Ikuti Blog ini

Pengerang: Peserta datang dengan rela hati


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyangkal tuduhan liar Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman bahawa perserta Himpunan Hijau membantah projek petrokimia di Pengerang pada 30 September dibayar.

Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30.

Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan.

Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang.

"Itu tidak betul. Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui.

Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa.

Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu.

"Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang. Kami bersedia bila-bila masa," katanya.

Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut.

Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur.

"Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir. Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar.

Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut

Namun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas.

"Jangan emosi Pengerang, jangan emosi," celah Nurul Izzah berulang kali.

Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah.

Isu Pengerang menjadi semakin panas, apabila Himpunan Hijau yang dianjurkan PAS tempoh hari mendapat sambutan menggalakkan. -Hrkh

Debat Bukan Budaya Kita...

Debat memang budaya kita... kejohanan debat Piala Perdana Menteri adalah retorik dan piala tersebut wajib   dihantar ke pajak gadai...
Budaya kita ialah, cakap sorang-sorang...
Budaya kita ialah tunjuk samseng ketika dikelilingi bodyguard...
Inilah budaya kita... berbanggalah...sumber

Ali Rustam yang Bebal Dan Angkuh..



Aduh.. apa la bebal sangat Ali Rustam ni. Ini bukan soal dengki atau iri hati, tapi ini soal integriti. Ini soal kebertanggungjawaban.

Ali, kamu adalah Ketua Menteri, kamu pemimpin masyarakat. Tindak tanduk kamu diperhatikan. Kamu sepatutnya menjadi role model. Kamu seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Kamu tidak sepatutnya tunjuk angkuh dengan berbelanja besar dalam keadaan terlalu ramai rakyat Melaka yang hidup dalam kesukaran. Kamu seharusnya faham bahawa orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.

Andai perbelanjaan kamu dipertikaikan, kamu sewajarnya jelaskan kepada rakyat. Bila kamu mengelak daripada memberi penjelasan, maknanya, ada sesuatu yang tidak kena dalam urusan kamu.

Ali Rustam, sekiranya benar, apa salahnya kamu mengaku bahawa sebahagian besar perbelanjaan perkahwinan anak kamu itu adalah hasil duit rasuah yang telah biasa kamu rembat !!!!-sumber

Artis Bertudung Perdalami Ilmu Islam Melalui Usrah Fitrah


Sejak awal tahun ini, ramai artis yang sudah mengenakan hijab.
Malah bukan golongan wanita saja yang menjurus ke arah itu, artis lelaki turut sama menuju ke jalan yang sama.

Melihat kepada perkembangan positif itu Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari telah mengilhamkan pergerakan yang dinamakan sebagai Usrah Fitrah buat selebriti yang ingin mendalami ilmu agama.
Antara selebriti yang mengikuti program ini adah Irma Hasmie dan Yatt Hamzah.

Irma, 30, berkata, dia terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis dalam mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan.

“Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada 4 orang pelakar dan 5 orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang serta 7 orang guru.

“Ia bukan sahaja disertai oleh golongan selebriti yang ingin mendalami ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian daripada individu daripada profesion lain,” katanya yang dipetik menerusi MStarOnline, baru-baru ini.

Antara artis yang aktif lain yang bergiat dalam Usrah Fitrah antaranya Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot.

Sementara itu, Yatt memberitahu antara guru yang mengajar mereka adalah Ustaz Azhar Idrus.
Namun dia mengaku bukan ahli PAS, tetapi hanya menyokong perjuangan Islam.
Yatt turut menambah, Usrah Fitrah turut mendapat pelbagai undangan daripada pihak penganjur untuk menjayakan program yang dianjurkan mereka.

“Sebagai contoh, bulan November ini kami (Usrah Fitrah) akan terlibat dengan Festival Hijab yang akan dijayakan bersama-sama selebriti yang lain,” katanya.
-mynewshub
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .