. Nizar mengucapkan terima kasih kepada semua petugas Unit Amal yang mengadakan kawalan untuk nya, " Saya hargai pengorbanan tuan-tuan" Katanya.

"Terima kasih juga kepada para blogger yang berkampung di sini, melaporkan kepada dunia siber tentang kerakusan Barisan nasional merampas kuasa dari pakatan Rakyat" . Katanya.

Beliau juga menjelaskan UMNO yang mengapi-apikan semangat perkauman telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat telah melahirkan rakyat yang saling menghormati antara satu sama lain, katanya.

Ir. Nizar mengimbau selama ini beliau tidak jemu membaca ayat-ayat Al Quran yang mengajak kita untuk melaksanakan pelbagai prinsip keadilan dan sebagainya.

Disamping itu beliau melahirkan kekesalan dan rasa sedih kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang ingin membela mereka di tumbang dan dirampas.

"Saya yakin kita akan kembali" tegas Nizar.

Ir. Nizar menegaskan selagi DUN tidak dibubarkan, pelabur tidak akan percaya untuk melabur di Perak.

"Kita akan berhadapan dengan mereka, kita akan jumpa dengan mereka di Bukit Gantang, kita jadikan ini sebagai isu supaya sokongan bertambah bergantang-gantang kepada Pakatan Rakyat".

Mengulas antara kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan pakatan Rakyat di Perak iaitu kutipan cukai tertinggi yang tidak dicapai sebelum ini sebanyak RM 263 Juta pada akhir Disember lepas. "Oleh kerana mereka tahu apa bila mereka membayar cukai dan dikembalikan kepada rakyat ". Katanya.- DRS. KHALIL IDHAM LIM


Ramai..memang ramai yang hadir pagi ini ! Tak ada bas sewa yang datang bawak rakyat ke sini, tak ada juga 'sampul duit' kerana hadir ke majlis ini..eh! semua datang dgn duit sendiri..!!

Orang Media termasuklah bloggers mengambil gambar MB Perak dan pimpinan tertinggi Negeri di meja utama. Ikut flash, tengok naik silau punya banyak shoot dah diklik, namun setakat mana foto yang keluar di akhbar media perdana esok, jangan tanya..! Tak dak kot ? kecuali media berbahasa cina mungkin ada !!

MB Perak, Nizar ketika membuat ucaputama menghargai petugas-petugas media dan Unit Amal yang berkerja keras selama lebih 2 minggu !



Iklim Politik Malaysia Semakin "GANAS"


" Belum lagi jadi Perdana Menteri , politik Malaysia telah kucar kacir , kalau dah jadi Perdana Menteri , hancur Malaysia nih ...."

Begitulah rungutan ramai orang bila ditemui di kedai - kedai kopi . Tanpa selindung mereka melahirkan rasa bimbang . Rata - rata melihat Datuk Najib "pengganas" baru yang mencetus malapetaka dalam iklim politik dan sosial negara hari ini .

Bermula dengan adegan merompak Kerajaan Negeri Perak , satu persatu insiden yang jelas menunjukkan iklim politik Malaysia hari ini kian ganas dan tidak berperikemanusiaan .

Ugutan bunuh ke atas Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang , ugutan bunuh ke atas Arumugam bekas ADUN Bukit Selambau Kedah , pengedaran foto bogel Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan Selangor , ugutan bunuh ke atas Yb. Siva Speaker DUN Perak , membeli wakil rakyat , sekatan ceramah , rampasan akhbar Harakah dan Suara Keadilan , mengheret Raja - raja Melayu ke dalam kancah politik dan 1001 tragedi yang menimbulkan keresahan rakyat.

Apa kita nak buat ni ?





MB Nizar pilihan rakyat.

TANJUNG MALIM :-YAB Menteri Besar Perak Pakatan rakyat terus mendapat sokongan padu dari rakyat jelata. Buktinya di mana saja beliau muncul rakyat sedia menunggu dengan kegembiraan dan penghormatan . "Aura" Menteri Besar saya yakin masih berada pada jasad DS. Nizar dan tidak berada pada jasad perampas kuasa Zamry.

Jadual ketat telah disusun oleh Skretariet Pakatan Rakyat supaya YAB Menteri Besar dapat menjelajah ke seluruh pelusuk Perak untuk kali yang kedua.

Kelmarin beliau berada di Daerah Tanjung Malim. Saya menerima kiriman gambar sekitar lawatan bertemu rakyat itu dari Mohamad Nazari Ibrahim. Ucapan terima kasih dengan keprihatinan beliau untuk berkongsi detik-detik menarik lawatan MB kesayangan itu.





















Anak pengerusi SPRM di tahan, cuba seludup bahan PORNO


Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."

"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik.

"Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .