Ikuti Blog ini

Gempar!! Pengguna Facebook Samakan Sultan Johor Dengan Babi




Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama 'Zul Yahya' telah menggunakan akaun Facebooknya untuk menghina Sultan Johor dengan menyamakan Sultan Johor dengan babi.Tidak tahulah kenapa Mamat nih begitu marah sangat terhadap Sultan Johor sehingga sanggup melontarkan kata-kata keji yang amat keterlaluan.Kalau nak komen kat Facebook tu agak-agaklah,janganlah tulis komen macam orang tidak waras.Perbuatan Mamat nih sah-sah telah melanggar undang-undang negara.Inilah susahnya bila suka cari pasal tak bertempat.Untuk makluman pembaca pengguna Facebook ini bukanlah pelakon Zul Yahya,walaupun beliau menggunakan nama yang sama. -sumber

Korang tengok sendirilah kebebalan Mamat ini dalam screenshot dibawah ini:


Rakyat Kelantan Bina Lebuh Raya Sendiri : Kerajaan Umno-BN Patut Malu




KKerajaan Pusat pimpinan Umno-BN patut merasa malu apabila rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai.

Sikap Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berdolak dalik berkenaan isu lebuh raya itu menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan menyelar tindakan Kerajaan Pusat kerana menafikan hak rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat yang kononnya bermaruah seharusnya berasa malu dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina lebuh raya itu menggunakan derma dan waqaf rakyat.

“Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf untuk memenuhi hak keperluan rakyat membina lebuh raya itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum itu, dalam perbahasan rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembinaan lebuh raya itu.

Bagaimanapun Shaziman berkata, beliau hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang Exco Negeri Kelantan mengenai majlis pecah tanah untuk projek itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, kenyataan Shaziman di Dewan Rakyat itu adalah cubaan menutup janji Kerajaan Pusat untuk projek itu dalam Rancangan Malaysia Ke-8(RMK-8).

“Kami tidak berpuas hati dengan jawapan menteri itu, dulu Kerajaan Pusat pernah janji pada tahun 1996.

“Oleh kerana kami sedar, jadi PAS Kelantan mengambil inisiatif itu,” katanya.

Beliau menambah setakat ini Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengutip RM4juta daripada RM1.8 bilion yang diperlukan untuk pembinaan lebuh raya itu.



Lebuh raya: Menteri cuba alih kepada air Kelantan

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor cuba menutup kegagalan kerajaan pusat membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu yang pernah dijanjikan semenjak tahun 1996 apabila cuba mengalih kepada isu air Kelantan.

Ahli Parlimen PAS melahirkan rasa tidak puas hati apabila menteri berkenaan terus berdolak-dalik setelah mereka membangkitkan isu lebuh raya berkenaan.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pembinaan lebuh raya itu adalah sebahagian daripada cadangan kerajaan pusat yang bermula di Pahang seterusnya ke Kota Bharu.

Malah katanya, menteri juga akui walaupun ada cadangan untuk meningkatkan taraf jalan tersebut tetapi kos terlalu tinggi menyebabkan kerajaan pusat membatalkan rancangan tersebut.

Katanya, kerajaan Kelantan sedar akan keperluan lebuh raya tersebut amat mendesak dan kegagalan kerajaan pusat untuk melaksanakannya maka kerajaan negeri terpaksa memulakan inisiatif untuk melaksanakan lebuh raya tersebut.

"Saya menyeru supaya kerajaan pusat khususnya Kementerian Kerja Raya mengambil inisiatif untuk berbincang tetapi jawapan mereka negatif dan mengalih kepada isu air dan sebagainya," katanya dalam sidang media di lobi parlimen. Menurutnya, Kelantan mempunyai banyak sejarah misalnya kerajaan negeri membina Jambatan Sultan Yahya pertama pada tahun 1960 tanpa memerlukan bantuan pusat walaupun ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat.

"Ternyata dalam kes pembangunan negeri Kelantan, kerajaan pusat amat negatif. Setelah kerajaan negeri ingin menambah Jambatan Sultan Yahya yang baru kerajaan pusat tiba-tiba dengan segera membina jambatan yang baru, sehingga hari ini masih tidak siap.

"Inilah yang kita kesalkan kerajaan pusat tidak mempunyai sikap positif dan ikhlas membina jambatan tersebut," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemberian royalti sebanyak RM10.4 billion akan memberi kemampuan kepada Kelantan untuk mendapatkan RM1.8 billion bagi membina lebuh raya berkenaan.

Malangnya, kata beliau rakyat sudah berputus asa dengan janji Kerajaan Pusat sehingga terpaksa menggunakan sistem wakaf untuk membina lebuh raya yang menjadi keperluan mereka.

"Kerajaan pusat seolah-olah tidak faham peranan dan tanggungjawab mereka. Saya akan katakan kerajaan pusat tetap menganatirikan rakyat kelantan," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Putih Mohammad Husin kecewa apabila kerajaan menanguhkan projek lebuh raya itu ke dalam RMK-11.

"Projek ini diumumkan zaman Abdullah Badawi bermula dalam RMK-8, kemudian ditangguhkan ke RMK-9, RMK-10 dan akhirnya hari ini ditangguh lagi ke RMK-11," katanya kesal.

Terdahulu, Shahziman dalam penggulungan Kementerian Kerja Raya memberitahu kerajaan tidak pernah membatalkan projek lebuh raya ini sebaliknya hanya menangguhkan untuk penilaian semula.

Shahziman juga tidak yakin sebanyak RM1.8 billion boleh dicapai melalui kutipan yang dilancarkan oleh kerajaan Kelantan.
-HD

Penarikan saman Musa Hassan terhadap Anwar bukti konspirasi Umno BN wujud



KUALA LUMPUR 16 Oktober: Perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.

Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1.

Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas.
“Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Datuk Seri (Anwar) selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan,” katanya. 
“Jelas apa yang dipertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau,” kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.
Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.
“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
“Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.
Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.

Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.
“Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,” katanya.
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan.

Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.

Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.

Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, ‘A Doctor in The House’.

Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.

Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.

Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II.
“Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.- KD

UMNO Cipta Fitnah DAP Anti-Islam Kerana Takut Keakraban PAS-DAP


Jangan laga-lagakan Pas dan DAP'

DAP mengulangi pendiriannya tidak pernah mengambil sikap anti-Islam kerana dasar yang terjalin sejak bekerjasama dengan Pas membuktikan perjuangan mereka adalah berdasarkan semangat yang berteraskan pada undang-undang negara.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan kerjasama yang Pas dan DAP, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya rasa tidak timbul soal Pas juga menganggap yang DAP anti-Islam kerana kami sendiri menghormati agama Islam mempunyai nilai suci dan sejagat dan kami tidak pernah menentang nilai-nilai ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Isu DAP anti-Islam semula semalam susulan tulisan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang antara lain mendakwa bahawa MCA sebagai anti-Islam.

Ekoran kenyataan itu, MCA pula membalas dengan mencabar Nasrudin harus menjawab persoalan "adakah Pas juga mengganggap DAP sebagai anti-Islam?"

Demikian persoalan dibangkitkan oleh Setiausaha Agung komponen Barisan Nasional itu, Datuk Seri Kong Cho Ha.

"Saya rasa tidak timbul soal berlaku kesukaran untuk bekerjasama dengan Pas. Saya juga yakin yang Pas tidak pernah berfikir yang DAP anti-Islam.

"Pas sendiri bersetuju bahawa perjuangan parti antara DAP dan Pas adalah mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong itu turut berkata, Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan dasar dan semangat yang sentiasa berteraskan kepada undang-undang negara.

"Semangat kemuliaan hati ini sentiasa wujud antara Pas dan DAP jadi janganlah cuba melaga-lagakan DAP dan Pas pula," ujarnya.

Tambah beliau, setiap keputusan yang diambil dalam PR, mereka akan memastikan pimpinan semua parti dalam perikatan itu membincangkan perkara-perkara pokok secara adil dan telus. -SH

Yang sebenarnya, UMNO cukup benci dan sakit hati jika DAP tidak benci Islam, kerana lantarannya ia akan mengurangkan peluru UMNO untuk menyerang PAS.

UMNO begitu cemburu keakraban PAS-DAP, dan UMNO tahu bahawa keakraban PAS-DAP bakal menghancurkan BN.

Sedangkan hubungan baik PAS-DAP sebenarnya meredakan ketegangan kaum di dalam negara kita (rujuk berita bawah) dan hanya UMNO kini yang sedang membangkitkan isu perkauman sebagai talian hayat terakhir mereka sebelum dikafankan.-GB

Fauzi: Hubungan PAS-DAP redakan ketegangan kaum




WAWANCARA Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata, persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu.

Fauzi berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, keadaan semasa berbeza dengan sebelum ini apabila kedua-dua parti itu dianggap "macam anjing dan kucing" ekoran perbezaan ideologi.

"Kalau dulu kita lihat PAS dan DAP memang macam anjing dengan kucing. Langsung tidak boleh (bersama). Tapi (selepas) ada faktor jalinan ini, kita lihat satu keharmonian dalam masyarakat Malaysia ini.

"Kalau dulu kita lihat, ada banyak syak wasangka. Tapi sekarang (apabila) saya meninjau dari segi kedudukan hubungan antara kaum, walaupun masih ada kebimbangan, ada rasa perkauman, tapi saya nampak darjah perbezaan yang ketara.

"Dulu kita nampak ada unsur-unsur perkauman tetapi sekarang (ini) tenteram, aman, tak banyak syak wasangka.

Ini saya nampak memberi suasana baru di Malaysia," katanya.

Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi - yang menyertai PAS Mei lalu – berkata, jalinan keharmonian antara PAS dan DAP melalui usaha Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor yang mengikat mereka.

"Jalinan ini kita nampak cukup berkesan, dan rakyat boleh terima secara baik, apatah lagi bukti-bukti sekarang ini, orang kata, keharmonian begini menambahkan lagi suasana aman, dan ini menyebabkan rakyat mudah membuat pilihan," katanya.

Mengimbau pertembungan kedua-dua parti itu, Fauzi berkata ia berlaku apabila kedua-dua parti itu sebelum ini saling menggelar dan mengecam, khususnya melibatkan isu hukum hudud.

'Apa beza hudud dan Kanun Keseksanan?'

Bagaimanapun, tidak seperti ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, Fauzi berkata, ketika ini rata-rata pemimpin DAP – seperti Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan ketua parlimennya Lim Kit Siang – semakin memahami isu hudud.

"Maknanya, dia (Guan Eng dan Kit Siang) tak boleh nak kata tak boleh (laksana hudud). Sebab dia semakin faham. Dia menerima satu hakikat bahawa, kita tak takut sangat kalau hudud ini (dilaksana). Ia (hanya merangkumi) dua tiga hal sahaja hukum yang ditetapkan oleh Tuhan," kata Fauzi.

Mengulas mengenai penentangan Karpal terhadap hukum Islam itu, Fauzi - yang berkhidmat dalam polis selama 32 tahun - menganjurkan supaya semua pihak "berlapang dada" dan meninggalkan "aliran pemikiran lama".

Fauzi juga mempersoalkan penolakan “hudud Allah” oleh sebahagian rakyat Malaysia sedangkan mereka boleh menerima undang-undang sivil seperti Kanun Keseksaan yang diwarisi daripada British.

“Apa beza (hudud) dengan Kanun Keseksanan? Ia (Kanun Keseksaan) bukan kamu tulis. Ia berasal daripada British,” katanya lagi.

Fauzi menegaskan, hukum hudud juga tidak boleh dilaksana selagi PAS gagal meyakinkan rakan gabungan yang lain.

Menyentuh hubungan dalam Pakatan, Fauzi juga berkata “salah faham” yang timbul sebelum ini ekoran tidak ada interaksi untuk saling memahami.

Justeru, beliau menegaskan pentingnya kesepaduan antara parti-parti pembangkang - yang mempunyai ideologi politik yang berbeza - memudahkan rakyat membuat pilihan untuk bersaing dengan BN.
-mk

Panas!! Exco Pemuda Umno Bercakap Dengan Kerusi!!



Lihat dengan mata kepala sendiri dengan gambar-gambar sebagai saksi dan bukannya berbicara pakai air liur basi. Bukan nak mengata atau mencaci tetapi ini adalah realiti.

Gambar-gambar dirakam ketika penceramah utamanya Lokman Noor Adam, Exco Pemuda UMNO Malaysia sedang menyampai pidatonya.

Ceramah Pemuda UMNO di Simpang Durian, Negeri Sembilan malam ini 16hb Oktober 2012, cukup-cukup hambar, sunyi sepi dan lenggang. Banyak kerusi kosong tanpa penghuni seolah-olah yang hadir mendengar ialah makhluk-makhluk halus dan bunian.

Butir-butir ceramah seperti biasa... mengguna pakai apa yang diberikan oleh JASA.

Kisah DAP nak jadikan Kristian sebagai agama rasmi, Soros membiayai dana PR dan maukan DSAI jadi Perdana Menteri boneka selain memfitnah DSAI kaki liwat dan zina.

Simpang Durian ini difahamkan terletak dalam daerah Jelebu @ Kuala Klawang dimana ahli parlimennya Rais Yatim. JASA salah satu Jabatan yang terletak dibawah Kementeriannya dan Lokman Noor Adam adalah seorang yang dilantik bergaji sebagai Ahli Pemikir JASA.

Sebab itu jangan kita rasa hairan dan pelik mengapa Najib Razak sampai sekarang tak berani nak bubarkan parlimen walaupun gula-gula PRU dalam Bajet 2013 di umumkan.

Petanda rakyat sudah bertekad maukan Umno BN di ubah dari parti pemerintah ke aprti pembangkang selepas PRU13 nanti.. itu sudah muktamad!!

Umno tumbang.. Islam dan Melayu gemilang.. Umno rebah, Islam dan melayu berdiri gagah dan megah.. Umno tersungkur lebur.. rakyat bersyukur..sumber






Ahli Parlimen Kesal Menteri Wanita Ponteng Sesi Penggulungan


Kuala Lumpur: Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat mempersoalkan ketidakhadiran Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam sesi penggulungan Belanjawan 2013 bagi kementerian itu. Gambar dari carian di google.

Ketidakpuasan hati di kalangan ahli parlimen wanita itu mula dibangkitkan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) diikuti Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang).

Ekoran pencelahan mereka itu menimbulkan sedikit kekecohan menyebabkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandi terpaksa mententeramkan sidang dewan rakyat sebaik sahaja sesi soal jawab tamat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang turut bangun meminta Timbalan Menteri Wanita mengabaikan hujahan mereka.

"Saya minta timbalan menteri pedulikan apa yang mereka cakap, teruskan sahaja penggulungan,"katanya dengan lantang.

Ekoran kelantangan Halimah itu, Ahli Parlimen Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) turut memberi respons "Saya sokong Tenggara jadi Menteri Wanita".

Sementara itu, Ahli Parlimen Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) yang juga melahirkan rasa tidak puas hati apabila Menteri Wanita yang sepatutnya membuat penggulungan diganti oleh Timbalannya Datuk Heng Seai Kie.

Semenjak peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil ekoran kontroversi dalam Pusat Fitlot Kebangsaan (NFC), kementerian itu sehingga kini dipangku oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mencelah ketika penggulungan, Zailah berkata memberi jawatan Menteri Wanita kepada seorang lelaki baginya merupakan satu penghinaan kepada Wanita Umno.

"Ramai wanita di dalam Umno yang boleh diangkat menjadi Menteri Wanita. Tidakkah ianya satu penghinaan apabila orang lelaki yang menjadi menteri wanita," katanya.

Tambahnya, banyak perkara yang berbangkit berkaitan kepentingan wanita di mana ianya perlu diperkasakan oleh kementerian ini.

Zailah juga mempersoalkan Permata negara dan pra sekolah mendapat peruntukan yang besar iaitu Rm1.2 billion sedangkan Kementerian Wanita hanya mendapat RM52 juta.

"Adakah Menteri Wanita merasai peruntukan ini mencukupi? Di dalam Laporan Audit turut melaporkan banyak kelemahan. Apakah alasan yang dibuat oleh kementerian bahawa matlamat boleh dicapai,"tegasnya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .