Ikuti Blog ini

TUANKU SULTAN KEDAH di Kompleks PAS Jalan Langgar, Pokok Sena.

TUANKU SULTAN BERANGKAT KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAK ADUN BUKIT PINANG



POKOK SENA - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Sultanah Haminah Hamidun telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Adun Bukit Pinang, Dato’ Haji Md Rohsidi Osman.

Majlis perkahwinan anak perempuan Adun Bukit Pinang itu dilangsungkan dengan meriah di Kompleks PAS Jalan Langgar, Pokok Sena.










Unity Goverment bukan bermaksud Pas sertai BN, bukan untuk Melayu sahaja

Begitu gelojoh pimpinan BN dan ramai pihak membuat ulasan terhadap buah pikiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai Unity Goverment (Kerajaan Perpaduan) sejak dua tiga hari ini. Jelas apa yang mereka fikirkan jauh menyimpang dari hasrat asal Presiden Pas.

Hasrat sebenar Presiden Pas

Idea ini bangkit setelah Presiden melihat politik negara yang kian kalut dan ekonomi negara kian serabut dibawah pentadbiran Kerajaan BN yang kini tidak mendapat sokongan 2/3 rakyat Malaysia.

Melihat kepada timbulnya pelbagai isu dan masalah lantaran ketamakkan sesetengah pihak untuk terus berkuasa dan sebahagian lagi berusaha menjadi Kerajaan dalam cara pemikiran mereka, akhirnya membawa timbul suatu keinginan di hati Presiden Pas untuk memberikan jalan tengah untuk rakyat mendapat khidmat yang terbaik.

Percaturan politik yang mengkucar kacirkan negara dikhuatiri meninggalkan kesan yang panjang terhadap struktur ekonomi dan sosial negara. Kerajaan BN yang memerintah juga dilihat bertindak berdasarkan keperluan mereka bukannya keperluan keseluruhan rakyat. Pembangkang pula seolah-olah dinafikan idea-idea mereka dan ini membuka ruang yang luas untuk percakaran hebat peringkat kepimpinan negara dan akar umbi keseluruhannya.

Atas prinsip menjaga kepentingan rakyat, Presiden Pas menawarkan idea Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang (Pembangkang tetap wujud tetapi sebagai kumpulan yang bekerja dalam membantu mencipta dasar yang lebih baik) dimana idea ini mengemukakan pandangan berat untuk difikirkan semua.

Ianya untuk kebaikkan seluruh rakyat dan negara, bukan untuk Melayu sahaja!

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi merumuskan pandangan Presiden Pas ini sebagai satu alternatif untuk mengabungkan kembali rakyat dibawah satu tadbir urus yang disiplinnya menumpukan kepada soal kebersamaan memperbaiki ekonomi negara dan mempertahankan semangat perpaduan seluruh rakyat.

Idea besar ini harus dilihat sebagai satu peluang ‘gencatan senjata’ yang mana tiada siapa yang harus dikorbankan melainkan kepentingan parti atau individu sahaja. Ia membawa semua pemimpin dan rakyat berfikir atas dasar unity bukannya individualistik.

Pas mahu Kerajaan Perpaduan ini menguruskan isu-isu dan kepentingan semua kaum dan tidak tertumpu pada kaum tertentu seperti Melayu sahaja. Pas melihat semua rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan fahaman politik berhak untuk menerima layanan yang adil (bukan ditafsir sebagai sama rata).

Kerajaan Perpaduan bukan bererti Pas sertai BN

Pas bukannya menawar diri untuk sertai BN atau bergabung dengan Umno untuk perkukuhkan Melayu. Pandangan itu jauh meleset dari apa yang dibawa oleh Presiden Pas.

Pemikiran Presiden Pas tetap bersama dengan apa yang diingini oleh Musyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu menolak gagasan Kerajaan Campuran yang berlandaskan sistem politik satu Parti yang bergabung dibawah BN sahaja.

Apa yang mahu diutarakan adalah kesatuan pentadbiran dibawah urustadbir pelbagai parti yang memerintah dimana kumpulan pembangkang diberikan ruang yang secukupnya untuk menyertai urustadbir negeri dan negara berdasarkan keperluan tertentu.

Ini bermakna, BN kekal dengan komponennya, Pakatan kekal dengan komponennya. Apa yang harus diperbaiki adalah senarai urustadbir Kerajaan dan juga struktur hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Ianya Penyelesaian kepada masalah urustadbir negara

Hari ini kita melihat Kerajaan Persekutuan mempergunakan kuasa Persekutuan mereka untuk menafikan hak Kerajaan negeri memerintah dengan menyalurkan bantuan Persekutuan kepada Jabatan Kerajaan Persekutuan yang diwujudkan disemua negeri yang di perintah Pakatan. Tindakan ini menyebabkan Kerajaan Negeri yang diperintah Pakatan tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya.

Ini sekaligus meningkatkan perbelanjaan Kerajaan diperingkat negeri dan negara sekaligusnya menjadikan dana negara sebagai modal percaturan politik bukannya dana untuk membantu rakyat.

Selain itu dalam isu-isu melibatkan soal tanah, balak dan air juga sering wujud perbezaan tindakan lantaran pengaruh kepentingan ideologi politik. Kerajaan Pas di Kedah baru-baru ini mengancam menebang balak dikawasan hutan simpan tadahan air sebagai reaksi terdesak untuk mendapatkan dana menguruskan negeri setelah Kerajaan Persekutuan menafikan hak Kerajaan Kedah menerima bantuan kewangan dan royalti.

Selangor pula berebut dengan Persekutuan dalam soal menguruskan air negeri. Manakala beberapa projek mega di Pulau Pinang menjadi bahan perdebatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Projek ECER di Kelantan juga menjadi persoalan di mana Kerajaan Negeri tidak dijemput secara serius untuk menyertainya.

Selain itu, salah urustadbir diperingkat Persekutuan dan negeri juga sukar dibendung hingga menyebabkan gejala rasuah berleluasa kerana tiadanya check & balance peringkat akar umbi pentadbiran. Isu-isu salahguna kuasa hanya dapat dibangkitkan diperingkat Parlimen dan ini mengambil masa yang panjang sedangan dana-dana negara setiap hari dirompak oleh mereka yang korup.

Oleh itu dengan penyertaan anggota Pakatan dalam organisasi atau urustadbir Kerajaan maka usaha check & balance itu boleh dilakukan diperingkat dasar tanpa perlu dibawa ke peringkat Parlimen.

Dalam erti kata lain anggota Pakatan diberikan ruang untuk membantu menyelesaikan masalah dari dalam pentadbiran bukannya menjadikan sebagai isu politik tanpa cadangan penyelesaian.

Disamping itu pakar-pakar dari pakatan juga boleh dijemput bagi menganggotai kumpulan pengurusan atau pakar yang lain bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu ekonomi dan masalah lain. Ini bermakna, mereka bukan sekadar dipanggil memberikan pandangan melalui forum atau diskusi, mereka boleh dipanggil untuk bermesyuarat dan membantu mencipta dasar.

Selalunya kita melihat budget dibentang berdasarkan idea pemimpin BN dan kemudiannya pemimpin pakatan keluarkan cadangan budget mereka sebagai alternatif.

Kedua-duanya mempuanyai idea, tapi idea Pakatan tidak digunakan kerana BN bertegas dengan idea budget mereka tanpa berunding secara ekonomik bersama pimpinan Pakatan. Ini sekaligus memperlihatkan bahawa adanya tanda keegoan dan pergeseran pandangan ekonomi atas kepentingan politik disitu.

Rakyat keseluruhannya mahu melihat idea positif Pakatan dan BN digabungkan dalam membentuk dasar-dasar dan budget negara.

Dimana kedudukan Pakatan, BN

Ramai yang salah faham dengan idea Unity Goverment atau Kerajaan perpaduan ini dimana mereka secara mudah melihat Pas akan masuk Umno atau Pakatan perlu bersatu dibawah BN.

Sekali lagi ditegaskan bahawa itu tidak akan terjadi kerana prinsip Kerajaan Campuran, Kerajaan Perpaduan dan pelbagai jenis Kerajaan Gabungan masih boleh dibentuk tanpa adanya pengabung parti atau kumpulan parti yang besar.

Matlamat yang diutarakan oleh Presiden Pas adalah menyatukan pentadbiran negara tanpa adanya prasangka dan tindas menindas, dimana Kerajaan Pakatan boleh tadbir negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan BN dengan aman dan sebaliknya Kerajaan Persekutuan boleh laksanakan dasar Persekutuan dengan sokongan Kerajaan Negeri Pakatan.

Sekiranya ada masalah atau pandangan, ianya boleh disalurkan terus melalui agensi berkaitan di mana wakil-wakil Pakatan dan BN diberikan peluang untuk menyertai agensi Kerajaan sebagai kumpulan check & balance atau think tank.

Apa yang berlaku sekarang, anggota atau pemimpin Pakatan berada diluar pentadbiran Kerajaan dan cadangannya mereka hanya didengar di Parlimen. Oleh itu lebih baik mereka dipanggil sertai pentadbiran Kerajaan dan sama-sama turun tangan memberikan sumbangan terus untuk negara dan rakyat walaupun berbeza parti.

Kita melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor sebagai contoh dimana pemimpin Gerakan-BN diberikan ruang sertai Kerajaan bagi membantu meningkatkan ekonomi dan melancarkan pengurusan negeri.

Di situ wujud kebersamaan hasrat walaupun mempunyai kepentingan politik yang berbeza.

Pakatan dan BN tetap berjalan dilandasan politik masing-masing tetapi menjadikan hasrat memberikan khidmat terbaik dan menjaga kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Dalam hal ini kedua-dua pihak dapat menyampaikan mesej mereka secara adil kepada rakyat sekaligus memberikan kebaikan pada semua tanpa menjadikan rakyat sebagai korban perang politik!

Presiden Pas punyai pandangan yang lebih besar

Apa yang saya tulis disini adalah pandangan serpihan yang kecil jika hendak dibandingkan dengan gagasan pemikiran Presiden. Dan saya yakin Presiden mahu melihat negara ini diurus dengan lebih adil dan harmoni, bukannya atas kepentingan politik sahaja.

Matlamat setiap ahli politik adalah untuk memberikan khidmat yang terbaik pada rakyatnya bukan untuk mendapatkan khidmat terbaik untuk dirinya dari rakyatnya. Oleh itu disana ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan.

Gagasan Presiden Pas ini wajar direnung dan dikembangkan serta tidak dikongkong dengan pandang sempit ke arah penyatuan BN dan Pakatan atau Pas dan umno sahaja!

Fikirlah untuk rakyat, bukannya untuk kepentingan diri dan nafsu politik sahaja. Politik yang didasari dengan iman akan menjadikan tuhan sebagai sembahan dan rakyat tempat untuk berkhidmat.

3 pemimpin pembangkang 'pulau' jawatankuasa siasat pergaduhan di Parlimen

KUALA LUMPUR Tiga wakil pembangkang dalam jawatankuasa siasatan, yang dibentuk untuk menyiasat insiden pergaduan di bangunan Parlimen berhubung isu Karpal Singh tiga minggu lalu, hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada menganggotai badan itu.

Mereka ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasa dan Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar.


Ketiga-tiga mereka dilantik minggu lalu.


Keputusan itu diumumkan tidak sampai dua jam selepas Karpal yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP dan menjadi tumpuan insiden tersebut, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini berhubung tuduhan mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan terhadap Sultan Perak.


Minggu lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, jawatankuasa khas itu yang menyiasat kes pergaduhan Pemuda Umno Selangor yang didakwa mengancam keselamatan Karpal sudah mengenal pasti saksi dan dalang yang mencetuskan kejadian tersebut.


Jawatankuasa itu turut dianggotai Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan Datuk Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).


Pada 26 Februari lalu, Pandikar mengumumkan penubuhan jawatankuasa khusus bagi menyiasat tuduhan Karpal berikutan tindakan sekumpulan 15 ahli Pemuda Umno Selangor yang menghalang Pengerusi DAP itu memasuki bangunan Parlimen.


Mereka menuntut Karpal memohon maaf kerana mendakwa Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya dan menggunakan perkataan 'celaka' terhadap mereka ketika berucap dalam Dewan Rakyat .


Kejadian mengakibatkan suasana tegang selama kira-kira 15 minit apabila berlaku cabar mencabar dan tolak menolak antara ahli Pemuda Umno dengan beberapa Ahli Parlimen daripada DAP termasuk anak Karpal, Gobind Singh Deo dari Puchong.


Selain itu, Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) dan R Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) mendakwa dikasari kumpulan Pemuda Umno itu apabila cuba membantu Karpal.




Padanlah air di Selangor mahal

Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.

Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.


"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.


"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.


Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin (KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.


"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...


Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.


"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah.




BILA ORANG PAKLAH DICANTAS...

Pencabar terkuat Muhyiddin Yassin, Mohd Ali Rustam berjaya dihalang daripada bertanding. Saingan kepada Mukhriz pula, Khairy sudah dibusukkan namanya!

Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Displin UMNO hari ini ibarat mengudungkan kaki dan tangan Mohd Ali dan Khairy. Mereka kini ibarat si cacat yang hanya menunggu masa untuk dilemparkan ke tepi jalan. Bila Najib menjadi orang nombor 1 di negara ini, karier politik mereka sudah pasti akan dikuburkan.

Apa yang berlaku hari ini bukan kebetulan semata. Ianya sudah dirancang dengan rapi untuk memastikan orang Mahathir kembali berkuasa dalam UMNO. Hasil daripada keputusan hari ini, Muhyiddin dan Mukhriz sudah boleh senyum hingga ke telinga. Mereka tidak perlu gunakan wang untuk menang. Nampaknya, mereka sudah menemui kaedah baru.

Tulisan Tun Mahathir diblognya sejak kebelakangan ini jelas cuba mempengaruhi pembacanya agar bencikan tindakan flip dan flop Abdullah Badawi. Kes kenaikan harga tol dijadikan asas untuk mengukuhkan hujah beliau. Selepas itu, Tun menulis tentang peri pentingnya Najib memilih orang yang bersih sahaja untuk membantu Najib.

Dan kini, rakyat sudah tahu. Mereka yang ‘bersih’ pada pandangan Tun adalah mereka yang berada dalam kem Tun/Najib dan mereka yang ‘kotor’ adalah mereka yang berada dalam kem Abdullah Badawi. Persoalannya kini, benarkah Najib, Muhyiddin, Mat Taib, Mukhriz, Rafidah yang berada dalam kem Tun benar-benar bersih daripada segala amalan salahlaku atau politik wang?

Drama politik UMNO yang berlaku hari ini tidak akan tamat di sini sahaja. Kem Abdullah Badawi pasti akan bertindakbalas. Saya tidak terperanjat jika Abdullah Badawi memilih untuk mengadakan pilihanraya umum daripada membiarkan Tun Mahathir terus berkuasa di bumi Malaysia melalui Najib dan sekutunya.

Jika itu kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia yang kian berpanjangan, tiada salahnya jika Abdullah Badawi bertindak menggagalkan peralihan kuasa minggu hadapan dengan membiarkan rakyat jelata menyelesaikan kemelut ini melalui peti undi.

Mungkinkah Abdullah Badawi punya idea lain? Sama-sama kita tunggu episod seterusnya.


Ali Rustam, Khairy didesak letak jawatan wakil rakyat, ketua menteri

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta semua jawatan mereka dalam kerajaan.


Dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Ali Rustam dan Khairy didapati bersalah kerana terlibat dengan politik wang bagi tujuan merebut jawatan sempena Perhimpunan Agung Pemilihan Umno tahun ini.



Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan dan Khairy pula hanya diberikan amaran dan masih boleh bertanding.


Walaupun ianya hanya melibatkan perwakilan Umno dan dalam organisasi Umno, mereka wajib letak jawatan dan melepaskan semua jawatan yang disandang sekarang dalam Kerajaan.


Ini selaras dengan tindakan Tan Sri Mohd Isa Samad yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.


Politik wang adalah bahasa yang digunakan dalam Umno tapi rakyat secara keseluruhannya melihatnya sebagai rasuah. Walaupun ia dilakukan sesama ahli Umno tetapi ia juga tertakluk di bawah undang-undang negara kerana dilakukan dalam negara ini dan sekaligus menunjukan perlakuan jenayah yang wajib dibanteras.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak dan mendakwa mereka dimahkamah kerana perbuatan mereka itu adalah satu jenayah.


Umno mempunyai Lembaga Disiplin untuk menghukum dan mendidik ahlinya, tapi mereka juga perlu patuh pada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan dan Peraturan Disiplin Umno. Selagi perbuatan itu dianggap jenayah maka tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan di bawah kuasa SPRM wajib dilaksanakan.


SPRM tidak boleh menutup mata dan melihat itu sebagai isu dalaman Umno kerana rasuah tetap rasuah walaupun ia dilakukan sesama ahli parti sama seperti apa yang dilakukan oleh SPRM dalam pendakwaan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Dato' Norza Zakaria yang dituduh terlibat politik wang.


Kami juga melihat bahawa tindakan mereka itu tidak sesuai dengan taraf mereka sebagai wakil rakyat dan pemimpin dalam kerajaan kerana jenayah itu dilakukan ketika mereka memegang amanah rakyat.


Jika dalam pemilihan parti pun mereka boleh berlaku curang dan tidak amanah, apakah jaminan bahawa mereka boleh menunaikan amanah rakyat melalui jawatan yang disandang sekarang tanpa sebarang penyelewengan.


Oleh itu mereka wajib meletakkan semua jawatan yang disandang untuk memberikan laluan buat rakyat memilih pemimpin yang lebih bersih dari mereka.


Kami bertegas untuk mendesak mereka letak jawatan. Sekiranya mereka enggan, Perdana Menteri wajib memecat mereka bagi menjaga nama baik kepimpinan negara ini.




"Undilah siapa saja tapi jangan undi UMNO" kata Sasterawan Negara.......

Sasterawan Negara,A Samad Said membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu. “Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno,” ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

Dato’ A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

“Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris,” tegas A Samad.

“Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris,” ujar pejuang bahasa itu lagi.

“Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu?. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris,” kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, “Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur”.

“Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, belia turut menegaskab bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

“Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,” katanya lagi.

A Samad Said menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program “Kembara Kasih bahasa”.

“Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya.

“Saya bersedia kembali ke negeri Kedah ini dengan syarat anda semua bekerja untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang sombong,” ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.



PRK P.059 Bukit Gantang – PAS Perak Ucap Terima Kasih

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/pcpelancarankelabpenyokong.jpg

Taiping
– Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Hj Ahmad Awang mengucapkan terima kasih kepada PAS Terengganu yang menjadi jentera sokongan penting menjayakan majlis bersejarah, Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS.


Jentera PAS dari Kemaman dan Kuala Terengganu yang bertugas di Peti Undi Pengkalan Aur, disini, telah menyumbangkan tenaga dan kewangan kepada majlis tersebut.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, Hj Hanafiah Ramly berkata demikian kepada Buletinonline selepas majlis tersebut disini kelmarin.

Sebelum itu, Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaludin merakamkan penghargaan yang sama kepada PAS Terengganu.

“Jadi saya mengajak seluruh yang hadiri disini untuk menolak UMNO dan memenangkan Pakatan Rakyat,

“dan terima kasih kepada PAS Terengganu yang telah memberi sumbangan (untuk majlis ini) dan telah berkampung disini,”kata Nizar dalam ucapannya ketika merasmikan majlis tersebut.

Kontingen PAS Kemaman diketuai oleh Yang DiPertua Kawasan Hj Ismail Harun turun bersama 18 ahli terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Kawasan dan DUN turut membantu menyediakan jamuan kepada lebih 800 orang yang hadir.

Manakala PAS Kuala Terengganu diketuai oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terenganu Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah .

Wan Shukairi berkata beliau turut membantu jentera penerangan PRK Bukit Gantang berucap dalam satu majlis berasingan.

“Selain itu, satu mesyuarat penyelarasan bersama PAS Johor akan diadakan untuk menyelaraskan gerakkerja kempen dalam Unit Peti Undi Pengkalan Aur,”katanya yang ditemui dimajlis tersebut.

Ustaz Hj Ahmad Awang yang juga Naib Presiden PAS berkata beliau yakin Pakatan Rakyat yang diwakili PAS akan memenangi piliharaya Kecil itu yang akan diadakan pada 7 April depan.

Beliau berkata demikian setelah melihat sokongan pengundi bukan Melayu yang ditunjukkan oleh mereka dalam majlis itu.

Katanya walaupun terdapat tekanan dan ugutan kepada pengundi India dan Cina oleh UMNO/BN namun menurutnya keadaan di Bukit Gantang berbeza dengan Kuala Terengganu.

“Ini Bukit Gantang bukan bandar macam Kuala Terengganu, kebanyakkan orang-orang (bukan Melayu) kebanyakkanya bukan peniaga, mereka pekebun kecil, nelayan dan petani.”katanya

Beliau turut yakin pengundi luar dikalangan bukan Melayu akan pulang melaksanakan tanggungjawab untuk membuang undi.

Turut Hadir dalam majlis Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr’ Lo Lo’ Ghazali, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Hu Pang Chow dan Bekas Ketua Muslimat PAS Ustazah Jamilah

Lihat Video Klip




Terbongkar: Penangan Ajaran Islam Al-Hadhari, Akhirnya Anak Menteri UMNO Nazri Aziz Sendiri Yang Semakin Hanyut Serta Tidak Sedarkan Diri

KUALA LUMPUR - Sungguh memalukan, berita paling menggemparkan telah terbongkar kini. Nampaknya pemimpin UMNO yang kononnya berjuang untuk mempertahankan Islam dan orang Melayu di negara ini "cakap tak serupa bikin". Sebelum ini kita digemparkan dengan foto-foto anak Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak yang begitu "sosial" tanpa melambangkan seorang Islam langsung. Banyak gambar yang dipaparkan di internet memaparkan anak kepada bakal Perdana Menteri itu berpelukan dengan gadis-gadis "mat salleh" dalam keadaan seksi dan mengiurkan di luar negara.

Berita itu telah tersebar luas sebelum ini. Namun, kini satu lagi pembongkaran telah dibuat dan lebih "menyedihkan" kali ini. Ia melibatkan paparan tentang kelibat anak kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Apakah ini yang rakyat mahu saksikan sebenarnya?


Memalukan, apakah ini budaya Islam Hadhari yang ingin dibawa?

Aksi ghairah anak seorang menteri UMNO di negara Islam Hadhari
Ternyata, anak kepada Nazri Aziz ini langsung tidak melambangkan imej seorang pengamal Islam Hadhari sebenarnya. Paparan yang dibuat jelas sekali melambangkan betapa rosaknya akidah anak menteri terbabit.

Sedangkan dalam masa yang sama ayahandanya begitu lantang bersuara di parlimen untuk mempertikaikan berbagai isu yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat. Maka itu dibawah ini kami paparkan beberapa paparan ngeri untuk dinilai sendiri oleh para pembaca budiman. Apakah layak mereka ini digelar pemimpin Islam Hadhari jika anak-anak sendiri gagal dibentuk dengan acuan Islam itu sendiri.

Jelas sekali anak-anak mereka telah "rosak akhlak" dan terdedah benar dengan "sistem sekular" yang jelas bertentangan dengan adat-adat ketimuran dan konsep Islam Hadhari yang sering mereka laung-laungkan selama ini.

[Dengan bukti-bukti yang dipaparkan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada kita bahawa ajaran Islam Hadhari ternyata gagal membentuk akidah dan akhlak generasi muda hari ini. Jika inilah cara kehidupan anak para menteri Islam Hadhari itu sendiri, maka apakah kita yakin yang ibubapa mereka boleh memimpin rakyat ke jalan keredhaan dan ketakwaan Allah SWT agaknya. Justeru itulah, sebelum membuat keputusan untuk memilih pemimpin yang akan memimpin kita sila pastikan dulu apakah mereka berjaya memimpin keluarga mereka sendiri?.

Jika isteri dan anak-anak tidak menutup aurat dan terlibat dengan gejala sosial yang cukup parah seperti ini maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolak mereka sebagai pemimpin kita. Jika tidak, sudah pasti segala dosa dan noda turut akan terpalit kepada diri kita di kemudian hari nanti. Buat rakyat Bukit Gantang, sila fikir-fikirkanlah. Lagi
foto klik sini].


Sejarah Dulu Dan Gambar Kini


Hari ni kita belajar balik sejarah Perjanjian Hudaibiah...

Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah Rasulullah SAW berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji bersama 1400 orang sahabat setelah beberapa tahun dihalang oleh musyrikin Mekah. Ketika itu Islam yang berpusat di Madinah telah berkembang pesat. Tujuan rombongan itu juga ialah untuk menguji sikap kaum Quraisy yang sangat kuat menghalang dakwah Islam sejak 19 tahun sebelum itu.

Rombongan Rasulullah tidak membawa senjata peperangan. Hanya senjata biasa untuk tujuan perjalanan sahaja yang dibawa bersama. Mereka mengisytiharkan kepada umum bahawa tujuan rombongan itu bukan untuk berperang.

Ketika sampai di 'Asfan, rombongan Rasulullah mendapat maklumat bahawa musyrikin Mekah mahu menghalang rombongan itu hatta dengan cara kekerasan sekali pun. Musyrikin Mekah bersedia dengan pasukan tentera berkuda seramai 200 orang yang diketuai oleh Khalid bin Al-Walid. Pasukan itu menunggu di jalan masuk utama menuju kota Mekah.

Rasulullah SAW menukar laluan supaya tidak terserempak dengan pasukan musyrikin, untuk membuktikan tujuan kunjungan itu bukan untuk berperang. Rombongan itu berhenti rehat di Hudaibiah.

Beberapa perundingan antara wakil rombongan muslimin dan wakil musyrikin Mekah gagal mencapai persefahaman. Kemudian, pasukan 80 orang pemuda musyrikin Mekah menyerang rombongan muslimin di tempat perkhemahan mereka pada waktu malam tetapi berjaya ditewaskan oleh pasukan pengawal muslimin.

Selepas itu Rasulullah SAW mengutus 'Uthman bin 'Affan berunding dengan musyrikin Mekah. Oleh kerana terlalu lama menunggu kepulangan 'Uthman, timbul kebimbangan di kalangan muslimin tentang nasib 'Uthman sehingga tersebar berita kononnya dia telah dibunuh. Apabila berita itu sampai kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda "kita tidak akan pulang ke Madinah sebelum selesai memerangi mereka (musyrikin Mekah)".

Kemudian Rasulullah mengumpulkan para sahabat untuk berbai'ah tidak akan berundur dari medan peperangan yang bakal berlaku. Di ketika itu muncul 'Uthman bin 'Affan lantas dia juga turut berbai'ah bersama-sama dengan muslimin yang lain.

Peristiwa itu berlangsung di bawah sepohon kayu yang rendang pada bulan Mac 628 Masehi.

Bersempena dengan peristiwa bai'ah taat setia dan sepakat untuk menentang kejahatan dan ketidak adilan musyrikin Mekah yang berlangsung di bawah sepohon kayu itu, Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah Redha terhadap orang mu'min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah sepohon kayu, Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, lalu Allah menurunkan ketenangan ke dalam jiwa mereka, dan Allah menganugerahkan kemenangan kepada mereka dalam waktu yang dekat." (Surah Al-Fath - ayat 18)

Bai'ah taat setia kepada kepimpinan Rasulullah untuk menghadapi sebarang tentangan musyrikin itu telah mencemaskan musuh di kota Mekah. Suasana menjadi tegang disebabkan kemungkinan peperangan yang akan berlaku. Akhirnya kabinet musyrikin Mekah menghantar Suhail bin 'Amru bertemu Rasulullaah SAW dan menawarkan perdamaian.

Selepas perundingan tentang butiran perdamaian itu, termeterailah perjanjian yang sangat terkenal dalam sejarah Islam iaitu perjanjian Hudaibiah. Dokumen perjanjian itu ditulis oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA (hadith 3335 Sahih Muslim edisi Bahasa Arab).

Perjanjian Hudaibiah adalah hasil pertama selepas persidangan bai'ah di bawah sepohon kayu yang berlaku beberapa hari sebelum itu. Catatan sejarah membuktikan Maha Benar wahyu Allah tentang "kemenangan yang dekat" selepas sidang di bawah pokok.

Perjanjian Hudaibiah yang berkait langsung dengan sidang itu merupakan perkara yang amat significant bagi rentetan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah SAW sehingga Islam berdaulat dengan sangat hebat.

Kesan utama perjanjian itu ialah pengiktirafan secara tersirat terhadap kepimpinan Rasulullah SAW di luar kelompok muslimin.

Kesan kedua ialah terbuka ruang dakwah yang lebih luas sehingga ke dalam komuniti bukan Islam di Mekah yang terhalang sebelumnya. Ruang itu membawa kepada keIslaman ramai tokoh masyarakat termasuk Khalid bin Al-Walid, 'Amru bin Al-'As dan 'Uthman bin Abi Talhah.

Kesan ketiga ialah kejayaan meneroka dakwah ke luar semenanjung Arab. Rasulullah SAW mengutus surat kepada Raja dan pemimpin negara-negara luar, menyeru mereka kepada Islam. Di antara yang menerima surat Rasulullah SAW ialah Raja Najasyi negara Habsyah, Raja Muqauqis negara Mesir, Raja Kisra negara Farsi, Raja Hercules negara Rom, Raja Jaifar dan Raja 'Abda pemerintah Oman, Al-Munzir bin Sawi pemerintah negara Bahrain, Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah dan Al-Harith bin Abi Syamar pemerintah Damsyik.

Hasil dakwah local dan international ini, Daulah Islamiah yang berpusat di Madinah mencapai 3 kejayaan besar, iaitu;

#1. Termeterai perjanjian damai dengan negara-negara bukan Islam.

#2. Dakwah Islam dapat masuk dan berkembang di negara-negara bukan Islam.

#3. Termeterai ikatan dan perjanjian di antara kerajaan negara-negara Islam dengan rakyat bukan Islam di negara masing-masing. Rakyat non-muslim yang mengikat janji dengan kerajaan Islam dikenali sebagai ahluzzimmah atau zimmi yang bebas mengamalkan kepercayaan agama mereka.

Selepas itu tentera Islam memenangi peperangan Khaibar yang sangat bermakna. Kaum Yahudi yang dibantu oleh munafiqin pimpinan Abdullah bin Ubai secara rahsia. Kejayaan itu seolah-olah melengkapkan kemenangan umat Islam ke atas semua pihak yang memusuhinya.

Zambry : SAH Ka Tak SAH..?


Email : Topengperak_Xinwugi( tanpa edit)

Aku tengah layan TV3suku (walaupun tension gila). TV3suku dok interview Zambry pasai isu kena gantung sidang dewan.

Zambry habaq, kes dia dengan Gobind tak sama pasai kes Gobind dibahaskan dalam dewan manakala kes dia tidak dibahaskan dalam dewan.

Lepas tu Zambry habaq lagi, tindakan Sivakumar tak SAH.

Kah kah kah kah kah ... !!! macam la hang tu MB yang SAH..! kah kah kah kah kah ... !!! mat haram nak lebong pasai SAH atau tak SAH ... !!!

Lagi satu, kalau berani, pi la masuk sidang DUN kita tengok... awat tak berani? yang hang pi kunci Pintu Pagar Pejabat SUK Perak tu buat apa?

SAH ke tu? bagi arahan pun tak dak hitam-putih. .. penakut la tu..! awat tak habaq arahan datang dari sape? takut? takut pasai apa? pasai arahan tu tak SAH ka?

Dah la pegang jawatan cara tak SAH, lantik pulak EXCO dengan cara yang tak SAH, tambah pulak lagi penasihat bertaraf EXCO dengan cara yang tak SAH, lepas tu bagi pulak arahan yang tak SAH, lepas tu nak cakap pasai SAH atau tak SAH...???
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .