Ikuti Blog ini

PRK DUN Galas; Ustaz Harun Yakin Ku Li Sokong Calon PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/rumahterbukabppnt%20131.jpgKUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Ustaz Harun Taib tidak menafikan pengaruh Ahli Parlimen Gua Musang sedikit sebanyak akan menjejaskan peluang PAS menawan kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Menurutnya, DUN Galas adalah dalam kawasan Parlimen Tengku Razaleigh yang dianggap sebagai kubu kuatnya.

Namun begitu, beliau menjangka Tengku Razaleigh akan akan menyokong calon Pas da pilihan raya kecil DUN terbabit yang bakal diadakan tidak lama lagi.

"Ya, kita tidak nafikan pengaruh Tengku Razaleigh (Hamzah) kerana itu kubu dia, tapi Tengku Razaleigh sendiri pun InsyaAllah, sara rasa dia sendiri pun akan memberi sokongan kepada calon PAS,"katanya dalam sidang media yang diadakan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini Rabu. 29 September.

Ustaz Harun yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS berkata demikian kerana menurutnya Tengku Razaleigh adalah seorang yang bijak dalam berpolitik.

"Saya rasa Tengku Razaleigh ini seorang yang bijak berpolitik, biasanya dia pandai memandang menurut suasana dan realiti,"jelasnya ketika ditanya pihak media, mengapa beliau yakin Tengku Razaleigh akan menyokong calon PAS.

Selain itu, beliau berkeyakinan demikian kerana menurutnya ramai tokoh-tokoh lama dan veteran Umno telah pun bersama-sama dengan PAS dan akan menyokong PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

"pada umumnya, saya rasa, tokoh-tokoh veteran Umno, orang-orang lama Umno begitu ramai yang telah bersama-sama dengan, khususnya (mereka akan menyokong PAS) dalam pilihanraya akan datang,

"sebab mereka telah hilang keyakinan kepada Umno,"jelasnya.

Kerusi DUN Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang kini kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaiman meninggal dunia pada Isnin lepas akibat barah usus.

Kerusi itu dimenangi Che Hashim pada pilihan raya usama-sama dengan PASmum 2008 setelah apenyandang dari Umno, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

PELANTIKAN KU LI BERI KEMENANGAN PERTAMA KEPADA PAS


Parti Islam Se-Malaysia menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas sebagai kata dua kepada beliau yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan. Jelas ianya tindakan terdesak Umno. Ternyata Umno begitu bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula DUN berkenaan walaupun tahu, Tengku Razaleigh tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi Umno dan perlantikannya adalah risiko terbesar yang perlu Umno tangani sepanjang kempen.

Sebelum ini di Manik Urai, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengarah namun gagal merampas kerusi berkenaan yang kekal ditangan PAS. Akibat kegagalan itu, beliau dinafikan hak untuk menjadi Pengarah Pilihanraya DUN Galas walaupun beliau adalah Pengerusi Perhubungan Negeri dan Menteri Umno yang banyak menafikan hak royalti Kelantan..

DUN Galas dikawasan Parlimen Gua Musang yang menjadi kubu Tengku Razaleigh dimana Umno menumpang pengaruh beliau untuk mengibarkan bendera mereka, bakal menjadi medan ujian buat Umno dan Tengku Razaleigh sendiri.

Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam Pilihanraya yang lepas Allahyarham Che Hashim Sulaima berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Walaupun baru sepenggal bersama PAS, namun keyakinan rakyat Galas terhadap kemampuan wakil rakyat PAS dan juga kerajaan PAS bakal menjadi cabaran buat BN.

Bagi PAS perlantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah pilihanraya Umno adalah kemenangan pertama kerana selepas Pilihanraya 2008, beliau begitu cenderung untuk bersama rakyat menyokong perjuangan Kerajaan PAS Kelantan bagi menuntut royalti dari Kerajaan Persekutuan dibawah BN.

Malah beliau yang juga mantan Pengerusi Petronas menawarkan diri menjadi saksi bagi kes saman yang dikemukakan Kerajaan kelantan kepada Petronas. Beliau menjadi perhatian kerana sanggup menentang arus dan melawan Presiden Umno dan MT Umno yang duduk dalam kabinet demi membela nasib rakyat.

PAS yakin, perlantikannya membuktikan Umno sebenarnya hilang keyakinan di Galas tetapi mahu memberikan tekanan kepada Tengku Razaleigh sendiri sebagai membuktikan kesetiaanya kepada Umno. Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuangan untuk kepentingan Umno.

PAS yakin, Tengku Razaleigh tahu membuat keputusan dan dia tahu jika Umno menang di Galas, belum tentu royalti minyak Kelantan akan dipulangkan. PAS tiada masalah jika beliau menerima perlantikan itu, tetapi mahu beliau gunakan peluang itu untuk terus memperjuangkan royalti minyak Kelantan.

Jika dalam PRK nanti isu Royalti dibangkitkan, rakyat pasti tertanya-tanya, apa pula yang Tengku Razaleigh akan ucapkan? Sanggupkah beliau untuk menyanggah hujah Umno-BN demi kepentingan rakyat nanti.

PAS menyeru agar Tengku Razaleigh istihar keluar Umno dan menyertai PAS jika benar beliau berjuangan untuk rakyat Kelantan.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry ditarik

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran ‘Temenggong’ dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuatkuasa hari ini.

NONEPengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu setelah surat pemakluman itu diserahkan kepada kakitangan Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kota Bharu, 10 pagi tadi.

Mohd Aiseri berkata, Sultan Muhammad Ke-V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry (kiri).

"Penarikan telah dimaklumkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini melalui surat kepada beliau yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian,” katanya.

Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Petra manakala Sultan Muhammad Ke-V adalah yang sulung.

- Bernama

Dun Kelantan rafak sembah Sultan Muhammad ke-V

KOTA BHARU, 30 Sept: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan Khas yang bermula kira-kira jam 9.00 pagi ini merakamkan ucapan tahniah (merafak sembah) dan sembah taat setia kepada Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad ke-V.

Cadangan merafak sembah (ucapan tahniah) yang mewakili kerajaan negeri dan rakyat Kelantan dikemukakan Ustaz Abdullah Yakob (PAS-Air Lanas) (kanan) sebentar tadi yang disokong oleh Drs Zainuddin Awang Hamad (PAS-Limbongan) (kiri).

Turut menyokong cadangan ucapan tahniah itu, Ketua Pembangkang, Datuk Alwi Che Ahmad, (BN-Kok Lanas).

Abdullah ketika berucap membentangkan cadangan rakaman tahniah itu berkata perlantikan dan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad ke-V dinanti-nantikan oleh rakyat seluruhnya.

Beliau juga turut mengakui rakyat seluruh Kelantan melahirkan rasa gembira di atas perlantikan dan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Sambungnya lagi, perlantikan itu juga sejajar dengan kehendak rakyat memandangkan baginda lebih mengambil perhatian serta menyelesaikan mereka.

“Kami dari pihak kerajaan negeri sentiasa menyokong Tuanku sejak mula tuanku ditabalkan sebagai Sultan Kelantan lagi,” ujarnya.

Katanya lagi, perlantikan baginda bagi menggantikan ayahanda baginda yang sedang gering bertepatan dan tidak menyalahi undang-undang memandangkan Sultan Ismail Petra tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Abdullah berkata, baginda yang gemar turun ke bawah untuk menunaikan solat sunat hajat dan menyelami masalah rakyat begitu mengharukan rakyat seluruh negeri ini.

Sementara itu, Alwi turut menyokong perlantikan dan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.

“Saya mewakili Barisan Nasional Kelantan menyokong penuh di atas perlantikan tuanku sebagai Sultan Kelantan yang baru yang membawa gelaran Sultan Muhammad Ke-V,” ujarnya.

Drs Zainuddin Awang Hamad, ketika mengambil bahagian dalam perbahasan bagi menyokong ucapan merafak sembah itu mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengganggu-gugat kedaulatan Sultan Kelantan sekarang.

Katanya, perlantikan baginda yang sah di sisi undang-undang itu, jangan sekali-kali dicabar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. -Hrkh

Jawapan Kepada Perkasa: NTBL (No Time Bo Layan)

Keadilan, PAS Tidak Ada Masa Layan Pelawaan Perkasa

Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menganggap cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) untuk mengadakan rundingan meja bulat antara orang Melayu di dalam KEADILAN, PAS dan Umno sebagai satu pelawaan biasa dan tidak perlu diperbesar-besarkan

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata pada ketika ini, KEADILAN dan PAS mempunyai agenda yang lebih penting dan lebih utama daripada itu.

"Saya berpendapat adalah lebih baik KEADILAN dan PAS memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting daripada menerima pelawaan Perkasa untuk mengadakan perbincangan meja bulat berhubung isu orang Melayu.

"Kita menganjurkan supaya Perkasa meneruskan sahaja kerja buat mereka dalam lapangan yang mereka percaya.

"KEADILAN pula dalam konteks tersebut akan memfokuskan isu-isu utama seperti persiapan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang serta memperkukuhkan organisasi," ujar beliau.

Pada masa yang sama, KEADILAN kata Ahli Parlimen Machang itu akan memperhebatkan lagi siri penerangan kepada rakyat terbanyak.

"Dalam kata lain, saya berpendapat pelawaan Perkasa itu sebagai pelawaan biasa dan tidak perlu diberikan tumpuan dan perhatian," ujar beliau.

Ahad lalu, Wira Perkasa Kedah mencadangkan supaya diadakan Rundingan Meja Bulat melibatkan Pemuda Umno, Pemuda PAS dan Angkatan Muda KEADILAN bagi membincangkan beberapa isu yang disifatkan menjadi penyebab perpecahan Melayu.

Ketuanya Shaharol Niza Omar berkata tujuan rundingan itu diadakan bagi merungkai permasalahan dan pertelingkahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini antara Perkasa dan parti-parti politik itu.

PM MAKAN DUIT HARAM?

Masya Allah. tingginya hasil kutipan. Perniagaan yang menguntungkan. Malaysia Darul Kasino. Tapi Siapa kaya dengan keuntungan ini?


Najib ni, bukan Perdana Menteri Monggolia? ops... Macam mana orang Monggolia boleh kaya, dapat hasil dari Malaysia?



Apakan daya kan???

SPR A***g...Ada Ke Nak Tetap Tarikh PRK Galas, Kena Tengok AGM UMNO Dulu

Memang balaci UMNO rupanya SPR ini. Ada ke nak tentu tarikh PRK, nak tengok AGM UMNO dulu. Langsung tak bebas. Biar merekalah bermesyuarat Agung. Janganlah kerana nak elak mood AGM suram jika kalah awal, menyebabkan SPR buat PRK selepas AGM UMNO

DUN Galas: SPR ambil kira AGM Umno, hari kebesaran

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat selewat-lewatnya Rabu depan dengan mengambil kira Perhimpunan Agung Umno 2010 dan hari-hari kebesaran dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas.

"Pegawai-pegawai kami sedang mengumpulkan maklumat dan data, selewat-lewatnya Rabu kita akan panggil mesyuarat khas. Tetapi tarikh belum ditetapkan," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi petang ini.

Wan Ahmad berkata pihaknya telah menerima notis daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan tengah hari semalam.

SPR mempunyai masa selama 10 hari untuk menentukan tarikh pilihan raya. Tempoh itu berakhir 7 Oktober.

"Kami juga sedang menetapkan tarikh keluar writ pilihan raya, mungkin selewat-lewatnya Rabu minggu depan boleh mengadakan mesyuarat khas," katanya.

Ketika ditanya sama ada penetapan tarikh pilihan raya kecil ini, yang kali ke-12, akan mengambil kira AGM Umno juga, Wan Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil kira semua aktiviti parti.

Selain itu kata beliau, SPR juga akan mengambil kira hari-hari kebesaran seperti sambutan Deepavali dan Aidiladha, jatuh sebelum pertengahan November, dalam menentukan tarikh pilihan raya.

AGM Umno akan berlangsung pada minggu ketiga bulan depan.

"Kita akan ambil kira semua aktiviti parti... itu yang kita sedang fikirkan, tarikh yang sesuai. Kita masih ada masa (60 hari) untuk mengadakan pilihan raya kecil," katanya.

Bagaimanapun pihaknya tiada maklumat jumlah pengundi di kerusi DUN Galas yang akan menunaikan haji kali ini.

Kerusi DUN Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang kini kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima meninggal dunia pada Isnin lepas akibat barah usus kelmarin.

Kerusi itu dimenangi Che Hashim pada pilihan raya umum 2008 setelah menewaskan penyandang dari Umno, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.


Al Fatihah : Tuan Guru Pak Teh kembali kerahmatullah.

Pengasas Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Pondok Pak Teh, Tuan Guru Dato' Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman (Gambar) atau lebih dikenali sebagai Pak Teh telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Pak Teh mendirikan pusat pengajian ini pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian ini teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya menjadi kontaversi setelah semasa 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelumnya tetapi tidak dilulus.

Pak Teh dalam kenangan :-

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampong Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa yang terletak di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959. Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana beliau berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan. Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan selama lebih 9 tahun iaitu dari tahun 1959 hingga 1967.

Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Haji Mohamad Saman, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Sulaiman Mohd Rabik, dan juga ulama-ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Mustafa, Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hashim Haji Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam. Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga minat bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya dimana pelbagai jenis tanaman di tanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, tanam-tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam ialah seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.
Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang. Kini setelah madrasah tersebut menjangkaui usia lebih 35 tahun bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Pak Teh merupakan ahli jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak dari tahun 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermatnya beliau dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa Syariah dan majlis fatwa Perak.

Diatas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan DYMM Paduka Sultan Perak ke 76 baru-baru ini. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Kebanyakkan pengajian ilmu dimadrasah ini adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab. Kaedah pengajian di madrasah ini yang berasaskan system pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi.Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin(tasawuf), Mughni Muhtaj(feqah), Syuzu(nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad(feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

SemugaRohnya ditempatkan bersama roh para Rasul dan Nabi, syuhada dan solihin diatas kegigihannya memperjuanbgkan agama Allah.....Al Fatihah..

Makhluk Hipokrit Lidah Bercabang Ditemui Di Pulau Pinang

WARGA emas memulangkan semula wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri Pulau Pinang di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, hari ini selepas curiga dengan sumber wang berkenaan.

Percayakah anda sekiranya makhluk yang paling kanan ini pergi menginsafkan orang-orang tua tentang halal dan haram berdasarkan kepada Islam yang sebenar. Benarkah dia menghasut warga emas memulangkan duit bantuan kerajaan negeri kerana dia tidak mahu bersubahat dengan sumber yang haram.

Lihat kepada gayanya ramai yang percaya makhluk sebeginilah yang menunjukkan dia prihatin dengan halal haram tetapi pada masa yang sama menjelir lidah menjilat apa-apa yang boleh dijilatnya, asalkan mengenyangnya sahaja dan lidah bercabang. Keiklasannya tentang perkara ini hanyalah kepalsuan semata-mata. Hipokrit!!!

Lihatlah wajah sesalan orang-orang tua dipaksa oleh makhluk ini, mungkin dia terpaksa merasuah dengan duit yang lain. Takkan percuma untuk memulangkan semula, tak gitu. Politik tetap politik juga kan.

Dato’ Seri Idris Jusoh Sudah Hilang Rasional

Haji Hanafiah Mat@Ramly
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
PAS Terengganu

Lajnah Perpaduan Nasional Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) menyifatkan tindakan Mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh sudah hilang rasional dan kewarasan apabila menganjurkan satu ceramah untuk menghentam DAP di Besut, satu daerah yang tidak ada walaupun ‘setengah’ cawangan parti tersebut,

Selaku bekas Timbalan Menteri Persekutuan dan Mantan MB Terengganu, Idris sepatutnya lebih arif tentang kedudukan polarisasi kaum dan politik negara dan negeri Terengganu.

Sebagai orang lama dalam Umno, Idris harus menunjukkan contoh teladan kepada generasi muda, sesungguhnya politik ‘sensitif’ dan ‘rasis’ tidak akan menguntungkan proses perpaduan antara kaum, samada di peringkat nasional ataupun dinegeri Terengganu.

Malah ia akan terus mengkucar-kacirkan masyarakat majmuk dalam negara ini.

Namun, semua pihak sudah tahu perangai ‘gedebe’ Idris yang turut dikaitkan dengan politik ‘gelap’, melakukan apa saja untuk mencapai kemenangan politik peribadi.

Tindakan ekstrem Idris melabel DAP anti-Islam sebenarnya sudah menjadi kebiasaan ‘mulut celupar’nya yang pernah melabel PAS dengan pelbagai gelaran dan tuduhan hodoh.

Beberapa bulan lalu, Idris pernah membuat kenyataan menuduh orang-orang tertentu di Besut ‘tidur dengan gambar’ pemimpin tertentu, dengan tujuan dan niat yang jahat.

Oleh itu, Lajnah Perpaduan Nasional BPPNT menganggap tindakan Idris adalah sengaja dibuat, bagi meraih populariti dan publisiti murahan setelah tenggelam dengan program-program ‘musuh politiknya’ Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, menjelang perhimpunan Agung Umno.

Idris juga cuba menutup kelemahannya ketika mentadbir negeri Terengganu, dimana kesan buruknya terus dirasakan oleh rakyat Terengganu dengan fenomena bangunan runtuh dan projek pembangunan terbengkalai, sedang wang rakyat telah dibelanjakan berbilion ringgit

Justeru, atas nama perpaduan nasional, Idris dinasihatkan supaya membatalkan hasratnya meneruskan program ceramah yang pastinya akan dipenuhi dengan cerca mencerca, sumpah menyumpah dan maki hamun.

Sekiranya tidak, kami merayu agar rakyat Teregganu menolak Idris dan partinya, Umno yang jelas sebuah parti yang mementingkan politik diri sendiri yang , yang menjadikan politik rasis dan sensitif modal usang untuk mencapai kemenangan.

hanafiahmat.blogspot.com/

Jadi Timbalan Menteri Bukan Perisai Untuk Elak Bayar Hutang

Timbalan menteri diarah bayar hutang RM1.6 juta

Datuk M Saravanan (kanan), yang sekarang ini timbalan menteri Wilayah Persekutuan telah diarahkan oleh mahkamah membayar RM1.6 juta kepada VPN Marketing Sdn Bhd untuk melangsaikan hutangnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga mengarahkan Project Penyelenggara Lebuhraya Bhd (Propel) membayar wang tambahan RM690,000 kepada syarikat itu kerana mencabuli kontrak membekalkan penghadang besi di antaranya lebuh raya Utara Selatan.

Keputusan itu dibuat di kamarnya oleh hakim Anantham Kasinater.

Dua saksi dari VPN Marketing dan dua lagi daripada Propel memberi keterangan semasa perbicaraan.

Saravanan disaman atas kapasiti peribadinya, sebelum dia dilantik sebagai timbalan menteri, selepas syarikatnya RMW Manufacturing Bhd - di mana beliau bertindak sebagai pengurus dan pengarah menggulung tikar.

VPN Marketing, sebuah syarikat berpangkalan di Bandar Puncak Alam, dalam kenyataan tuntutannya berkata mereka sejak 2004 telah membekalkan bahan keluli kepada RMW Manufacturing.

Bagaimanapun RMW Marketing masih belum menjelaskan bayaran RM2.337 juta selepas menerima barangan berkenaan.

VPN Marketing mendakwa Saravanan melalui peguamnya bersetuju melalui sepucuk surat bertarikh 28 Nov 28, 2007, mengeluarkan surat jaminan peribadi untuk membayar RM1.647 juta manakala Propel pula dikehendaki membayar RM690,000.

VPN Marketing telah berulang kali meminta kedua-dua defenden berkenaan menjelaskan bayaran tetapi mereka didakwa gagal berbuat demikian.

Menurut peguam C Shanmugaiah yang mewakili VPN Marketing, hakim itu memutuskan plaintif (VPN Marketing) berjaya membuktikan kes saman tersebut terhadap kedua-dua defendan.

Beliau berkata hakim itu juga memerintahkan Saravanan membayar RM20,000 sebagai kos guaman dan juga faedah lapan peratus dari November 2007, manakala Propel diperintah membayar kos RM35,000 dan juga faedah kepada VPN Marketing.

Syarikat itu juga telah menghantar notis tuntutan pada 7 Sept 7, 2009 tetapi kedua-dua mereka gagal berbuat demikian. -mk

Ahli UMNO Diseru Sertai PAS - TGNA

TG Nik Aziz Ajak Anggota Umno Sertai PAS Demi Perpaduan Melayu

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengajak anggota Umno agar menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.

"Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Baharu, di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti Pas meninggal akibat barah usus pada Isnin lepas. -Bernama

Inilah seruan yang sebenarnya! Barulah jelas. Bahawa jika benar nakkan perpaduan, masuk ke dalam PAS. UMNO tak perlu bertanding. Bukan "berkompromi" yang menatijahkan satu untuk engkau, satu untuk aku.

Bersatu Melayu di atas dasar Islam bersama PAS. -GB

Masterskill bina kampus RM31 juta di Kelantan

KOTA BHARU, 29 Sept: Masterskill Education Group Berhad telah meluluskan peruntukan pelaburan sebanyak RM31 juta bagi membina kampus baru di negeri ini.

Pelaburan itu bertujuan untuk menjayakan hasrat menjadikan kampus Kolej Masterskill di Kota Bharu sebagai kampus utama kawasan Pantai Timur.

Pengurus Masterskill Kota Bharu, Mohd Nazir Abdullah, berkata dianggarkan 6,000 orang pelajar dapat ditempatkan di kolej terbabit apabila ianya beroperasi sepenuhnya menjelang 2011.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian komputer riba kepada 400 orang pelajar Kolej Masterskill Kampus Kota Bharu, pagi tadi.

Menurutnya lagi, kerja-kerja pengubahsuaian bangunan berkenaan yang terletak berhampiran Tesco kini sedang giat dijalankan.

“Jumlah pelaburan yang begitu besar membuktikan komitmen Masterskill sendiri untuk menjadikan Kelantan sebagai salah satu pusat perkembangan pendidikan tinggi di Semenanjung Malaysia selepas cawangan di Kota Kinabalu bagi kawasan Malaysia Timur,” ujarnya lagi.

Sementara itu, sebanyak RM10 juta dibelanjakan untuk pembiayaan pembelian komputer riba kepada para pelajar yang telah bermula sejak awal lagi.

“Objektif utama sumbangan ini untuk mereka bagi mendorong minat pelajar dalam meningkatkan mutu pembelajaran,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa bangga di atas tindakan yang diambil pihak Masterskill kepada pelajarnya.

Katanya, ia adalah sebahagian tanggungjawab sosial Masterskill untuk para pelajarnya. -Hrkh

Usahawan India Ditipu 'Polis Bukit Aman'

KUALA LUMPUR 29 SEPT : Polis tidak menerima laporan berhubung kehilangan usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja sebaliknya hanya menerima laporan berkaitan penipuan yang didakwa dilakukan oanggota polis Bukit Aman bagi "membebaskan" usahawan dari Chennai itu 29 Mac lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail menolak dakwaan keluarga mangsa kononnya polis tidak bertindak sewajarnya untuk menyiasat kehilangan usahawan berusia 34 tahun itu sejak awal tahun ini.

"Kita sahkan ada terima laporan pada 29 Mac lepas di Balai Polis Klang oleh abang mangsa, Dr Kasi Viswanathan, berhubung penipuan yang didakwa dilakukan oleh "Polis Bukit Aman" yang meminta sejumlah bayaran bagi membebaskan usahawan India itu. Jadi pada masa itu kita siasat kes tersebut di bawah penipuan.

"Polis kemudian bertindak dan menyiasat kes tersebut sebagai orang hilang apabila satu laporan dibuat oleh isterinya, Usharani pada 8 Sept lepas," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pada awalnya kes itu disiasat bagi kes penipuan,
namun pada masa yang sama polis telah berusaha untuk menjejaki usahawan itu.

"Pegawai penyiasat telahpun cuba mengesan Muthuraja, namun tidak berhasil, sehinggalah pada 8 Sept lepas, apabila satu laporan dibuat tentang kehilangan Muthuraja, barulah kita siasat lebih mendalam lagi dengan kaitannya dengan siasatan kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain," katanya.

Beliau meminta ahli keluarga Muthuraja agar memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan kes itu secara terperinci dan meminta mereka mendapatkan sumber yang sahih untuk mengetahui sebarang perkembangan terkini terhadap siasatan itu.

"Untuk mengelakkan daripada mendapat maklumat daripada individu-individu atau mana-mana pihak yang tiada kaitan dengan kes ini, kita telah melantik pegawai penghubung untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada keluarga mangsa," katanya.

Hussin berkata ekoran laporan kehilangan usahawan itu, polis telah menahan dua lelaki tempatan secara berasingan iaitu di Taman Wilayah, Selayang dan Kampung Laksamana, Batu Caves sejak 10 hari lepas.

Ketika diminta mengulas tempoh tahanan reman lima suspek kes pembunuhan Sosilawati yang tamat Jumaat ini, Hussin berkata polis belum membuat sebarang keputusan sama ada menyambung reman atau tidak kelima-lima suspek terbabit.

(Bernama)

Muhyiddin: Malaysia Lebih Untung Jika Tidak Ada Perbicaraan Anwar

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi menimbulkan keraguan mengenai tahap sokongannya kepada Datuk Seri Najib Razak apabila berkata Malaysia tentunya berupaya menarik lebih banyak pelabur jika tidak ada pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim.

"Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita, Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata.

"Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini,” tambah Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata kes Anwar tidak ada kena-mengena dengan kerajaan.

Muhyiddin mengulas kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia dan meminta Najib untuk campurtangan bagi memastikan keadilan untuk mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Kenyataan Muhyiddin itu dilihat sebagai cubaan lemah untuk mempertahankan kritikan antarabangsa dan di dalam negara terhadap Najib dalam menangani isu pendakwaan Anwar atas tuduhan liwat.

Ramai pihak menganggap tuduhan itu mempunyai motif politik, lebih-lebih lagi selepas pengadu Saiful Bukhari Azlan mengaku berjumpa Najib dua hari sebelum membuat laporan polis.

Najib pada mulanya enggan mengaku berjumpa dengan Saiful tetapi kemudian mengubah nada selepas perjumpaan itu didedahkan dalam blog-blog dan portal berita.

Pendakwaan terhadap Anwar diteruskan walaupun pemeriksaan pakar mendapati tidak ada tusukan pada dubur Saiful untuk menyokong dakwaan kononnya beliau mangsa liwat.

Peguam Anwar juga gagal mendapatkan keterangan yang diberi oleh Saiful kepada polis atau sampel bahan bukti lain untuk menyediakan pembelaan anak guam mereka.

Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan untuk menggugurkan kes itu walaupun menerima bahawa Saiful mengadakan hubungan sulit dengan pendakwaraya kes itu.

Semua ini menguatkan persepsi bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik yang meperalatkan polis dan badan kehakiman.

Muhyiddin sebelum ini dilihat sebagai memperlekehkan konsep 1Malaysia yang dicanang oleh Najib apabila berkata beliau menganggap dirinya berjiwa Melayu lebih daripada anak Malaysia.

Peneroka menang lagi kes saman Felda

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi. -Hrkh

PRK Galas : Apa Pendirian Tengku Razaleigh?

PEMERGIAN Che Hashim Sulaima semalam tidak dapat tidak ada hikmah dan rahmat di sebaliknya. Disebalik Tuhan menyanyangi Allahyarham, mungkin Ianya juga ingin memuliakan hamba-Nya yang lain. Kerja Tuhan tidak dapat diteka dan ditebak oleh sesiapa. Penuh rahsia bagi yang buta tetapi terang ternyata bagi yang makrifat dengan-Nya.

Dalam konteks pilihan raya dan demokrasi, pilihan raya kecil di kerusi berkenaan tidak dapat dielakkan. Apabila pilihan raya kecil diadakan di Dun Galas sedikit sebanyak ia akan meletakkan semula Tengku Razaleigh Hamzah di atas takhta politik. Tentu nama Tengku Razaleigh akan menjadi penting dan diingat dengan tiba-tiba sebaik saja SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Ini kerana Gua Musang dikenali sebagai kubu kuatnya. Adun Galas adalah satu daripada tiga Adun yang terletak di bawah Parlimen Gua Musang yang dikuasai Tengku Razalegih Hamzah sejak 36 tahun lalu. Dalam hierarki Umno pula beliau masih ketua bahagian Umno Gua Musang.

Pengaruh Tengku Razaleigh sudah berakar umbi di situ. Tengku Razaleigh menguasai parlimen berkenaan sejak tahun 1974 dengan menenanginya tanpa bertanding. Malahan di Kelantan beliau adalah satu-satu ahli parlimen yang paling lama.

Sebagai orang berpengaruh dan berakar umbi di situ sudah tentu pengundi di Galas masih setia kepada beliau. Mulutnya masih masin di Galas dari kalangan penduduknya terutamanya ahli Umno. Orang Asli sudah pasti menjadi penyokong utamanya. Selamanya mereka berajakan kepadanya.

Apakah Tengku Razaleigh yang sebelum ini sudah dilupakan dan dibiarkan Umno dan BN akan didatangi kembali? Beliau akan diingatkan semula dan tenaga dan baktinya diperlukan oleh Umno untuk merampas kerusi Galas itu?

Jika Umno tidak ada maruah mereka akan mendekati Tengku Razaleigh. Akan memujuk dan merayu Tengku Razaleigh agar berkempen untuknya. Tetapi apakah Tengku Razaleigh bersedia berpatah balik, membantu Umno yang sudah melupainya? Mungkin itu akan diperhitungkan semula oleh Tengku Razaleigh. Sekiranya beliau ingat apa yang Umno lakukan kepadanya tidak mudah untuk Tengku Razaleigh mencemar duli bagi membantu Umno dan BN.

Tengku Razaleigh sudah lama dipermainkan oleh Umno. Baik di zaman Mahathir Mohamad menjadi presiden terbawa kepada Abdullah Badawi jadi presiden hingga ke Najib Razak menjadi presiden. Tengku Razaleigh tidak diberi peranan penting sesuai dengan pengaruh dan kebolehannya. Beliau dilupakan dan dianggap sebagai Quran buruk dalam Umno.

Kalau Tengku Razaleigh mengenangkan segala perbuatan Umno itu beliau tidak akan bersedia untuk membantu Umno. Pun begitu sukar untuk diramalkan. Tengku Razaleigh terkenal sebagai seorang pemimpin yang berakhlak dan begitu menghormati kepada perjuangan Umno. Beliau membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno kerana beliau sayang kepada Umno. Malangnya pengorbanan itu tidak dinilai sewajarnya oleh Umno. Akhirnya beliau jadi ulat bulu saja dalam Umno.

Apakah bagi memastikan Tengku Razaleigh membantu BN dalam pilihan raya itu nanti tiba-tiba Tengku Razaleigh akan diberi peranan besar. Ataupun Umno akan memberi boat penyelamat buatnya bagi memulihkan cita-cita politiknya? Rasanya sangat mustahil.

Tetapi kalau beliau merasakan sudah cukup dia memperhambakan diri kepada Umno sedangkan pengorbanan itu tidak dibalas setimpal, Tengku Razaleigh akan mengambil sikap mendiamkan diri kalau pun tidak berhasrat untuk mengajar Umno pada pilihan raya berkenaan.

Namun melihat kepada hati budi dan kelembutan hati seorang anak raja ini, tidak mungkin beliau hanya akan menjadi pemerhati saja di pilihan raya itu, apa lagi akan bersama Pas. Beliau akan turun juga berkempen untuk Umno. Dan kalau itu terjadi peluang Umno memenanginya cerah tetapi Tengku Razaleigh sendiri pula akan menjadi ular air kehabisan lumpur untuk melindungi warna politiknya kalau beliau sedia membantu Umno.

Dari sisi lain kalau Tengku Razaleigh sedia melupai perbuatan Umno kepadanya apakah beliau sedia untuk menafi balik kata-kata dan pendiriannya berhubung dengan royalti minyak? Sebelum ini Tengku Razaleigh dilihat senada dengan rakyat Kelantan dalam menuntut royalti minyak yang dinafikan oleh Umno. Beliau pernah duduk bersama pemimpin kerajaan Kelantan atas pentas dalam memperjuangkan itu.

Sudah pasti tape ucapan dan video majlis beliau ketika menyatakan pendirian berhubung royalti minyak itu akan ditayang di semua pos pilihan raya kecil Galas nanti. Apakah Tengku Razaleigh sendiri menafikan semula kata-kata itu kerana ingin membantu Umno? Tegasnya pilihan raya Galas sedikit sebanyak menjadi Tengku Razaleigh serba salah. Bagaimana beliau menghadapi situasi itu sama-samalah kita tunggu. Politik itu serba mungkin dan janji dan ikrar dalam politik tidak boleh dipercayai. Apakah Tengku Razaleigh juga memilik warna macam pelangi, bermacam-macam. -MSO

Umno dengan judi macam kembar siam

Oleh: Idris Ahmad

PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi.

Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka.

PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram.

Pemimpin Umno tidak mempedulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group pada 6 Mei 2010.

PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad.

Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa “bapa judi” ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno.

Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi.

PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi.

Kebiasaannya, suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat. Contohnya, judi halal kalau yang buat itu ialah kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN.

Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC, Kamalanathan, ahli parlimen Hulu Selangor.

Semakan Kehakiman Video Lingam - Rakyat Nak Diperbodohkan Lagi

Video Lingam: Semakan kehakiman - 16 Mei 2011

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) menetapkan 16 Mei bagi mendengar merit semakan kehakiman dua bekas hakim negara dan Datuk VK Lingam yang mencabar penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

Tarikh itu ditetapkan dalam pengurusan kes hari ini.

Bagaimanapun sama ada perbicaraan akan diteruskan juga bergantung kepada kelulusan rayuan yang dibuat oleh pejabat peguam negara kepada Mahkamah Persekutuan.

Ia dijadualkan akan didengar oleh hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 24 Ogos, dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan dalam menolak permohonan kebenaran ketiga-tiga perayu itu untuk satu semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya, telah menggunakan prinsip yang salah bagi mentafsirkan nilai prima facie untuk diluluskan mengikut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka bagi membuat semakan kehakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya diraja itu.

Selain memberikan sejumlah RM30,000 kos perundangan bagi ketiga-tiga perayu itu, mahkamah juga mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit kes berkenaan.

Pada 12 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan suruhanjaya tidak boleh disemak atas dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.


Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel itu, mendapati bahawa video klip menunjukkan Lingam dalam satu perbualan telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka awal tahun ini.

Dari perspektif umum, ada usaha pihak tertentu untuk "membersihkan" imej hakim durjana yang membaca kertas penghakiman yang disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang diadilinya.

Kedua, sebarang penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak boleh dicabar. Apa lagi alasan hakim-hakim ini? Apakah hakim-hakim ini lebih tinggi kedudukannya daripada DYMM Yang Dipertuan Agong?

Ketiga, mengapa hanya tiga hakim untuk Mahkamah Rayuan? Supaya ia mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu? Maka sebab itu keputusan tidak sebulat suara. 2-1.

Rakyat nak diperbodohkan lagi! - GB

JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno

Pengganjur munajat royalti Rakyat Kelantan hari ini menyelar keras tulisan seorang ulama muda Umno - yang berpendapat salah menetapkan angka, masa dan tempat bagi berdoa - memperlihatkan mereka seperti "balaci" parti itu dalam melawan tindakan yang tidak sealiran.

"Diharapkan ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki Umno, dan mahu menjadi penegur Umno," kata jawatankuasa misi tersebut.

Semalam, Fathul Bari Mat Jahya menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul.

Graduan hadis daripada Jordan dan Madinah itu berkata sekiranya rakyat Kelantan merasakan hak mereka dirampas, doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab.

Justeru, Fathul Bari mencadangkan, jumlah RM400 ribu yang dikumpulkan sebaiknya digunakan untuk program ilmiah bersesuaian dengan keadaan masyarakat Islam di negara ini yang ketandusan ilmu dan ulama.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, cadangan itu bersifat umum dan turut ditujukan kepada kerajaan pusat pimpinan BN.

Dalam kenyataan pengerusi bersama jawatankuasa itu Wan Mohd Johari Wan Omar dan Md Zulaimi Kazin hari ini, mereka mempertahankan tindakan menghantar 40 ulama dan tok guru pondok di Kelantan untuk bermunajat di Mekah sebagai tidak bercanggah dengan syariah.

"Kami melihat, tindakan kami ini tidak bercanggah dengan syariah, terutamanya tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan kami in
i," kata mereka sambil menambah bahawa ia tidak seperti larangan nyata pengharaman judi bola sepak yang "didiamkan" oleh golongan itu.

Wan Mohd Johari dan Md Zulaimi berkata, selari dengan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram, pihaknya menghantar golongan itu "agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh sendiri, untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan."

"Penghantaran 40 orang ulama ini, menggunakan duit derma dan sumbangan orang ramai. Ia tidak ada satu sen pun dari tabung dana kerajaan negeri, yang merupakan harta rakyat Kelantan.

"Keadaan ini tidak sama seperti tindakan kerajaan pusat pimpinan Umno, mengambil dana kerajaan untuk membayar kepada syarikat Yahudi, APCO sebanyak RM 77 juta setahun," sindir mereka.

Jawatankuasa itu juga memaklumkan pada 28 November depan, sebelum bertolak ke Mekah, satu majlis munajat yang sama akan diadakan di suatu tempat di Selangor.-M'kini

Habib buka hotel yakin ekonomi Kelantan

KOTA BHARU : Habib Jewels memilih Kelantan sebagai negeri pertama untuk pelaburannya dalam bidang perhotelan kerana yakin dengan perkembangan ekonomi yang pesat di negeri ini.

Pengurus Besar Habib Jewels Holding, Abdul Razak Abdul Kader, berkata setelah setahun pihaknya membuat kajian berhubung perkara itu, akhirnya bulan Ogos lalu, hotel yang bercirikan ‘butik’ itu beroperasi di Kelantan.

Bagaimanapun, menurutnya, ianya akan dibuka secara rasmi pada 14 Oktober ini di mana satu majlis perasmian akan diadakan.

Menurutnya lagi, berdasarkan maklumat yang diperolehi peluang ekonomi di Kelantan akan bertambah maju pada masa akan datang.

“Kerana itu kami sebagai orang bisnes sanggup melabur di negeri ini dalam eset yang lain pula,” ujarnya.

Tambahnya, pada masa yang sama ianya juga bakal memberi peluang pekerjaan pada masyarakat Kelantan apabila sebahagian besar pekerja di hotel tersebut termasuk ‘show room’ Habib Jewels dan kilang terdiri dari masyarakat Kelantan.

Sambung Razak lagi, sambutan orang ramai terhadap hotelnya hampir memenuhi sasaran sebagaimana yang dijangkakan walaupun baru sebulan dibuka.

Ini kerana, katanya lebih 50 peratus pengunjung telah mendiami hotel tersebut yang terdiri dari ahli perniagaan, kakitangan kerajaan Persekutuan dan pelancong tempatan.

Hotel Habib menawarkan dua pilihan kepada pelanggannya iaitu superior dengan harga RM130 dan deluxe RM150 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 32 bilik.

Kedudukannya yang begitu strategik di tengah bandar Kota Bharu dijangka akan mendapat sambutan yang lebih hebat pada masa akan datang. -Hrkh

Keputusan PRU Dun Galas Sejak 1986-2008

N 45,kedudukan Dun Galas...

1986
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 7039
Jumlah Keluar Mengundi 4926
1. Zakaria Hassan ( BN ) 3420
2. Ibrahim Abdullah ( PAS ) 1281
Majoriti 2139 – BN

1990
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 8737
Jumlah Keluar Mengundi 6429
1. Hj Zakaria Hj Hassan ( BN ) 1760
2. Hj Omar Mohamed ( S46 ) 4465
Majoriti 2705 – S46

1995
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 11,231
Jumlah Keluar Mengundi 7953
1. Omar Mohamed ( S46 ) 4056
2. Zakaria Hassan ( BN ) 3163
3. Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205
Majoriti 893 – S46

1999
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 12,091
Jumlah Keluar Mengundi 8705
1. Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072
2. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336
Majoriti 2264 – BN

2004
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 8972
Jumlah Keluar Mengundi 6805
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184
2. Chek Hashi Sulaiman ( PAS ) 2455
Majoriti 1729 – BN

2008
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 10,330
Pecahan Pengundi
Melayu 65.81%
Cina 22.03%
India 1.81%
Lain lain 10.32%
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753
2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399
Majoriti 646 - PAS

Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?

Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.

Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.

Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.

Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.

Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.

Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.

Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.

Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.

Alhamdulillah..2 Personaliti Terkenal Barat Masuk Islam

Alhamdullilah! Aktres Terkenal Britain dan Bekas Hos MTV Peluk Islam

Aktres terkenal Britain Myriam Francois-Cerrah dikenali umum selepas menjadi pelakon kanak-kanak dalam filem hit "Sense and Sensibility". Kini, dia menjadi lebih popular berikutan tindakannya memeluk agama Islam. Langkahnya itu menambahkan lagi golongan pertengahan yang berpelajaran memeluk Islam di Britain.

Menurut Myriam, Peristiwa 11 September telah menjadi motif sebenar keinginannya untuk mengetahui tentang agama Islam. Hasilnya, dia memeluk Islam selepas meyakini kebenaran yang dibawa oleh agama ini.

Myriam menggelarkan Nabi Muhammad SAW sebagai lelaki yang membawa keamanan. Berpandukan kehidupan Rasullulah, Myriam bertekad untuk mengubah jalan hidup dan kariernya.

Sementara itu, bekas hos MTV Jerman, Kristianne Backer pula menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal memeluk agama Islam, walaupun berita pemelukannya itu menerima kecaman dan maklum balas negatif daripada pihak media.

Katanya, "Saya telah berjumpa dengan orang terkenal dan penting, namun kehidupan saya tetap kosong. Kini, saya dari "Empty-V", dari hiburan kepada "inner-tainment". Saya mengalami krisis selama bertahun-tahun dengan berulang-alik ke sana sini, berada di atas pentas, tinggal di rumah sendirian, dan kekosongan. Saya tidak tahu sebab saya berbuat demikian dan kemudian Islam muncul dalam hidup saya."

Sebelum memeluk Isla, Kristianne telah menemui Sarah Joseph, seorang mualaf, yang juga merupakan editor untuk majalah Emel untuk meminta nasihat dan pandangan. Menurut Sarah, propaganda yang dibuat untuk memburuk-burukkan Islam bukan menyebabkan mereka menjauhi Islam, tetapi mengajak orang kepadanya.





Video sebelum masuk islam

????..Ini masuk islam atau islam masuk keluar????

Islam Yang Ajarkah Jika Dah Sampai Ke Peringkat Mencarut?

Namewee lancar album, 50 orang diketuai Perkasa bakar poster

Gambar: Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah membakar poster Namewee di pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

KUALA LUMPUR – Di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Perkasa bagi membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman.

Mereka dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namewee yang dibakar (gambar), sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut, namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.

Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan.

Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.

“Kami desak, minta dia (Namewee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.”

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.

“Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur,” katanya. – Bernama

Pertama: apakah demikian caranya "Melayu" bertindak? Melontarkan kata-kata kesat dan mencarut? Bagaimana kalau anda-anda yang berbangsa Melayu dicaruti semula? Islam tidak mengajar kita melampaui batas sehingga mengeluarkan perkataan mencarut.

Kedua: Jikalah yang berdemo itu dari Pakatan Rakyat, belum sempat disuruh bersurai, dah pukul, dibalun, disepak, diterajang malah ditahan dan ditangkap. -GB

Tok Guru Nik Aziz Sekitar Majlis Pengebumian Adun Galas




Sunnah nabi:Tok Guru Nik Aziz sedang mengangkat jenazah Allahyarham Che Hashim Sulaima.Jenazah Allahyarham Adun Galas disembahyangkan di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di Gua Musang .Tok Guru Nik Aziz mengimamkan solat jenazah awal pagi semalam.

Tazkirah Tok Guru semua orang akan mati termasuklah pemerintah.Jadi beringatlah kita.

PRK Galas Sudah Mula Hangat

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/kulimuhyiddin.gifMuhyiddin Bimbang Tengku Razaleigh - Nama Tengku Razaleigh Hamzah disebut khusus oleh Muhyiddin dengan harapan Tengku Razaleigh tidak ber'onar'

Jangkaan Pilihantaya Kecil (PRK) akan diadakan berikutan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menjadi suasana politik semakin 'hangat'.

PAS membuka langkah dengan menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

"Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil.


Isu Semasa Dan Sentimen Tempatan Jadi Tumpuan

Sehubungan itu, penasihat jentera pilihan raya Pas Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata isu semasa dan sentimen tempatan dijangka menjadi tumpuan pada PRK DUN Galas yang bakal diadakan

Katanya kemenangan Pas pada pilihan raya umum sebelum ini pun banyak bergantung kepada kedua-dua isu itu.

"Sebab itu, kita menganggap pilihan raya kecil kali ini adalah suatu medan ujian penting kepada Pas dan Barisan Nasional," katanya kepada Bernama hari Selasa.

Wan Abdul Rahim berkata sentimen setempat di Galas berdasarkan kepada komposisi pengundi kerana kawasan itu mempunyai ramai pengundi daripada kalangan Orang Asli.


Polis Kelantan sedia


Dalam pada itu, Polis Kelantan dilaporkan bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar.

"Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya

Abdul Rahim berkata, polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti-parti terbabit dalam suasana aman dan harmoni.


Pemimpin Umno Tuduh Pengundi DUN Galas Silap,


Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa pengundi di Dewan Undangan Negeri(DUN) Galas, Kelantan telah melakukan kesilapan dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau berkata, kononnya pengundi DUN Galas tidak sepatutnya mengulangi kesilapan dengan memilih calon daripada parti pembangkang pada pilihan raya negeri kawasan itu yang akan diadakan.

Beliau menambah tohmahannya, ramai pengundi di DUN tersebut kecewa dengan kegagalan pembangkang memenuhi janji manis mereka seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

Kononnya, kata Sabri lagi, sekarang adalah waktu paling sesuai untuk pengundi di Gua Musang kembali menyokong Barisan Nasional (BN).


Umno akan Letak calon tempatan

Umno tidak ada pilihan kecuali akan akur dan meminta restu daripada Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. menyebut secara khusus, Umno akan meletakkan calon tempatan dari Gua Musang yang diketuai oleh Tengku Razaleigh

Katanya, beliau berharap dan percaya, Tengku Razaleigh akan membantu Pengerusi Perhubungan Umno Dato' Mustapa Mohamad, memenangkan BN dalam PRK DUN Galas.

"Apabila pilihanraya kecil diumumkan, kita akan pilih calon dari Gua Musang, yang diketuai oleh Tengku Razaleigh (Hamzah), kita percaya Tengku Razaleigh, sebagai ketua bahagian akan membantu Datuk Seri Mustapa (Mohamed), selaku Pengerusi Perhubungan Umno bagi memastikan kemenangan BN,"kata Muhyiddin selepas menyampaikan ucapan di Forum International Herald Tribune.

Muhyidin berhati-hati dan berharap Tengku Razaleigh tidak menjadi halangan kerana Tengku Razaleigh sering mengeluarkan kenyataan kontra terhadap dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional. (Baca Blog Ku Li)

Tengku Razaleigh berterus terang menyebelahi kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu dalam isu royalti petroleum bahkan beliau sanggup menjadi saksi dalam saman kerajaan Kelantan dan Terengganu terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan.


PAS Yakin Menang

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin parti Islam itu dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas jika pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman semalam.

Beliau melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Parti sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum jadi pada saya semua jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita tidak mempunyai masalah untuk hadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Malah kita yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN Galas kerana dengan persiapan awal dan rapi yang dibuat sebelum ini kita boleh,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas dijangka diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu Che Hashim Sulaiman, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Hashim yang menghidap barah usus menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas dimasukkan ke hospital itu beberapa hari lalu.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Betis, Gua Musang lewat malam tadi sebaik tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. -BO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .