Ikuti Blog ini

Penanti : Konvoi Motorsikal PAS dan KeADILan - UMNO BN Ternganga



Dua tokoh Ketua Pemuda akan dipertemukan dalam program 'minum teh' di padang awam Taman Guar Perahu dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti petang ini.

Majlis anjuran PAS Cawangan Taman berkenaan turut mengadakan konvoi bermotorsikal bersama Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bahagian Permatang Pauh dari Pekan Penanti ke padang tersebut sekitar pukul 5.00 petang.

Harakahdily dimaklumkan, kehadiran Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin membuktikan bahawa kedua-dua parti itu tetap mementingkan perpaduan dalaman daripada mencari keretakan sebagaimana yang diinginkan oleh beberapa orang individu.

Fenomena itu sekali gus melenyapkan desas-desus mengatakan ada perebutan kerusi di Dun N12 Penanti sebagaimana yang dimainkan oleh akhbar arus perdana.

Kegiatan bersama hari ini menimbulkan keyakinan pengundi di Dun Penanti terutamanya ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang mahu melihat kemenangan calonnya, Dr Mansor Othman yang pasti dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang dikosongkan oleh penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin.

Kedua-dua Ketua Pemuda tersebut akan diarak bersama konvoi bermotor sebelum berucap untuk mengembalikan semangat juang sebahagian ahli dan penyokong yang terpedaya dengan hasutan yang tidak bertanggungjawab.

'Boikot pilihan raya kecil Penanti' atau 'jangan bagi kerjasama' akan hilang daripada benak sebahagian ahli dan penyokong PAS apabila mendengar amanah yang akan disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub nanti.

Sebelum ini Harakahdaily yang melakukan tinjauan mendapati tidak timbul soal perebutan kerusi di kalangan petugas di peringkat akar umbi sebagaimana yang diwar-warkan oleh media pro Barisan Nasional (BN) malahan terdapat jalinan kerjasama yang jitu antara kedua-dua jentera parti sejak kedengaran ura-ura perletakan jawatan Fairus lagi.


“Membujur Lalu Melintang Patah” – Presiden PAS Ulangi Amaran

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/bujurlalulintangpatah.jpgMARANG – Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ada batasnya.

Beliau yang berucap dalam majlis penerangan berkaitan isu Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di masjid Rusila, dekat sini, semalam, mengulangi amaran yang beliau keluarkan dalam sidang media di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, pada 8 Mei, Jumaat lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pegajaran dan pembelajaran sains dan matematik membawa kepada kehancuran bangsa.

“Ini menipu, menipu bangsa sendiri, pejuang-pejuang bahasa dan sasterawan negara menentang dan sanggup menyerahkan semula gelaran (sasterawan negara),

“kerana menghancurkan bahasa dia sendiri, bahasa jiwa bangsa, bangsa yang menghilangkan bahasanya (adalah) bangsa yang tidak ada jiwa,”ujarnya.

Katanya apabila sesuatu bangsa itu tidak ada jiwa, ia akan mengikut telunjuk dan kehendak orang lain.

“Kita mempunyai satu tanggungjawab dan kewajipan yang besar, apa yang berlaku di (negeri) Perak ini menjadi pengajaran, UMNO ini tidak ada adab, tidak ada akhlak, dan tidak ada,

“kelmarin orang surat khabar tanya saya, supaya saya buat ulasan dan jawapan berhubung apa yang berlaku di Perak, saya buat, saya menyatakan bahawa PAS boleh sabar,

“tetapi sabar PAS ada sempadan,ada batas!”jelasnya.

Katanya PAS tidak akan tunduk kepada penipuan-penipuan UMNO dan Barisan Nasional oleh itu, beliau meminta semua ahli PAS menunggu arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan.

Justeru, katanya PAS adalah parti yang berlandaskan Islam yang akan memimpin rakyat dengan Islam.

“Kita (PAS) bangkit diatas nama Islam, dan PAS akan memimpin rakyat dengan Islam, kalau PAS pimpin rakyat dengan Islam,

“kita akan lalu, “membujur lalu melintang patah”, akan tiba masanya,”tegasnya.

Katanya PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri

.




SMS ugutan: Dr Ramzi diberi tiga hari hubungi polis



KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu memberi tempoh tiga hari mulai semalam kepada Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (gambar), bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh, untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penghantaran SMS berbentuk ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Terengganu bulan lepas.


Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC II Hamzah Mohd Jamil, berkata jika Ahmad Ramzi gagal berbuat demikian, polis akan mendapatkan waran tangkap terhadap beliau.


Beliau memberitahu pemberita di sini semalam bahawa polis telah cuba mengesan Ahmad Ramzi, yang juga bekas calon BN bagi kerusi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lepas, di kediaman beliau di sini dan Kuala Lumpur tetapi gagal.


Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 096246222.


Pada 13 April lepas, Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid; Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh dan Adun Paka, Zakaria Abdullah, menerima SMS berbentuk ancaman terhadap keselamatan mereka.


Itu menyebabkan ketiga-tiganya bersama tujuh lagi ADUN daripada BN enggan hadir pada hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri keesokan harinya.


Polis yang menyiasat kes berkenaan telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu.


Lelaki itu dibebaskan setelah ditahan reman selama tujuh hari.


Mengulas lanjut, Hamzah berkata setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhubung kes itu dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.


"Kita mengalukan kerjasama daripada keluarga Dr Ramzi untuk menasihatkan beliau supaya tampil bagi mempercepatkan siasatan berhubung kes tersebut," katanya. BERNAMA

Inilah Penderhaka Yang Sebenar Terhadap Sultan Perak



penderhaka yang sebenar

Penderhakaan Dan Penghinaan Terhadap Sultan Perak



Mereka buang speaker yang sah tanpa mengikut undang-undang dan perlembagaan Negeri Perak kamudian mereka melantik seorang Speaker Haram Yang Baru tanpa Angkat Sumpah Dan Perkenan dari Tuanku Sultan… Sedangkan Mengikut Undang-Undang Speaker itu mestilah Mengangkat Sumpah Terlebih dahulu dihadapan Tuanku Sultan


Jelaslah Sekarang Siapakah Sebenarnya Yang Menderhaka Kepada Tuanku Sultan Perak….


Mereka yang gilakan kuasa inilah sebenarnya yang menderhaka Kepada Sultan




Gambar aksi ADUN Jelapang menyembur mata terhadap ADUN Aulong

DS Nizar terus popular di kalangan rakyat.




Di mesjid Jalan Dairy siang tadi, MB Perak yang sah, DS Nizar sembahyang Jumaat kat situ. Saya siap bawa kamera sebab dimaklumkan tentangnya. Saya memang berjumaat disitu sebab rasa lebih tenteram dan khusyuk.

Saya nak tahu sangat bagaimana reaksi rakyat disini terhadap Nizar yang dituduh dengan bermacam-macam penghinaan oleh puak-puak Umno/BN.

Saya terharu diatas penerimaan masyarakat dari pelbagai lapisan tidak kira tua dan muda, berbaris, berkerumun untuk bersalaman dengan DS Nizar. Ada yang mengambil kesempatan tersebut untuk bergambar dengannya.

Yang paling menarik bagi saya ialah sambutan anak-anak yang masih bersekolah rendah pun tahu menghormati DS Nizari. Mereka kenal Nizar walaupun di sekolah mereka tidak ada gambar Nizar dibenarkan untuk digantung dibilik-bilik darjah.

Agak-agaknya beranikah Zabry datang ke masjid ini minggu depan untuk melihat sejauh mana popularitinya di kalangan rakyat di sini. Lihatlah gambar-gambar berikut:



TOK GURU MEREKA YAHUDI


Assalamualaikum,

Dalam tahun 2005, tentera Israel menggunakan taktik heret dan angkut untuk memindahkan penduduk mereka dari Gaza.


Rupanya UMNO/BN berguru dengan Yahudi kerana mereka menggunakan taktik yang sama untuk megheret paksa Sivakumar dari meja speaker ke satu lokasi lain.

Perhatikan yang melakukan heret paksa itu sama macam tentera dalam gambar atas.

Mohd Sabu, Prof Dr Aziz Bari, Mustafa Kamil dan Ragunath pada Forum "Matinya Demokrasi di Perak" di Taman Melewar 9 Mei




NAIB Presiden PAS, Mohd Sabu bersama tiga panelis lain akan menyertai Forum "Matinya Demokrasi di Perak" yang akan diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar pada Sabtu 9 Mei ini, jam 9.30 malam ini.

Ahli panel lain termasuklah Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub, pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kasevan. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh akan bertindak sebagai moderator pada majlis tersebut.

Demikian dimaklumkan Yang Dipertua PAS Bukit Bintang, Radhi Hashim. Katanya, program anjuran PAS Bukit Bintang ini bertujuan untuk menjelas atau mendebatkan kemelut yang melanda Perak sejak empat bulan lalu dan ia termasuk isu terkini, sidang Dun 7 Mei yang mungkin akan mencacat sejarah dalam demokrasi tanah air disamping pelbagai saman yang masih terlekat di mahkamah.

Beliau menyeru orang ramai hadir bagi mengikuti program yang julung kali diadakan di Markaz PAS Taman Melewar ini.












Yang zalim akan tetap menghadapi padahnya – V Sivakumar



Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali yang kedua di Perak. Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini akan mendapat balasan yang sewajarnya - Speaker sah Kerajaan Perak

Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali yang kedua di Perak. Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini akan mendapat balasan yang sewajarnya - Speaker sah Kerajaan Perak


Yang bersalah akan tetap dihakimi dalam Mahkamah Tuhan. Yang zalim akan tetap akan menghadapi padahnya… – V Sivakumar



Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang memberi semangat kepada saya. Dorongan dan petunjuk daripada kalian semua amat saya hargai sepanjang hayat saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN-ADUN Perak yang berjuang bersama-sama saya dalam mempertahankan sistem demokrasi di negeri yang tercinta. Saya cukup bangga dengan semangat dan keberanian mereka dalam menghadapi situasi yang genting pada 7 Mei 2009. Syabas dan taniah!


Puak-puak yang merancang konspirasi untuk merampas kuasa speaker secara fizikal harus berasa malu. Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali yang kedua di Perak. Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini akan mendapat balasan yang sewajarnya. Saya percaya yang benar akan tetap menang tidak lama lagi.


Tuhan memerhatikan segala-galanya yang sedang berlaku di bumi Perak ini. Yang bersalah akan tetap dihakimi dalam Mahkamah Tuhan. Yang zalim akan tetap akan menghadapi padahnya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang besama-sama dengan kami. HIDUP RAKYAT!


Hidup Mengkianati Rakyat Adalah Serupa Mati
Mati Membela Rakyat Adalah Serupa Hidup


YB.V.Sivakumar



100 Orang Ditahan Di Bulan Pertama Najib Altantuya Sebagai PM



Polis setakat ini menahan kira-kira 100 orang, termasuk peguam dan ahli pembangkang semalam dalam gerakan besar-besaran terhadap pihak yang membantah apa yang disifatkan sebagai pencabulan demokrasi di Perak.

Hampir 70 orang ditahan di Ipoh manakala 10 lagi di Kucing Sarawak. 5 peguam ditahan di Kuala Lumpur semenatara seorang aktivis di Pulau Pinang. Diantara yang ditahan termasuklah beberapa ahli parlimen pembangkang seperti Salehuddin Ayub, Mujahid Yusof Rawa, Zuraida kamaruddin dan Tian Chua.

Aktivis berkenaan Ng Ng Kiat dari dari Suara Rakyat Malaysia ditahan kerana terbabit di dalam satu perhimpunan aman di Georgetown. Kira-kira 100 orang di sini membantah tindakan Barisan Nasional menggunakan polis untuk mengheret keluar Speaker V.Sivakumar dari dewan undangan negeri Perak.

Di Kuala Lumpur kira-kira 200 peguam berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebagai membantah penahanan rakan mereka malam tadi. Lima peguam itu antara 20 yang ditahan dalam perhimpunan kecil menyalakan lilin bagi menyokong Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), yang direman di balai tersebut sejak kelmarin.






Di Malaysia sahaja polis masuk dewan mengganas




DiMalaysia Sahaja Polis Menceroboh Dan Mengganas Dalam Sidang DUN



Di negara-negara lain kekecohan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah perkara biasa di antara wakil-wakil rakyat. Mereka bertumbuk, bergasak dan tolak menolak sesama sendiri apabila isu yang diperdebatkan semakin hangat.


Yang tidak biasanya hanya berlaku di negara Satu Malaysia di mana wakil rakyat (Barisan Nasional) boleh membawa masuk anggota polis (SB) untuk membelasah wakil-wakil rakyat pihak lawan dan mengheret Speaker. Semua ini dilakukan atas landasan “demokrasi” yang diagung-agungkan BN. Lihat, banding dan fikir-fikirlah sebagai rakyat Malaysia yang bebas dan bermaruah.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .