Ikuti Blog ini

" Selamat Berangkat Pulang Ke Malaysia TOK GURU "




Keluar dari tempat penginapan di Hotel Al Safwah...


Menuju ke kenderaan

Masuk kedalam kenderaan untuk berlepas ke Jeddah...

Semoga TOK GURU selamat sampai di Malaysia..insyallah..

mazlie-makkah.blogspot



sementara itu sumber dari malaysia insider

TG Nik Aziz dijangka berkempen untuk Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Jumaat selepas kembali dari menunaikan umrah hari ini.

Semalam, Setiausa Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata bagi membuktikan PAS sememangnya bersungguh-sungguh dalam membantu kempen PKR pihaknya akan menambah tenaga jentera pilihan raya sehingga 60 peratus.

Usaha itu dimulakan semalam.

PAS memutuskan perkara tersebut pada mesyuarat khas penyelarasan pilihan raya yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, malam kelmarin.

“Keputusan sudah dicapai malam, PAS akan bergerak habis-habisan. Sumber PAS tidak terbatas, cukup banyak,” kata Mustafa Ali.









Poster Tok Guru Di Hulu Selangor.

P094 - Norizan cari Hishamuddin di Hulu Selangor



Berita asal...

NORiZAN Salleh, 30, wanita yang ditembak oleh Polis sebanyak 5 das pada Oktober lalu mengambil keputusan turun sendiri ke Hulu Selangor untuk bertemu dengan menteri-menteri berwajib dan bertanya tentang nasib yang menimpai dirinya.

norizan-tangan

“Saya berada di (Parlimen) Hulu Selangor ini kerana saya yakin banyak Menteri turun berkempen di sini (sempena) pilihan raya ini, jadi kedatangan saya ke sini untuk bertanya kepada menteri-menteri terbabit tentang kes saya.”

“Kenyataan Menteri (Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein) kata tidak ada apa-apa yang berlaku (sedangkan) Polis menembak saya dan sebab itu saya di sini,” jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pusat Informasi dan Media, Kuala Kubu Baru, pagi tadi.

Bercakap pada sidang media yang sama, N. Surendran, peguam kepada Norizan mendesak Hishamuddin supaya bertanggungjawab atas penyalahgunaan kuasa oleh Polis ke atas anak guaman beliau.

“Kita cuma nak tanya, apa sudah jadi dengan Norizan, mengapa Polis yang melepaskan lima das tembakan hidup-hidup kepada Norizan sehingga hari ini tidak dikenakan tindakan,” soal beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa kecewa dengan sikap Hishamuddin yang dilihat tidak ikhlas serta prihatin terhadap nasib yang menimpai anak guamannya.

“Menteri telah berjanji kepada saya dan Norizan di Parlimen bahawa beliau akan siasat kes ini, mengapa dalam suatu kenyataan media (yang lain), dia menghina Norizan pula.”

“Sepatutnya menteri menjaga rakyat, tetapi (kenyataan) Hishamuddin seolah-olah tidak memperlihatkan keikhlasannya kepada Norizan.”

Katanya lagi, Hishamuddin sepatutnya menyiasat anggota polis terbabit kerana polis terbabit turut mengheret Norizan keluar dari keretanya di ibu negara, lalu menendang Norizan sehingga patang tulang rusuk.

Meneliti laporan Norizan, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kes tembakan Norizan tersebut sebenarnya bermotif membunuh (shoot-to-kill).

Tegas beliau lagi, sekiranya pegawai Polis yang menembak Norizan tidak disoal siasat dan dihukum, beliau berkata, sesiapa pun rakyat selepas ini boleh sewenang-wenangnya ditembak oleh Polis tanpa usul periksa.

Menyambut kenyataan Norizan dan Surendran, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya pula menyifatkan Hishamuddin tidak layak menjadi Menteri kerana langsung tidak bertanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan rakyat Malaysia.

Bagi beliau, kes Norizan merupakan salah satu kes yang membuktikan bahawa rakyat di Malaysia tidak keterlaluan dikatakan seperti tidak selamat di bawah pengawasan Polis.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di Hulu Selangor supaya mempertahankan kemenangan di Parlimen Hulu Selangor dengan memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim. -END

Norizan sedang menjelaskan tekadnya untuk bertemu Hishamuddin.   Bersediakan Hishamuddin bersemuka dengan mangsa kezaliman Polis ini?

Norizan sedang menjelaskan tekadnya untuk bertemu Hishamuddin. Bersediakan Hishamuddin bersemuka dengan mangsa kezaliman Polis ini?

Zaid: SPR must be fair


SPR terus dipertikai kerana pindah pengundi


HULU SELANGOR, 21 April: Gara-gara lebih 50 pengundi dari Kampung Tanjong mengadu bahawa nama mereka tidak terdapat dalam Buku Daftar Pemilih mengakibatkan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah nama pengundi Hulu Selangor ke Parlimen Selayang terus dibongkar.

Calon Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, SPR seharusnya bersikap lebih adil dalam menguruskan pilihan raya kecil kali ini.

“Sebagai calon, saya harap SPR boleh bersikap lebih adil, sebab itu (Pakatan Rakyat) menyertai pilihan raya (kecil ini),” ujar Zaid di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru petang tadi.

Beliau yang juga Koordinator Pakatan Rakyat berkata, SPR sewajarnya bertindak pantas memindahkan semula para pengundi terbabit ke senarai asal dalam Buku Daftar Pemilih sebelum Hari Mengundi, Ahad ini.

Gesaan Zaid itu, termasuk membuka banyak kaunter SPR di sekitar Parlimen Hulu Selangor supaya para pengundi boleh membetulkan kesilapan teknikal yang dilakukan oleh SPR sendiri.

“Saya harap SPR bertindak, bukalah kaunter agar para pengundi dipindahkan semula ke tempat asal. Saya berharap suatu tindakan yang luar biasa,” ujarnya.

Sekiranya SPR gagal berbuat demikian sekali pun, bagi beliau, para penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi sendiri tidak seharusnya berputus asa.

Sebaliknya, mereka diminta terus bekerja kuat agar amalan tidak demokratik sepanjang pilihan raya kali ini boleh diminimumkan.

“Saya harap, kita tidak berputus asa pada jalan yang salah,” ujar beliau.

Selain memberi isyarat yang jelas kepada SPR, beliau turut merayu kepada para pengundi terbabit supaya membantu SPR.

Bercakap pada sidang media yang sama, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh (gambar) tidak menolak kemungkinan bahawa motif di sebalik pemindahan para pengundi terbabit adalah inisiatif strategik sempena pilihan raya kali ini.

Katanya, ini kerana berdasarkan pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, undi dari kampung tersebut majoritinya menyebelahi calon Pakatan Rakyat.

Selain menyalahkan SPR, beliau turut mempertikai Dewan Rakyat kerana menolak dua kali berturut-turut usulnya berhubung isu kelemahan SPR.

“Dua kali Parlimen menolak usul saya, SPR pula terus dalam penafian selepas saya mengeluarkan bukti,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Walaupun SPR dianggap cuba bersikap tidak demokratik dalam menguruskan pilihan raya kali ini, beliau berkata, jentera PKR akan membuka kaunter-kaunter untuk mengenal pasti para pengundi berbaki yang dipindahkan ke Kampung Tanjong.

Demi memudahkan mereka yang terbabit membuat sebarang aduan berkaitan SPR dan pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor, jentera PKR turut membuka talian perkhidmatan bebas, 019-3260874.

Pun begitu, dalam nada menyindir, beliau berkata inisiatif Pakatan Rakyat bukanlah disebabkan bersetuju dengan sikap tidak progresif SPR sendiri.

“Kita (seolah-olah) melakukan kerja-kerja SPR,” ujarnya.

Tuntas dari kes pemindahan pengundi tersebut, beliau mewakili Pakatan Rakyat mendesak para pemimpin tertinggi SPR supaya meletak jawatan sesegera mungkin, sekiranya masing-masing masih mempunyai maruah diri.-Hrkh

Ceramah di Bukit Sentosa



Sebahagian foto dalam ceramah malam tadi di Bukit Sentosa. Ehsan blogger pria-malaya dan Muslimeen United.










Update - Gunting dalam lipatan

PAS sudah mendapat maklumat lebih awal bahawa Datuk Dr Halili Rahmat telah mengarahkan penyokong-penyokong setianya menyamar untuk mensabotaj gerak kerja Pakatan Rakyat (PR) di Hulu Selangor.

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS telah terlebih dahulu bertindak membuka bilik-bilik gerakan di setiap unit peti undi (UPU) sebagai sokongan kepada jentera PKR. Dengan itu, katanya PAS tidak melihat kemasukan Dr Halili ke dalam Umno semalam sebagai satu ancaman besar kepada gerak kerja PR di Hulu Selangor.

“Perkara ini sudah dijangkakan lebih awal dan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon adalah pemilihan yang paling tepat,” ujarnya. Menurutnya, gabungan jentera pilihan raya Pakatan dari seluruh negara tidak mampu dihalang oleh Dr Halili dan penyokong-penyokong yang membelot kepada PKR.

“PAS berterima kasih kerana akhirnya Dr Halili mengakui identiti sebenarnya, dan ini memudahkan gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor,” ujarnya.

Tambahnya, untuk gelombang seterusnya PAS akan mengerakkan full enforcement dari setiap negeri, bagi memastikan gerak kerja berganda dapat dilakukan. Katanya, beberapa markas PAS di UPU Hulu Selangor juga dijadikan markas utama bagi memudahkan gerak kerja. Tambahnya, petugas PAS diminta melaporkan diri di markas-markas yang telah ditetapkan, dan menumpukan kerja-kerja kempen mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau menambah, BN akan terus berputih mata melihat kesatuan erat komponen Pakatan di Hulu Selangor yang selama ini sering digambarkan mengalami masalah. Hakikatnya, kata beliau jentera BN belum mampu disatukan ekoran pemboikotan ahli-ahli Umno yang tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana memberikan kerusi calon kepada MIC.

Justertu, katanya PAS akan terus memberikan komitmen membantu jentera PKR untuk kebaikan rakyat di Hulu Selangor yang sudah lama diabaikan BN. Katanya, walaupun mereka sudah menang 11 penggal di Parlimen Hulu Selangor dan menguasai tiga Dun hingga ke hari ini, tetapi masih banyak kekurangan dan pembangunan yang gagal dilaksanakan.

“Setiap kali pilihan raya mereka berjanji, tetapi habis pilihan raya mereka tidak peduli lagi. Yang pasti janji BN dulu, kini dan selamanya tetap sama, iaitu pembangunan dan pembangunan. Itu sahaja yang mereka tahu,” katanya lagi. PAS, tegasnya yakin rakyat yang bijak akan pasti menolak BN di dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.

“Undilah calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim sebagai signal bahawa rakyat Hulu Selangor benar-benar mahukan perubahan,” ujarnya. - Hrkh

Sejak bila Umno marah dengan Arak dan Judi?- DSAI


Dato' Zaid Ibrahim & Hulu Selangor...




Pada hari penamaan calon, saya memberitahu para wartawan bahawa saya jatuh cinta pada Hulu Selangor. Saya telah bertemu, mendengar dan belajar daripada ramai orang. Saya telah berjalan melawati banyak tempat dan melihat banyak perkara yang menyentuh hati saya. Untuk saya, Hulu Selangor merupakan suatu kawasan yang cukup istimewa.

Saya telah bercakap dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid dan saya beriltizam untuk bersama-sama mengangkat gagasan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi mengubah Hulu Selangor menjadi contoh tauladan yang dikagumi seluruh rakyat Malaysia. Selangor dianggap sebagai negeri maju dan taraf hidup masyarakatnya hampir menyamai Eropah Barat. Namun kenapa – sejak 50 tahun lalu – ribuan orang masih hidup tanpa bekalan paip air? Tanpa tanah? Tanpa harapan masa hadapan buat anak-anak mereka? Masa untuk kecewa telah tamat. Kini waktunya hak-hak yang dirampas dipulangkan kepada rakyat Hulu Selangor.

Anda memerlukan prasarana yang mudah, lebih ramai pasukan polis, lebih banyak klinik untuk memelihara kesihatan anda dan anak-anak anda. Prasarana, keselamatan dan kesihatan adalah hak asas untuk kesemua rakyat Malaysia. Hulu Selangor memerlukan pemimpin untuk menjuarai keperluan anda. Jika rakyat Hulu Selangor memberikan saya peluang, InsyaAllah saya percaya saya boleh menjadi pemimpin yang diharapkan itu.

Anak Muda


Golongan belia adalah masa depan Hulu Selangor dan negara. Tetapi anak-anak muda ini meninggalkan Hulu Selangor kerana kekurangan pekerjaan, kurangnya kegiatan serta kekurangan peluang untuk mereka melakukan perubahan. Hal ini mesti berubah. Hulu Selangor memerlukan orang-orang mudanya untuk menetap di sini. Kita mesti menukar Bukit Beruntung dan Lembah Beringin – yang sekarang seperti bandar terbiar – menjadi pusat pendidikan, perniagaan dan pembudayaan di Selangor. Kita mesti bekerja untuk menjadikan Hulu Selangor sebuah tempat untuk semua.

Tanah


Hulu Selangor hampir menyamai keluasan negeri Melaka dan dikurniakan kekayaan anugerah tanah dan alam semulajadi. Namun ribuan penduduk di sini tinggal dalam ketidak tentuan nasibnya sejak 50 tahun yang lalu, sehinggalah Ketua Menteri Tan Sri Khalid memberikan mereka geran-geran tanah. Namun banyak lagi tanah yang tidak bergeran, khususnya anak-anak para peneroka FELDA – meskipun ibu bapa mereka mengusahakan tanah tersebut lebih 30 tahun. Dalam masa yang sama FELDA mendapat habuan keuntungan berbilion ringgit.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyelesaikan beberapa isu ini dan kita bersedia untuk maju ke hadapan. InsyaAllah jika saya terpilih, bersama-sama dengan rakyat, khususnya golongan muda, kita akan menukar Hulu Selangor menjadi pusat utama Pelancongan Hijau (Eco) dan Warisan Semulajadi dalam negeri.

Air


Air merupakan sumber kehidupan. Di Selangor, kebanyakan air yang kita minum datangnya dari sini, justeru ia merupakan sumber alam yang tidak ternilai harganya. Oleh yang demikian semua orang berhak mendapatkan bekalan air bersih dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan 20 gelen air percuma kepada setiap isi rumah. Tidak ada sesiapapun di dalam negeri kita yang indah ini perlu kehausan, namun kita perlu mengasuh keinginan diri kita untuk mahukan suatu perubahan yang positif.

Saya berasal dari keluarga miskin. Saya faham kehendak, maruah dan impian rakyat Hulu Selangor, umpama ianya hasrat dari saya sendiri. Kepada rakyat Hulu Selangor, saya berkata, percayalah pada saya dan berikanlah saya peluang untuk sama-sama bekerja menjadikan impian ini suatu kenyataan. Ke arah Malaysia yang lebih baik.

Bersama Selamatkan Malaysia!


-Zaid Ibrahim

Fitnah Didahulukan, Rakyat Diabaikan

Disebalik kempen Barisan Nasional (BN) yang hanya menyerang peribadi calon dan mengabaikan kepentingan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu selangor, Pakatan Rakyat (PR) konsisten menjelaskan hak dan pentingan rakyat di Hulu Selangor.

"Kita tak payah guna cara serangan, kecaman peribadi seperti yang mereka lakukan. Kita jelaskan apa yang telah kita lakukan selama dua tahun memerintah Selangor berbanding 50 tahun pemerintahan Umno-BN," kata Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah umumnya di Serendah semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan menerima Zaid kerana Zaid mempunyai sikap yang baik dan telah berubah sejak dalam PR.

Bagi Anwar, dasar PR jelas mendahului rakyat dan menolak kepentingan golongan atasan yang berniat untuk mengaut keuntungan.

Bagi beliau kerana itulah ada di kalangan pemimpin PR yang menolak PR kerana tidak boleh menerima dasar yang mendahului rakyat ini.

"Dasar dalam PR jika nak jadi wakil rakyat atau exco tak boleh ambil tanah negeri, tak boleh ada kontrak, tak boleh ada saham negeri. Itu cara Umno-BN. Sebab itu ada pemimpin PR tak boleh terima kerana dia tak boleh nak tukar 'mind-set'," kata beliau lagi.

PR dalam agendanya tidak memikirkan soal kaum dan akan membantu semua bangsa di Malaysia terutama rakyat yang miskin yang telah lama dianaktirikan BN selama ini.

Bagi beliau, semua kaum perlu mempunyai sifat kekeluargaan dan memikirkan antara satu dengan yang lain. -erapakatan
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .