|
Senyuman lebar anak Taib Mahmud, Mahmud Abu Bekir dengan tanah "kurnia" seluas 70,000 hektar!! |
Ketika PM Najib Razak mengadakan sesi penilaian ke atas rekod-rekod BN di Sarawak pada hujung minggu ini, kami ingin mencadangkan beliau juga perlu mengambilkira suatu maklumat yang mengejutkan yang kami dedahkan mengenai siasatan kami ke atas rampasan tanah terkini yang dilakukan oleh Taib.
Sejak 3 tahun kebelakangan ini Ketua Menteri itu telah memberikan kepada anaknya yang tampan, Mahmud Abu Bekir Taib, tanah-tanah NCR seluas kepulauan Singapura – semuanya diberikan secara
PERCUMA!Kebanyakan tanah-tanah tersebut telah menjadi milik syarikat yang ditubuhkan untuk Mahmud yang dikenali sebagai Titanium Management. Titanium Management pernah menjadi perhatian umum kerana terlibat dalam beberapa skandal mendapat kontrak-kontrak tanpa melalui proses tender yang dikeluarkan oleh kerajaan Taib.
|
Titanium Management - Pemegang sahamnya, Mahmud Abu Bekir Taib, dan para kroni! |
Titanium Management pada asal terletak di sebuah pejabat dalam bangunan syarikat CMS yang dimiliki oleh Taib sendiri, yang kerapkali terlibat dalam skandal-skandal mencuri kesemua jenis perniagaan yang paling menguntungkan.
Sebenarnya Titanium kini telah berpindah pejabat ke blok bangunan pejabat yang dinamakan Titanium Tower, yang berdiri megah sebagai suatu lambing kejayaannya menyedut segala keuntungan dari kontrak-kontrak Negeri dan juga rampasan-rampasan tanah NCR sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang mana kami boleh mengesahkan keuntungannya mencecah berates-juta ringgit.
Walau bagaimanapun, selain dari Titanium Management, kami juga telah mengenalpasti berapa syarikat yang telah menerima tanah-tanah yang mana syarikat-syarikat itu dikawal oleh Taib Mahmud dan rakan kongsinya Chris Chung dan bekas Pengarah Kerjaraya, Michael Ting. Ke semua syarikat ini yang didaftarkan di bawah nama salah seorang atau ketiga-tiga mereka beroperasi dalam satu ruang pejabat dan berkongsi satu nombor telefon seperti yang digunakan oleh Titanium Management!
Dalam kes anak saya tanah harus diberikan secara PERCUMA!Kami telah mendapati sebanyak 14 buah syarikat yang jelas dikawal oleh Titanium Management milik Mahmud Abu Bekir Taib, yang telah diberikan tanah-tanah berjumlah 70,000 hektar. Jumlah ini jauh lebih luas dari kepulauan Singapura.
Pada setiap satu kes pemberian tanah ini dilaksanakan di bawah kategori
“Payment in Kind”. Ini merupakan salah satu cara menyebut tanah-tanah itu diberikan kepada anak Taib secara percuma.
Tanah-tanah lain pula turut ditawarkan secara percuma. Kebanyakan pemanfaat dari rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib hanya akan diminta bayaran yang paling minima pada suatu tarikh di masa hadapan. Tetapi apabila tiba pada anak Taib, bayaran adalah dihapuskan!
Apabila kerabat Taib bermaharajalela, rakyatnya meranaPerdana Menteri Najib seharusnya menganggap kemewahan Taib hasil rampasan demi rampasan yang dilakukannya ke atas tanah-tanahnya sendiri terlalu kontra dengan kadar kemiskinan teruk yang dialami oleh rakyatnya, sedangkan rakyatnya itu hidup di sebuah negeri yang suatu ketika dahulu dikatakan negeri yang terkaya di Malaysia.
Pada minggu-minggu yang akan datang
Sarawak Report menjalankan siri-siri siasatan dan kajian terhadap akibat rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib. Perbuatannya itu telah menyebabkan kesengsaraan kepada mereka di mana kayu-kayu hutan mereka ditebang, tanah-tanah mereka dijadikan ladang kelapa sawit dan sungai-sungai mereka menjadi cetek akibat lumpur dan pencemaran.
Setiap kali musim piliharaya mereka dijanjikan bekalan air yang bersih, tenaga elektrik, jalanraya yang sempurna, pekerjaan yang baru dan elemen-elemen pembangunan yang lain. Tetapi setelah 30 tahun memimpin negeri ini, Taib masih gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya untuk keselesaan rakyatnya sendiri.
Batang Ai sebagai contoh
|
Janji kosong Barisan Najis - Janji juta-juta pembangunan, kemudian gelak sakan bila pulang ke Kuching sebab berjaya menipu rakyat!! |
Mari kita lihat keadaan di Batang Ai yang dihadapi oleh masyarakat Iban rumah panjang. Mereka telah dijanjikan RM70 juta dalam bentuk baikpulih prasarana dan perbelanjaan-perbelanjaan lain semasa pilihanraya kecil tahun 2009 oleh Taib dan BN. Sememangnya Taib mengumumkan perkara ini di depan para pengundi dan mencetaknya di akhbar-akhbar arus perdana sehari menjelang pilihanraya itu!
Ini adalah suatu kesalahan dan cubaan merasuah pengundi, yang boleh mengakibatkan Taib dimasukkan ke penjara jika dia dihadapkan ke mahkamah. Namun para pengundi telah memilih BN tetapi tetap tidak mempercayai janji-janji ini, kerana dua tahun kemudian hingga sekarang janji-janji itu belum ditunaikan sepenuhnya! Jurucakap PKR Nicholas Bawin menjelaskan kepada
Sarawak Report bahawa orang-orang di Batang Ai belum melihat RM2, apa lagi RM70 juta yang dijanjikan itu!
Kami telah menghubungi beberapa penduduk rumah panjang yang telah dipaksa oleh Taib dalam tahun 1983 untuk meninggalkan kawasan asal mereka kerana memberi laluan kepada pembinaan empangan hidroelektrik (Taib dan BN kini merancang untuk memindahkan 600,000 orang asal untuk membolehkan 12 buah lagi empangan dibina jika mereka memenangi pilihanraya kali ini).
|
Nasib rumah panjang Sarawak - Standard bekalan air ciptaan Taib Mahmud!! |
Orang-orang Batang Ai telah digalakkan berpindah ke penempatan yang baru dan dijanjikan bekalan air dan elektrik percuma, termasuk dijanjikan peluang-peluang mendapat pekerjaan yang sempurna dan pembangunan. Kami telah bertanya sudahkah janji-janji itu ditunaikan sepenuhnya?
Kami terkejut kerana mendapati setelah hampir 30 tahun mengharapkan janji-janji tertunai, kebanyakan rumah panjang masih TIADA BEKALAN AIR! Malah di rumah panjang Wong Pandak dan Wong Panjai, para penghuninya masih menggunakan air hujan yang ditadah.
Begitu juga kanak-kanak sekolah di asmara sekolah Nanga Kesit tiada bekalan air bersih untuk diminum, mana kala rumah-rumah panjang di Scheme 1 dan Scheme 2 di kawasan Sebeliau tiada air bersih untuk mandi kerana sungainya berlumpur dan berkelodak akibat hakisan dari ladang-ladang kelapa sawit yang telah kian lama memenuhi sungai di situ.
Tiada bekalan elektrikSeperti di kebanyakan kawasan di Sarawak, keluarga-keluarga miskin di Batang Ai kerap kali dipotong bekalan elektrik mereka kerana gagal menjelaskan bil-bil elektrik. Ini tidak menepati janji-janji BN semasa penduduk-penduduk itu ditempatkan di kawasan yang baru yang seharusnya menikmati bekalan elektrik percuma!
|
Bandingkan rumah panjang dengan rumah ini - Tiada bekalan air di kampung, tetapi rakan niaga Mahmud Abu Bekir, Chris Chung dan dua abangnya ada TIGA rumah besar bersebelahan di Kuching! Dari mana datangnya kemewahan ini?? |
Janji-janji Taib dan BN rupa-rupanya bohong-bohong belaka! Tambahan lagi, orang-orang tempatan pernah dijanjikan keuntungan hasil dari tanah-tanah mereka yang diambil dan diusahakan oleh syarikat-syarikat perladangan. Namun keuntungan walau kecil mana pun belum lagi mereka terima, dan kawasan yang kecil untuk mereka bercucuk tanam pula berada terlalu jauh dari tempat mereka.
Seperti mana yang dihadapi oleh kebanyakan komuniti tempatan di seluruh Sarawak, hutan yang pernah menjadi tempat mencari makanan dan tempat berteduh dahulu, telah pun dirampas dari mereka, tetapi keuntungan dan kemewahan yang terjana dari hutan-hutan itu telah disalurkan ke lain tempat.
Sebaliknya Taib mempunyai rekod yang baik memenuhi janji-janji terhadap golongan orang-orang tertentu sahaja. Golongan ini terdiri dari ahli-ahli keluarganya sendiri dan juga kroni-kroninya dan rakan-rakan niaga yang kaya raya.
Kemewahan hidup Ketua Menteri dan keluarganya amat jauh berbeza dengan kemiskinan dan kesengsaraan hidup yang membelengu rakyatnya yang telah dirampasnya tanah-tanah. Inilah merupakan rekod-rekod yang perlu dinilai oleh PM Najib Razak semasa dia mengatur strategi-strategi menjelang pilihanraya negeri nanti.
Rekod-rekod sebeginilah yang perlu dibandingkan dengan rekod-rekod pemimpin-pemimpin luar negara seperti Robert Mugabe dari Zimbabwe … atau Hosni Mubarak dari Mesir, atau Zine El Abdine Ben Ali dari Tunisia, atau Ali Abdullah Salleh dari Yemen, yang pernah dipetik sebagai berjanji tidak akan menggugat kesabaran rakyatnya dengan minta dipilih semula untuk penggal seterusnya setelah 30 tahun berkuasa.
Cukuplah sudah untuk TaibNamun Taib fikir dia masih boleh memimpin dan baginya orang-orang Sarawak masih memerlukannya sebagai pemimpin mereka lebih dari 30 tahun. Bagi dirinya juga beristeri muda akan menambahkan tenaganya untuk terus bekerja merampas hak-hak rakyatnya untuk diri nya dan keluarganya. Sedangkan Sarawak kini sudah dihangatkan dengan lebih 200 kes-kes mahkamah berkaitan dengan rampasan-rampasan yang dilakukannya.
PM Najib harus memikirkan apakah sejauh manakah dan seberat manakah tahap kesabaran rakyat Sarawak sanggup bertahan dan berhadapan dengan semua ini?