Ikuti Blog ini
Bapa Demokrasi ,Sabtu, Oktober 11, 2008 at 11.10.08,
" PM Dolah Bapa Demokasi, mungkin gelaran yang diberi hari ini adalah hadiah kerana jasanya berundur lebih awal pada mac tahun depan, apa tu kata orang 'ambil hati'. Kenapa diberi gelaran bapa demokrasi kenapa tidak diberi 'bapa tidur'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini selalu terlelap di majlis-majlis rasmi.
Kononnya bapa demokrasi, kenapa diberi gelaran bapa demokrasi? kenapa tidak digelar'bapa pembohong'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini selalu bercakap bohong pada rakyat. Memori rakyat diingati sepanjang hayat ketika bapa demokrasi ini mahu gubal parlimen bagi memberi laluan PRU 12 lalu.
Kononnya bapa demokrasi, kenapa diberi gelaran bapa demokrasi? kenapa tidak digelar 'bapa zalim'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini masih menghalalkan cara zalim dengan melaksanakan akta ISA dalam pemerintahanya. Rakyat ditahan tanpa bicara. Ini bukan cara demokrasi. Bapa demokrasi jenis apa ini.
Kononnya bapa demokrasi, kenapa diberi gelaran bapa demokrasi? kenapa tidak digelar 'bapa lembab'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini lembab bertindak dalam menyelesaikan masalah rakyat. Cepat naikkan minyak, lembab bila hendak turunkan minyak. Bekalan gula, tepung dan minyak boleh habis. Lembab bertindak.
Kononnya bapa demokrasi, kenapa diberi gelaran bapa demokrasi? kenapa tidak digelar 'bapa lembik'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini lembik, senang dipijak kepala oleh ahli akar umbi UMNO. Tiba-tiba sahaja peralihan kuasa bulan mac 2009. Lembik sangat.
Kononnya bapa demokrasi, kenapa diberi gelaran bapa demokrasi? kenapa tidak digelar 'bapa hadhari'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini iman hadhari. Dalam islam pegang tangan bukan muhrim adalah haram manakala islam hadhari sebaliknya. Masih ingat bapa demokrasi kononnya ini pernah memegang tangan mitchele yeoh.
Kerajaan perkauman tidak akan kekal lama - Nizar , at 11.10.08,
Katanya, selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dibentuk di Perak dan dapat bertahan sehingga hari ini kerana tidak mengamalkan dasar perkauman.
"Kalau kita ketengahkan dasar perkauman, tak mungkin kerajaan ini dapat bertahan lama. Kita ketepikan unsur tersebut. Kita boleh ketengahkan asas prinsip keadilan sejagat.
Menurutnya lagi, dasar perkauman yang ditanamkan dalam jiwa orang Melayu oleh Umno sejak 51 tahun yang lalu kini sudah ditolak rakyat khususnya di negeri Perak.
"Apabila politik menggunakan perkauman, ianya takkan bertahan lama. Sebab itu saya menyarankan semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat jangan ada yang bersifat perkauman. Jangan ada semangat perkauman dalam diri kita.
"Apa yang diajar oleh Umno denngan meniupkan semangat perkauman dalam jiwa orang Melayu tidak berjaya kerana unsur tersbut tidak boleh menyatu-padukan masyarakat," ujarnya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini semakin kukuh walapun ada pelbagai usaha untuk mejatuhkannya.
"Dulu mereka kata kita hanya mampu bertahan sebulan, kemudian kata dua bulan, kemudian kata 31 Ogos. Mereka cuba gunakan petisyen pilihan raya, tuduhan rasuah tapi tak berjaya. Malahan kita semakin kukuh.
"Buktinya, walaupun Menteri Besar daripada PAS dan majoriti Exco dan Adun dari kalangan bukan Islam tapi mereka dapat menerima baik semua polisi kerajaan berkaitan Islam.
"Apa-apa yang diputuskan tidak pernah dibangkang oleh Exco DAP atau KeADILan, malahan mereka menyokongnya,"jelasnya lagi.
Program ceramah tersebut diadakan sempena kemenangan PAS di Dun Sanglang diisytiharkan sah oleh mahkamah persekutusan baru-baru ini.
Tiada sefahaman dengan Umno.. Ku Li diminta sertai Pakatan Rakyat , at 11.10.08,
Ketua Dewan Pemuda PAS itu hari ini secara peribadi mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyertai Pakatan Rakyat sekiranya Anggota Parlimen Gua Musang itu tiada sefahaman lagi dengan Umno.
“Secara peribadi saya mempelawa Tengku Razaleigh untuk menyertai Pakatan Rakyat. Setakat ini belum ada pertemuan secara rasmi lagi dilakukan untuk tujuan itu melainkan pertemuan biasa. Dua hari lalu saya lontarkan pelawaan itu kepada Tengku Razaleigh di Kota Bharu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.
Ditanya mengenai maklum balas daripada Tengku Razaleigh, Salahuddin berkata: “Saya diberitahu secara tidak rasmi oleh pembantu beliau bahawa dia hanya tersenyum di atas pelawaan saya itu.”
Dalam sidang media itu juga Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan aman di Putrajaya pada 10 Jan 2009 depan untuk membantah pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pengunduran Abdullah bukti tekanan kuat dari dalam Umno - Salahuddin , at 11.10.08,
KUALA LUMPUR - Keputusan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu pada Mac 2009 menggambarkan ternyata tekanan yang begitu kuat dari dalaman Umno sendiri yang memaksa beliau berundur.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berpandangan pengunduran Abdullah dilihat sebagai strategi Barisan Nasional (BN) untuk menarik kembali sokongan rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Jelas Salahuddin, kesan kelemahan Abdullah itu telah diterjemahkan oleh rakyat dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Tambahnya buat masa ini Abdullah dilihat sebagai liabiliti kepada BN dan kerajaan kerana kegagalan beliau menghapuskan rasuah, amalan kronisme, penyalahgunaan undang-undang dan juga Islam Hadhari.
Salahhuddin menegaskan, sungguhpun Dewan Pemuda PAS menghormati keputusan Abdullah walaupun mungkin ia berlaku secara 'terpaksa', pihaknya mempunyai pandangan yang berbeza iaitu soal kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri.
"Adalah hak Abdullah untuk mengekal atau melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno, tetapi pengumuman beliau kelmarin tanpa melepaskan jawatan Perdana Menteri akan memberi kesan buruk kepada politik negara.
"Dewan Pemuda berpandangan bahawa Abdullah wajar melepaskan segera jawatan Perdana Menteri kepada seorang pengganti yang lebih baik untuk mengelakkan krisis politik yang lebih teruk," katanya.
Salahuddin juga tidak menolak kemungkinan adalah tidak mustahil dalam keadaan ini, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri juga sudah tidak dihormati lagi.
"Ahli-ahli dan pemimpin Umno memang terkenal kerana meminggirkan pemimpin yang sudah tidak berkuasa seperti yang dialami oleh Tun Dr Mahathir. Tidak mustahil dalam masa yang singkat ini, semua sokongan akan tertumpu kepada Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Kedudukan politik juga akan lebih kacau-bilau sekiranya kabinet tidak lagi menghormati Perdana Menteri seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.
Jelas Salahuddin, dalam keadaan Umno yang lemah diikutikepemimpinan yang lemah dan pergolakan dalaman yang kuat, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada politik dan ekonomi negara.
Tambah Salahuddin, kesangsian juga timbul tentang strategi sebenar pengunduran Abdullah kerana beliau baru sahaja mengambil alih tugas di Kementerian Pertahanan, yang mana satu langkah yang dilihat penganalisis sebagai mempunyai kaitan dengan isu Altantunya yang sedang dibicarakan sekarang ini.
"Jika berlaku sebarang kemungkinan dalam isu ini dan Timbalan Perdana Menteri dikaitkan, maka tidak mustahil Abdullah akan mengekalkan kuasanya.
"Lebih-lebih lagi apabila menantu beliau begitu mengharapkan 'perlindungan' beliau dalam menduduki kerusi tertinggi Pemuda Umno.
Jika ia satu strategi, mungkin ia akan memberikan imej positif kepada Abdullah dalam menyaingi pengaruh Najib, Ku Li atau Anwar Ibrahim," katanya.Mengapa Tiba-tiba Patrick Lim Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Equine ? , at 11.10.08,
Mengapakah secara tiba-tiba Patrick Lim meletakkan jawatan?
Adakah secara kebetulan Lim meletakkan jawatan, selepas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO.
Patrick Lim yang juga digelar oleh Tun Mahathir sebagai Patrick Badawi kerana menurut Tun Mahathir Parick Lim mempunyai hubungan rapat dengan Abdullah Ahmad Badawi.
Patrick Lim adalah satu nama dan wajah yang tidak asing di Terengganu.
Banyak gambar-gambar Patrick Lim yang dirakamkan bersama Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.
Begitu juga dengan orang-orang besar UMNO lain dari angkatan sewaktu dengan Idris.
Walaupun dikatakan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam T-Best Event Sdn Bhd, syarikat pengendali kejohanan tersebut, namun umum mengetahui ‘Monsoon Cup itu adalah Patrick Lim’
Begitu juga dengan pembinaan Taman Tamadun Islam, yang juga ada kaitannya dengan Patrick Lim.
Semua artikel dan berita yang mendedahkan tentang Patrick Lim, Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam banyak diterbitkan dalam Buletinonline sebelum ini.
Perletakan jawatan Patrick Lim pasti ada kaitannya dengan semua ini.
Semua Berita dan Artikel Berkaitan Sebelum ini;
Taman Tamadun Islam tidak tulin ?
Teka teki siapa bangunkan Taman Tamaddun Islam terjawab
Lagi-lagi Patrick Badawi yang bolot projek
Kemana perginya RM 150 juta - 1 : HeliKhairi
Angin Perubahan (Piala) Monsun
Kos Sebenar Pembinaan Taman Tamadun Islam Tidak Lebih dari RM150 juta?
Kertas Putih’ untuk Monsoon Cup
Mad Said tolak dua projek ‘orang atasan’
Pengendali Monsoon Cup bukan milik Terengganu? Exco gagal memberi penjelasan….
Monsoon Cup dan T-Best
Patrick Lim, Wan Hisham Dalam T-Best – Bukan Anak Syarikat Kerajaan?
Piala Monsun – Ahmad dan Rahin Bercanggah
Peralihan Kuasa: Hanya Agong boleh lantik PM , at 11.10.08,
“Sekiranya beliau mahu berundur, dia boleh lakukan. Bukannya dengan membayangi Najib sebagai pengganti. Abdullah sepatutnya menyerahkan kepada bahagian-bahagian Umno untuk mencalonkan jawatan Presiden,” katanya lagi. Jelasnya, melalui percalonan di peringkat bahagian, Presiden Umno hanya boleh dipilih oleh perwakilan seterusnya menggantikan Abdullah. “Kerusi Perdana Menteri pula hanya boleh dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah mendapat mandat dari majoriti Parlimen,” katanya.
Tindakan berkenaan, sekiranya gagal, Abdullah dilihat akan mengulangi kesilapan yang sama seperti mana yang berlaku pada pilihanraya lepas di Terengganu dan Perlis. Kesilapan Abdullah ketika itu adalah melantik menteri besar, Terengganu dan Perlis tanpa mendapat perkenan pihak istana. Walaubagaimanapun pihak Istana membelakangi kehendak Abdullah, dengan melantik menteri besar yang mendapat perkenan Raja dan Sultan kedua-dua negeri berkenaan.
“Tragedi itu, menunjukan kebiadapan Abdullah serta pengikut Umno yang memprotes perkenan Yang Dipertuan Agong selaku Sultan Terengganu,” katanya yang merujuk insiden kata-kata kesat terhadap Agong sewaktu protes perlantikan Menteri Besar Terengganu. Jelas Mahfuz lagi, sebelum berundur, Abdullah sepatutnya membersihkan imejnya yang telah dicemari oleh dirinya sendiri. “Abdullah harus berundur dengan membersihkan imej beliau sebagai seorang pemimpin dan bakal bekas Perdana Menteri,” katanya.
[Ini bermakna, biarpun Najib dilihat bakal menjadi Presiden UMNO tapi belum tentu beliau berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat semua tahu apakah yang telah dilakukannya selama ini. Berbagai skandal yang menimpa beliau mencerminkan bahawa Najib bukanlah calon yang paling sesuai untuk jawatan nombor satu itu. Siapakah yang akan bersaing dengan Najib dalam hal ini. Pastinya Anwar atau pun Ku Li. Jika Ku Li menang, sudah pasti Kerajaan Perpaduan akan dibentuk dan Anwar pasti akan berada di dalam. Jika Anwar menang pula sudah pasti Ku Li turut akan berada di dalam. Maka mana satukah akan berlaku dulu, Ku Li menang menerusi UMNO atau Anwar pula menang menerusi peralihan kuasa kerajaan pusat]
Esok Kita Perintah Malaysia, Semua Tahanan ISA Akan Bebaskan - DSAI , at 11.10.08,
Semua Tahanan Politik ISA Akan Dibebaskan Sekiranya Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia
DSAI memberi jaminan bahawa semua tahanan ISA akan dibebaskan apabila kerajaan Pakatan Rakyat dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara nanti.Gesaan itu dibuat oleh DSAI semalam di hadapan puluhan ribu rakyat Kelantan di dalam ceramahnya bersama dengan beberapa Pemimpin PAS yang lain termasuk Tuan Guru MB Kelantan di Perkarangan Staium sempena Sambutan Eidulfitri PAS Kelantan..
Anwar: PKR tetap akan ambil alih kerajaan BN
KOTA BHARU: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membayangkan akan mengambil alih kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, walaupun tarikh 16 Sept tidak dicapai, Pakatan Rakyat tetap akan meneruskan usaha untuk menubuhkan kerajaan pusat.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran bagaimana pihaknya ingin mengambil alih kuasa itu.
“Siapa kata tak jadi 16 Sept? Kita dah ada jumlah (anggota Parlimen) yang cukup. Cuma nak uji kesabaran dan istiqamah kita, puluhan tahun kita boleh tunggu.
“16 Sept kita dah sedia, bukan olok-olok,” katanya dalam ceramah perdana Aidil Fitri di Padang Perdana di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin-pimpinan Pas dan PKR Kelantan.