Ikuti Blog ini

Militan Islam berarak, protes hukuman mati tiga pengebom Bali

Kira-kira 100 militan Islam berarak tanda protes terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada tiga pengebom Bali.

JAKARTA: Pelampau Islam hari ini berarak di ibu negara Indonesia, di sini sebagai tanda protes dengan keputusan hukuman mati yang dikenakan ke atas tiga pengebom Bali, di mana peguam bela juga sedang meminta kebenaran agar ahli keluarga ketiga-tiganya dibenarkan melawat pada masa yang sama.

Sambil melaungkan "Allahu Akhbar", kira-kira 100 ahli militan menuju ke pejabat badan hak asasi kebangsaan di mana peguam-peguam pengebom itu berbincang dengan pegawai di sana bagi mendapatkan kebenaran tersebut.

Mereka mengutuk hukuman tersebut dan menyifatkan pengebom-pengebom tersebut - Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan Ali Ghufron sebagai "pejuang suci".

Peguam bela Mahendradatta seperti yang dipetik AFP, menggesa agar badan hak asasi, Komnas Ham supaya menyokong permintaan ahli keluarga untuk melawat tiga militan itu, yang dijangka akan menjalani hukuman mati - ditembak oleh skuad khas, dalam waktu terdekat, bulan ini.

Menurut Pengerusi Komnas Ham, Ifdhal Kasim, tiga pesalah itu mempunyai hak untuk bertemu dengan keluarga masing-masing sebelum hukuman dijatuhkan.

"Pesalah yang menantikan hukuman dijatuhkan seharusnya diberikan peluang untuk bertemu ahli keluarganya," katanya.

Sementara itu, ahli keluarga tiga pengebom itu telah menulis surat kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono merayu agar hukuman tersebut ditangguhkan, kata seorang lagi peguam bela, Fahmi Bachmid.

Namun begitu, katanya, surat tersebut bukan permohonan untuk pengampunan. Tiga pengebom tersebut sebelum ini pernah berkata, mereka rela "mati syahid" untuk mencapai impian mereka mewujudkan utopia Islamik di Asia Tenggara.




Ex-gratia: Salleh Abas, 5 bekas hakim terima lebih RM10 juta

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas (kanan)menerima ex-gratia daripada bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pada 20 Jun lalu.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima bekas hakim kanan yang lain menerima bayaran ex-gratia dengan jumlah keseluruhan RM10.5 juta sebagai pampasan atas pemecatan mereka pada tahun 1998 yang lalu.

Pembayaran ex-gratia itu diumumkan Perdana Menteri pada April lalu sebagai menghargai sumbangan bekas hakim-hakim yang dipecat dalam krisis kehakiman tersebut dan merupakan langkah kerajaan memulihkan semula kewibawaan badan kehakiman.

Bekas hakim terlibat selain Salleh ialah Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengulas mengenai jaminannya ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat, baru-baru ini bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai jumlah sebenar pembayaran ex-gratia kepada Salleh dan lima hakim kanan yang lain.

Jaminan itu dibuat selepas beliau beberapa kali didesak oleh ahli Parlimen pembangkang supaya mendedahkan jumlah pembayaran tersebut kerana ia merupakan wang rakyat.




Pemuda Pas bantah persidangan UMNO diadakan di sekolah

YAN - Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Mohamad Ismail berkata, Persidangan UMNO Bahagian Jerai tidak sepatutnya diadakan di institusi kerajaan seperti sekolah-sekolah kerana kepentingan parti tidak sepatutnya dibawa masuk ke sekolah.


Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa mengulas mengenai persidangan UMNO Bahagian Baling yang telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Baling, baru-baru ini.

“Pemuda Pas Kawasan Jerai turut membantah sekiranya Persidangan UMNO yang dijadualkan akan diadakan di Sekolah Menengah Agama Yan yang akan diadakan pada 8 November ini terus diadakan di sekolah tersebut,” tegasnya.

Menurutnya, aktiviti mana-mana parti tidak sepatutnya diadakan di sekolah-sekolah, sekali pun mereka menyewanya.

Katanya, masih ada banyak lagi tempat yang lebih sesuai boleh diadakan perhimpunan atau aktiviti seperti termasuk di Dewan Orang Ramai, Dewan Majlis Daerah dan sebagainya tanpa melibatkan institusi pendidikan yang terdapat di negeri ini.

“Sebagai contoh, di daerah Yan sendiri terdapat banyak tempat yang lebih sesuai untuk diadakan mesyuarat oleh mana-mana parti termasuk di Dewan Orang Ramai Guar Chempedak dan Dewan Dato’ Madi,” katanya

Menurutnya lagi, Pemuda Pas dan wakil kepada Ahli Parlimen Jerai akan membuat bantahan sekiranya UMNO mengadakan aktiviti parti di mana-mana sekolah.

Selain itu, surat bantahan itu juga akan dihantar ke sekolah yang terlibat, ianya adalah kerana kita tidak mahu kepentingan mana-mana parti dibawa masuk ke sekolah di mana ianya merupakan institusi pendidikan.

“Kita (Pas) sendiri tidak pernah mengadakan aktiviti parti di sekolah-sekolah milik kerajaan, Pas mempunyai tempat sendiri untuk mengadakan sebarang aktiviti parti.

Mohamad berkata, sekiranya pihak UMNO terus mengadakan aktiviti parti di sekolah-sekolah, menunjukkan bahawa mereka (UMNO) tidak “Gentlemen” kerana mereka telah menggunakan kemudahan kerajaan persekutuan yang ada untuk mengadakan aktiviti parti dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Selain itu, kita juga kecewa dengan tindakan meletakkan nama Barisan Nasional (BN) di papan tanda pada sesuatu projek kerajaan yang diadakan di negara ini.

“Ini menunjukkan mereka (kerajaan BN) membelakangkan Malaysia, kerana projek tersebut merupakan projek daripada Kerajaan Malaysia oleh yang demikian lebih baik menggunakan nama Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Wakil Peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Shubihi Mohd Zain berkata, bahawa tidak sepatutnya sekolah-sekolah dijadikan tempat mengadakan aktiviti mana-mana parti dan pada masa yang sama, terdapat juga ahli UMNO yang menganggap bahawa Dewan Orang Ramai merupakan hak UMNO.

“Perkara tersebut tidak betul kerana Dewan Orang Ramai adalah hak semua masyarakat,”jelasnya.


Bajet 2009: Suntikan RM7 Bilion Dibatalkan? MEMALUKAN


PARLIMEN: Timbalan Speaker Dewan Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar memutuskan peruntukan tambahan RM7 bilion untuk menyelamatkan ekonomi yang dibentang oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan Najib Razak semalam dibatalkan. Tindakan itu dibuat berikutan Najib telah melanggar peraturan mesyuarat semasa menggulung bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 29 Ogos lalu. Sebelum itu, Ketua Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Perbekalan.

[Sesuatu yang amat memalukan bagi sebuah negara demokrasi berperlembagaan seperti Malaysia, apabila seorang Menteri Kewangan ikut suka-suka hati dia buat suntikan bajet 2009. Kononnya, ia satu suntikan, walhal sepatutnya beliau hanya perlu menggulung bajet yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan terdahulu iaitu Pak Lah Badawi. Tiba-tiba pula dibuat penambahan, sedangkan Ketua Pembangkang membahaskan usul Bajet 2009 yang asal baru-baru ini. Jika ini terjadi kepada sebuah jabatan dan organisasi, sudah pasti pemimpin terbabit akan dicemuh dan dipecat oleh majikan. Sungguh memalukan !! Jika ia dibatalkan maka ini satu sejarah dan tamparan hebat buat kerajaan Barisan Nasional. Rakyat akan hilang percaya terhadap Najib terutamanya yang sedang menunggu untuk menjadi Perdana Menteri. Jika sekarang beliau sudah "bohong kepada rakyat", apatah lagi jika sudah berkuasa].




Parlimen Malaysia Menuju Ke Arah Kehancuran

Sidang dewan rakyat ditangguh selama 45 minit, kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berpuas hati kerana tidak mendapat penjelasan sewajarnya daripada Menteri Kewangan Najib Razak berhubung dengan pengulungan Bajet 2009 yang dibentangnya semalam.

Sidang dewan rakyat ditangguh selama 45 minit, kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berpuas hati kerana tidak mendapat penjelasan sewajarnya daripada Menteri Kewangan Najib Razak berhubung dengan pengulungan Bajet 2009 yang dibentangnya semalam.

Pembangkang Kecewa, Sidang Ditangguh Lagi

PARLIMEN: [11.26am] Sidang dewan rakyat ditangguh selama 45 minit, kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berpuas hati kerana tidak mendapat penjelasan sewajarnya daripada Menteri Kewangan Najib Razak berhubung dengan pengulungan Bajet 2009 yang dibentangnya semalam. Najib tidak sepatutnya melanggar peraturan parlimen dengan mengemukakan satu angka yang baru dalam Bajet 2009, sedangkan dewan telah bersidang selama dua minggu membahaskan usul Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan terdahulu, Pak Lah Badawi. Satu taktik pembohongan dilakukan dengan menamakan bajet baru itu sebagai “Ransangan Fiskal” . Pengulungan yang dibuat oleh Najib itu disokong pula oleh Pak Lah, dengan mengatakan ia adalah betul dan tidak perlu untuk dibahaskan berdasarkan kepentinganya kepada rakyat yang harus diberi keutamaan. Semalam, semua Ahli Parlimen pembangkang telah keluar dewan bagi memboikot pengulungan bajet oleh Menteri Kewangan itu.

Kami masih menantikan maklumat lanjut tentang perkara ini. Apakah kenyataan Timbalan Spekaer Wan Junaidi bahawa Najib telah melanggar peraturan parlimen berhubungan dengan penambahan yang dibuat terhadap Bajet 2009 itu. Atau mungkin juga, beliau menarik balik arahan pembatalan tersebut setelah didesak oleh pihak berkaitan. Parlimen bukan lagi tempat untuk menyaksikan perbahasan dan perdebatan, tetapi kini sudah menjadi medan untuk mendengar ceramah semata-mata. Ternyata, parlimen Malaysia menuju ke arah kehancuran jika ia tidak diperbetulkan.




Pelancaran Tabung Kompleks PAS Perak


Ipoh,6 Nov 2008 : PAS Perak akan melancarkan sebuah tabung bagi menjana dana penubuhan sebuah kompleks yang akan menjadi kebanggaan kepada PAS di Perak kelak.

Pelancaran tabung tersebut akan diadakan di Padang Mini Stadium Gugusan Manjoi,Ipoh pada Sabtu, 9 November ini.

Mengikut Ketua Pemuda PAS Perak, Ust Norazli Musa, program pelancaran tabung tersebut adalah dibawah anjuran Dewan Pemuda PAS Perak sendiri dengan mengadakan Solat Hajat untuk memohon kepada Allah S.W agar dipermudahkan di semua peringkat urusan penubuhan kompleks tersebut.

"Mudah-mudahan Allah bukakan hati semua orang untuk membantu dan memberi laluan kearah pembinaan Kompleks PAS tersebut," kata Norazli dengan penuh harapan.

"Beberapa pimpinan parti akan berucap dalam majlis tersebut.Antaranya ialah Ust Ahmad Awang , selaku Pesuruhjaya PAS Perak, YAB Menteri Besar , Dato Seri Ir Nizar dan seorang pimpinan dari pusat yang belum dapat dipastikan lagi," jelas Norazli.

Mengikut Norazli, "Majlis akan bermula dengan solat Maghrib berjemaah; maka adalah diharapkan orang ramai akan dapat hadir terlebih awal bagi tujuan tersebut dan mereka diminta supaya membaya sejadah masing-masing."

"Diharap cuaca pada hari tersebut baik dan akan memihak kepada kita," demikian harapan Ust Norazli.



Pengajaran Kisah Imam Abu Hanifah


Ilmuan Islam sejak zaman berzaman akan berhadap dengan pelbagai cabaran. Tidak semua cabarannya dalam bentuk azab dan hukuman pedih keburukkan, terdapat juga ujian dengan jawatan dan pangkat yang indah-indah serta sedap.

Menurut kebiasaannya, jika pemerintahan itu tidak sepenuhnya melaksanakan Islam. Ulama atau ilmuan Islam yang bersama mereka akan teruji dengan begitu hebat. Ujian antara pangkat, harta atau prinsip Islam. Dalam tulisan ringkas ini, saya suka berkongsi kisah Imam Abu Hanifah An-Nu'man dan beberapa petikan ujiannya.

Kisah Abu Hanifah & Ujiannya

Pemerintah semasa zaman Imam Abu Hanifah adalah Abu Ja'far Al-Mansur. Secara ringkasnya, Imam Abu Hanifah banyak tidak bersetuju dengan pemerintahan ini, demikian juga pendekatan pemerintahannya. Selain itu, Abu Hanifah juga banyak tidak bersetuju dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulama-ulama kerajaan yang dilihatnya lemah, tiada hujjah dan hanya membodek pemerintah sahaja.

Disebabkan kerana itu, Abu Hanifah kerap memberikan fatwa berbeza dari ulama kerajaan, fatwanya kerap berserta hujjah mantap menyebabkan ulama kerajaan panas punggung selain jatuh air muka mereka. Abu Hanifah juga kerap memberikan koreksi pedas dan panas kepada tindak tanduk pemerintah di zamannya. Apa yang lebih memalukan, ulama kerajaan yang berasa tergugat ini mencucuk dan mengadu kepada pemerintah untuk mengambil tindakan kepada Imam Abu Hanifah.

Oleh kerana hal ini berlanjutan, pemerintah dicucuk oleh ulama kerajaan untuk merancang pelbagai perancangan licik agar boleh dijadikan sebab untuk mengambil tindakan ke atas Abu Hanifah.

Abu Hanifah Kritik Fatwa Ulama Kerajaan

Dalam satu kisah yang popular, seorang Qadhi kerajaan iaitu Qadhi Ibn Abi Layla telah menjatuhkan hukum hudud keatas seorang wanita gila kerana memanggil soerang lelaki dengan panggilan "wahai Anak Zina". Jelas ia satu kesalahan dan seolah-olah menuduh ibu bapa lelaki itu berzina tanpa dibawakan empat saksi. Hasilnya, qadhi kerajaan ini menjatuhkan hukuman berikut : -

a) Had qazf (tuduh zina tanpa saksi) ke atas wanita ini dan hukuman dilaksanakan di masjid

b) Dilaksanakan dua jenis hukuman, 1- hukuman qazf kerana menduduh bapa lelaki itu dengan zina, 2- had qazf kerana menuduh ibu lelaki itu berzina.

c) Hukuman sebat dilaksanakan dalam keadaan wanita diarah berdiri di masjid.

Apabila berita ini sampai kepada Abu Hanifah, beliau terus terang mengatakan keputusan itu silap dalam enam tempat seperti berikut :-

a) Hukuman hudud tidak sepatutnya dilaksanakan di masjid.

b) Sepatutnya wanita disebat dalam keadaan duduk. Sebatan ke atas wanita tadi dibuat dalam keadaan wanita itu berdiri, hanya lelaki sahaja yang dihukum secara berdiri.

c) Salah kerana melaksanakan dua had. Yang sepatutnya jika terdapat kes qazf ke atas satu kumpulan sekaligus, hukuman hanyalah sekali sahaja dan bukan berganda.

d) Malah jika diambil hukuman berganda sekalipun, ia tidak boleh dibuat serentak, ia mestilah di pisahkan waktunya agar tidak menjadi amat berat.

e) Wanita gila tidak sepatutnya dijatuhkan hukuman had qazf ke atasnya.

f) Sewaktu hukuman dijalankan, kedua-dua ibu dan bapa lelaki yang dituduh tidak hadir. Sepatutnya kedua-dua mereka mesti dipanggil untuk menyaksikan hukuman.

Hal ini disampaikan kepada Qadhi Ibn Abi Laila, lalu si qadhi yang lemah ini mengadu kepada Abu Jaffar. Akibatnya Imam Abu Hanifah di'gam' dan tidak dibenarkan memberi fatwa, akibatnya beberapa hari Abu Hanifah tersekat dari menyampaikan fatwanya. ( Al-Manaqib, Abi Al-Bazzazi, 13/351 ; Tarikh Baghdad)

Ujian Hadiah Harta

Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, kali ini pemerintah menggunakan strategi lain iaitu dengan menghantar hadiah sepuluh ribu dirham dan seorang hamba wanita kepada Abu Hanifah.

Sebagaimana yang dijangka Abu Hanfiah menolaknya.. penolakan itu dijadikan sebab engkar dan menghina pemerintah kemudiannya. Apabila di tempelak oleh pemerintah akan sebab menolak hadiahnya.

Abu Hanifah menjawab :-

ما وصلني أمير المؤمنين في ماله بشيئ فرددته ولو وصلني بذلك لقبلته , إنما أوصلني أمير المؤمنين من بيت مال المسلمين ولا حق لي في بيت مالهم..

Ertinya : Amir Al-Mukminin (Pemerintah) tidak menghantar kepadaku dari wangnya sendiri maka kerana itu aku menolak, jika ia memberi dari wangnya sudah tentu akan ku terima hadiahnya, sesungguhnya dia menghantar hadiah yang diambil dari duit Baitul Mal, wang milik umat Islam maka tiada sebarang hak untukku mengambilnya..." ( Al-Manaqib, Abu Talib Al-Makki, 1/215)

Setelah apa yang berlaku dan banyak lagi ketidakselesaan disebabkan oleh Abu Hanifah, kali ni Khalifah Abu Jaffar Al-Mansur sudah tidak tahan kemarahannya. Jalan akhir untuk menundukkan Abu Hanifah dan mengawal pendapat serta fatwanya, khalifah telah menawarkan Abu Hanifah jawatan sebagai Ketua Qadhi Negara.

Dengan selambanya Abu Hanifah menolak tawaran itu secara terang-terang di hadapan orang ramai.

Khalifah tersangat marah lalu memanggil Abu Hanifah.

Sebagai jawapan akan sebab penolakkannya, Abu Hanifah memberikan alasan bijak dan penuh dengan strateginya, sebab penolakkan yang sebenarnya adalah kerana tidak mahu bersekongkol dengan kezaliman, tidak mahu menjadi pak turut pemerintah dalam perkara yang batil dan salah, tetapi bagi menjerat khalifah, Abu Hanifah terpaksa berhujjah dengan berkata :-

اتق الله ولا تدع أمانتك إلا من يخاف الله .. لك حاشية يحتاجون إلى من يكرمهم لك فلا أصلح لذلك , فقال : كذبت انك تصلح ,, فقال : قد حكمت على نفسك , كيف يحل لك أن تولي قاضيا على امانتك كذاباً

Ertinya : Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu berikan amanah (ketua Qadhi) ini kecuali kepada mereka yang takutkan Allah. ..engkau punyai ramai pengikut yang mana mereka semua berharap untuk mendapat orang yang boleh memuliakan mereka untukmu (atau memuliakanmu)..dan aku tidak layak untuk itu,

Khalifah menjawab : "kamu sebenarnya layak dan kamu telah berbohong (kerana menafikan kelayakkanmu"

Abu Hanifah : "Lihat..engkau sendiri telah menjatuhkan hukuman ke atas kelayakkanku, bagaimana boleh engkau ingin melantik seorang qadhi untuk menggalas amanah sebagai Qadhi kepada seorang yang engkau sendiri mengakuinya banyak berbohong" ( Tarikh Baghdad, 13/328)

Dengan penolakkan ini, Al-Mansur mendapat sebab kuat untuk menghukum Abu Hanfiah, akhirnya Abu Hanifah disebat sebanyak 10 sebatan sehingga 100 kali..sehingga dikatakan kepada Abu Hanifah "terimalah jawatan itu"

Jawab Abu Hanifah : "Aku tidak layak..sambil berdoa dengan suara perlahan" :

اللهم ابعد عني شرهم بقدرتك

Ertinya : "Ya Allah, jauhkanlah diriku dari kejatahan mereka dengan keagungan kuasamu"

Apabila Abu Hanifah masih enggan menerimanya, ia dipenjara maka diracunnya Abu Hanifah sehinggalah membawa kepada kematiannya.....(Tarikh Baghdad, 13/328)

Menurut Abi Bazzazi, Abu Hanifah dipenjara dan disebat kemudiannya di bebaskan dan dibebaskan selepas itu dengan syarat dilarang memberi sebarang fatwa dan bercampur dengan orang ramai, beliau juga dilarang keluar dari rumah, sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 150 H. ( Al-Manaqib, Al-Bazzazi, 2/15)

Cabaran Ulama & Ilmuan Islam Dewasa Ini

Lihatlah betapa tegasnya Abu Hanifah dengan prinsip dan ilmunya, justeru berawaslah dengan fatwa segelintir ilmuan Islam yang sanggup menggadai prinsip kerana pangkat, jawatan dan perniagaan pelik persis cepat kaya mereka.

Secara umum, sebarang jawatan keagamaan yang disandarkan perlantikannya atas sebab politik terdedah kepada bahaya qadhi dalam kisah Abu Hanifah di atas. Tidak terkecuali mereka yang berada dalam pemerintahan Islam yang melaksanakan hudud (macam kisah di atas, iaitu jenis pemerintahan Islam jenis cacat pelaksanaan Islamnya), apatah lagi dalam pemerintahan yang tidak bersandarkan Islam. Bertaqwalah dan berhati-hatilah.

Namun ini tidaklah bermakna semua ulama yang dilantik kerajaan akan gagal dan jatuh tewas dengan harta, tulisan ini hanya nasihat akan fitrah ujian jawatan dan harta. Tidak dinafikan sama sekali terdapat segelintir ulama kerajaan yang menjalankan tugas dengan hebat dan telus. Tidaklah juga wajar kita 'generalize' bahawa jika ulama kerajaan ingin dilihat menjalankan tugas Islamnya, ia mestilah dipecat. Tidak dinafikan ada yang telah jalankan tugasnya dengan baik walaupun tidak atau masih belum di'gam'.

Kerana itu saya memberikan nasihat kepada diri saya dan semua rakan-rakan pejuang Islam dan ilmuan Shariah yang sedang mendapat tempat di mana-mana jawatan sekalipun agar sama-sama kita berpegang dengan prinsip asal dan tidak menjual ilmu atau 'terjual' agama dengan harga semurah dunia ini.

Pangkat dan harta adalah antara ujian terbesar dalam kehidupan ini... ye sudah tentu anak dan keluarga juga adalah suatu ujian.

Oleh : Ustaz Zaharuddin


Hati - hati Menggunakan Komputer

For your information……...be careful

HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...) CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...



Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan

Wallahua'lam…………….




Sederhana - Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

”Sesungguhnya berlaku sederhana yang paling baik ialah di saat kita kaya, dan sebaik-baik memberi maaf adalah di saat kita berada pada posisi kuat” (Khalifah Umar bin Abdul Aziz).

Itulah jawapan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, saat ditanyakan mengapa beliau tidak bermewah-mewahan, seperti tidak menggunakan pakaian mewah. Padahal pada saat itu, Umar adalah seorang khalifah atau pemimpin besar umat, yang memungkinkan untuk bergaya dan hidup mewah. Meskipun bergaya hidup sederhana, Umar tetap mencurahkan segenap pikirannya untuk kemaslahatan rakyat tidaklah secara sederhana, sehingga rakyatnya hidup sejahtera selama sekitar 2 tahun beliau memerintah.

Namun sayangnya kesejahteraan yang dirasakan umat Islam dulu tidak berlanjut hingga saat kita sekarang. Sebahagian besar hidup dalam keadaan melarat. Barangkali ini ada hubungannya dengan gaya hidup pemimpin-pemimpin yang sudah berlaku sebaliknya, iaitu umumnya bergaya hidup mewah tetapi mencurahkan pikiran kepada rakyatnya secara sederhana atau sedikit. Di samping itu, antara mereka saling berseteru dalam memrebutkan jawatan, dan berlanjutan dalam episod membalas dendam ketika berkesempatan berkuasa.

Padahal seorang pemimpin memikul tanggung jawab yang cukup besar terhadap yang dipimpinnya, dunia dan akhirat. Menurut Nabi SAW, “Sesungguhnya kekuasaan itu adalah amanah dan kekuasaan itu di hari kiamat kelak akan menjadi sumber kesedihan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan benar dan menyampaikan kepada mereka yang semestinya” (HR Muslim). Kerana tanggung jawab besar dan panjang itulah, sebahagian pemimpin contoh yang dimunculkan dipersada dunia ini malu untuk hidup mewah di saat rakyatnya melarat dan merasa malu kembali kepada Allah sebelum menyelesaikan urusan-urusannya dengan rakyat secara baik .



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .