Ikuti Blog ini

BUKTI DEMO GESA ALI RUSTAM BERJAYA


















Lebih 500 orang telah berkumpul di Masjid MITC, Ayer Keroh Melaka selepas solat Jumaat tengahari tadi mendesak Dato' Seri Mohd Ali Rustam meletakkan jawatannya sebagai ketua menteri Melaka.

Memorandum yang meminta Mohd Ali meletakkan jawatan itu diserahkan ekoran beliau telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana politik wang dan menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO di dalam pemilihan akan datang ini.

Mohd Ali yang terkejut dengan kejadian itu telah mengutarakan beberapa soalan yang lemah kepada rakyat dengan bertanya "kenapa Anwar Ibrahim boleh jadi ahli parlimen sedangkan dia masuk penjara enam tahun? Itu jawab dulu. Mengapa Lim Guan Eng boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan dia dah masuk penjara dua tahun? Itu jawab dulu. Kalau ini dia boleh jawab saya akan jawab apa yang dia tanya kepada saya."

Salah seorang peserta perhimpunan tersebut dengan mudha menangkis soalan-soalan Mohd Ali dengan menyatakan:

"Kalau begitu Dato Ali perlu diheret ke mahkamah terlebih dahulu dan biar masuk penjara macamana Anwar dan Lim Guan Eng terima. Kemudian Ali Rustam bolehlah aktif semula di dalam UMNO untuk menjadi Ketua Menteri Melaka. Itupun kalau Ali Rustam masih laku lagi di kalangan pemimpin tertinggi UMNO."

Ramai berpendapat Mohd Ali telah mencemarkan nama partinya dan nama negeri Melaka ekoran kesalahannya yang berat. Beliau telah dilaporkan menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan pencalonan sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk pemilihan pada tahun ini.

Sebagai pemimpin yang bermaruah beliau perlulah meletakkan jawatan kerana rakyat akan melihat Melaka dipimpin oleh seorang pemimpin yang kotor dan mengamalkan rasuah di dalam pentadbirannya.

Semalam mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir telah menyarankan agar Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, dan apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.

Mahathir telah mengulangi lagi kenyataannya hari ini





Laporan Polis risalah fitnah. Umno mula main kotor di Bukit Gantang


BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.





Poster dalam saiz B5 barangkali, yang memaparkan gambar Mufti Perak dan Sultan Perak dicetak serta digambarkan sebagai...... ! Satu lagi provokasi yang dilakukan untuk memburukkan Pakatan Rakyat.



2 laporan Polis sedang dan telah di buat petang ini, yang melibatkan edaran poster jahat oleh mereka-mereka yang bangang sebanggangnya. Biarlah Polis yang menyiasatnya. Cuma dalam fikiran, ia dibuat oleh gerombolan manusia yang berhati hitam dan jahat.

Tapi bila di teliti, warna cetakan tulisan yang dipilih itu seperti selalu di lihat, tapi di mana yaa ? Macam ada kesinambungan dengan warna tulisan dan logo satu pertubuhan politik. Jika hangpa dapat 'clue', minta sangat, tolong beritahu ya.! Warna merah dan biru tua..isshh..!


Dari laporan saksi, suspek yang menyebarkan risalah secara by-hand di perkarangan masjid Jamek Trong itu serta turut menyebarkannya secara rawak, ala-ala tebar poster wayang zaman dulu-dulu tu ler beb! dipercayai dilakukan oleh individu melayu berumur dalam lingkungan 50an. Apabila saksi mendekati suspek, beliau dengan pantas melarikan diri.


33

51

7

Sebahagian foto yang sempat diambil oleh krew bloggers BlogNet@Perak tengahari tadi.


Ahmad Tajuddin sahut cabaran Adnan untuk mubahalah


SEDIA BERMUBAHALAH...Ketua Umno Bahagian Paya Besar,Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman (kiri) sedia menyahut cabaran Metneri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung dakwaan campur tangan beliau dalam pemilihan bahagian itu tahun lalu.

KUANTAN: Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman sedia menyahut cabaran Datuk Seri Adnan Yaakob untuk bersumpah (mubahalah) berhubung dakwaannya mengenai campur tangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pahang dalam pemilihan Umno bahagian itu tahun lepas. Ahmad Tajuddin mencadangkan mubalahah itu diadakan pada pukul 10 pagi Selasa depan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.


"Saya akan menunggu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang di tempat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Ahmad Tajuddin sebelum ini menggesa Adnan meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab terhadap keputusan Lembaga Disiplin Umno menggantung keahlian Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail selama setahun dan memberi amaran kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Md Sohaimi; Adun Lepar yang juga Naib Ketua Bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan Ahli Jawatankuasa Umno bahagian, Mohd Zaili Besar.


Kesemua mereka adalah anggota Umno Bahagian Paya Besar yang didapati bersalah melanggar Tata Etika Ahli Umno.


Adnan dalam kenyataannya semalam bagaimanapun menafikan beliau menjadi dalang serta mencabar Ahmad Tajuddin untuk bermubahalah pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan.


Nga Buat Laporan Polis Terhadap SUK Perak

Nga Kor Ming exco kerjaan Pakatan Rakyat di Perak membuat laporan polis pagi ini, terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) hadiri sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN), 3 Mac lalu.

Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, itu adalah mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menghalang Adun daripada menjalankan tugas mereka.

SUK Perak, Abdul Rahman Hashim telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan menutup pintu utama Bangunan Perak Darul Rizuan pada 3 Mac yang didalam turut terdapat bangunan DUN Perak.

Abdul Rahman juga telah menita pihak polis untuk mengawal dan mengepung Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak yang telah dipanggil oleh Speaker V.Sivakumar.

Akibatnya kesemua ADUN tidak dapat memasuki dewan untuk bersidang dan terpaksa menjalan persidangan di bawah pokok sena yang terletak beberapa meter di luar bangunan Perak Darul-Ridzuan.



S. Manikumar calon PKR Bukit Selambau

manikumar pkr candidate for bukit selambau 190309 01S. Manikumar diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Pengumuman itu dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.


Manikumar merupakan seorang ahli perniagaan syarikat antarabangsa berusia 36 tahun, lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) fasih pelbagai bahasa.


Beliau adalah antara empat calon akhir yang telah disenarai pendekkan. Nama-nama lain ialah Dr.R.Krishnanmoorthy, Sri Thrn dan S.Masilamani.


Mereka adalah antara 17 calon yang telah ditemubual oleh PKR bahagian Merbok baru-baru ini termasuklah peguam hak asasi manusia, N. Surendran.




Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Untuk N25 Bukit Selambau


Tuan/Puan,

Harap maklum bahawa satu majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat akan diadakan di tempat, masa dan tarikh seperti berikut:

Tarikh : 20hb Mac, 2009 (Jumaat)
Masa : 10 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat, Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Merbok, Taman Tuanku Hamimah, Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah

Pengumuman akan dibuat sendiri oleh Yb Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti.

Semua media dijemput hadir untuk menghadiri majlis tersebut

Terima kasih.



SAIFUL IZHAM RAMLI
Pengarah Pilihan Raya Kecil
N25 Bukit Selambau


Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar belanja krew Harakah mee udang di Kuala Sepetang...












SETELAH penat mengejar kereta Toyata Camry AGS 10, yang tertulis dengan huruf besar pada platnya, "Menteri Besar Perak" akhirnya destinasi bersama ditemui. Bukan kepalang laju, kereta yang membawa Dato' Seri Nizar Jamaluddin meredah lalulintas yang bersimpang-siur.

Nizar bersama pengawai peribadinya yang sentiasa bersongkok hitam, Amran dan Penyelaras Sekreteriat Parlimen Bukit Gantang, Cikgu Sharuddin menghentikan kereta di bahu jalan. Sebuah lagi kereta, bodygard MB yang diketuai Ali tercari-cari parking.

Saya bersama Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan, Johari Jaafar menaiki kereta berasingan. Kami bertolak sejurus solat Asar di Markaz PAS UPU Larut Tin. Sebelum itu, mengikuti Majlis Dialog Isu-Isu Semasa di Dewan Orang Ramai Kg. Sentosa Larut Tin, tidak jauh dari bandar Taiping tetapi masih dalam kawasan Bukit Gantang.

Setelah minum petang dan solat Asar, kami ke rumah seorang aktivis Pakatan Rakyat di hadapan markaz. Nizar menziarahi isteri aktivis tersebut yang mengalami sakit saraf sejak beberapa tahun yang lalu. Setelah berbual dan memberikan kata-kata perangsang, kami menuju ke Kg Air Putih dekat Kamunting.

Sewaktu Majlis Dialog Isu-Isu Semasa tadi, Amran sudah membisikkan kepada saya, habis program ini "kita pekena" mee udang di Kuala Sepetang.

Kereta MB dipandu agak laju meninggalkan Larut Tin menuju ke Kamunting. "Kita nak serah komputer," kata Amran ringkas. Komputer tersebut adalah sumbangan allahyarham Roslan Shahrom yang tidak sempat ditunaikan oleh beliau sewaktu hayatnya. Ia sumbangan seorang wakil rakyat.

Nizar menyampaikan perkakasan komputer kepada dua anak yang juga diserang masalah saraf yang mengecut. Seorang berusia 18 tahun dan seorang lagi 23 tahun. Anak Ketua Kampung Air Putih dari Pakatan Rakyat dalam Dun Kuala Sepetang.

Sambil meluru laju, Nizar sempat melambai-lambaikan tangannya dari tingkap kereta ke Markaz BN di pinggir jalan besar dari kampung itu. Petugas di situ juga turut memberi respons positif.

Perang bendera di Bukit Gantang baru bermula. Selepas "pekena mee udang" Nizar dijadual memberi tazkirah Maulidur Rasul di surau Taman Kuning Sari, tidak jauh dari Markaz Besar PAS Air Kuning.

Di Matang, warung serba ringkas yang kami sangkakan "majlis kenduri kahwin" dipenuhi pelbagai peminat mee udang. Kereta bersusun-susun di kiri kanan bahu jalan.
Sambil Amran membuat pesanan, kehadiran Nizar mendapat perhatian pengunjung.

Keramahan, senyuman manis dan sapaan tangan MB Perak ini, disambut pengunjung bagai seleberiti. Ada yang bergambar, berbual dan tidak kurang juga yang berpeluk-pelukan.
Setengah jam juga menunggu, barulah mee udang tiba. Nizar memanjatkan doa makan dan kami menikmati apa yang dikatakan mee udang Kuala Sepetang. Nizar menceritakan sedikit "sejarah udang" mengapa ia tidak berdarah...

10 ekor udang setiap pinggan. Sedap juga. Barangkali perlu datang lagi sepanjang kempen pilihan raya Bukit Gantang ini. Setelah bayaran dijelaskan, kami terus menuju ke Surau Kuning Sari dan kemudiannya makan malam di rumah Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Nordin sebelum ke tempat ceramah di Kg Kudu.




Bukit Gantang : PAS Umum Calon 23 Mac

KUALA TERENGGANU - PAS akan mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak pada Isnin ini, kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Haji Mustafa Ali.

Beliau berkata nama calon parti itu akan diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Perak.


"Kita akan mengadakan mesyuarat pada 23 Mac ini dan pengumuman calon akan dilakukan pada sebelah malamnya," kata Mustafa di pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini hari ini.


Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia pada 9 Februari lepas.


Mengulas lanjut, Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata empat nama dicadangkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu dan kesemua mereka merupakan anak tempatan.


Beliau berkata PAS mengambil keputusan untuk mengumumkan lebih awal bagi membolehkan calonnya turun padang dan berkempen untuk menarik sokongan rakyat.


"Berbanding pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, kita buat pengumuman lewat kerana calon kita sudah dikenali rakyat di sini," katanya.


Mustafa berkata PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen itu walaupun menjangkakan tentangan sengit daripada calon Barisan Nasional (BN).


"Daripada maklumat yang saya terima, jentera pilihan raya PAS berjalan lancar. Ada sedikit perkara yang perlu dimantapkan menjelang pilihan raya kecil itu," katanya.




Kenyataan Datuk Shahrukh Khan di India Today




Datuk Shahrukh Khan memberitahu India Today hari ini beliau terkejut mendapat berita bahawa Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. "Kita di Mumbai sangat sayang dekat Datuk Seri Mohd Ali. Tapi ikut undang-undang, apa boleh kita buat."

Ketika ditanya apakah beliau tersinggung dan terkilan dengan peristiwa tersebut, tokoh Bollywood yang mendapat gelaran 'Datuk' dari kerajaan Negeri Melaka tersebut telah mengatakan, "Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa, tapi kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai," katanya lagi menunjukkan kepakaran berbahasa Melayu.

Beliau juga menyatakan harapan supaya panel rayuan UMNO menerima kembali Mohd Ali dalam senarai calon jawatan nombor dua parti Melayu itu.

"Memang saya sependapat dengan KuLi, kerana adalah salah menyekatnya daripada bertanding seperti juga salah menghalangnya daripada membuang undi (dalam pemilihan Umno)."

Datuk Shahrukh Khan yang meminati iklim politik Malaysia khususnya negeri dondang sayang tersebut turut berharap Mohd Ali, yang juga ketua menteri Melaka, tidak meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri.

"Masih banyak lagi tokoh Bollywood belum diberi anugerah. Saya berharap kawan baik saya Shilpa Shetty dan juga Amitabh Bachan turut diberi anugerah yang sama. Tahun hadapan saya dan Aishwarya Ray merancang untuk membuat pengambaran selama 3 saat di Bukit Katil, jika jadi begini kami mungkin akan memindahkan lokasi pengambaran ke Geneva. Jadi saya berharap beliau akan membuat rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi menghalang pemilihan parti itu, yang dijadual minggu depan, jika beliau disekat secara tidak sah daripada pertandingan tersebut. Setidak-tidaknya, rayuannya terhadap hukuman (lembaga disiplin) itu haruslah didengar sebelum pemilihan parti minggu depan."

India Today dimaklumkan kelmarin bahawa Mohd Ali, adalah calon popular untuk jawatan nombor dua Umno, didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang didapati bersalah terbabit melakukan sogokan politik.

"Begitulah politik. Macam asam pedas Melaka. Sebab itu saya tak mahu sertai politik. Lebih-lebih lagi di India ini, meskipun sistem demokrasinya lebih baik sikit dari sana. Dalam masa yang sukar begini, saya berharap Datuk Seri Mohd Ali banyak-banyak bersabar. Semoga Allah membantu beliau jua. Bila-bila nanti saya doakan." Tambah Datuk Shahrukh Khan sebelum beliau meneruskan pengambaran untuk filem terbaru beliau berjudul 'Ama Apa, Scapegoat'."



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .