Ikuti Blog ini

Malaysia mesti iktiraf Hamas, usir duta Amerika

Lensa Kehidupan

"Kita bersetuju dengan cadangan supaya duta Amerika diusir sahaja dari negara ini tanda bantahan terhadap perilaku mereka yang menghalalkan tindakan zalim Israel."

Image


ISU keganasan Isreal ke atas penduduk Gaza mendapat perhatian seluruh dunia. Berbagai bantahan dilancarkan sama ada dalam bentuk demonstrasi dan boikot barangan Amerika.


HARAKAH: Israel telah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata. Itu pun setelah Hamas mencadangkannya dan perlu mematuhi beberapa syarat seperti Israel perlu meninggalkan bumi Palestin. Bagaimana sikap PAS dalam soal ini?


DATO' KAMARUDIN JAFFAR: Kita menyambut baik sebarang usaha damai atau gencatan senjata yang mahu dilakukan. Namun kita juga mengambil sikap untuk melihat sejauh mana kesungguhan Israel dalam melakukan gencatan senjata ini. Seperti yang kita tahu, sebelum ini pun sudah banyak kali Israel melanggar perjanjian demi perjanjian sehingga kita merasakan apa jua bentuk diplomasi yang cuba dilakukan seolah-olah telah tertutup akibat dari karenah Israel ini.


Tuntutan yang dibuat oleh Hamas itu perlu bukan sahaja dihormati bahkan perlu juga Israel akur kerana dari segi sejarahnya juga Israel telah menceroboh Palestin. Jadi, sepatutnya bukan sahaja di Gaza tetapi diseluruh negara Palestin itu, Israel perlu keluar dan Israel juga perlu menghormati keputusan rakyat Palestin yang telah memilih Hamas untuk membentuk kerajaan. Urusan memilih kerajaan itu adalah urusan rakyat Palestin bukan urusan Israel atau Amerika atau negara-negara lain.


Biarkan rakyat Palestin menentukan sendiri siapa yang mereka mahukan menjadi ketua negara mereka dan parti mana yang layak membentuk kerajaan. Seperti yang telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden ketika membahaskan usul di Gaza ketika mesyuarat tergempar Dewan Rakyat baru-baru ini, Hamas dipilih secara demokrasi yang mana sistem ini didokong dan disokong kuat oleh Amerika.


Pilihanraya di Palestin pada tahun 2006 itu adalah yang paling bersih dan adil. Pilihanraya itu diawasi oleh pasukan pemantau dari eropah dan juga dari Amerika iaitu dari Carter Centre. Kalau pilihanraya itu bersih dan adil, kenapa pula nak pertikaikan kemenangan Hamas? Image


Yang sepatutnya dipertikaikan oleh Amerika ialah Israel itu, yang tiada negara tetapi bertindak ganas menceroboh Palestin dan membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Jadi biarpun sudah dipersetujui agar dilakukan gencatan senjata tetapi pendirian PAS jelas, Hamas perlu diiktiraf bukan sahaja oleh Amerika tetapi juga oleh kerajaan Malaysia yaang dilihat lebih condong kepada Fatah.


Sebelum ini sudah banyak demonstrasi dilakukan sebagai bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Gaza. Setelah gencatan senjata ini dipersetujui, apakah perlu demonstrasi ini dihentikan atau ia harus diteruskan?


Pada pandangan peribadi saya, biarpun gencatan senjata telah dipersetujui namun itu tidak bermakna sebarang demontrasi harus juga dihentikan. Demonstrasi yang diadakan sejak beberapa minggu lalu setiap kali selepas solat Jumaat bukan sekadar bantahan terhadap serangan Israel ke atas penduduk Gaza tetapi ia merupakan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh rejim Zionis itu sejak 60 tahun dahulu.


Oleh itu demonstrasi perlu terus dilakukan supaya Amerika tidak semudahnya membenarkan Isreal berbuat sesuka hati terhadap Palestin dan Israel juga perlu melihat bantahan yang dibuat dari seluruh dunia ini sebagai penolakan terhadap apa yang mereka lakukan. Isreal dan Amerika mungkin boleh bersikap angkuh ketika ini tetapi ia tidak selamanya akan terus berkuasa. Image


Selain itu, demonstrasi besar-besaran harus tetap dilakukan agar Amerika mengiktiraf Hamas. Bantahan ini merupakan desakan kepada Amerika supaya tidak sewenang-wenangnya memberi restu kepada Isreal untuk terus menganyang Palestin. Presiden baru Amerika Syarikat, Barrcak Obama perlu melihat bantahan ini sebagai protes bukan hanya dari negara Islam tetapi negara-negara lain yang sudak muak dengan tingkah laku Israel.


Krisis berleretan selama enam dekad di bumi Palestin itu adalah antara krisis dan jenayah kemanusiaan teramat dahsyat dan antara yang paling menghanyirkan dalam sejarah moden. Sama sekali sanubari kita tidak terbayangkan bagaimana kanak-kanak, wanita dan golongan yang tidak berdaya berpanjangan menempuh ketakutan dan azab derita, di sana. Walhal Palestin pada satu masa merupakan wilayah yang penuh dengan sejarah janji dan kasih Tuhan untuk sekian manusia. Ini semua hanya pandangan peribadi saya bukan pandangan parti.


Bagaimana dengan kempen boikot barangan Amerika dan Yahudi. Pada pandangan Dato' adakah kempen ini berkesan dan perlu diteruskan?


Boikot barangan Amerika ini harus diteruskan. Biarpun ada yang beranggapan bahawa ia tidak akan memberi kesan tetapi setidak-tidaknya ia akan mewujudkan kepedulian dikalangan rakyat negara ini bahawa produk-produk yang dikeluarkan oleh Amerika yang dibeli itu merupakan dana yang membantu Israel untuk terus membedil Palestin. Image


Amerika perlu diajar dengan cara melemahkan atau melumpuhkan saja ekonominya. Seperti yang telah diperkatakan ramai, jika ekonomi Amerika lumpuh, maka bantuan terhadap Israel juga tidak akan mampu diteruskan. Ini merupakan kesedaran yang harus ada pada setiap rakyat negara ini. Kita tidak perlu gerun dengan Amerika atau tidak perlu terlalu bergantung harap dengan produk Amerika. Jika produk-produk ini tiada, ini peluang untuk anak tempatan mengeluarkan produk sendiri dan memasarkan bukan sahaj di dalam negeri tetapi juga di luar negara.


Tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia, apakah sudah mencukupi atau perlu ditingkatkan lagi?


Setakat ini apa yang dilakukan oleh kerajaan memang mengecewakan. Sepatutnya sudah lama kerajaan memanggil duta Amerika, EU, Mesir dan Arab Saudi serta menyatakan bantahan secara rasmi kepada mereka terhadap apa yang dilakukan oleh Israel.


Kita bersetuju dengan cadangan supaya duta Amerika diusir sahaja dari negara ini tanda bantahan terhadap perilaku mereka yang menghalalkan tindakan zalim Israel. Sekali lagi perlu kita sedar bahawa tidak seharusnya kita gerun dengan Amerika.


Apa yang PAS tuntut dari kerajaan Malaysia supaya ia segera dilakukan dalam hal ini?


Seperti yang telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden sebelum ini, PAS sudah lama mengiktiraf Hamas. Jadi kerajaan Malaysia juga perlu mengiktiraf Hamas. Pengiktirafan kerajaan Malaysia ini bukan hanya setakat menyatakan di Parlimen tetapi perlu dengan cara memanggil wakil Hamas sebagai duta Palestin di negara ini. yang ada sekarang merupakan wakil dari Fatah.


Perlu kita ingat pada tahun 2006, dalam satu persidangan di Kuala Lumpur, kerajaan Malaysiaa menjemput wakil Fatah untuk memberikan ucapan sebagai wakil dari Palestin sedangkan ketika itu terdapat wakil Hamas dan kerajaan Hamas sudah dibentuk. Sikap kerajaan ini mengambarkan mereka tidak mengikitiraf Hamas.


Selain itu, kerajaan Malaysia hingga hari ini amat mengecewakan dari segi tindakan susulan. Kita sudah mencadangkan agar Malaysia mendesak negara-negara OIC mewujudkan sebuah pasukan ketenteraan dan memanggil persidangan tergempar OIC, kita boleh jadi tuan rumah. Tetapi nampaknya cadangan dari PAS tidak diendahkan. Apakah kita mahu menunggu lebih banyak nyawa terkorban di Palestin untuk kita memulakan satu tindakan proaktif.

Nasib Najib Razak Untuk Jadi Perdana Menteri Semakin Tipis

muka_hadapan1

UMNO Semakin Parah, Tiga Didakwa Dan Seorang Pemimpin Kanan Serah Diri, Nasib Najib Razak Untuk Jadi Perdana Menteri Semakin Tipis

PETALING JAYA - Seorang pemimpin Umno kanan peringkat pusat, yang dipercayai terlibat dalam politik wang dalam pemilihan parti, menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.


Beliau merupakan orang yang ke-13 ditahan oleh SPRM berhubung politik wang, yang hangat diperkatakan menjelang pemilihan parti itu. Semalam tiga orang didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh, Kuala Lumpur dan Alor Gajah berhubung tuduhan memberi wang untuk mendapatkan sokongan ketika pemilihan bahagian tahun lalu.


Pemimpin dari Wilayah Persekutuan itu ditahan selepas beliau menyerah diri kepada SPRM di Temerloh, Pahang. Beliau yang berusia lewat 40-an disoal siasat beberapa jam sebelum dibebaskan dengan ikat jamin berhubung dakwaan bahawa telah membuat bayaran kepada beberapa orang untuk tujuan meraih sokongan menjelang pemilihan pusat Mac ini. Sumber-sumber memberitahu, beliau yang telah layak untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) membayar antara RM300 dan RM500 setiap perwakilan.


Tiga orang yang didakwa pagi tadi termasuk Naib Ketua Umno Beruas, Azman Noh, 42 di Ipoh dan seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Junaidi Abdul Hamid, 46 di Kuala Lumpur. Sementara itu, seorang lagi adalah Ketua Umno cawangan Kampung Panchor yang juga seorang kontraktor, Johari Ibrahim, 46, didakwa melakukan kesalahan yang sama di Melaka.


Najib akan terlopong….

Senario yang berlaku ini sebenarnya menguatkan lagi hujjah bahawa 70% Najib Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO. Ini kerana Pak Lah dan Khairy nampaknya akan menggunakan SPRM dan laporan Lembaga Displin UMNO untuk mendakwa mana-mana pemimpin UMNO yang didapati bersalah kerana politik wang.


Ini bermakna jika calon terbabit menang kerana politik wang, sudah pasti ia akan dibatalkan dan mesyuarat bahagian itu tidak sah. Bila banyak mesyuarat bahagian tidak sah maka ia akan diadakan semula. Bila penangguhan semula berlaku maka peralihan kuasa Mac 2009 ini pasti akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Maka kempunanlah gamak anak Tun Razak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.


Syabas dan tahniah kepada Pak Lah kerana berjaya melakukannya. Dengan membangkitkan isu rasuah dan mendakwa mana-mana pemimpin terlibat maka Pak Lah akan dapat dua “milage politik”. Pertamanya, beliau akan dilihat pemimpin yang bersih dan konsisten terhadap menghapuskan rasuah dalam UMNO dan kedua beliau akan berjaya menghalang Najib Razak menjadi PM dan Muhyiddin Yassin jadi TPM seperti yang dirancang. Masa depan Khairy Jamaluddin juga akan kembali cerah jika bapa mertuanya terus berkuasa.




Wahid Akan Jelajah Seluruh Negara

http://buletinonline.net/images/stories/berita/wahidcerita.JPG
Kuala Terengganu – Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru dipilih rakyat Mohd Abdul Wahid Endut akan menjelajah keseluruh negara bagi membawa mesej Pakatan Rakyat dan mengucapkan terima kasih PAS Terengganu kepada semua pendokong dan penyokong.


“Saya ucap terima kasih kepada semua ahli-ahli PAS, PKR, DAP dan Kelab Penyokong PAS dari dalam negeri dan luar negeri berkempen untuk memenangkan saya (PAS) dan Pakatan Rakyat.

“Saya berjanji InsyaAllah akan berkunjung ke negeri-negeri termasuk di Sabah dan Sarawak yang cukup berminat dan bersemangat datang membantu kita (PAS),” katanya selepas mengadakan ziarah kembali ke Kampung Tiong dan Kampung Cina disini, semalam, bagi bertemu serta mengucapkan terima kasih kerana menyokong PAS dalam pilihan raya kecil, baru-baru ini

Beliau berkata kunjungan beliau ke negeri-negeri seluruh negara itu adalah bagi membalas budi atas kesungguhan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja bertungkus lumus selama hampir dua minggu sepanjang kempen pilihan raya tersebut.

Katanya beliau akan memulakan siri jelajah seluruh negara itu apabila selesai sambutan dan keraian majlis-majlis kesyukuran setempat dan dalam negeri Terengganu.

“Sekarang masih dalam suasana meraikan kemenangan, setiap hari tidak kurang 10 ekor lembu ‘dikorbankan’ bagi jamuan kesyukuran oleh Unit-unit Peti Undi (UPU) atau di peringkat cawangan di seluruh negeri,”ujarnya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/kibarbendera.JPGKetika menziarahi semula Kampung Tiong dan Kampung Cina semalam, beliau sekali lagi terharu dengan sambutan hangat dan mesra masyarakat Cina dan menafikan dakwaan bahawa mereka tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. (Gambar kiri - penjaga parkir di tengah Kampung Cina, terlebih dahulu mengibarkan bendera apabila nampak Wahid melawat)

“Saya ucap terima kasih kepada merka, mereka balas dengan ucapan tahniah, ada yang bimbang. takut saya kalah kerana mereka sudah kempen bersungguh-sungguh, bawa perayu undi rumah ke rumah,

“bila saya datang melawat ke rumah mereka, mereka sambut dengan tepuk tangan dan memanggil-manggil nama saya,

“jelas ada keikhlasan dalam diri mereka malah ada yang sudah memberikan tugasan kepada saya kerana mereka lebih percaya dan yakin kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat lebih dari Barisan Nasional,”jelas Wahid.

Menurutnya, kemenangan itu merupakan kemenangan rakyat yang mahukan perubahan kerana Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang tidak boleh diharapkan lagi.

Abdul Wahid mengharapkan agar momentum perubahan ini dapat dikekalkan hingga menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Beliau diiringi oleh Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing, Ketua Bahagian PKR Kuala Terengganu, Dr Manaf Che Mat serta dibantu oleh para petugas PAS termasuk Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu.




Melayu tiada nilai di akhirat nanti, kata Nik Aziz







KUALA TERENGGANU, 23 Jan: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru masyarakat supaya mengubah istilah daripada membela Melayu kepada memperjuangkan Islam.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan berapakah nilai Melayu di akhirat kelak.

“Membela Melayu, berapa sen harga Melayu di akhirat? Allah tidak tanya di akhirat nanti, awak Melayu atau Cina. Tapi hendaklah membela Islam bukan memperjuangkan Melayu tapi memperjuangkan Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Meraikan Kemenangan Calon Pakatan Rakyat Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, di sini, malam semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Justeru beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jadi tidak usahlah disebut ketuanan Melayu sebaliknya sebutlah ketuanan Islam.

“Selagi sebut ketuanan Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu, Cina nak letak di mana, India nak letak di mana?” tanya beliau. Tetapi, katanya kalau disebut ketuanan Islam, ada juga Cina dan India yang beragama Islam.

Ini, jelasnya kerana orang Arab pun tidak semestinya dapat memasuki syurga.

"Bapa saudara nabi bernama Abu Lahab adalah orang Arab. Tapi dinyatakan dalam Quran, Abu Lahab akan masuk neraka kerana tidak memperjuangkan Islam.

”Jadi sebagi bapa saudara nabi, orang Arab yang faham bahasa Arab, yang faham Quran pun tak masuk syurga, apa lagilah orang Melayu yang tak faham bahasa Arab dan Quran,” ujarnya.
Image


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .