Ikuti Blog ini

MB Nizar ditemuramah TV Al Jazera.

DS Nizar sedang mengadakan perbincangan dengan 2 wartawan Al Jazera setelah temuramah.


IPOH: TV Al Jazera baru menyelesaikan temuramah khas bersama YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin di Kediaman Rasmi menteri Besar di sini.

Dalam temuramah sekitar 20 minit itu beliau telah menjelaskan kedudukan terkini politik Perak yang berlaku rampasan Kuasa.

gila2



Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin berpendapat bahawa perhimpunan yang diadakan di Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar menggambarkan gelombang amarah rakyat selepas negeri tersebut kini berada dalam keadaan yang tidak stabil.


"Gelombang rakyat ini adalah hasil daripada rasa hak mereka yang dirampas kerana rakyat berhak untuk berasa marah apabila hak mereka diambil begitu sahaja," katanya

MB Nizar: Tegar dan Istiqamah…bagaimana dengan MB lain?

Apabila MB Nizar dan para exconya meneruskan tugas seperti biasa, ia melambangkan hati seorang lelaki yang tegar dan jiwa istiqamah. Bukan calangan manusia mampu melakukan semua itu. Setelah ‘dianiayai’ oleh sultan sendiri, dipecat secara hina, dihalau oleh SUK dari pejabatnya sendiri, bahkan kini dicop sebagai PENDERHAKA…semuanya bagaikan tidak berbekas kepada anak jati Perak ini.

Saya tabik berulang kali kepada keupayaan MB Nizar. Jika orang lain, mendengar titah sang sultan sahaja sudah terasa ketar lututnya. Namun MB Nizar sebaliknya. Mungkin inilah berkatnya beliau bersama jamaah Islam. Takut dan patuh hanya bulat kepada Allah SWT, bagi manusia masih ada batas-batasnya…walaupun kepada seorang maharaja!

MB Nizar, teruskanlah tugas anda. Rakyat berdiri kukuh bersama anda. Di samping itu, pertingkatkan munajatmu kepada Allah SWT. Moga-moga Allah memberikan karamahnya kepadamu. Manalah tahu, selepas ini tiba-tiba lidah si Datuk SUK yang celupar itu menjadi bengkok atau pendek hingga telor untuk berkata-kata!

Manakala kepada semua MB dan KM negeri PR yang lain, sudah tiba masanya anda bertegas dengan para SUK anda. Jika perlu, anda lantiklah SUK anda sendiri yang diakui adalah amanah dengan parti atau jamaah kita sendiri. Bagi SUK lama yang memang Umno itu, anda berikan mereka kerja-kerja lain…jadi pembancuh kopi, pengutip sampah, pencari fail dan penghantar surat misalnya. Anda bukan turunkan pangkat mereka, tapi anda ubah job spect mereka sahaja. Lambat-laun, mereka rasa ‘down’ dan mungkin SUK yang berhati Umno ini dengan sendirinya akan menghantar surat perletakan jawatan…

Ya, kaedah yang sama boleh diaplikasikan kepada Bendahari Negeri, Pegawai Undang-undang, Timbalan SUK, YDP PBT dan lain-lain lagi. Ingatlah, kita sudah tiada pilihan lagi. Membiarkan mereka berada di dalam lingkungan kita dengan memperolehi segala maklumat dan kemudian mereka jugalah yang menuangkan racun tuba ke dalam mulut kita adalah tindakan paling bodoh.

Umno tetap Umno. Mereka tidak akan berubah. Wala' dan ketaatan mereka ‘absolute’ masih kepada Umno. Mereka mengharap-harap sangat apa yang terjadi di Perak akan berlaku juga di Selangor dan Pulau Pinang. Mereka mungkin sudah berangan-angan untuk menyalurkan apa-apa sahaja info agar imaginasi jahat mereka menjadi realiti di negeri-negeri PR yang lain.

Setakat ini, saya masih menantikan apakah reaksi MB Selangor, KM Pulau Pinang dan MB Kedah. Selangor khususnya, masih mengekalkan majoriti saki-baki Umno dalam pentadbiran. Mereka inilah petualang yang wajib dihapuskan. Bodohlah MB Selangor jika menghabiskan masa menjawab tuduhan dan fitnah. Masa itu boleh dijimatkan dengan mencari siapakah dalangnya dan berikan mereka ‘hadiah’ yang setimpal dengan kejahatan mereka yang tersembunyi selama ini.

Sudah tiba saat dan ketikanya, anda tunjukkan kuasa seorang MB yang sebenar. Ingat, yang memerintah adalah parti dan bukannya diri anda. Jika MB Selangor mahu mengenepikan kehendak parti, malanglah bagi PR. Ingat, parti yang memerintah…bukan anda yang memerintah. Anda hanyalah wakil parti yang boleh bertukar ganti.!!!

Nizar = Anwar

Sokong Nizar



Ya,
Memang Nizar sama dengan Anwar. Jika tahun 1998 Anwar menentang Mahathir Mohamad dan pada ucapan penutupan sebelum beliau ditangkap, beliau pernah mengatakan "Satu Anwar Hilang, Beribu Yang Akan Muncul". Di hadapan ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau di Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka beliau telah memberikan ucapan berapi dan laungan reformasi, Suara Rakyat Suara Keramat telah menjadi satu laungan legenda sepanjang zaman.

Sekarang obor perjuangan rakyat itu telah diambil oleh Nizar. Beliau dipaksa letak jawatan oleh Sultan Azlan Shah yang dipengaruhi oleh Najib Abdul Razak (Ingat 5/2/2009). Beliau jatuh dan rakyat angkat beliau kembali. Beliau dianggap hero oleh rakyat khasnya rakyat Perak. Puluhan ribu rakyat bersorak dan mengangkat beliau dan beliau dengan begitu semangat mengatakan beliau tidak akan berhenti dari berjuang dan NAJIB akan BERKUBUR DI PERAK!!!

Semalam beliau bersolat di Masjid Ubudiah. Teringat ketika waktu mula - mula Anwar dipecat, Masjid Abu Bakar di Bukit Damansara menjadi tempat beliau mula - mula menggerakkan kuasa rakyat. YB Nizar, gunakan peluang ini untuk menggerakkan rakyat Perak. Menjelajahlah satu negeri Perak dengan ucapan keras, berapi dan bersemangat. Kemudian jelajah satu Malaysia dan kemudian kembali semula ke Ipoh. Di sana pasti ratusan ribu rakyat akan berhimpun menuntut agar pilihanraya negeri diadakan semula

Nizar, pergilah berjuang. Panglima Nizar!! Anak - anak muda Perak dan Malaysia sedang menanti anda. Gelombang REFORMASI ketiga sudah tiba!!!




Anjing bertopeng manusia

perakdaily

INILAH Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim yang KUAT melalak SEMALAM.

SILA EMEL PANDANGAN ANDA KE drrahman@perak.gov.my. ATAU BUAT POSTER DAN LEKATKAN DI MANA2 MASJID DN SURAU. BIOR ORANG KENAL SPESIS ASING INI.

Dengan NADA KUAT. Rahman menyalak, “Keluar, keluar,” pada Nizar Jamaludin, exco dan wartawan semasa mereka ke pejabat di SUK.

Inilah orang yang banyak menimbulkan masalah.

Rahman sering solat Jumaat di Masjid Negeri.

Dalam era ini masih akan pegawai kerajaan yang tak bertamadun dan angkuh. Wal hal Nizar dah tandatangan mengesahkan dia dinaikan pangkat ke super scale A.

Spesis ni jarang ada sekarang. inilah salah seorang daripadanya SPESIS TAK BERTAMADUN.


Nizar pengerusikan mesyuarat 'Exco Khas', putuskan 4 perkara

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (dua, kiri) ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh hari ini. Beliau berkata barisan Exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah, pagi ini mengadakan mesyuarat khas Exco Kerajaan Negeri di kediaman rasminya di sini.


Beliau mempengerusikan mesyuarat itu sehari selepas Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang tidak sah.


Mesyuarat khas itu berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Idris Shah mulai pukul 11.15 pagi tadi.


Ia dihadiri semua exco Pakatan Rakyat kecuali Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan, Seah Leong Peng.


Antara lain mesyuarat itu membincangkan untuk membenarkan sistem penerbangan tambang murah, Firefly beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah bermula 15 Mei ini.


"Kerajaan negeri akan membayar RM2.7 juta kepada Firefly sebagai sumbangan kepadanya untuk mengadakan penerbangan ke lapangan terbang itu," kata beliau kepada wartawan di sini.


Turut diputuskan ialah tanah berstatus pajakan bagi industri dilanjutkan sehingga 99 tahun.


Malah, kerajaan negeri juga kata beliau, telah meluluskan pelantikan 342 ahli bagi 15 majlis kerajaan tempatan negeri Perak.


Mesyuarat khas itu juga meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pemberian kifalah RM1,000 (khairat kematian) bagi warga Perak yang layak terutama golongan miskin.


Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk melaksanakan keputusan-keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas hari ini.


"Agensi-agensi negeri perlu mematuhi keputusan kerajaan semasa dan tidak timbul soal tidak melaksanakan keputusan yang dicapai," katanya lagi sambil menambah, minit mesyuarat akan dihantar kepada jabatan-jabatan terbabit.


Mengenai pelantikan dan upacara angkat sumpah Exco Barisan Nasional (BN) Selasa ini, Nizar memberitahu, pihak berkenaan perlu menunggu deklarasi Mahkamah Tinggi mengenai isu tersebut.


"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan," katanya.


"Jika mereka terus dengan tindakan angkat sumpah, hanya kita di dunia merupakan satu-satunya kerajaan yang mempunyai dua menteri besar," katanya.


Tambah Nizar, beliau akan terus menjalankan tugas seperti biasa Selasa ini dengan menemui pelanggannya.


Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa menghadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.


Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, Mohamad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal."


Semalam Nizar berkata, akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru tidak sah.


Nizar yang masih mempertahankan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak berkata pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dibuat tanpa mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.


Semalam, Mohammad Nizar juga mengulangi kenyataan beliau bahawa beliau dan keluarganya tidak akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar Perak.




BN bagai lanun rampas kerajaan Perak, tidak hormati perlembagaan negeri


KUALA LUMPUR - Lanun adalah sejenis kumpulan manusia yang tidak mengikuti undang-undang dan mana- mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang pada asasnya mereka adalah lanun.


Rampasan kuasa yang berlaku di Perak membuktikan bahawa pimpinan Umno-BN termasuk dalam golongan lanun kerana tidak menghormati dan mengikuti Perlembagaan negeri Perak.


Demikian menurut Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa ketika ditemui selepas merasmikan seminar Kebajikan Nasional anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, di Taman Melewar.


Beliau menegaskan, Umno-BN tahu bahawa mengikut perlembagaan negeri Perak perlu ada undinya tidak percaya barulah kerusi Menteri Besar kosong dan pimpinan Umno-BN boleh mengangkat sumpah.

Image


Katanya, mereka mengambil orang yang dituduh terlibat dengan rasuah sebagai orang yang menyokong pembentukan kerajaan (BN) sebagai tekanan dan cara yang mereka lakukan betul-betul lanun.


"Lanun ini tidak ada hati perut dan tidak ada undang-undang dan Adun Pakatan Rakyat adalah wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat, jadi kalau orang itu ada hati perut mereka tidak akan buat kerja seperti ini kerana ia melukakan perasaan rakyat," tegasnya.


Tetapi kata beliau Umno-BN merupakan lanun tidak ada hati perut jadi mereka tidak peduli perasaan rakyat. Image


Beliau turut berharap rakyat di negeri Perak terus mendesak Sultan Perak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) yang masih sah dikuasai Pakatan Rakyat.


Katanya, bantahan itu perlu berterusan jika tidak Malaysia tidak mempunyai kedaulatan undang-undang dan rakyat perlu pertahankan kedaulatan undang-undang.


"Kita mahu pertahankan kedaulatan undang-undang dan Menteri Besar, Dato' Nizar Jamaluddin adalah lambang mempertahankan kedaulatan undang-undang," jelasnya.

Umno diseru agar menghormati Institusi Diraja




Federal Reserve Unit (FRU) fires several rounds of tear gas as more than 3,000 Pakatan Rakyat supporters converge for a protest march at the Ubudiah mosque - about 1km from Istana Iskandariah in Kuala Kangsar

Detik hitam sejarah Perak, kemarahan rakyat terhadap BN & Umno - TVAntara
Thousands protested outside Masjid Ubudiah - thestaronline.tv
Bantahan Rakyat terhadap sutan Perak - TV3



Malam tadi ramai yang berkampung di kediaman Rasmi Menteri Besar.Mereka tidak mahu MB Nizar di kweluarkan dari kediaman tersebut.

Kerajaan Haram Umno Perak menggesa Nizar supaya meninggalkan kediaman tersebut petang kelmarin dan mereka khabarnya mahu bertindak dengan kekerasan untuk memaksa Nizar keluar dari situ.

Sokongan dan dorongan orang ramai agar Nizar
terus mempertahankan kerajaan yang memperjuangkan
kebajikan rakyat

Betapa tatkala tersungkurnya Umno /BN 10 bulan yang lau, Tajol terus mendiami kediaman tersebut selama sebulan lebih tanpa digugat oleh Pakatan Rakyat.Tidak ada sesiaopa pun yang memaksanya untuk keluar.Begitu sopan santunnya Pakatan Rakyat ; namun Umno/BN tidak tahu membalas kesantunan Pakatan Rakyat terhadapnya.

Dibawah Pakatan Rayat, Cina Melayu dan India boleh bermuafakat

Pagi kelmarin, mereka cuba menghalang Nizar daripada memasuki pejabatnya. Bila beliau dibenarkan untuk mengambil barang-barang peribadinya di situ, beliau amat te5rkejut melihat pejabatnya kosong sebagaimana 10 bulan yang lalu tatkala beliau memasuki pejabat tersebut.

Segala-galanya ghaib! Laci-lacinya semua kosong. Ini tentunya kerja Langsuyor al-Tantuya!

Nizar juga mendedahkan sikap sebenar Setiausaha Negeri yang selama ini berpura-pura bersikap wara' dan berlemah lembut.

"Dia yang mengherdik para wartawan suruh keluar; tapi dalam surat khabar perdana, saya pula yang dituduh berkelakuan kurang ajar macam itu," kata Nizar.

Umno kini memainkan isu kononya Nizar derhaka kepada Sultan dan engkar perintah Sultan.

Malam tadi beliau menafikan dakwaan tersebut.Nizar berkata, beliau hanya merayu dan merafa’ sembah perkenan Duli Tuanku agar Tuanku membuat ‘review’ keatas keputusannya yang kelihatan dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.

Pakatan Rakyat berharap supaya diadakan pilihan raya yang baru supaya rakyat jelata dapat menentukan kerajaan yang mereka mahukan.

Kerajaan Haram Umno jangan cuba berselindung dan mengheret Institusi Diraja ke kancah politik.

Nizar berharap agar Institusi Diraja negeri Perak Darul Ridzuan ini akan terus dihormati sebagaimana Institusi Diraja Thailand yang sangat dihormati setiap rakyat kerana tidak berpihak kemana-mana parti politik.



Kenal Mamak Pasembur ini?



Saya bersama tiga rakan yang lain solat Jumaat di Masjid Jame' Ubudiah Kuala Kangsar. Selepas sahaja imam membacakan do'a 'qunut nazilah' salah seorang jemaah telah meneriakkan perkataan 'Takbir' lalu disambut secara sepontan oleh orang ramai didalam masjid dengan laungan 'Allahu Akbar!'

Kebetulan ada pula seorang pegawai rupa legam macam mamak pasembur dengan pakaian baju Melayu dan bersongkok hitam marahkan hamba Allah tersebut dengan katanya, "Orang bertakbir nak sembahyang!"

Nasib baiklah saya ketika itu berada agak jauh dari beliau, kalau tidak akan saya jawab mudah sahaja : "Takbir adalah kata-kata membesarkan Allah. Kita dikehendaki supaya senantiasa membesarkan Allah ; bukan macam orang Umno yang hanya membesarkan Allah semasa nak sembahyang sahaja, tetapi lepas sembahyang mereka membesarkan pemimpin mereka, membesarkan diri mereka sendiri dengan perasaan ego, wang , harta dan kuasa menjadi tuhan kepada mereka!"

Selepas sembahyang sunat, saya lihat di luar hadapan masjid orang ramai sudah mulai berkumpul dan memulakan demonstrasi.

Saya bergegas menuju untuk keluar bersama mereka, tiba-tiba saya terserempak lagi dengan si Mamak Pasembur tadi. Dia sedang menalipon seseorang melaporkan apa yang sedang berlaku di situ, saya sempat dengar : " Dia orang tunjuk perasaan depan masjid ni..." katanya

Saya mengambil gambarnya.Lihatlah sendiri. Adakah anda tahu, mamak pasembur ini siapa sebenarnya? Sepupu Zamri Mamak Bendahara itu kah?

Koling! koling! over!

Ada orang tunjuk perasaan, over!

Dia orang tak kenai aku ker?

OOooops! kalau muka ni biasa la aku tengok kat teevee...dia nilah yang apabila Dato Seri Nizar menaliponnya tengahri semalam, dia kata, "Sorry Dato' I don't take orders from you now onwards!"

Hari tu kat teevee mamak nilah yang kata ,"Serahkan kunci bilik pejabat, serahkan kunci kereta baru... bla-bla bla-bla Hoi b! podahlah mamak!


Tragedi: Rampasan Kuasa Di Perak,Apakah Sultan Perak juga menerima “habuan”

Takkanlah Sultan Perak yang merupakan bekas "Ketua Hakim Negara" tidak dapat berfikir sehingga ke situ, walhal rakyat biasa sendiripun tahu apa yang berlaku di belakang tabir sebenarnya. Apakah Sultan Perak juga menerima "habuan" agaknya


Sesungguhnya, apa yang berlaku di Perak itu bukan sahaja mendukacitakan rakyat negeri itu. Malahan juga seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Hanya mereka yang takut untuk “berpijak di bumi yang nyata” sahaja akan menyokong “rampasan kuasa” yang telah dilakukan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional itu.



perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 17Soalnya sekarang, apakah MB Perak yang baru dapat memberi khidmatnya yang terbaik buat rakyat?. Kenyataan Sultan Perak bahawa MB Nizar telah tidak mendapat kepercayaan dikalangan anggota dewan adalah satu “penghinaan terhadap dirinya”.



Beliau bukan tidak tahu rentetan peristiwa yang berlaku hingga menyebabkan mereka keluar dari Pakatan Rakyat. Siri kehilangan, rasuah, penyelewengan, ugutan dan gertakan jelas sekali dapat dilihat dalam kes ini. Maka Sultan Perak harus lebih adil dan saksama, melainkan 2/3 ADUN Perak memang menolak kepimpinan Nizar. Barulah baginda boleh menyatakan demikian.Namun, jika hanya tiga orang yang telah “dibeli” itu “lari” ia tidak bermakna MB ditolak.




perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 29Namun, ia adalah satu perancangan jahat untuk merampas kuasa di negeri itu. Takkanlah Sultan Perak yang merupakan bekas “Ketua Hakim Negara” tidak dapat berfikir sehingga ke situ, walhal rakyat biasa sendiripun tahu apa yang berlaku di belakang tabir sebenarnya. Apakah Sultan Perak juga menerima “habuan” agaknya
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .