Ikuti Blog ini

Pakatan Tuntut 5 perkara, Sebelum PRU 13

KL 13 Sept 11: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut melaksanakan 5 perkara sebelum membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Pakatan Rakyat dalam tuntutannya menegaskan, lima perkara yang dituntut itu adalah tuntutan iringan kepada 8 tuntutan Bersih yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan BN bagi reformasi pilihanraya di tanah air.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, tuntutan pertama dari lima tuntutan itu berupa desakan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan BN pimpinan Najib agar melaksanakan 8 tuntutan Bersih.

Menurut beliau, tuntutan kedua berupa desakan agar Kerajaan BN menetapkan tarikh pilihanraya dengan persetujuan atau muafakat bersama dengan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh parti Demokratik Liberal dan Konservetif di United Kingdom (UK).

"Tuntutan ketiga, Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan mestilah diberikan ruang yang selesa ke arah reformasi pilihanraya di negara ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. (IH)

TAKTIK NAJIB TIPU RAKYAT?

Seolah-olah telah dirancang!!! Inilah yang dinamakan taktik pilihanraya. Ketika rakyat memuncak dengan kemarahan sewaktu pengumuman cukai 6% untuk pembelian prepaid top up, tiba-tiba Najib muncul menyalahkan syarikat Telco. Najib kata dia tak tahu pun kenaikkan 6% ini. Haha..kelakar..kelakar... dia yang wujudkan cukai itu, kemudian dia sendiri buat-buat tak tahu. Nampaknya rakyat berjaya dibodohkan. Pagi ini dalam Berita pagi TV3, rata-rata rakyat yang ditemuramah, memuji kerajaan dan Najib kerana berjaya memaksa Telco menangguhkan cukai 6% tersebut. Orang ramai yang ditemuramah memuji Najib kononnya prihatin masalah rakyat. Uweekkkk!!! Haha..korang tak rasa ditipu ke dengan mainan Najib ini?

Cukai 6 peratus ditangguh - Rais

Dr. Rais Yatim (tengah) bermesyuarat dengan pengerusi syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia mengenai caj cukai sebanyak 6 peratus ke atas pengguna prabayar di Wisma Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam. - bernama 
 
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai. 

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee. 

Menurut Rais, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kajian sama ada cukai tersebut akan dikenakan terhadap pengguna yang membeli pek permulaan talian prabayar atau mengenakannya setiap kali pengguna membuat tambah nilai kredit.

"Saya rasa lega apabila mereka bersetuju menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti waktu terbaik bagi melaksanakan cukai perkhidmatan tersebut," katanya.

Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat komunikasi terlibat yang turut sama akan membincangkan kadar yang sepatutnya dikenakan.

"Jadi, isu-isu yang berbangkit ini akan saya bawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri kelak untuk menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan data dan fakta yang lengkap," katanya. 

Rais berkata, beliau juga akan menyarankan kepada kerajaan untuk memberi penghargaan di atas sumbangan dan peranan yang dibuat syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut terhadap cukai perkhidmatan selama ini.
"Jumlah yang disumbang syarikat-syarikat itu terhadap cukai perkhidmatan amat besar dan boleh saya anggarkan jumlahnya bernilai hampir RM6 bilion bermula dari 1998 sehingga kini kepada hampir 26 juta pengguna talian prabayar di negara ini," katanya.

Justeru itu, Rais berharap isu cukai perkhidmatan tersebut tidak lagi dibangkitkan kerana syarikat telekomunikasi terbabit sudah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan caj tersebut.-utusanmalaysia.

Video Linggam Tulen.. Jadi benarlah pertuduhan dalam video tuu..dok nafi apa lagi wahai BN oii..!!

Video Lingam: Perakuan tak perlu semakan semula

Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan bahawa tidak perlu dibuat semakan semula terhadap hasil penemuan oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat klip video kontroversi melibatkan peguam Datuk VK Lingam yang didakwa cuba campur tangan dalam pelantikan hakim.

vk lingam tape 3rd part 280108Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri Presiden Mahkamah Rayuan yang baru, Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya yang baru, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong yang membuat keputusan sebulat suara itu, mendapati bahawa Suruhanjaya Diraja itu sekadar membuat penemuan dan perakuan dan bukannya satu keputusan selepas mendengar keterangan ketika menyiasat klip video peguam berkenaan yang didakwa cuba menggunakan pengaruhnya dalam pelantikan hakim.

Hakim Md Raus, yang membacakan keputusan mahkamah itu, berkata bahawa kedudukan Lingam dan dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, tidak terjejas teruk akibat daripada penemuan suruhanjaya itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Diraja itu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Lingam dan dua bekas Ketua Hakim Negara berkenaan, membuat rayuan bagi mencabar keputusan suruhanjaya itu.

vk lingam aca lingam tape 211107 mediaSuruhanjaya terdiri lima anggota itu, dalam laporannya, memperakukan supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap enam individu terdiri Lingam (kiri), Eusoff, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana salah laku.

Laporan itu menyebut bahawa terdapat keterangan prima facie bagi menyiasat mereka ini berhubung kesalahan mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Guaman.

Suruhanjaya itu mendapati bahawa klip video berkenaan adalah tulen dan Lingam merupakan orang yang dilihat sedang bercakap (melalui telefon) dengan Ahmad Fairuz.

- Bernama

Najib mungkin mansuh ISA minggu ini


KarajaanRakyat l KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, berkemungkinan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - yang menjadi kritikan pembangkang - seawal minggu ini demi mendapatkan momentum menjelang pilihan raya umum dalam waktu terdekat ini.

Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 dengan janji akan mengkaji undang-undang itu.

Tetapi kewibawaan kepimpinannya kini dipersoal dengan serius ekoran pendirian dasarnya yang sering berubah.

ISA yang diperkenalkan lebih lima dekad lalu menyediakan peruntukan menahan seseorang tanpa perbicaraan.

Laman berita The Malaysian Insider difahamkan bahawa ada sedikit 'halangan' di Kementerian Dalam Negeri dan elemen-elemen sayap kanan dalam Umno sendiri.


Namun, dengan mengambil kira keperluan Datuk Seri Najib mendapatkan sokongan golongan pertengahan, penasihatnya merasakan bahawa beliau perlu mengambil tindakan yang drastik.

'Pilihan beliau terhad. Ada tentangan ke atas idea itu tetapi perdana menteri diyakinkan bahawa undang-undang itu tidak perlu memandangkan ada undang-undang lain untuk berurusan dengan keselamatan,' kata seorang sumber yang merujuk kepada Ordinan Darurat, yang digunakan dalam penahanan enam aktivis Bersih 2.0 dua bulan lalu.

Keenam-enam aktivis itu, walau bagaimanapun, dibebaskan kemudian tetapi dikenakan tuduhan lain.

Datuk Seri Najib dikritik teruk ekoran cara beliau mengendalikan perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kajian Merdeka Center pula menunjukkan kepopularan perdana menteri itu menjunam teruk sejak Mei tahun lepas.Kata seorang lagi sumber, Datuk Seri Najib, yang juga Presiden Umno, mahu mendapatkan balik sokongan golongan pertengahan dengan mencuba usaha terbaru ini.

ISA telah digunakan dengan meluas dalam Operasi Lalang pada 1987.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan buat kali pertama di bawah ISA pada 1970-an dan kali kedua ditahan atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa pada 1998.

Pada Julai lalu, Datuk Seri Najib berkata kerajaan akan mengkaji akta-akta lain berkaitan dengan ISA bagi memastikan satu perubahan yang besar dalam usaha menangani keselamatan dalam negara itu.

Menurutnya, kajian dan perubahan melibatkan akta lain yang berkaitan dengan ISA dirasakan perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat.

'Kerajaan serius membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara kita yang lebih terbuka.

'Kita perlu melihat undang-undang lain juga supaya kita dapat membuat perubahan yang besar dalam menangani keselamatan negara kita.

'Kita akan buat kajian dan perubahan terhadap akta tersebut supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa dan kehendak rakyat,' kata Datuk Seri Najib.

Hanya Umno yang kenali komunis baik atau bahaya


najib tun razakULASAN Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”

Kata perdana menteri: “Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”

Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara.

Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis?

NONEBukankah ini melanggar logik Najib sendiri?

Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat?

Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain “asalkan bukan Umno”, maka komunis itu komunis jahat.
Kena tanya Umno, MPN

Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya.

china and malaysia relations 110405 tun razak and maoDan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rasanya Majlis Profesor Negara dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja.

Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian sejarah patut diberi markah kosong.

Bila mana Majlis Profesor Negara membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.

NONECuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu.

Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.

Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno. Kalau Melayu itu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.

Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai.

NONEDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah ketua penerangan PAS Pusat.

'Serang' saya untuk tutup kepincangan p'raya

KOTA BHARU, 13 Sept: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin ‘serangan’ terhadapnya yang dimainkan media arus perdana berhubung pejuang kemerdekaan dan Mat Indera ditimbulkan bagi menutup isu kepincangan demokrasi dan sistem pilihan raya di Malaysia.

“Isu ‘serangan’ terhadap saya kerana mereka nak lari daripada isu-isu pilihan raya terutama tentang (lapan perkara) Tuntutan Bersih 2.0 dan Daftar Pemilih yang begitu kotor.

“Oleh kerana nak lari daripada isu-isu itu dan gagal memulihkan demokrasi serta mengatasi kepincangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka timbulkan isu ini (serangan terhadap kenyataan saya).

“Ini yang mereka nak ‘lari’, sedangkan perkara ini sedang diperhatikan dunia kini,” dakwa Mohamad Sabu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini semalam.

Forum anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu turut disertai ahli akademik dan pakar sejarah dari Universiti Malaya, Prof Dato’ Dr Mohamad Abu Bakar.

Turut hadir Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu Dato Wan Abdul Rahim Abdullah, anggota Exco, Abdul Fattah Mahmod dan Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim.

Forum yang dibanjiri ribuan penonton itu dipengerusikan mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh Haji Soberi Shafei.

Golongan pembodek

Sementara itu, mengulas kenyataan pihak tertentu bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, Mat Sabu mendakwa golongan itu merupakan golongan terlalu hendak membodek pemimpin mereka.

“Bodek punya bodek, mereka itu sampai terbabas, sampai menjadi bahan ketawa sekarang,” katanya.

Dalam hubungan ini, Mat Sabu mendakwa sekiranya rakyat di negara ini menerima pandangan golongan itu, maka ertinya rakyat tidak perlu menyambut kemerdekaan 31 Ogos dan tidak perlu pula menyambutnya pada 16 September.

Dalam pada itu Prof Dr Mohamad ketika dirujuk pandangannya berkata seharusnya orang akademik yang semakin berkedudukan jauh lebih baik sekarang dalam hubungan dengan orang politik mempengaruhi orang politik tertentu supaya isu mengenai penulisan semula sejarah Malaysia ‘yang dipercayai diselewengkan fakta’ itu dilaksanakan.

Menurutnya, sebelum pilihan raya keua belas yang lalu orang akademik banyak tunduk kepada orang politik, tetapi kini ternyata orang akademik dan dari pusat pengajian tinggi semakin menjadi rujukan.

“Inilah peluang dan masanya untuk mereka pula mempengaruhi keadaan menerusi perhubungan mereka dengan orang politik (golongan pemimpin).

“Dulu menteri-menteri tak jumpa kita orang semua ini.  Tetapi sekarang semakin ramai, ada pula diskusi, ada Majlis Profesor dan sebagainya.

“Ini menunjukkan mereka ini sama ada merasai kebimbangan terhadap kedudukan diri mereka dan kedudukan politik mereka, semakin didampingi orang politik dan itu bagus.

“Jadi, di sinilah kita dapat salurkan kebenaran,” katanya. -Hrkh

Cadangan kerajaan Umno/BN 'binkan' anak kepada bapa zina, sesat lagi menyesatkan

KUALA TERENGGANU - PAS menyifatkan cadangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) membolehkan anak tidak sah taraf yang dilahirkan selepas pernikahan ibu bapa, didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa zina mereka adalah cadangan yang 'sesat' lagi 'menyesatkan'.

Menurut Timbalan Pesuruhjayanya, Dr Alias Razak, ia adalah akibat dari dasar kerajaan yang meninggalkan hukum Allah, al Quran dan as-Sunnah.

"mereka (Umno/BN) telah sesat dari jalan Allah (dan mahu) diselesaikan dengan cara yang lebih sesat, akhirnya akan membawa komplikasi yang lebih teruk,

"(ia adalah) akibat dari dasar kerajaan yang meninggalkan (hukum Allah) al-Quran dan as-Sunnah,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata, akhirnya akan membawa komplikasi yang lebih teruk iaitu akan menggalakan seks sebelum nikah iaitu zina, satu perkara yang sangat terkutuk dan merosakan institusi keluarga.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, tindakan itu merupakan mukaddimah yang ditaja oleh kerajaan Umno/BN untuk menghalalkan seks sebelum nikah dan zina.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan kerajaan Umno/BN tersebut bukan kes pertama, malah katanya, Umno/BN mengamalkan penyelesaian 'sesat' dalam kes sosial yang lain.

"ini bukan kes pertama Umno/BN amalkan penyelesaian (secara) sesat, menolak hukum Allah dan meninggalkan al-Quran dan sunnah,

"(sebelum ini) kes sosial yang lain termasuklah masalah dadah dan aids (diselesaikan) dengan kondom dan jarum percuma,"tegasnya.

Selain itu, katanya, Umno/BN juga menubuhkan sekolah khas untuk remaja mengandung luar nikah, melesenkan iaitu menghalalkan judi dan jualan arak, kononnya bagi memudahkan kawalan kepada masalah terbabit.

Justeru, beliau menyeru, seluruh rakyat Terengganu, khususnya orang Melayu yang berugama Islam suopaya menolak kerajaan Umno/BN Terengganu kerana mereka tidak lagi mampu menjaga kesucian ugama Islam dan menjaga keturunan manusia.

Dalam isu yang sama, sebagaimana di laporkan akhbar, Persatuan Peguam Syarie Malaysia membantah cadangan kerajaan Terengganu membolehkan anak tidak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa kerana membawa impak negatif dalam sosiologi masyarakat dan mencemar kesucian Islam.

Presidennya, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata tindakan sedemikian berlawanan dengan hukum syarak kerana tercatat dalam undang-undang Enakmen Keluarga Islam anak tidak sah taraf hanya boleh dinasabkan kepada ibunya saja.

Masyarakat akan sewenang-wenangnya melakukan zina dan maksiat bermaharajalela kerana tiada kekangan sekali gus menggalakkan peningkatan bilangan anak luar nikah. Dari segi hukum, taraf berkenaan memberi kesan apabila melangsungkan perkahwinan kerana anak luar nikah tidak boleh berwalikan bapanya.

Ada sebab Allah tetapkan hukumnya. Mungkin menyenangkan dari aspek menyekolahkan anak dan menutup aib anak, namun hukum syarak tidak melihat pada individu sebaliknya keseluruhannya. Jika mahu dilaksanakan, seragamkan ia di seluruh negara, katanya kepada Berita Minggu, di sini, semalam.

Laporan baru-baru ini menyebut hasrat Terengganu mencadangkan mekanisme bagi membolehkan nama anak tidak sah taraf, iaitu anak dilahirkan selepas pernikahan ibu bapa berusia enam bulan dan kurang, didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa.

Difahamkan, ia tidak membabitkan pindaan akta Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1960 bagi membolehkan anak tidak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan nama ayah, sebaliknya hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Noor Aziah Awal, berkata cadangan mendaftarkan sijil kelahiran anak tidak sah taraf dengan bin atau binti bapa hanya akan menambah tekanan emosi kanak-kanak kerana ia umpama mendedahkan perkara berkenaan kepada umum secara terbuka.

Katanya, cadangan kerajaan Terengganu itu bukan jawapan tepat dalam menangani masalah tekanan emosi yang dihadapi anak tidak sah taraf, sebaliknya perlu mempertingkatkan kesedaran orang ramai bahawa anak tidak sah taraf itu tidak berdosa.

Beliau berkata, status anak tidak sah taraf sepatutnya hanya perlu diketahui oleh ibu bapa, anak dan pejabat agama saja kerana perkara berkenaan hanya akan berbangkit apabila anak berkenaan ingin bernikah atau menjadi wali kepada saudara perempuannya sekiranya bapa yang sepatutnya menjadi wali meninggal dunia. -BO

Surat ucapan Hari Raya ikhlas untuk pancing undi

KALAU sebelum ini banner ucapan Hari Raya dipasang di bilik guru, untuk memancing undi para guru di salah sebuah sekolah di Negeri Kelantan dengan ucapan "Bantu Saya Untuk Bantu Cikgu...".

Kali ini kita ke Negeri Kedah pula. Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan sepucuk surat ucapan hari raya yang dihantar kepada para penduduk sekitar Kuala Kedah untuk memancing undi.

Difahamkan, ini adalah antara surat yang belum dikoyakkan oleh kebanyakkan penerimanya barangkali yang muak dengan cara ahli politik menghantar surat ucapan Hari Raya semata-mata untuk memancing undi.

Jika diteliti, isi kandungan surat ini tidak lain hanyalah ucapan ringkas Hari Raya dan Hari Kemerdekaan ke 54, namun lebih kepada puji-pujian melangit kepada United Malays No Otak dan Barisan Nasional serta pujukan agar mengundi Barisan Nasional dan Umno.

Apa yang lucu, siap ada tulis salam ikhlas setulusnya, apa yang ikhlas dan tulus pun taktaulah.


ReJaM© "Memancing undi dengan penuh ikhlas dan tulus kah kah kah..."

Mahathir merepek, kata Aziz Bari


Bahang polemik kemerdekaan negara kini berpindah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula selepas beliau hari ini menyokong pendapat Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

NONEPensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (kiri) berkata, sebuah portal berita membuat semakan dan menemui versi berbeza pendiriannya - yang dilapor merujuk zaman prakemerdekaan sebagai "zaman penjajahan British" dan "pemerintahan kolonial British".

"Mahathir merepek; lupa? Buat-buat lupa?" soalnya merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 .

Sehubungan itu, Dr Abdul Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, persetujuan Dr Mahathir dengan pandangan Dr Zainal menunjukkan bahawa kedua-dua mereka "putar alam".

"Agaknya apa yang TDM (Tun Dr Mahathir) kata hari ini menunjukkan yang mereka semua dalam denial syndrome (sindrom penafian).

"Ini bahaya sebab kalau depa betul-betul kalah nanti depa akan kata itu atas kertas saja. Depa akan terus memerintah," katanya lagi.

Pemuda PAS: Mengarah, bukan menasihat

Dr Mahathir hari ini berkata, secara teknikalnya Tanah Melayu tidak terjajah kerana sultan memutuskan menjemput British datang menasihatkan cara mentadbir negeri.

Bagaimanapun, katanya, apabila sudah berada di sini, British akhirnya beroperasi seolah-olah negara ini dijajah, sekali gus tidak memberi nasihat, tetapi arahan.

NONESementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kiri) pula berkata, walau apa pun hujahnya, pada hakikatnya British bukan menasihat, mengarahkan sultan mengikut telunjuk mereka.

"Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut," katanya sambil membariskan beberapa persoalan yang perlu dijawab Dr Mahathir dan sarjana sejarah.

Persoalan itu antaranya:
  1. Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957? Sultan atau British?
  2. Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemintah pada masa tersebut?
  3. Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada tahun 1915?
  4. Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?
  5. Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda sultan?
  6. Apakah salah kita menanggap Umno sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?

Apakah Mereka Ini Menunggu Laknat Allah..??


musa hassan police igp pc 250607 mumHukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.

mahathir book launch memoirs 080311“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998.

anwar ibrahim 1998 arrest reforamsi days 010708 black eye“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran,” katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .