Ikuti Blog ini

JOHOR SUDAH GOYANG, HAMPIR NAK TUMBANG!!!!


Pergh!!!!.. Paling sengkek pun tidak kurang 10,000 yang datang mendengar ceramah Perdana Anjuran DAP/PR di Kulai, Johor malam tadi.

Mursyidul Am PAS, TGNA diberi penghormatan sebagai tetamu istimewa selain Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ingatkan apabila UMNO cuba laga-lagakan PAS dengan DAP dengan mainkan isu hudud maka kaum Tionghua akan menjauhi PAS dan masyarakat Melayu akan benci dengan DAP....Rupa-rupanya tidak.. isu tersebut isu makan tuan.. Lagi galak dan rancak dimainkan lagi ramai rakyat menyokong PAS/DAP/PR.

UMNO sebenarlah telah mati akal cara mana nak tambat dan pikat hati rakyat kerana sokongan kepada partinya semakin hari semakin menguncup, merudum dan mengecil serta mengecut.

Sebab itu politik jaja video lucah fitnah kini menjadi senjata terakhir UMNO untuk pertahankan Putrajaya yang kelihatan bakal terlucut dari gengaman.

Buatlah apa saja... mood rakyat kini adalah mau melakukan perubahan. rakyat sudah bangkit sedangkan UMNO masih lagi seronok tidur lena dibuai mimpi. -Omakau

Artis Aishah Gagal di Skodeng Puak Syaitan Lucah

 

Peristiwa ini diceritakan kepada saya oleh seorang yang rapat dengan Aisyah (nama sebenar Wan Aishah bt Wan Ariffin).


Maka, oleh kerana saya kenal sumbernya dan kalau saya sebut nama sumber saya ini nescaya tuan2 dan puan2 pembaca kenal siapa sumber saya ini.
Pada satu hari Aisyah telah menelfon sumber saya ini.

Beliau berkata tiba-tiba dengan tidak semena-mena bumbung rumah beliau telah bocor. Kebetulan hari itu hari hujan yang sangat lebat.

Air hujan telah masuk ke dalam rumah Aisyah melalui bumbung. Lantas, sumber saya ini meminta bantuan beberapa orang unit Amal di sebelah Ampang sana untuk menengok-nengok apa yang telah berlaku kepada bumbung rumah Aisyah itu.

Manalah tahu, mungkin bumbung rumah Aisyah itu telah rosak akibat hujan yang sangat lebat itu.

Apabila beberapa orang Unit Amal Ampang memeriksa bumbung rumah Aisyah, didapati kebocoran itu berpunca dari lubang yang ditebuk di bumbung rumah Aisyah.

Lubang2 itu kemudiannya akan diletak kamera bagi mengintip Aisyah di kamar mandi atau di kamar tidur atau di tempat2 lain.

Tujuannya supaya gambar2 yang tidak elok itu boleh digunakan bagi memalukan atau meengugut Aisyah.

Cumanya belum sempat kamera dipasang, tiba-tiba hujan dan air masuk melalui lubang2 yang ditebuk itu. Allah SWT menyelamatkan hamba Nya.

Kejadian ini membuktikan bahawa ada skuad khas yang ditubuhkan UMNO untuk mengintip serta merekod tindakan2 pemimpin pembangkang bagi tujuan menguntungkan UMNO dan BArisan Nasional.

Usaha2 sebegini sudah tentulah memakan wang yang banyak serta sumber yang besar dan tidak mungkin dijalankan oleh parti2 politik yang bukan memerintah seperti PAS, PKR dan DAP.

Usaha2 ini juga membuktikan UMNO telah bangkrap idea dan terpaksa bergantung kepada mendedahkan aib dan keburukan orang hatta gambar2 bogel dalam bilik mamdi dan bilik tidur pun mereka mahu gunakan.


Tidak hairanlah ada gambar PApagomo (seorang felon) bersama Ketua Polis Negara dan tidak hairanlah blogger2 UMNO ini kaya sumber bahan lucah mereka.

Bukanlah mereka itu hebat pun tapi mereka mendapat sumber dari kumpulan2 pengintip ini yang mengintip untuk tujuan yang sangat jahat.

Saya telah meminta sumber saya itu memujuk Aisyah untuk membuat PC berkenaan perkara ini supaya satu dunia tahu apa yang telah berlaku Dan supaya satu dunia sedar bahawa UMNO ini adalah parti lucah dan parti porno. 

UMNO sekarang bergantung harap kepada fitnah dan lucah untuk survival hidup mereka yang semakin habis itu. - TULANG BESI

Husam Di Masjid Putrajaya 2) Husam Menang Saman Ke Atas NST



Naib Presiden PAS merangkap calon Pakatan Rakyat Parlimen P125 Putrajaya, Dato Husam Musa, hari ini telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya.

Sebaik saja selesai solat Jumaat, para jemaah yang mengetahui akan kehadiran Dato' Husam Musa mereka pun ambil kesempatan menyerbu kearah beliau untuk bersalaman.

Cukup terharu betapa warga Putrajaya sebenarnya mengalu-alukan hasrat dan niat Husam Musa untuk bertanding di parlimen Putrajaya atas tiket PR.

Dari sambutan diberikan, jelas sekali harapan untuk PR rampas kerusi P125 Putrajaya dari UMNO/BN adalah cerah.

Mood kebangkitan rakyat kini yang mau melakukan perubahan sudah tidak mengenal latar belakang, status , pekerjaan, bangsa dan agama. -omakkau











Husam menang saman NST


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menang dalam samannya terhadap akhbar The New Straits Times, dalam satu keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur sebentar tadi.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan tuntutan Husam dengan mengarahkan pihak NST membayar gantirugi terhadap Husam yang ditohmah terbabit dalam penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan.

Peguam yang mewakili Husam, Md Yunos Shariff berkata, pihak mahkamah menetapkan tarikh 17 Mei depan untuk membincangkan pengurusan kes dan segala aspek berkaitan gantirugi.
-HD

PAS Johor umum calon, tanding 8 Parlimen 30 Dun


 
 
JOHOR BAHRU: PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di lapan parlimen dan 30 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri Johor.

Parlimen-parlimen tersebut adalah Ayer Hitam, Pagoh, Parit Sulong, Kota Tinggi, Pulai, Simpang Renggam, Tenggara dan Mersing.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jadi dengan rasminya saya mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 8 kerusi parlimen di Johor kali ini.

"Kita (PAS) telah banyak lakukan perubahan dan anjakan paradigma di Johor dan kita juga telah banyak menghasilkan produk-produk baru yang terbaik untuk kita tampilkan," jelas beliau.

Pada sidang media sama Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw diisytihar sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam .

Pengisytiharan itu menjadikan beliau calon pertama dari DHPP yang diumum bertanding atas tiket PAS.

PAS sebelum ini membayangkan sekurang-kurangnya lima kerusi diperuntukkan untuk wakil DHPP bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

"Kalau dulu 2008, kita telah kemukakan Kumutha a/p Raman mewakili PAS, pada kali ini sekali lagi kita kemukakan calon (bukan melayu) iaitu daripada kaum Tionghua untuk mewakili PAS," jelas beliau lagi.

Turut diumumkan hari ini empat orang calon wanita yang akan bertanding di kerusi Dun.

Mereka adalah Norhayati Bacok di Dun Jorak, Normala Sudirman (Pemanis), Anis Afida (Penawar) dan Kumutha a/p Raman (Tiram). -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .