Ikuti Blog ini

Isu Yahudi: Dr Asri setuju kenyataan Presiden PAS

WarkahDaily -- Cendekiawan lain bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tapi Mufti Perak seorang pula menolak kenyataan membolehkan berurus niaga dengan Yahudi, asalkan bukan dari fahaman Zionis [baca sini].

Bagaimana orang lain boleh faham dan maksud bangsa Yahudi dan fahaman Zionis tapi dia pula tidak boleh terima?

Dipetik dari Malaysiakini.com hasil tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.

Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.

Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.

Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.

Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar [kenyataan Presiden PAS].

Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.

Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Felo pelawat OCIS, Oxford dan bekas mufti Perlis.

Semua pemimpin Islam patut tinggalkan Umno


KOTA BHARU, 21 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, semua pemimpin Umno beragama Islam sepatutnya sudah lari meninggalkan Umno sebagaimana Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

“Sepatutnya semua orang Umno yang beragama Islam lari dari menyertai perjuangan kebangsaan,”ujarnya.

Bagi beliau, setelah Umno semakin menyimpang dari perjuangannya, amat wajar lebih ramai pemimpin Umno keluar parti itu dan bukan hanya Tan Sri Abdul Kader sahaja.

Nik Abdul Aziz berkata sepatutnya pemimpin Umno telah ramai dan sudah lama keluar dari parti itu untuk menyertai PAS.

Tambahnya, ini kerana perjuangan PAS  sendiripun ditubuh oleh  Biro Agama Umno yang  menyedari perjuangan parti itu tidak selari dengan kehendak Rasulullah.

Menyentuh tentang penarikan diri Kadir sebagai ahli Umno oleh Datuk Kader, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sudah terlewat.

Ini kerana katanya  Umno sudah pecah serta berbau busuk menembusi hidup seluruh rakyat di negara ini Kader baru berbuat demikian.

“Ketika suasana begini baru istihar keluar Umno, jadi rasanya sudah tidak begitu strategik lagi,”ujarnya.

Katanya, rakyat juga sepatutnya sudah lama tidak menyokong Umno dan BN dengan gejala buruk seperti rasuah, penculikan kanak-kanak, penyalahgunaan wang zakat dan berbagai lagi.

Sambungnya, gejala itu berlaku berikutan pemimpin salah mentadbir negara seumpama memandu sebuah kereta yang tidak mempunyai ‘break’, akibat kerosakan.

Sambungnya, tidak ada perkara yang boleh menyekat golongan itu dari melakukan perkara mungkar ekoran break (iman) yang telah rosak.

Katanya lagi, pengertian maksiat juga telah disempitkan oleh manusia yang hanya melihat pada perbuatan zina sahaja, sedangkan derhaka pada Allah juga sebagai maksiat.

“Apa sahaja perbuatan yang derhaka kepada Allah, zina, tak solat, rasuah, culik manusia dan berbagai lagi adalah perbuatan maksiat,”ujarnya.

Tambahnya, ini kerana manusia sudah tidak ada lagi kuasa radhi’ (kuasa menyekat) dari mereka melakukan kejahatan. -Hrkh

Rakyat Sabah perlu buat perubahan - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Gadai tanah: Mustapha didesak kemuka bukti


KOTA BHARU, 21 Mac: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad didesak mengemukakan bukti terhadap dakwaannya tanah Rizab Melayu di gadai kepada syarikat bukan bumiputra di Kelantan.



(Tajuk sensasi Utusan Malaysia hari ini tetapi tanpa fakta dan retorik sahaja)

"Saya pohon Mustapha agar mendatangkan data dan fakta keluasan tanah Rizab Melayu di Kelantan yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, janganlah hanya bercakap tanpa fakta sedangkan anda seorang Menteri!" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadhli Shaari dalam kenyataannya.

Sebelum ini, Fadhli dalam kenyataannya berkata, kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).

Ia kemudiannya dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun.

Ia sama sekali tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat dan dilaksanakan berdasarkan pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pula berkata, tanah-tanah yang dibangunkan ladang kelapa sawit dengan kerjasama syarikat swasta adalah milik kekal Ladang Rakyat.

Katanya, syarikat swasta hanya diberi izin mengusaha hasil tanaman kelapa sawit di atas tanah tersebut dalam tempoh tertentu.

“Tanah-tanah tersebut adalah milik Ladang Rakyat dan tidak timbul sama sekali tanah berkenaan diserah kepada syarikat swasta,” katanya.

Menurut Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan, kenyataan Mustapha kali ini merupakan kali berikutnya Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta dan data.

Padahal, katanya, Datuk Seri Najib Razaklah sendiri yang mencadangkan agar undang-undang tanah dipinda bagi membolehkan tanah rezab Melayu dpinda untuk membolehkan ianya dimajukan.

"Barangkali beliau lupa bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasionallah yang telah meminda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan tanah rizab Melayu dipajak kepada bukan Melayu untuk dimajukan.

"Sedarkah Mustapha bahawa inilah yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2004 setelah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-60? Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Ogos 2004 di dalam bahagian Ekonomi," kata Fadhli (gambar) dalam kenyataannya.

Utusan hari ini menyiarkan kenyataan fitnah dan sensasi dari Mustapha kononnya rakyat Kelantan dianiaya.

Sebelum ini, kata Fadli, rakyat Kelantan masih ingat pada awal Februari lepas, individu inilah yang mengeluarkan kenyataan bahawa RM600 juta telah diberikan secara PERCUMA kepada kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan masalah air.

"Hakikatnya, ia adalah pinjaman yang perlu dibayar," kata Fadhli.

Menurut Fadhli, tindakan terkini yang dilakukan Umno dalam isu ini adalah kenyataan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada 15 Mac 2012 yang lalu yang menyatakan bahawa kerajaan negeri Perlis sedang mengkaji kemungkinan memajak tanah rizab Melayu bagi tujuan pembangunan.

Ini boleh dibaca dalam berita bertajuk Perlis Kaji Kemungkinan Pajak Tanah Rizab Melayu.

Fadhli juga meminta Mustapha tidak lupa dengan tindakan kerajaan Malaysia pada hari ini yang sedang berusaha memajak tanah Felda melalui penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Logiknya, apabila ia disenaraikan, ia bebas untuk dibeli oleh sesiapa sahaja dan yang dipertaruhkan ialah aset peneroka! Tidakkah ini yang sebenarnya mengancam kepentingan rakyat?" kata beliau.

Fadhli secara sini berkata, "Bersedia menjadi seorang Menteri Besar Kelantan ialah bersedia untuk dilantik secara rasmi dan beribu pejabat di Kota Darulnaim dan bukannya hanya sekdar bersedia untuk melayakkan diri ditabal di atas Gunung Reng, Jeli." -Hrkh

Hassan Ali Dah Jadi 'Katak Sumbang', Lansung Dah Tak Datang

Pas persoal Hasan Ali tidak hadir majlis santapan diraja

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam.

Menurutnya, Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR).

Beliau menegaskan, Islam tidak mengajar sikap mementingkan satu kaum sahaja seperti yang mahu dibawa oleh Hasan menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jati.

“Hari ini (semalam) saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam majlis santapan diraja pun beliau tidak datang.

“Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua,”
katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.Majlis Santapan Diraja diadakan di Hotel Concorde di sini, disertai oleh kesemua Adun Negeri Selangor.

Difahamkan, Hasan tidak hadir dalam majlis berkenaan kerana berpuasa dan beliau juga pulang awal dalam upacara pembukaan Sidang Dun Kali Kelima, pada sebelah pagi.

Beliau juga tidak hadir dalam sesi perbahasan yang bermula hari ini.

Setelah tiga bulan dipecat sebagai ahli Pas, Hasan tampil kali pertama pada Sidang Dun iaitu sebagai wakil bebas dan yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, beliau akan meneruskan agenda IMR dalam perbahasan Sidang Dun, walaupun atas kapasiti Adun Bebas.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah berhadapan dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam sesi perbahasan kali ini. -SH

 


Hassan Ali perjuangkan raja yang mana sedangkan santapan diraja pun tak hadir?

Katakanlah beliau berpuasa, perbahasan pun tak datang?

Puasa itu sunat, menunaikan amanah sebagai wakil rakyat itu wajib.

Itulah sikap "pengkhianat" yang sebenar sebab tidak menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .