Ikuti Blog ini

Bengang Majlis Najib tiada sambutan, Ismail Sabri arahkan 5 pengarah bertukar 24 jam?


Ingat lagi peristiwa Najib dimalukan ketika beliau merasmikan Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 pada 14 Julai lalu di Stadium Bukit Jalil?

Dalam peristiwa yang benar-benar memalukan Najib itu, ketika beliau memberikan ucapan perasmian hadirin yang diupah untuk meramaikan majlis tersebut telah berpusu-pusu keluar.

Dari komen-komen yang ditinggalkan di ( SINI ) ada yang mengatakan orang ramai yang hadir dibayar RM20, ada yang mengatakan RM30 dan ada juga yang mengatakan dibayar RM60..

Dan Najib sendiri dikatakan terpaksa menangguhkan ucapannya selama kira-kira dua minit untuk meminta hadirin diam mendengar ucapannya.. malangnya tak ada siapa yang peduli..

Sila lihat video ketika kejadian di ( SINI )

Berikutan sambutan yang memalukan buat Najib yang sering digambarkan disambut meriah dalam berbagai majlis oleh Media tunggangan UMNO itu..Menteri Perdagangan Dalam Negeri terpaksa memohon maaf kepada Najib.

Beliau dikatakan terpaksa memohon maaf kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Bagi meutup kelemahan dirinya sendiri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Ismail Sabri juga dilaporkan telah mengkambing hitamkan lima Pengarah Pembangunan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

Sehingga kini, sudah empat pengarah Jabatan Pembangunan Negeri telah diarahkan bertukar 24 jam pada 16 Julai lalu manakala seorang Pengarah Bahagian di ibu pejabat juga ditukar.

Yang melaporkan perkara ini ialah Rocky Bru.. baca di bawah..
24-hour transfer for four state directors. 

I've been told that: "Thus far, 5 Directors of the  have been transferred within 24 hours on 16 July 2012 and several more will be following suit as a result of the current investigation set up by the Controlling Officer (the Ministry's secretary-general). 

The The Cooperative Commission's State Directors affected in the 24-hour transfer orders are from Kedah, Pahang, Terengganu and Negeri Sembilan while one Director of a Division from the HQ has also been moved out. 

Altogether, 5 Directors have been transferred within 24 hours without the opportunity to make a presentation of their innocence. 

It is also believed that the Executive Chairman and the Deputy Executive Chairman were also recommended to be terminated of their appointment with immediate effect or reduction of salary (potong gaji) upon the finalisation of the current investigation by the Ministry's Special task Force." - ( Rocky Bru )

Kecoh ikan gergasi masuk kampung


Nizam (kanan) bersama penduduk lain menaikkan bangkai ikan arapaima yang dijumpai di sungai itu.

BALING - Penduduk setempat di kawasan Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis arapaima sepanjang 1.5 meter yang terdampar di dalam sungai berdekatan kampung itu kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.

Ikan air tawar terbesar di dunia itu dijumpai berdeka-tan tebing sungai sebelum ia dikerumuni penduduk kampung yang melalui kawasan sungai itu.

Kebanyakan penduduk kampung terkejut kerana pertama kali melihat ikan bersaiz luar biasa itu terdampar di dalam sungai tersebut.

Penduduk, Nizam Hussin, 48, berkata, kemungkinan ikan gergasi sering dijumpai di Sungai Amazon itu dibuang oleh pihak tertentu sebelum hanyut ke kawasan perkampungan penduduk.

“Siapa yang tidak terkejut melihat ikan bersaiz gergasi di dalam sungai ini. Lagipun, penduduk tidak pernah terserempak dengan ikan ini sebelum ini. Disebabkan itu, ada kalangan penduduk yang terkejut,” katanya.

Katanya, memang ada penduduk yang memelihara ikan itu sebelum ini, tetapi tidak pasti ikan yang terdampar berkenaan adalah miliknya ataupun tidak.

“Selain itu, ada juga yang pihak yang mengatakan ikan berkenaan terlepas dan mati di dalam sungai ini semasa banjir di Baling baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun apa pun, ikan seperti itu tidak seharusnya dibuang begitu sahaja ke dalam sungai kerana ia boleh mengakibatkan pencemaran bau.

“Saya yakin ikan ini telah mati beberapa hari lalu be-rikutan baunya yang busuk,” katanya.

Ikan yang mampu mencecah berat sehingga 200 kilogram ini antara yang semakin diancam kepupusan beriku-tan nilai harganya yang tinggi di pasaran gelap.

Keadaan mengakibatkan kerajaan seperti Brazil mengharamkan penangkapan ikan tersebut secara komersial bagi mengelakkan kepupusan ikan unik itu.

SH

Kisah Zinedine Zidane Ke Tanah Suci


Ramai pemain bola sepak beragama Islam yang mencapai puncak karier di pelbagai kumpulan Eropah. Namun kemasyhuran tidak membuat pemain bola Muslim lupa dengan agamanya. Meski mereka bertabur prestasi dan publisiti di tengah-tengah gemerlapnya budaya Eropah, namun mereka malah rindu untuk bisa dekat dengan Sang Pencipta.

Kerana itu, di tengah-tengah ketatnya jadual pertandingan tidak sedikit di antara mereka yang melakukan perjalanan ritual suci ke Makkah mahupun Madinah. Di antara pemain bola yang sudah melakukan ritual pergi haji mahupun umrah yang terungkap ke media adalah Zinedine Zidane, Franck Ribery, Nicolas Anelka, dan Hamit Altintop.

Zidane mempunyai pengalaman spiritual ke Tanah Suci. Pemain Terbaik Dunia tiga kali tersebut termasuk Muslim yang memiliki keimanan cukup mapan. Ketika divonis cedera otot dan harus mendapat rawatan dari pasukan perubatan, Zidane diperintahkan untuk berehat demi masa pemulihan. Tapi bukannya malah berbaring dan mengikuti terapi kesihatan, masa lapang itu dimanfaatkannya untuk pergi haji.

Laman maklumat haji di Arab Saudi menyebutkan, pengarah sukan Real Madrid itu melakukan ritual haji pada 29 Januari 2004, bersama isteri dan anak-anaknya. Zidane dan keluarga mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah, dan kemudian melanjutkan perjalanannya ke Madinah. Di sana ia disebutkan sempat melakukan ziarah ke makam Rasulullah SAW.

Kemudian pada Hari Tarwiyah yang jatuh pada 8 Zulhijjah 1424 Hijriah, legenda Real Madrid itu meneruskan perjalanannya ke Mina. Pada hari berikutnya, Zidane langsung mengikuti prosesi puncak pelaksanaan ibadah haji di Arafah dan menunaikan solat di Masjidil Haram. Sayangnya perjalanan pergi haji Zidane itu tidak didokumenkan media sehingga sedikit maklumat yang boleh digali darinya selama di Arab Saudi.

Lelaki kelahiran Marseille, Perancis, 23 Jun 1972 itu adalah legenda Les Bleus yang berasal dari keluarga pendatang Muslim keturunan Algeria. Walaupun hidup dan besar di lingkungan sekular khas Barat, sang ayah yang bernama Ismail sangat menekankan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Zidane mempunyai tiga kakak laki-laki dan seorang adik perempuan.

Zidane berkahwin dengan penari berdarah Sepanyol, Veronica, dan dikurniakan tiga anak, yakni Anizo, Luqa, dan Theo. Di tengah kesibukannya membela kelab dan Perancis, Zidane dikenal sangat ketat dalam menjalankan kewajipan solat lima waktu. -detikislam

'BN mungkin hilang separuh daripada kerusi Sabah'


BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu.

NONEPensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.

Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.

"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.

Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara. -M'kini

KGT tiada penyelewengan: Terima kasih polis - TG Nik Aziz



(Keratan berita Sinar Harian hari ini)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah membersihkan nama Kelantan Gold Trade (KGT) dari tuduhan penyelewengan sebelum ini.

"Terima kasih Polis Kelantan, kerana bersih sangkaan tidak baik pihak tertentu terhadap KGT," kata beliau melalui twitternya hari ini.

Media hari ini melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dengan dalam isu penyelewengan KGT.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.

"Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial.

"Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada akhbar Sinar Harian semalam.

Sebelum ini NGO pro Umno dan seorang blogger Umno telah membuat laporan polis dan menulis dalam blognya kononnya berlaku penyelewengan dalam KGT.

(Husam menunjukkan laporan muka depan Utusan yang memfitnah KGT)

Ekoran itu, akhbar Umno Utusan Malaysia  telah menjadikan cerita ini laporan muka depannya.

Laporan ini cuba mengaitkan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terlibat dalam penyelewengan ini.

Ekoran itu, Husam memaklumkan dua hari lepas, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu.

Turut bakal dikenakan tindakan yang sama adalah bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah KGT.

Husam Musa pada sidang media itu memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain.

Sementara itu Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar turut melahirkan rasa syukur kerana dakwaan tanpa asas terhadap anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir.

"Biar pun ada laporan dibuat terhadap KGT, namun sehingga kini tidak ada pihak polis yang datang membuat siasatan, kemungkinannya dakwaan yang dilemparkan pihak terbabit tidak berasas," katanya di sni.

Menurutnya segala dakwaan tersebut jelas bermesej politik kerana mereka sengaja mengambil kesempatan memburuk-buruk kerajaan negeri dan pemimpinnya di atas isu yang tidak wujud.

Beliau juga berkata, pihaknya tetap meneruskan tindakan saman terhadap akhbar milik Umno iaitu Utusan dan Nik Mahani kerana segala dakwaan yang dilemparkan tidak betul. -Hrkh

Bersih: Majlis Fatwa Kebangsaan Cepat Melatah


Sikap cepat melatah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu perhimpunan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dikesali dan sekaligus merendahkan martabat dan kewibawaan institusi agama itu di mata rakyat.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytihar bahawa pertubuhan Bersih 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang.

Sewaktu membuat penghakiman, hakim Rohana Yusof berkata arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (untuk mengharamkan Bersih) yang dibuat tahun lalu ditolak.

“Pada pandangan saya, keputusan diambil (untuk mengharamkan Bersih) telah dicemari dengan ketidak-rasionalan. Keputusan untuk mengharamkan Bersih dibuat tanpa mengambil kira fakta-fakta yang relevan atau mengambil kira fakta-fakta yang tidak relevan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Prof. Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataannya mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa perhimpunan Bersih Bantah Duduk 3.0 pada 28 April lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur adalah satu perhimpunan haram.

Majlis Fatwa menuduh para peserta Bersih telah mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam sedangkan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.

Keputusan mahkamah itu seolah-olah menampar pipi Majlis Fatwa yang bertindak begitu cepat untuk mengeluarkan hukum atau ‘fatwa’ kononnya apa yang diperjuangkan oleh Bersih adalah bercanggah dengan Islam.

Kenapa tidak pimpin Bersih?

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Majlis Fatwa yang cepat melatah dan mengeluarkan ‘fakwa’ kononnya Bersih adalah satu pertubuhan haram.

“Majlis Fatwa cepat sungguh membuat keputusan (sedangkan perbicaraan masih berjalan ketika itu). Mereka ikut arahan siapa, saya pun tak tahu,” katanya kepada FMT ketika ditemui selepas majlis Tazkirah Ramadhan di Surau Al Ikhwan, Selayang dekat sini malam tadi.

Ujar beliau, “sepatutnya Majlis Fatwa yang terdiri daripada alim ulama’ yang memimpin perhimpunan Bersih. Kenapa Majlis Fatwa tidak pimpin Bersih?

Komen Mohamad Sabu ini seolah-olah berbaur sinis tetapi sebenarnya beliau serius kerana kerja-kerja untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil adalah sebahagian dari syariat dan tuntutan dalam Islam.

Bukankah umat Islam diseru untuk melakukan amal makruf nahi mungkar dan menegakkan kebenaran serta keadilan yang seharusnya menjadi agenda kita sebagai seorang Muslim?

Keputusan Majlis Fatwa yang cepat-cepat mengeluarkan ‘fatwa’ seolah-olah menunjukkan ahli jawatankuasanya dipengaruhi oleh pihak Eksekutif kerana Majlis Fatwa tidak pernah berbincang dengan penganjur perhimpunan Bersih.

Majlis Fatwa membuat keputusan hanya dengan mendengar pandangan sebelah pihak dan ini merupakan satu sikap yang berat sebelah serta bercanggah dengan tuntutan Islam.

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa untuk membuktikan kepada rakyat di negara ini bahawa mereka bebas membuat keputusan, mengeluarkan fatwa dan bebas dari cengkaman parti politik serta pengaruh pihak Eksekutif.

Majlis Fatwa, lain kali jangan cepat melatah! -Zainal Abidin Nor/FMT

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam



Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter
.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.



Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS
.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.


Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.


Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.


Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium
.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit

Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1) Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2) Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3) Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4) Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.


Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam. -Crewfathi

Guan Eng jadikan rai berbuka puasa tugas rutin



(Lim Guan Eng berbuka bersama Mujahid dan Salleh)

PULAU PINANG: Seperti biasa sebagaimana di tahun-tahun sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lepas peluang melangkah mendaki tangga masjid, surau atau pun dewan semata-mata untuk meraikan majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam.

Beliau lazimnya akan datang bersama rombongan dari pejabatnya, wartawan akhbar Cina dan sebahagian Exco Kerajaan Negeri berbangsa Tiounghua tidak segan silu untuk makan bersama kepimpinan parti PAS dan PKR.

Beliau juga kadang-kadang bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) serta masyarakat sekitar dengan duduk bersila, tanpa menggunakan sudu dalam keadaan sentosa dan harmoni.

Beliau mula menghadiri majlis berbuka puasa ketika PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan majlis di Restoran Nasi Kandar Kassim Mustaffa, Seberang Jaya.

Waktu itu Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman menjemput beliau selaku Ketua Menteri untuk merasai bersama kenikmatan Umat Islam menanti saat-saat berbuka.

Ramai kepimpinan PAS berbagai peringkat hadir di hari tersebut.  Ada yang rasa terkejut melihat kesudian Lim Guan Eng untuk pertama kalinya duduk semeja menikmati juadah berbuka.

Itulah kelainan PAS yang tiada dalam parti lain kerana sanggup melebarkan kebaikan Bulan Ramadhan kepada masyarakat bukan Islam sebagai tanda mereka juga layak merasai apa yang Umat Islam laksanakan ketika bulan yang penuh dengan keberkatan ini.


(Di samping berbuka, Guan Eng juga memberikan sumbangan)

Peristiwa di tahun 2008 merupakan sejarah yang sukar dipadam sebab itulah kali pertamanya PAS menjemput seorang Ketua Menteri yang bukan Islam dengan harapan menjadi contoh pada pihak lain atau kepimpinan masyarakat lain agar tidak menyempitkan skop dakwah yang hanya tertumpu pada percakapan semata-mata.

Sebaliknya perbuatan mengajak masyarakat bukan Islam hadir ke majlis berbuka puasa, mendengar tazkiran pendek, mendengar kuliah sempena bulan keagungan Islam dan sebagainya.

Ia adalah satu tugasan yang mungkin dianggap baru selepas fenomena tsunami politik yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang selama ini berketua menterikan bukan Islam.

Semalam sekali lagi, Lim dan rombongan diraikan dalam majlis berbuka puasa oleh PAS Negeri di Restoran D' Pauh Garden, Jalan Permatang Pauh berhadapan dengan Politeknik Permatang Pauh.

Kali ini di bawah kepimpinan Datuk Saleh Man yang meneruskan kelangsungan sikap yang ditunjukkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Permatang Pasir dari tahun 1999 sehingga 2008.

Cara pendekatan Allahyarham ketika itu banyak digali hasil pengalaman perjuangan bersama Allahyarham Ustaz Haji Zabidi Ali, pesuruhjaya PAS sebelum ini.

Selepas daripada menghadiri majlis bersama PAS ketika itu Lim Guan Eng dikatakan kerap dijemput berbuka puasa di serata masjid dan surau.

Yang anehnya, beliau tidak pernah menolak sebaliknya memenuhi undangan berkenaan walaupun ada di kalangan Umno menabur fitnah kerana terlalu dengki ekoran kegagalan mereka melakukan perkara
yang sama terhadap Koh Tsu Koon.

Lim selalu berkata ketika diberikan peluang berucap bahawa beliau rasa seronok berada dalam majlis seumpama ini dan berasa bangga dengan Umat Islam kerana sanggup tidak makan dan minum di siang hari semata-mata kerana menuruti kehendak Islam.

Jika berada dalam majlis sumbangan kepada para Huffaz pula beliau pastinya mengatakan syabas kepada golongan yang boleh menghafal ayat-ayat Al Quran dalam tempuh setahun, dua tahun dan sebagainya.

Hafalan bukan perkara mudah dan sukar dilakukan jika sekiranya mereka tidak minat, mempunyai hati yang bersih dan pemikiran jernih.

Itulah kelainan yang ada pada Ketua Menteri Pulau Pinang yang melancarkan konsep Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) serta menjadikan pemerintahan Omar Abdul Aziz sebagai pedoman yang tidak mengamalkan rasuah, kepentingan diri, penyalah gunaan kuasa dan berhati rakyat. -Hrkh

Siapa Rosmah Boleh Suka-Suka Guna Jet Negara?


Oleh: Tukang Lawan


Betul ke rosmah bini najib guna jet rasmi negara untuk tujuan peribadi??, kalau betul kes berat dah nei, ni dah sama macam penyalahgunaan kuasa. sebab ikut peraturan rosmah tak boleh guna ikut suka.

Kalau Penyalahgunaankuasa, siapa yang salahguna kan kuasa tu?

Dah tentulah najib yang salahguna, rasanya dialah laki kepada rosmah FLOS (first lady of shooping) . rosmah kan belum lagi dilantik sebagai perdana menteri, mana boleh guna jet negara ikut suka hati.

Kalau semua harta negara rosmah nak guna hebatlah dia, dialah agaknya bini perdana menteri paling hebat dalam sejarah abad kini, dari manusia biasa, jadi bini menteri sekarang berlagak macam ""pemansuri"".

Banyak-banyak bini menteri, rosmah la paling hebat bergaya dan kaya , dikatakan oleh ramai orang rosmah itu lebih kaya dari perdana menteri ini negara.

Mungkin rosmah ada projek dan bisnes luar negara, oleh sebab itulah dia jadi kaya, mungkin sebab duit tabung rosmah dah najib banyak guna, kalau begitu terpaksa la benar rosmah guna  apa saja harta negara. walaupun dia tahu rosmah tak boleh guna ikut suka.

Tazkirah Ramadan oleh YAB Menteri Besar Kedah


Ulamak Muda UMNO Memfitnah Ketua Pemuda PAS




Inilah fitnah dan pendustaan melampau dari dia yang bergelar Ulamak Muda UMNO di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Menuduh Ketua Pemuda PAS kononnya "rela" disolekkan oleh jurusolek ASTRO Awani dan memuji Ulamak Muda UMNO Fathul Bari kononnya memilih untuk menyolek diri sendiri kerana khuatir dan bimbang tersetuh dengan wanita.

Kemudian ditambahkan pula dengan rumusan yang meluatkan berbentuk pertanyaan: apa guna perjuangkan Islam anda! hal semudah itu tidak dapat dijaga.renung2kan.

Sedangkan hakikat (kebenaran)nya ialah seperti gambar di bawah ini:



Siapakah di dalam foto di atas yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek itu? Ketua Pemuda PASkah atau Ulamak Muda UMNO, iaitu Fathul Bari namanya?

Firmanullah s.w.t:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya.

Komain lancang mulut mereka bercakap dan tangan mereka menulis fitnah-fitnah demi untuk mempertahankan nyawa parti mereka yang sednag nazak itu.

Dan GB tertanya-tanya: layakkah dia bergelar "ulamak" atau "ustaz" seandainya FITNAHnya begitu jelas dan ketara?
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .