Ikuti Blog ini

Cara unik Najib berkempen di Hulu Selangor


Dalam keghairahan kesemua pimpinan parti baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang (peringatan: Umno dan BN adalah pembangkang di negeri Selangor) berkempen untuk memastikan kemenangan calon mereka di dalam pilihanraya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor, ternyata tidak dapat menandingi keunikan cara berkempen yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia daripada Umno, Najib Razak.

Keunikan kempennya adalah dengan melarikan diri daripada kawasan pilihanraya tersebut, berlawanan dengan cara tradisi yang memaksa kesemua pimpinan menayangkan muka ditempat pilihanraya dan dihadapan para pengundi.

Inilah kehebatan nasihat daripada pakar perunding yang dibawa daripada negara Laknatullah, Israel iaitu Apco Worldwide kepada Najib. Di mana isu Apco begitu lantang disuarakan oleh parti PKR, PAS, DAP mahupun NGO Islam di pentas ceramah Hulu Selangor agar bersama-sama menentang kehadiran ajen Israel di bumi Malaysia ini, Najib telah membawa isu yang melekat kuat kebadannya keluar daripada negara dengan membuat lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan Jepun.

Sepanjang kempen prk Hulu Selangor, bapa kepada isu ejen Israel ini membawa sekali isu tersebut tanpa perlu berhadapan mahupun menjawab segala permasalahan yang ditimbulkan.

Isu hubungan Umno dan Apco tidak akan berakhir selagi syarikat yang pro Zionis itu masih berada dalam dakapan Najib dan Umno di bumi Malaysia ini. Rakyat yang berilmu dan beriman tidak akan berdiam diri dan membiarkan sahaja isu ini berterusan. - Ajijoi

Saya Bukan Hipokrit - Dato' Zaid Ibrahim

HULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini.

Zaid berkata, apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah,” katanya.

Zaid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog. - Bernama



Gambar ini sebagai hiasan dan pengajaran sahaja fikir - fikir lah sendiri

13,488 Pengundi Dipindahkan Pusat Mengundi - Pengkhianatan SPR-UMNO-BN

Sejumlah 13,488 pengundi kawasan Parlimen P094 Hulu Selangor telah ditukarkan pusat mengundi mereka tanpa disedari oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang dipercayai didalangi oleh Umno-Barisan Nasional sebagai usaha sabotaj terhadap Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat, Fuziah Salleh berkata cubaan untuk mengelirukan pengundi itu dikesan berdasarkan daftar pemilih yang dikeluarkan SPR.

"Kita telah meneliti daftar pemilih dan kita mendapati sebilangan besar pengundi dari 64,500 pengundi Hulu Selangor iaiitu seramai 13,488 telah dipindahkan pusat mengundi. Maksudnya berpindah pusat mengundi dari sekolah A ke Sekolah B, ada yang dipindah dari sekolah B ke sekolah A.

"Ini adalah satu penipuan yang dilakukan SPR seolah-olah SPR ini menjadi alat parti komponen BN. Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku di seluruh negeri Selangor, maka bayangkan keadaan pada pilihan raya umum akan datang. Ini merupakan satu bukti rancangan jahat SPR untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,"katanya ketika mengadakan sidang media di pusat media pakatan Rakyat di Kuala Kubu Baru tengahari tadi.

Menurut Fuziah, pertukaran pusat pengundian yang berlaku di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Hulu Selangor akan menyebabkan berlaku banyak kekeliruan dan menyulitkan pengundi pada hari pengundian yang akan berlangsung 25 April ini.

"Bayangkan pada hari mengundi, seramai 13,488 pengundi pergi ke sekolah mengundi biasa mereka dan mendapati nama mereka tiada di situ, bayangkan betapa kecohnya pada hari mengundi. Jumlah 13,000 ribu ini bukan bilangan yang sedikit dan ia melibatkan ketiga-tiga DUN," tegasnya sambil menyeru pihak media supaya menyebarkan maklumat tersebut kepada pengundi khususnya di Hulu Selangor.

Beliau turut menjangka bahawa SPR akan memberikan alasan perkara itu merupakan satu langkah kemaskini biasa dalam daftar pemilih.

"Tetapi jika SPR buat begini, SPR sebagai satu badan pengurusan pilihan raya yang tidak bertanggungjawab. Mereka tidak boleh benarkan perkara ini berlaku kerana ia akan melibatkan terlalu banyak kekecohan pada hari mengundi," tegas Fuziah.

Menurut Fuziah lagi, DUN Batang Kali mencatatkan jumlah pengundi yang paling ramai ditukar pusat pengundian mereka iaitu dari SK Serendah dipindahkan ke SRJK (C) Serendah, 751 orang, dari SRJK (C) Serendah dipindahkan ke Sek Rendah Agama Serendah 1,898 orang, dari SRJK (C) dipindah ke Sk Serendah, 904 orang dan dari SMK Syed Mashor ke SK Bandar baru Batang Kali 2,270 orang.

Di Hulu Bernam terdapat empat pertukaran pusat pengudian iaitu SK Hulu Bernam ke Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam, 35 orang, dari Sungai Selisik ke SK Gesir Tengah, 331 orang, dari SMK Kalumpang ke Sek Rendah Agama Kalumpang, 235 orang dan dari Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam ke SK Hulu Bernam 1,085 orang.

Sementara di DUN Kuala Kubu Baru pula, dari SRJK (T) Kuala Kubu Baru ke SMK Dato Hj Kamaruddin, 2,824 orang dan dari Sek Rendah Agama Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air, 1,081 orang.

Manakala di pusat mengundi baru pula, berlaku beberapa pertukaran iatu dari Daerah Mengundi Bukit beruntung ke Sek Rendah Agama Taman Bunga Raya, 550 orang, dari Daerah mengundi Taman Bunga Teratai ke Sek Rendah Agama Taman Bunga Raya, 302 orang dan dari kawasan sekitar, 498 orang.

Ditanya mengenai senarai pemilih yang tidak dapat dikesan dalam daftar pemilih, Fuziah berkata, daripada Disember 2009 sehingga 5 April 2010, sebanyak 558 nama dikesan telah dibersihkan dari daftar pemilih SPR.

"Menurut SPR, nama mereka ini dibersihkan kerana mereka meninggal dunia. Tetapi saya dapati dari Disember 2009 hingga 5 April 2010, tidak ada kemasukan atau tambahan baru. Petugas kita sedang mencari 558 orang ini dan memastikan mereka benar-benar telah meninggal dunia," katanya.

Menurut Fuziah lagi, di Kampung Tanjung, di daerah mengundi Sungai choh dalam Parlimen Hulu Selangor, seluruh pengundi dalam kampung berkenaan iaitu seramai 230 pengundi dipindahkan ke Parlimen Selayang.

"Mereka ini adalah penyokong 'solid; Pakatan Rakyat," dedah beliau. -SK

DS Nizar Jamaluddin - Hulu Selangor memulakan perubahan besar seluruh Malaysia



Kg Baru Kalumpang, Hulu Selangor

P94 Hulu Selangor : Kempen Zaid guna laman ‘Zaid Untuk Rakyat’-m'kini

HULU SELANGOR, 18 April — Selain kempen secara bersemuka, calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim turut tidak ketinggalan daripada menggunakan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat untuk mendampingi pengundi-pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Bagi tujuan itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) membangunkan laman web khas
www.zaiduntukrakyat.com.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata, pihaknya juga akan melancarkan talian telefon khas untuk mendampingi pengundi Hulu Selangor.

Langkah itu dilihat sebagai saluran tambahan untuk berkempen.

Zaid juga mempunyai blog beliau selain berkomunikasi dengan orang ramai menerusi twitter dari semasa ke semasa.

Semalam beliau turut berkomunikasi dengan peminat-peminatnya menerusi twitter ketika urusan penamaan calon sedang berlangsung di Kuala Kubu Baru.

Fuziah juga berkata, PKR akan cuba untuk memujuk 15,000 pengundi Hulu Selangor yang kini tinggal di kawasan luar termasuk di Kuala Lumpur agar pulang untuk mengundi pada 25 April ini.

“Kami akan cuba untuk akses kepada menerusi panggilan telefon, SMS, surat dan juga bercakap dengan ibu bapa mereka di sini. Mereka wajar kembali Ahad ini untuk menjalankan hak demokratik mereka,” katanya.

PAYONG PERTAMA DIRAMPAS DIHULU SELANGOR ?



Kartunis terkenal Zunar yang mempromosi dan menjual payong bertulis Altantuya, katak, bik mama dan lain-lain lagi di penamaan calon Hulu Selangor telah dirampas oleh polis yang begitu fobia dengan Altantuya.

Ini merupakan rekod dunia pertama dan mencipta sejarah baru di Malaysia Monggolia 1 Malaysia 1 Israel.



Begitu juga dengan baju yang dipakai oleh Chegu Bard bertulis Siapa arah bunuh Altantuya pun mahu dirampas oleh polis selsema babi H1N1.

Polis jelas menjadi balaci dan barua najib yang tertekan kerana kes kapal selam telah difailkan di mahkamah Paris. Mana mau lari najib?

Ternyata polis cuba lakukan provokasi untuk menghuru-harakan perhimpunan Pakatan Rakyat tetapi gagal kerana *KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

sharpshooterblogger.blogspot

Pendemonium hits Hulu Selangor
















Bertempur depan Bilik Gerakan BN (depan masjid)

Dato' Zaid Tokoh Berwibawa

Calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yakin pengalamannya sebagai Ahli Parlimen, menteri kabinet dan hubungan akrabnya dengan kepimpinan kerajaan Selangor mampu memajukan hulu selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menyifatkan Zaid adalah pemimpin idaman yang secocok dengan keperluan rakyat Hulu Selangor.

Keyakinan Zaid itu bersandarkan keupayaannya dari segi pengalaman, kebolehan dan kesungguhan untuk membela rakyat Hulu Selangor, apatah lagi banyak masalah di hulu selangor boleh diselesaikan di peringkat kerajaan negeri.

Malah, Khalid sendiri mengakui Zaid adalah insan yang diharapkan kerajaan negeri untuk membantu membawa suara rakyat, seterusnya mengembalikan sumber rakyat kepada rakyat.

Menteri Besar itu menaruh keyakinan penuh betapa Zaid adalah calon yang mampu mengisi kekosongan pemimpin berkaliber di Hulu Selangor.

"Rakyat Hulu Selangor dahagakan kepimpinan berwibawa," katanya dengan tegas.

Zaid pula meminta pengundi Hulu Selangor meletakkan kepentingan dan keutamaan mereka dengan memilih pemimpin yang mampu memacu pembangunan dan merungkai segala masalah yang dihadapi sekian lama.

"Dengan pengalaman sebagai ahli parlimen kota bahru, pernah jadi menteri dan kemudahan berurusan dengan pimpinan kerajaan negeri, saya yakin dengan kemampuan saya untuk membantu pengundi Hulu Selangor," katanya.

Dalam soal pembangunan rakyat, Zaid percaya Hulu Selangor memerlukan pelaburan yang lebih bagi membangunkan kawasan Parlimen ini dan menegaskan peningkatan pelaburan memerlukan hubungan baik dengan kerajaan negeri.

"Kalau mahu banyakkan pelaburan, kena ada pemimpin yang ada idea, cekap dan amanah. Selain itu, ia berkait rapat dengan kerajaan negeri. Jadi, perlu hubungan rapat dengan kerajaan negeri.

"Saya dapati penduduk Hulu Selangor perlukan banyak pelaburan dan saya yakin saya orang yang tepat untuk membantu," katanya.

Beliau berharap pengundi Hulu Selangor memberi peluang kepadanya untuk mengubah corak ekonomi rakyat kawasan ini selepas Barisan Nasional gagal melakukan perubahan dalam tempoh 18 tahun. -TVS

Hari pertama kempen dicemari insiden baling botol oleh penyokong BN.

dihari penamaan calon lagak pemuda 1 Malaysia

Bahang kehangatan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor semakin terasa apabila berlaku ketegangan antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN di sebuah padang berdekatan Pekan Kerling, Kuala Kubu Baru, malam semalam.

Pegawai Penyelaras Pakatan Parlimen Hulu Selangor, Ali Rahman berkata kejadian berlaku apabila Pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang lalu lalang untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Ali mendakwa sebanyak tiga hingga empat biji botol dibaling oleh mereka ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.

Katanya tindakan provokatif itu dilakukan seramai kira-kira 30 hingga 40 orang Pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.

Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sampai ke situ untuk menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam.

Tiindakan membaling botol itu mencetuskan kemarahan hampir 30 penyokong Pakatan.

Mereka kemudiannya meluru ke arah Pemuda BN sambil meminta agar penyokong kerajaan itu memberi kerjasama, menjaga adab dan menghormati program tersebut tanpa sebarang gangguan.

Malaysiakini turut mendapati beberapa wakil dari Pemuda BN cuba memujuk penyokong mereka agar bertenang dan mengendurkan keadaan.

Ketegangan yang berlaku selama 10 minit itu, berjaya ditenteramkan oleh kira-kira 30 anggota polis yang berada di situ termasuk lapan anggota Light Strike Force yang datang beberapa minit kemudian.

Sebelum itu, penyokong BN bersorak dan menjerit tanpa henti bagi mengganggu ucapan beberapa pemimpin Pakatan antaranya Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub; ahli parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang sedang menyampaikan ceramah mereka.

Selepas campur tangan polis, ceramah malam semalam berjalan lancar dan pemimpin Pakatan menggunakan peluang itu bagi menempelak tindakan Pemuda BN.-M'kini.

Presiden PAS arah sokongan 100% kepada Zaid

HULU SELANGOR : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.

Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam petang semalam.

Lebih 100 petugas PAS dari negeri itu berkumpul di situ dan menerima amanat dari beliau serta lain-lain pimpinan PAS sebelum menjalankan tugas sehingga pilihan raya kecil ini pada 25 April nanti.

"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno," kata beliau penuh semangat diiringi takbir dari para penyokong PAS.

Bagi beliau, Zaid adalah tokoh kebangsaan yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin.

"Ketika para pemimpin Umno lain berebut-rebut nak jadi pemimpin, dia meletakkan jawatan sebagai menteri kerana menentang salah guna ISA," kata Abdul Hadi merujuk tindakan Zaid melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

Berhubung dengan tindakan firma guaman Zaid menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang Hudud, Abdul Hadi menegas itu apa yang Zaid buat sebagai pemimpin Umno dan dia telah menarik balik tindakan itu.

"Itu semasa dia bersama Umno...sekarang dia sudah keluar dari Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji....kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.

Abdul Hadi juga memberitahu, selepas Zaid meletakkan jawatannya dan keluar dari Umno, beliau juga ada berbincang dengan para pemimpin PAS untuk menyertai parti Islam itu atau menyertai PKR. Selepas berbincang termasuk dengan pemimpin PKR, mereka bersetuju Zaid perlu menyertai PKR.

Ucapan Abdul Hadi di majlis itu penuh semangat serta menjawab pelbagai persoalan panas yang berbangkit dalam pilihan raya kecil ini walaupun hujan mencurah-curah ketika beliau berucap sehingga banjir kilat di sekitarnya.

Felda Sungai Tengi adalah salah satu kawasan Felda yang menjadi kubu Umno dalam Dun Hulu Bernam di Hulu Selangor. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PKR, Datuk Dr Zainal kalah lebih 600 undi di peti undi itu.

Dalam pilihan raya ini, Umno menjadikan empat kawasan Felda sebagai pangkalan gerakan mereka untuk memenangkan calon BN, P Kamalanathan dari MIC.

Namun, ketidakpuasan hati ahli Umno di situ jelas dalam pilihan raya ini. Mereka melalui Umno Hulu Selangor berusaha keras untuk mempastikan seorang calon Umno bertanding dalam pilihan raya kecil ini, namun apa yang mereka dapat adalah kosong berbanding MIC yang mendapat tiga menjelang hari penamaan calon.

Selain dapat menjadi calon, Timbalan Presiden MIC, G Palanivel yang mereka tidak sukai dikatakan akan dilantik menjadi senator dan timbalan menteri.

Salah seorang dari mereka berkata, jika BN menang dalam pilihan raya kecil ini, harapan untuk calon Umno bertanding di kawasan Parlimen yang majoriti orang Melayu ini akan hilang terus. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .