Ikuti Blog ini

Tiada sefahaman dengan Umno.. Ku Li diminta sertai Pakatan Rakyat

Salahuddin Ayub .... pelawa Ku Li sertai Pakatan Rakyat

Salahuddin Ayub .... pelawa Ku Li sertai Pakatan Rakyat

Salahuddin mengajak Ku Li untuk bersama Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Perpaduan seperti yang diilhamkannya semasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS itu hari ini secara peribadi mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyertai Pakatan Rakyat sekiranya Anggota Parlimen Gua Musang itu tiada sefahaman lagi dengan Umno.

“Secara peribadi saya mempelawa Tengku Razaleigh untuk menyertai Pakatan Rakyat. Setakat ini belum ada pertemuan secara rasmi lagi dilakukan untuk tujuan itu melainkan pertemuan biasa. Dua hari lalu saya lontarkan pelawaan itu kepada Tengku Razaleigh di Kota Bharu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.

Ditanya mengenai maklum balas daripada Tengku Razaleigh, Salahuddin berkata: “Saya diberitahu secara tidak rasmi oleh pembantu beliau bahawa dia hanya tersenyum di atas pelawaan saya itu.”

Dalam sidang media itu juga Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan aman di Putrajaya pada 10 Jan 2009 depan untuk membantah pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .