Ikuti Blog ini

Tok Guru Nik Aziz tunai umrah Isnin depan.

KOTA BAHARU 15 April — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menunaikan umrah di Mekah selama 12 hari, mulai Isnin ini.


Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Harun berkata Mursyidul Am PAS itu akan berlepas ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dengan diiringi isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anak perempuan bongsu mereka Nik Salsabila dan Serta Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Rosdi Abdullah.


“Sepanjang berada di Tanah Suci beliau tidak mempunyai program lain selain mengerjakan ibadah umrah semata-mata,” kata Annual Bakhri kepada Bernama di majlis meraikan Nik Aziz sempena akikah cucunya ke-51 di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, hari ini.


Annual Bakhri berkata cucu yang belum dinamakan itu hasil perkongsian hidup anak kesembilan Nik Aziz, Nik Amalina dengan Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Kelantan (PMBK)


Perancangan Idris Untuk Rebut RM650 juta Gagal

PENUH… Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu kembali penuh hari ini (gambar bawah) berbanding semalam (gambar atas) berikutan kehadiran semula 10 Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. ADUN BN yang tidak menghadiri semalam mendakwa telah menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ancaman berhubung kemelut politik di negeri ini, dua hari lepas. Hari ini adalah hari terakhir persidangan tiga hari yang bermula Isnin lepas.

UMNO Terengganu : Perancangan Idris Untuk Rebut RM650 juta Gagal




idris jusoh and terengganuPerancangan Geng 10 untuk membawa usul tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu gagal apabila kesemua mereka yang memboikot persidangan DUN kembali ke dewan hari ini setelah diarahkan Najib berbuat demikian semalam.


Tujuan utama undi tidak percaya itu dikemukakan dipercayai mereka mendapat tahu kerajaan negeri menerima sebanyak RM650 juta kelmarin daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya diterima iaitu sebanyak RM1.394 billion sepanjang tempoh September 2008 hingga Mac 2009.


Justeru itu mereka merasakan bahawa Idris Jusoh yang layak menjadi Menteri Besar menggantikan Ahmad Said supaya “mudah” wang itu untuk diagihkan kerana Idris berpengalaman menguruskan dana sebanyak itu sebelum ini.


Sementara itu sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) yang memulaukan sidang DUN semalam menyifatkan apa yang berlaku semalam sebagai “puncak krisis politik” melanda negeri itu.


Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, mereka telah mengharungi siri masalah sejak Datuk Ahmad Said mengetuai kerajaan negeri sebagai Menteri Besar bermula Mac 2008.


“Ini adalah puncak kepada banyak masalah (sejak Mac 2008),” kata beliau.


Jelas beliau, walaupun pihaknya merupakan ADUN tetapi telah diperlekeh banyak kali sepanjang kepimpinan Ahmad sebagai Menteri Besar.


Alasan Rosol sehingga kini mereka tidak pernah diajak mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar mengenai isu-isu semasa termasuk soal pembangunan.


“Dulu ketika era, Idris selaku Menteri Besar, beliau akan menemui setiap wakil rakyat sekali dalam sebulan… tetapi tidak di bawah Ahmad.


“Sehingga kini (sejak 2008), kami sekali pun tidak dapat berjumpa dengan Menteri Besar,” katanya.


Pendedahan Rosol berkenaan menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan wujudnya undi tidak percaya terhadap MB Terengganu ditimbulkan bagi mewujudkan kekeliruan di kalangan anggota BN terhadap Datuk Ahmad Said.


UMNO ONLINE menuduh kononnya ada pihak lain yang cuba wujudkan konflik di Terengganu.


Yang jelas ialah perebutan wang royalti minyak yang kini tidak dapat dikuasai oleh kumpulan Idris Jusoh tetapi telah di pegang oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Ahmad Said.


Menurut Ahmad Said, kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan lebihan wang tersebut melalui perundingan sambil menjelaskan perkembangan terkini melibatkan perjanjian penarikbalikan kes mahkamah masih belum mencapai kata putus.


Selain itu, dalam soalan lisan semalam, wakil Wakaf Mempelam (Pas), Mohd Abdul Wahid Endut turut mempertikai jumlah yang hanya diperoleh kerajaan Terengganu ketika ini hanya RM6.27 bilion daripada jumlah sebenar yang sepatutnya diperoleh.


Menjawab soalan tersebut, Ahmad berkata, kerajaan negeri sedang melakukan rundingan proses kedua dan akan meneruskan hingga proses ketiga untuk mencapai kata putus berhubung jumlah sepatutnya diterima setelah mengambil kira perbelanjaan yang digunakan oleh negeri Terengganu.




NIZAR : Perjalanan Menuju Ke Puncak

tahniah...

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat kejutan apabila dicalonkan sebagai Naib Presiden PAS oleh dua bahagian parti itu.

Dua pencalonan itu dibuat oleh PAS kawasan Kelana Jaya dan Temerloh.

Langkah tersebut dijangka mendapat sambutan daripada kawasan-kawasan PAS lain diseluruh negara menjelang persidangan dan permilihan parti Jun depan.

Datuk Seri Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dilihat tokoh muda lantang yang mempunyai potensi dan masa depan cerah dalam PAS.

Ketokohan dan semangat juang beliau terserlah apabila berhadapan dengan krisis perlembagaan Perak berikutan episod rampasan kuasa kerajaan negeri oleh Umno dan Barisan Nasional.

Turut mendapat perhatian perwakilan ialah Menteri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dicalonkan sebagai Timbalan Presiden oleh PAS kawasan Temerloh.

Beliau dijangka membuat "comeback" setelah kalah dalam pertandingan bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan lalu.



Anwar Dicalon Antara 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2009


Majalah antarabangsa Time sekali lagi mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai antara 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia untuk tahun 2009. Pada tahun lalu, Anwar diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.

Sekiranya anda ingin memilih calon tokoh berpengaruh dunia untuk tahun 2009, anda boleh layari pautan di bawah:

The 2009 TIME 100 Finalists

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM




YB DAP sebut ayat al-Quran tidak boleh, macamana sami ni pulak ?

Wak langsung tak berminat nak ulas berkaitan YB DAP baca ayat2 al-Quran. Bukan wak tak suka ada orang bukan islam baca ayat2 al-Quran tu, tapi wak tak nak isu itu nampak dipolitikkan. Lihatlah bagaimana Umno/BN melayan isu tersebut ? Sendiri tau kan ? Tapi wak betul2 suka dengan gambar yg sahabat wak hantarkan melalui email.

Seandainya macam ni pulak ? Tok Mufti kata apa pulak..bukan sekadar baca ayat2 Allah, itu dah lebih kepada sujud kepada Allah..Alhamdulillah, dengar kisahnya sami tu sudah memelok islam. Dan ini tidak berlaku di masjid Putrajaya atau di surau JAKIM, tidak..tetapi berlaku di masjid sekolah2 pondok yang kerajaan BN cukup murka satu masa dulu.




N. Sembilan belanja RM45,786 untuk Rosmah


Pada 7 April lalu, isteri Najib Razak telah membuat lawatan ke Negeri Sembilan. Sempena dengan lawatan tersebut, demi untuk mengambil hati PM baru tu, kerajaan negeri telah menempah ruang iklan di sebuah akhbar dengan nilai RM45,786.

Apakah perlu wang rakyat sebanyak itu dibelanjakan semata-mata untuk seorang isteri PM yang semakin kurang diterima oleh rakyat?

Itu baru iklan di akhbar, belum di kira lain-lain perbelanjaan bersabit dengan lawatan ini.

"Lu fikir lah sendiri".... pinjam kata-kata Nabil



ONE MALAYSIA : Nizar Mendahului Najib

One Malaysia - demikian wawasan baru dari Prime (Crime?) Minister baru Malaysia, Najib Tun Razak.

"Saya adalah pemimpin dan Perdana Menteri untuk semua komuniti. Dengan kepercayaan dan hormat menghormati sesama kita, Malaysia akan lebih kukuh dan makmur untuk menghadapi cabaran abad ke-21," kata Najib.

"Jangan pula ada yang melihat perbezaan warna kulit atau dari komuniti mana asalnya seseorang itu ketika mahu menghulurkan bantuan, sebaliknya pertolongan perlu diberi kepada sesiapa saja yang memerlukannya," katanya lagi pada majlis sambutan Hari Vaisakhi di Kuil Tatt Khalsa Diwan, Jalan Raja Alang, Chow Kit di sini, semalam.

Maka tersiarlah gambar beliau yang masih bertali leher dan bersongkok dikelilingi kaum wanita Sikh mencuba bakat memasak capati pada majlis sambutan Hari Vaisakhi - tetapi dengan gelagat nampak kekok dan kurang meyakinkan.




Saya macam pernah tengok gelagat ini, tapi siapa dan dimana? Di Bukit Gantang rupa-rupanya, calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan aksi yang lebih natural dan bersahaja.




Rupa-rupanya, penterjemahan kepada realiti konsep ONE MALAYSIA Nizar mendahuluinya.








Jika beliau terus menjadi MB, rakyat dan negeri ini akan menjadi mangsa - Adun Alor Limbat


Jika beliau terus menjadi menteri besar, rakyat dan negeri ini akan menjadi mangsa.

Jika beliau terus menjadi menteri besar, rakyat dan negeri ini akan menjadi mangsa.Untuk itu kita berharap pucuk pimpinan tinggi negara menyelesaikan isu ini segera untuk kepentingan rakyat - Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu


Mengapa Majoriti ADUN BN Tidak Suka Dengan MB Ahmad Said



Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias Abdullah memberitahu Malaysiakini hari ini, perdana menteri ingin tahu sebab majoriti ADUN tidak senang kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.


Alias yang juga wakil Alor Limbat menambah, mereka dipanggil oleh Muhyiddin kerana beliau sendiri juga ingin mengetahui gambaran sebenar politik Terengganu.


Tambahnya, timbalan perdana menteri juga diarahkan oleh perdana menteri untuk mengumpul maklumat lanjut tentang perkara ini.


“(Dalam pertemuan itu,) kita telah menyuarakan rasa kurang puas hati mengenai pelantikan ketua Wanita Umno bahagian Dungun, Zainon Abu Bakar sebagai senator yang mewakili Terengganu,” katanya.


“Kerana kita mahu senator yang mewakili Terengganu mestilah (seseorang) yang membawa suara Terengganu,” katanya.


Alias juga mendakwa kumpulannya tidak berniat membawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar.


Jika ada ura-ura tentang perkara ini, tambahnya, “ia adalah cerita daripada kumpulan pro-Ahmad.”


Peguam itu juga menafikan kumpulan yang mempertikaikan Ahmad itu bercita-cita mahu merampas jawatan menteri besar.


Diminta mengulas lanjut sikap rakan-rakannya dalam Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias berkata majoriti sudah hilang keyakinan kepada Ahmad untuk memimpin negeri tersebut.


Beliau menambah, ADUN Kijal tidak mempunyai kebolehan untuk membawa kemajuan Terengganu.


“Jika beliau terus menjadi menteri besar, rakyat dan negeri ini akan menjadi mangsa.


“Untuk itu kita berharap pucuk pimpinan tinggi negara menyelesaikan isu ini segera untuk kepentingan rakyat,” katanya.




UMNO masih dalam sindrom menafikan




Ketika berucap, pemimpin-pemimpin Umno mengelak daripada menggunakan istilah Pakatan Rakyat, maka ternyata mereka masih berada dalam 'denial syndrome' atau sindrom menafikan bahawa mereka sedang ditolak rakyat. Sebab itulah dalam ucapan-ucapan pemimpin Umno dan disiarkan dalam akhbar-akhbar kawalan mereka, istilah Pakatan Rakyat dilarang daripada digunakan.

Sebaliknya mereka menggunakan istilah pakatan pembangkang. Sekurang-kurangnya mereka terima juga istilah pakatan yang menjadikannya suatu identiti untuk berbeza daripada Barisan Nasional (BN). Tetapi mereka memang enggan menggunakan istilah rakyat bagi menyebut pihak pakatan itu.

Perkara pertama, istilah pakatan pembangkang itu tidak tepat. Ia seolah-olah orang menyebut BN sebagai barisan kerajaan. Ini kerana BN tidak menguasai semua kerajaan negeri. Mereka tidak menguasai lima negeri. Di lima negeri itu, Pakatan Rakyat yang menjadi kerajaan. Maka istilah pakatan pembangkang adalah tidak tepat.

Tetapi hujah mereka adalah Pakatan Rakyat tidak didaftar tidak seperti BN, dan tidak mempunyai satu simbol. Apabila dikemukakan hujah itu, maka pemikiran BN itu cuba dilayankan terhadap Pakatan Rakyat, yang sebenarnya tidak tepat dan mengelirukan. Pakatan Rakyat sememangnya berbeza banyak segi daripada BN.

Hujah BN ini sebenarnya bertujuan melemahkan dan memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Ini kerana mereka sebenarnya mencabar Pakatan Rakyat supaya mendaftar. Tetapi andai kata Pakatan Rakyat cuba mendaftar, pastinya akan ditolak atas pelbagai alasan.

Pada suatu masa dahulu, ada usaha untuk mendaftarkan Barisan Alternatif (BA) yang terdiri daripada PAS, DAP, KeADILan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Tetapi usaha ini gagal kerana pihak pendaftar pertubuhan menetapkan bahawa gabungan hendaklah lebih daripada suatu angka yang ditetapkan. Peraturan ini baru dan angka yang boleh dianggap sebagai satu gabungan boleh berubah mengikut kehendak mereka. Jadi BN boleh didaftar kerana bilangan parti di dalamnya adalah sekian dan sekian. Sementara parti di luar BN tidak boleh berbuat demikian kerana angkanya tidak mencukupi.

Maka segala usaha akan dibuat bagi menghalang Pakatan Rakyat didaftar. Maka kemudian akan dinyatakan bahawa Pakatan Rakyat gagal bersatu menubuhkan satu gabungan. Sedangkan dalam sejarah, Perikatan sendiri terdiri daripada hanya tiga parti iaitu Umno, MCA dan MIC. Boleh pula diluluskan. Begitu juga Front Sosialis yang merupakan gabungan Parti Buruh Malaya, Parti Rakyat Malaya dan Parti Konvensyen Malaya boleh pula ditubuhkan.

Andai kata Pakatan Rakyat benar-benar mahu didaftarkan, maka syarat bilangan parti itu boleh diperoleh. Ajaklah parti-parti kecil lain untuk menyertai Pakatan Rakyat, di Semenanjung Malaysia pun sudah banyak, apatah lagi bila dicampurkan dengan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Di Semenanjung, selain daripada PAS, KeADILan dan DAP, ajaklah parti-parti kecil yang menjadi sekutu Pakatan Rakyat seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Demokratik Malaysia (MDP), PRM yang dihidupkan semula, Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Hizbul Muslimin (Hamim). Sudah lapan parti, maka ia boleh melepasi syarat yang mungkin dikenakan oleh pihak pendaftar.

Simbol tangan dilarang

Tetapi andai kata Pakatan Rakyat hendak didaftarkan dengan bilangan parti yang mencukupi, adakah pihak pendaftar akan menerimanya? Ini bergantung pada menteri dalam negeri. Lihatlah betapa susahnya PSM hendak mendaftar. Setelah diluluskan pendaftarannya pula, ia menghadapi masalah simbol. Tangannya dilarang digunakan. Demokrasi apa? Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Genggaman tangan pun tidak boleh.

Bagaimanapun, sememangnya dalam sejarahnya, pendaftar pernah mengganggu penggunaan simbol. PAS sendiri mengalaminya. Dahulu lambangnya adalah bulan sabit dan bintang. Ia menggunakan lambang itu dalam banyak pilihan raya.

Tetapi kemudian ia dilarang menggunakan simbol itu kerana simbol itu dianggap simbol agama Islam. Sedangkan hakikatnya apa salahnya? PAS sememangnya mempunyai dasar memperjuangkan Islam. Kalau Umno berasa mereka memperjuangkan Islam, maka tidak sejak tahun 1946 ketika penubuhannya, ia menggunakan simbol Islami. Ini tidak, mereka menggunakan simbol keris dan tali melingkar entah apa-apa maknanya.

Tetapi apabila PAS menggunakan simbol yang serupa dengan Islam, ia pula dipertikaikan. Maka PAS menggunakan simbol bulan purnama yang ada sekarang. Bukannya simbol yang boleh membawa kemenangan kepada PAS. Dengan simbol bulan sabit dan bintang, PAS hanya berupaya menawan Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959.

Tetapi dengan simbol bulan purnama, ia berjaya bukan saja menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah, tetapi menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor. Tetapi dalam hal ini banyak pihak yang tidak memahami konsep pakatan dengan barisan.

Pakatan itu bermaksud muafakat di mana anggotanya adalah sama taraf dan pelaksanaan tindakan politik adalah berdasarkan pegangan atas asas-asas yang boleh dipersetujui. Soal ideologi yang berbeza tidak digabungkan tetapi menjadi identiti parti masing-masing. PAS, DAP dan Keadilan menghormati ideologi masing-masing dan tiada paksaan ke atas satu sama lain.

Sedangkan barisan pula dikuasai dan didominasi oleh sebuah parti utama di mana yang lain terpaksa menuruti, walaupun boleh bersuara tetapi tidak boleh berunding di atas kedudukan yang serupa. Begitulah BN yang didominasi dan dikuasai oleh Umno. Sedangkan pada asalnya kerajaan campuran Perikatan-PAS dan Perikatan-Gerakan adalah merupakan pakatan. Tetapi setelah berkuasa pada tahun 1974 ia dikuasai penuh oleh Umno. Malah PAS sendiri tidak boleh menentukan calon menteri besar negeri yang ia miliki majoriti. Akibatnya PAS keluar barisan.

Asal usul konsep barisan dalam politik adalah datangnya daripada strategi pihak komunis pada masa Perang Dunia Kedua. Maka Stalin menubuhkan barisan bersatu dengan parti-parti bukan komunis untuk menghalang pihak fasis. Tetapi dalam realiti yang menguasainya ialah parti komunis dan apabila sudah menang, parti lain dipinggirkan dan hanya tinggal nama. Ini berlaku di banyak negara yang menjadi komunis seperti di Korea Utara, Eropah Timur, malah di Rusia dan China sendiri.

Maka pada tahun 60-an, konsep barisan ini turut digunakan oleh Parti Buruh dan Parti Rakyat dalam Front Sosialis. Tetapi barisan ini gagal kerana ada pihak yang mahu mendominasi barisan itu. Isunya adalah soal bahasa kebangsaan. Maka barisan ini pun tumbang.

Ini berbeza sendiri dengan Perikatan yang di dalamnya adalah Umno. Pada asalnya, ia merupakan perikatan yang agak hampir dengan Pakatan. Malah istilah "Alliance" dalam bahasa Inggeris digunakan untuk Pakatan dan Perikatan. Tetapi sebenarnya kedua-duanya membawa makna berbeza. Ikatan dan pakatan membawa huraian berbeza.

Tetapi apabila BN ditubuhkan, konsep Perikatan sudah hilang kerana dalam Barisan, terdapat parti yang menjadi ketua dan dominasi iaitu Umno. Apabila sudah faham mengenai gagasan ini, maka sudah tentu Pakatan Rakyat mempunyai konsep yang lebih baik daripada Barisan. Walaupun buat masa ini, Anwar Ibrahim dianggap sebagai ketua Pakatan Rakyat, tetapi ia lebih sebagai penyatu dan jurucakap, tetapi bukannya menguasai Pakatan Rakyat keseluruhannya.

Kuasa pada pakatan datangnya daripada rakyat. Pakatan membezakan antara parti, kerajaan dan rakyat dan berperanan menurut kedudukan masing-masing yang sah. Sedangkan Umno pula keliru, ia menyamakan Umno dengan BN, dan parti dengan kerajaan. Sebab itulah projek kerajaan pun dinamakan projek kerajaan Barisan Nasional. Sedangkan ia adalah projek rakyat yang diuruskan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.

Pengambilan Balik Tanah Tanpa Pembelaan - Wahid Suarakan Hasrat Hati Penduduk Kampung Cina

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/RobohKgCina.JPGKuala Terengganu - Isu pengambilan balik tanah kerajaan bagi kerja-kerja pembesaran jalan di Pulau Warisan (belakang Kampung Cina) di Bandar Kuala Terengganu mencetuskan rasa tidak puas hati penduduknya.

Ini kerana, projek tersebut melibatkan 102 buah keluarga masyarakat tionghua yang tinggal menetap sejak lebih 70 tahun di negeri ini.

Buletinonline dimaklumkan, penduduk terbabit tidak berpuas hati dengan arahan pindah tanpa dibayar apa-apa pampasan, ganti rugi serta yang berkait dengannya
.

Berikutan itu, penduduk bercadang menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak bagi membuat tuntutan serta pampasan yang sewajarnya dari kerajaan negeri Terengganu.
.


Seorang pesara guru, Encik Chua Bun Hock, 75, dari Kampung Cina mendakwa tinggal di perkampungan tersebut sejak lebih 70 tahun.

Katanya, tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu mengambil-balik tanah tumpangan sementara di Kampung Cina tanpa bayaran pampasan tidak wajar.

“Kami (penduduk) bukan pendatang asing di sini (Kampung Cina). Saya dilahirkan di sini dan telah menetap lebih 70 tahun.

“Saya seorang pensyarah (guru) yang banyak berjasa mendidik rakyat Terengganu sewaktu menjadi guru di negeri ini,” ujarnya

Katanya, kerajaan negeri wajar membuat pertimbangan ehsan terhadap rakyat yang terdiri dari kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan miskin.

Adiknya, Chua Bun Seng, 68, menafikan penduduk terbabit anti pembangunan tetapi mahukan keadilan serta menuntut hak.

“Kami semua di sini (Kampung Cina) sudah tinggal lama dan ada yang dua generasi masih menetap di bangunan lama ini.

“Kami tidak menentang pembangunan dan kemajuan tetapi berikan hak dan keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” jelasnya.

Menurutnya, fasa pertama yang sedang dilaksanakan sekarang melibatkan 10 buah rumah dan sebuah balai raya penduduk di Kampung Cina.

Seorang pemilik kedai, Haji Yasin Syeikh Abdul Kadir, 55, berkata satu Jawatankuasa Bertindak menangani pembelaan penduduk di Kampung Cina akan ditubuhkan segera.

“Kita (penduduk) telah mengadakan perbincangan dan akan diperhalusi lagi dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak penduduk di Kampung Cina ini.

“Pembelaan perlu dilakukan kerana majoriti penduduk terlibat orang berpendapatan rendah dan miskin,” ujarnya.

Menurutnya, dalam sesebuah rumah pula terdapat dua hingga tiga buah keluarga yang terhimpit serta perlu tempat tinggal yang lebih selesa.

Seorang juruelektrik, Encik Chong Wan Keh, 56, melahirkan kebimbangan rumah akan ditolak jentolak pihak kontraktor pembinaan projek.

Katanya, notis telah dikeluarkan dan arahan pindah serta kosongkan kediaman dibuat oleh pihak kerajaan negeri kepada penduduk.

“Kami semua tidak dibayar pampas an kerana tidak ada peruntukkan tetapi pihak kontraktor ada menawarkan bayaran saguhati antara RM1,000 hingga RM3,000 untuk pindah.

“Kami ini orang susah dengan bayaran RM1,000 itu apa yang dapat dibuat dan tempat tinggal ganti tidak disediakan oleh kerajaan,” ujarnya dengan nada terharu.

Puan Foo Siew Keah, 54, merayu kerajaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) mengutamakan kebajikan dan hak rakyat.

Katanya, sewaktu kempen pilihan raya pelbagai janji-janji manis diberikan kepada rakyat tetapi tidak dikotakan.

“Masa kempen pilihan raya beritahu rakyat kerajaan Barisan Nasional ‘membela’ rakyat tetapi akhirnya, rakyat tidak lena tidur kerana pelbagai masalah.

“Saya rayu juga kerajaan negeri tolong fikirkan sedikit pampasan dan tempat tinggal ganti kerana penduduk di kampung Cina tidak ada tempat lain,” ujarnya.

Menurutnya, penduduk bersepakat tidak akan meninggalkan kediaman masing-masing sehingga satu persetujuan bersama dicapai dengan isu tersebut.

Manakala, Puan Lim Chua Tee, 55, mahukan kerajaan negeri tidak mengutamakan kepentingan pembangunan semata-mata dengan ‘mengorbankan’ rakyat.

Katanya, tempat tinggal ganti wajar disediakan oleh kerajaan negeri kerana penduduk terbabit tidak mempunyai tempat lain.

“Di mana kami anak-beranak dan penduduk asal hendak pindah dengan barang perkakas rumah yang banyak dan menyulitkan.

“Jika tidak diberi pampasan dan ganti rugi, kami semua tidak ada tempat untuk berpindah,” jelasnya.

Justeru dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam 14 April, ADUN Wakaf Mempelam, Hj Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah menyuarakan rasa hati penduduk berkenaan kepada pihak kerajaan supaya dapat diambil tindakan dan beri pertimbangan yang sewajarnya.


UMNO Dimakan Sumpah Akibat Derhaka Raja

http://4.bp.blogspot.com/_yOKYAW5Svfw/SZaEvjPJUgI/AAAAAAAAB0A/LefAhOWCWuo/s400/natang.JPG

Mengikut cerita orang tua-tua dahulu setiap Raja ada daulatnya. Ada yang sakit akibat sesuatu perbuatannya terhadap Raja dan hanya boleh disembuhkan oleh Raja itu sendiri. Ada pula cerita apabila Raja tiba di sesuatu majlis, tiba-tiba awan yang mendung beransur hilang diganti cuaca yang cerah. Semuanya berlaku, selain dari kuasa Allah, ia dikaitkan dengan daulat Raja.

Sebab itulah pada zaman dahulu, rakyat sangat hormat kepada Raja. Mereka khuatir jika kurang hormat kepada Raja, akan dimakan sumpah dek daulat Raja. Jika Raja perintah melakukan sesuatu yang tidak masuk akal pun, perintah Raja perlu dijunjung. Sebab itulah di dalam hikayat Hang Tuah, apabila Hang Tuah dititahkan menyelam ke dalam telaga tahi untuk menyelamatkan kuda Sultan, pahlawan terbilang itu melakukannya tanpa was-was bagi menjaga daulat Raja.

Pada zaman dahulu, sesiapa yang melawan Raja dipercayai pasti akan menerima pembalasan setimpal, bukan sahaja kerana kuasa Allah, tetapi juga kononnya kerana daulat Raja itu sendiri. Hang Jebat, Sang Rajuna Tapa dan Laksamana Bentan yang menderhaka Raja adalah antara contoh pahlawan zaman silam yang ditimpa musibah gara-gara menderhaka Raja, walaupun mereka dikatakan berada di pihak yang benar.

Tahun lepas berlaku dua peristiwa yang benar-benar menguji daulat Raja. Di Terengganu baginda Sultan dihina sehingga dipanggil 'binatang' oleh segelintir pemimpin UMNO tempatan, gara-gara ketua mereka Idris Jusoh tidak menerima perkenan Sultan menjadi Menteri Besar.

Di Perlis pula, kem UMNO di bawah Shahidan enggan menerima Md Isa Sabu yang diperkenan Raja sebagai Menteri Besar. Beberapa kain rentang menyindir Raja juga dinaikkan di Perlis dipercayai dilakukan oleh puak pro-Shahidan.

Pada zaman digital ini ramai yang tidak yakin masih ada daulat Raja. Kata mereka jika daulat Raja masih ada sudah tentu UMNO Terengganu dan Perlis yang menderhaka kepad Raja sudah dimakan sumpah seperti Sang Rajuna Tapa, Hang Jebat dan Laksamana Bentan.

Namun apa yang berlaku akhir-akhir ini seperti menunjukkan bahwa daulat Raja bukan metos semata, ia umpama benar-benar wujud. Lihatlah apa yang berlaku kepada UMNO Terengganu dan Perlis akhir-akhir ini. UMNO Terengganu dan Perlis kelihatan berpecah dua antara kem Menteri Besar kini dan bekas Menteri Besar dahulu. Di Terengganu keadaan semakin gawat sehingga ada penyokong Idris Jusoh yang berura-ura untuk membuat usul undi tidak percaya kepada Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Hari ini pula 10 orang ADUN UMNO memboikot persidangan DUN. Gawat sungguh!

Di Perlis pula perang mulut antara kem Md Isa dan Shahidan tidak habis-habis. Kelmarin Shahidan menyatakan beliau sebagai Ketua Perhubungan UMNO yang sepatutnya menjadi Menteri Besar, bukannya Md Isa Sabu. Kroni kuatnya Hashim Suboh pula menyatakan Mat Isa adalah produk haram (maksudnya produk haram yang dicipta Raja Perlis). Lepas ini perang saudara pasti makin sengit. Punca sebenar perang ialah perebutan kek kontrak yang semakin mengecil di zaman kemelesetan ekonomi ini.

Apa pun punca UMNO Terengganu dan Perlis bertelagah, pasti ada yang mengaitkannya dengan daulat Raja. UMNO yang merupakan pelopor pelakuan penderhakaan terhadap Raja akhirnya dimakan sumpah gara-gara sering menderhakai Raja. Sekarang mereka telah menerima balasan akibat perbuatan menderhaka Raja hingga hidup tidak tenteram dan parti seperti hampir karam.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .