
Kecelaruan politik negara yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan sosial negara. Berlaku ketidakseimbangan ekonomi yang telah menyebabkan kenaikkan harga keperluan asas yang dirasai oleh rakyat terbanyak, dalam masa yang sama pemimpin negara dan ahli keluarga mereka terus berbelanja mewah manakala rakyat terbanyak menerima bebanan yang memeritkan kehidupan mereka seharian.
Sistem pendidikan yang bercelaru sehingga menyebabkan perbalahan kaum dan kos pendidikan yang meningkat. Rakyat hidup dalam ketakutan akibat jenayah yang semakin parah. Agama dipermain-mainkan semata-mata untuk dapatkan keuntungan politik. Dalam masa yang sama rasuah, penyelewengan wang rakyat berlaku secara berleluasa. Pemimpin yang hilang integriti dilantik kembali dalam pentadbiran negara.
Semua ini memerlukan satu isyarat yang jelas daripada pengundi supaya kerajaan yang ada berubah dasar dan sikap mereka, atau bersedia untuk diubah oleh rakyat dengan digantikan BN kepada Pakatan Rakyat.
Oleh itu, pengundi di DUN Tenang bertanggungjawab untuk memberi isyarat kepada pemerintah dengan memberi undi dan kemenangan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Cikgu Mala, seorang yang bersih, integriti tinggi dan berkemampuan mewakili tuan-tuan.
Kita perlukan segera perubahan untuk hidup yang lebih sejahtera. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS





Menurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, setakat ini, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan suami Normala Sudirman itu menghadapi masalah kesihatan yang serius.
"Masalah kemurungan boleh berlaku dalam banyak hal. Kita tidak tahu apa puncanya, tetapi beliau pernah digambarkan sewaktu isterinya diisytiharkan menjadi calon, beliau diarahkan berpindah 24 jam.
Bagaimanapun, katanya antara terapi dan jalan penyelesaiannya mengenai isu ini adalah bersama-sama dengan isteri, keluarga dan orang yang disayanginya.
LABIS, 28 Jan: Orang ramai khasnya para petugas PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi Dataran Wayang Pacak, Labis pagi ini untuk mendengar Kuliah Dhuha yang diberikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Ramai yang 'bermandikan hujan' meskipun datang dengan berpayung, memakai baju hujan dan bertopi demi untuk mendengar dan melihat kedua-dua tokoh tersebut berucap sempena kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.
TG Nik Aziz dalam ucapannya memberikan tiga amanat penting kepada pengundi di Felda berkenaan - antaranya mendakwa Umno melakukan tangkapan guru pondok.
Pesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini.
KUALA LUMPUR, 28 Jan: Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Datuk Seri Najib Razak untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang.
Kehadiran Buku Jingga (gambar kanan), sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib, tegas Anwar.





