Ikuti Blog ini

Berbanding BN, Pakatan Rakyat cemerlang di 5 negeri

LENGGONG - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan membuktikan prestasi yang lebih baik selepas menunjukkan kecemerlangannya selama sembilan bulan bermula pilihan raya 8 Mac lalu.

Image Katanya, selepas sembilan bulan berlangsung, bloger-bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek mengakui pemerintahan bagi lima negeri Pakatan Rakyat paling baik berbanding negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional.


Malah, katanya diakui pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jauh lebih baik berbanding semasa dikuasai Barisan Nasional (BN) dulu.

"Bila kita dapat perintah lima negeri, walaupun kita buat sekadar yang termampu, tetapi prestasinya jauh lebih baik dengan apa yang dilakukan BN sebelum ini.


"Ini diakui para bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek," katanya ketika berceramah di Padang Majlis Daerah Lenggong di sini baru-baru ini.

Turut menyampaikan ceramah di depan lebih 2,000 pendengar itu ialah Wakil kerajaan negeri Perak yang juga Exco Dewan Pemuda PAS (DPP) negeri, Mohd Tee Wai Tiang Abdullah dan Ketua DPP Perak, Ustaz Mohd Nor Azli Musa.

Hadir sama Yang diPertua PAS Kawasan Lenggong yang juga Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenering, Ustaz Shukri Ahmad, Penyelia DUN Kota Tampan, Haji Hamzah Mat Zain dan pimpinan DAP Lenggong.


Mohamad berkata, walaupun pelbagai pembaharuan bertepatan dengan konsep 'Negeri Berkebajikan' dilaksanakan oleh kerajaan lima negeri berkenaan, masih banyak perubahan yang perlu dilakukan.

Katanya, rakyat sentiasa menunggu pembaharuan-pembaharuan seterusnya yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan semua itu perlu dilaksanakan oleh semua peringkat pimpinan lima negeri terbabit.

Menyentuh mengenai keadaan kucar-kacir dalam BN serta pemilihan kepimpinan dalam Umno sekarang ini, beliau mengingatkan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya PAS di seluruh negara supaya tidak bergantung kepada kelemahan orang lain.


Sebaliknya, beliau bimbang sekiranya Umno yang menjadi tonggak kepada BN, yang sekali lagi menggunakan isu perkauman sebagai taktik mengatasi kelemahannya akan pulih semula selepas ini.

"Saya takut mereka akan pulih semula, oleh itu isu perkauman yang mereka mainkan sekarang ini jangan sampai sekali lagi memerangkap kita," katanya yang turut menjadi mangsa Operasi Lalang akibat mainan isu perkauman oleh Umno dan komponen BN lain pada 1987 lalu.

Mohamad berkata, sebaliknya Pakatan Rakyat dan PAS khususnya perlu mainkan isu yang akan terus menjadi relevan pada masa akan datang, iaitu isu rasuah, pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan hak asasi manusia.


Isu ISA, katanya adalah antara isu yang semakin hangat diperkatakan termasuk oleh beberapa komponen BN sendiri, malah masyarakat Cina paling marah dengan akta zalim itu.

Beliau seterusnya menyeru rakyat menyertai perhimpunan paling aman yang akan diadakan pada Mac tahun depan dalam usaha mendesak kerajaan BN menghapuskan terus ISA.


PAS bantah IJN dijual

PAS bantah IJN dijual pada Sime Darby

KUALA LUMPUR
- PAS membantah keras hasrat kerajaan mahu menjual Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby Berhad.

Penjualan IJN atas dasar penswastaan itu menandakan kedudukan kewangan negara barada pada tahap kritikal akibat dari penyelewengan dan rasuah yang semakin meningkat, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.


"Kita mempersoalkan apa keperluan terdesak kerajaan mahu menjual IJN ini kepada Sime Darby sedangkan IJN tidak menghadapi masalah kewangan sebaliknya kerajaan yang menghadapi masalah kewangan.

"Kalau Kementerian Kewangan sudah tidak mampu menguruskan IJN serahkan saja kepada Kementerian Kesihatan," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.


Beliau turut mempersoalkan apakah hasrat kerajaan mahu menjual IJN kepada Sime Darby kerana ada pihak tertentu yang bakal memperolehi keuntungan.

Mahfuz menegaskan PAS mebantah penjualan IJN kerana kerana selama ini institusi itu sedikit sebanyak membantu rakyat yang tidak berkemampuan.


Selain itu beliau berkata, banyak projek yang diswastakan di negara ini mengakibatkan bayaran yang meningkat dan beliau tidak melihat mana-mana projek yang diswastakan bayarannya menurun.

"Sudah tentu apabila bayaran meningkat ia akan membebankan golongan berpendapatan rendah," kata beliau.


Beliau juga menegaskan apa yang penting ialah sama ada penswastaan boleh menjamin kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan.

"Bila diswastakan tentu akan ramai doktor pakar memilih untuk berkhidmat di hospital swasta kerana tawaran gaji dan beberapa insentif yang menarik dan akhirnya hospital kerajaan tidak lagi mempunyai doktor pakar," tegas Mahfuz.

Bernama pada 17 Disember lalu melaporkan Sime Darby Berhad melalui Sime Darby Healthcare telah menulis surat kepada kerajaan menyatakan hasratnya membeli kepentingan dalam IJN Holdings Sdn Bhd.


Kabinet pada prinsipnya sudah bersetuju untuk menjual kepentingan Kementerian Kewangan kepada Sime Darby Healthcare.

IJN ditubuhkan untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan jantung pada kadar yang lebih murah berbanding hospital swasta.

Ketika ini, Kementerian Kewangan melalui syarikat Menteri Kewangan diperbadankan memiliki 99 peratus saham IJN.


Malaysiakini.tv : Gov't gives green light to IJN privatisation

Buletin TV3 : Isu Penswastaan IJN

Dr Mahathir sendiri pernah berehat di IJN buat beberapa bulan, setahun yang lalu.




Nik Aziz kecewa pemimpin PAS teruskan tabiat merokok

PENGKALAN CHEPA - Menteri Besar Kelantan mengingatkan wakil rakyat dan penghulu di negeri ini supaya menghentikan tabiat merokok kerana mereka merupakan pemimpin yang seharusnya menjadi contoh.

Biar pun sudah berulang kali mengingatkan perkara itu, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluahkan rasa kecewa kerana masih ada pemimpin PAS yang tidak meninggalkan amalan buruk itu.


Menurutnya, sebagai pemimpin yang paling hampir dengan rakyat, mereka tidak seharusnya meneruskan amalan yang boleh merosakkan diri sendiri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pengurusan Penghulu negeri Kelantan bagi peringkat Parlimen Kota Bharu dan Pengkalan Chepa di Perdana Resort.


Seramai 70 penghulu menghadiri program sehari tersebut yang dianjurkan bersama Urusetia Penasihat Penghulu Kelantan.Image

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Abdul Fatah Harun sebagai mewakili Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob.


Menteri Besar berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat mereka seharusnya mempamerkan imej yang baik kepada orang ramai.




RM40K DARI HARAKAH UNTUK ANAK-ANAK MANGSA ISA.

Pengarang Harakah, En Lutfi Othman telah menyampaikan sumbangan bernilai RM40k pada keluarga tahanan ISA.Walaupun kebelakangan ini ramai tahanan ISA telah dibebaskan, namun ramai lagi yang tetap menunggu kepulangan suami/bapa mereka yang masih ditahan di Kem Kamunting.(Ada 46 tahanan ISA disimpan di Kem Kamunting)

Sumbangan hasil dari derma pembaca Harakah itu diserahkan Lutfi kepada wakil isteri tahanan ISA, Norlaila Othman dan Bendahari GMI, Nashita Mohd Noor, di Pejabat Editorial Harakah,baru-baru ini.




Nota: En Lutfi menyerahkan duit raya pada anak tahann ISA di Sabah, Ramadhan 2008.


Menurut Lutfi, sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu keluarga tahanan ISA, khususnya menjelang musim persekolahan dibuka, yang dilihat akan memerlukan kewangan yang banyak.
"Saya menyerahkan kepada GMI untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga tahanan, khususnya menjelang buka sekolah ini. Sudah tentu, keluarga tahanan ini memerlukan sejumlah wang bagi melunaskan yuran sekolah serta keperluan-keperluan lain seperti baju, buku dan sebagainya," kata beliau. Tambah beliau, menyedari tentang kesukaran keluarga berkorban masa dan tenaga untuk mencari nafkah setelah kehilangan tempat bergantung, Harakah sentiasa komited dalam menyantuni segala kesusahan dan keperitan mereka.

Sumbangan ini amat menggembirakan dan besar maknanya . Hilang pening kepala memikirkan pelbagai sms yang singgah di hp saya .Berikut adalah antara sms tersebut. Dari Puan Iza yang tinggal di Kedah " yuran sekolah, buku, baju semuanya berjumlah RM350.00, tension saya kak"
kata sms beliau yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 9 tahun.

Itu dari seorang ibu yang mempunyai cuma seorang anak. Bagaimana dengan isteri tahanan lain yang mempunyai 3 atau 4 anak yang serentak masuk ke sekolah?





Pembangunan ‘Mee Segera’ dan Bantuan ‘kilat pilihanraya’ Mula Mencurah

http://buletinonline.net/images/berita15/meesegera1.jpg
Kuala Terengganu – Barisan Nasional (BN) mengekalkan strateginya menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dengan mula mencurahkan projek-projek pembangunan ‘mee segera’.

Bermula semalam 18 Disember, beberapa jalan utama di Bandar Kuala Terengganu mula dibanjiri jentera-jentera berat pembina jalan raya dan kerja-kerja menurap semula dilakukan dengan segera.

Tinjauan Buletinonline di jalan Sultan Mohamad Gong Kapas mendapati sehingga jam 2.00 pagi ini (19 Disember) taktor ‘Roadcare’ dan jentera penurap jalan ‘UEM- Road builder’ masih sibuk menurap jalan tersebut.

http://buletinonline.net/images/berita15/meesegera2.jpgAmalan ‘membeli undi’ dengan pembangunan ‘mee segera’ adalah strategi yang paling kerap digunakan oleh BN diwaktu yang lalu.

Kali terakhir BN telah menggerakkan pembangunan ‘mee segera’ terus menerus selama 24 jam sehari dan menurap semua jalan di seluruh Ijok sebelum pilihanraya kecil DUN tersebut tahun lalu.

Bagaimana pun strategi ‘menggula-gula’kan rakyat dengan pembangunan ‘mee segera’ tidak dilaksanakan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Muhammad Mohd Taib (Mad Taib) akan turun ke Kuala Terengganu sekali lagi, hari ini untuk berkempen.

Kempen Mad Taib berselindung mempergunakan agensi kerajaan RISDA diberi nama Lawatan Kerja Menteri Penbangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Selepas merasmikan satu acara kecil ‘Kursus Kefahaman Koperasi Pekebun Kecil RISDA (yang mungkin sengaja diada-adakan) beliau akan bertemu dengan jentera pilihanraya UMNO di hotel Primula.

Selepas itu, beliau akan mula akan ‘membeli undi’ dengan menyampaikan sumbangan pakaian untuk kanak-kanak di Dewan Wisma Darul Iman.

Dalam perkembangan yang sama kira-kira 8,000 penduduk Tionghua di Terengganu akan menerima 'duit raya kilat pilihanraya' sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow mengumumkan demikian, walaupun Tahun Baru Cina masih jauh.

Beliau berkata kerajaan sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebut menurut laporan akhbar Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi MCA Terengganu memberitahu, mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, warga emas berusia 65 tahun ke atas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal serta duda layak memohon.




MB Terengganu: TV3 Berniat Jahat Kepada Saya

Belas Hati Dengan Nasib Dialami MB Terengganu



DALAM siaran berita TV3 sekejap tadi Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said terkial-kial menjelaskan berhubung laporan tv berkenaan yang didakwanya tidak betul dan bertujuan menjatuhkan imejnya.

Ahmad menafikan laporan TV3 semalam yang didakwanya tidak benar berhubung penutupan beberapa syarikat milik kerajaan negeri.

Melihat visual di tv tadi semacam Ahmad Said menjelaskan itu ketika berada dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu!

Menurut MB itu, TV3 memang berniat buruk kepadanya. Katanya sudah lama tv itu tidak 'kenan' (tidak sukakannya) dan membuat laporan buruk mengenai dirinya.

Katanya semasa isu perlantikan MB Terengganu selepas pilihanya raya lalu, tv itu telah menyiarkan berita mengatakan Adun Kijai disiasat oleh BPR. Laporan itu dakwanya jelas untuk memburukkan namanya.

Kata Ahmad juga beliau tahu siapa yang mengirimkan berita tersebut kepada tv itu supaya menyiarkan berita itu. "Saya masih simpan sms yang dihantar pukul 12 tengah hari," jelasnya sungguh kesal.

Sebenarnya apa yang dirasai oleh Ahmad itu sudah lama dirasai oleh pihak pembangkang. Bagaimana berita beliau diputarbelitkan dengan tujuan tertentu begitu jugalah dengan berita di pihak pembangkang yang sering diputarbelitkan.

Untuk pengetahuan Ahmad, baik TV3 , RTM1,2,3, dan beberapa lagi serta media arus perdana biasanya akan menjadi gila dengan tiba-tiba bila menjelang pilihan raya. Mereka akan jadi tidak siuman dan tidak rasional dengan melapor dan memanipulasikan berita dengan tujuan memburuk pihak tertentu biasanya di pihak pembangkang.

Saat ini tv dan media tidak akan peduli lagi kepada kod etika dan juga profesionalisme dan kebebasan bersuara.

Apa yang diutamakan dan dipastikan agar pihak atau individu yang disokongnya menang dan berpuas hati dengan laporan itu. Soal benar atau tidak, tidak perlu dipedulikan lagi.

Kalau MB itu tidak percaya perhatikan apa yang akan berlaku menjelang pilihan raya kecil Kuala Trengganu tidak lama lagi. Bermacam-macam berita pelik, ganjil dan tidak masuk akal mengenai pembangkang akan dilapor dan disiarkan. Paling menarik dan tidak akan pernah dilupakan berita mengenai ribuan penyokong atau ahli pembangkang akan mengistyharkan diri menyertai Umno.

Tetapi Ahmad Said tidak perlu risau dan dukacita dengan apa yang dilakukan media eletronik negara Malaysia itu. Sebab rakyat sudah tahu dan sedar mengenai kredibiliti dan intergriti mereka. Rakyat sudah tahu agenda dan matlamat mereka. Mereka adalah alat kepada satu pihak. Apa yang dinamakan maruah dan intergriti sudah tidak ada lagi buat mereka.

Misalnya di Trengganu itu apa yang menimpa ke atas Ahmad itu sudah diketahui rakyat umumnya. Ahmad tidak mendapat layanan wajar dari media kerana beliau tidak merupakan calon MB yang dipersetujui oleh parti atau bukan calon dari Perdana Menteri. Ahmad adalah calon MB dari pihak istana.

Sebagai alat dan propaganda kerajaan tv berkenaan akan berpihak kepada calon MB yang disukai oleh tuan-tuannya saja. Ini biasa dan bukan satu yang anih di negara ini.

Hal begini sudah biasa sebenarnya. Makanya Ahamd Said tidak payah risau, sedih dan sebak dengan keadaan itu. Apa yang penting lakukan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Allah tahu apa yang baik dan ia tidak payah pun diheboh-hebohkan. Lagipun Ahmad Said adalah MB Terengganu bukannya MB Umno!

Apa yang mengkagumkan saya tatkala mendengar ulasan Ahmad di DUN Terengganu seperti mana yang disedut oleh TV3 sekejap tadi apabila beliau tekad, tidak rela dan tidak reda penyelewengan berlaku di Terengganu.

Tegasnya beliau tidak akan peduli kepada pennghinaan ke atasnya dan akan bertindak mendedahkannya tanpa mengira siapa. Mudah-mduahan Ahmad akan mengotai kata-katanya. Biarlah Ahmad tidak popular dari kalangan media tetapi asalnya beliau disukai dan disenangi oleh rakyat Terengganu seluruhnya



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .