Ikuti Blog ini

Blogger Hina TGNA Serah Diri Dan Ditahan

Blogger yang menggunakan nama "jeffrydamien09" yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, telah menyerah diri kepada pihak polis semalam.

Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu, suspek diserahkan kepada Polis Kelantan untuk tindakan susulan.

"Kita telah menyerahkan lelaki itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan untuk siasatan lanjut.

"Kes ini akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, beberapa akhbar melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kelantan yang diketuai Naib Ketua Pemudanya, Hisham Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung tindakan blogger tersebut.

Hisham Fauzi berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia jelas mengandungi unsur-unsur provokatif yang boleh menimbulkan ketidakstabilan politik dalam negara ini.

Blogger berkenaan didapati telah menghapuskan gambar lucah berkenaan.

Sidang media Pakatan Rakyat Perak.




Lewat jam 10 malam tadi Pakatan Rakyat mengadakan sidang medianya. Semua pimpinan Pakatan Rakyat kelihatan di samping DS Nizar Jamaludin. Pakatan Rakyat menyedari dari awal bahawa mengharapkan mahkamah memberi keadilan adalah sesuatu yang sukar. Namun apa yang dilakukan adalah perjuangan di medan yang terbuka gelanggangnya walaupun padang dan pengadilnya seringkali membuat kita kecewa. Dengan keputusan sepakat lima hakim tadi, demokrasi telah mati..... yang tinggal ialah negeri yang ditegakkan oleh pilihan lima hakim dengan kuasa penentuan di tangan tiga ekor katak. Dalam sidang media malam tadi beberapa ketetapan dan tindakan telah dijelaskan oleh DS Nizar.
  1. PR akan menunggu alasan penghakiman untuk membuat tindakan susulan.
  2. Keputusan mahkamah dilihat tidak mengambil kira beberapa kes terdahulu yang pernah terjadi dalam sistem kehakiman di Malaysia. Ini menunjukkan mahkamah tidak konsisten dalam membuat keputusan.(merujuk kes di Sarawak mungkin- pen).
  3. Keputusan ini adalah sejarah hitam negara kerana amalan pengasingan kuasa di abaikan .
  4. PR bimbang keputusan ini menatijahkan risiko penentuan kerajaan tidak lagi berlaku di dewan Parlimen atau DUN sebaliknya di mana mana sahaja dan hanya mungkin merujuk kepada beberapa dokumen.
  5. Jika Zamry mengutamakan rakyat, maka mandat perlu diserahkan kepada rakyat.
  6. PR sedia bekerjasama membantu melaksanakan dasar yang membantu rakyat. PR juga berharap agar kerajaan Zamry memberikan keadilan dalam penggunaan premis kerajaan untuk ADUN PR. Mesti diingat, rakyat Perak yang menyokong PR adalah melebihi 53 %.
  7. Menuntut JK tindakan kerajaan untuk kepentingan rakyat disertai oleh wakil PR.
  8. Menuntut peruntukan kepada wakil PR kerana ia adalah milik rakyat. Jika benar Zamry ingin bekerjasama , ia mesti membuktikannya .
  9. Keputusan mahkamah telah mengizinkan kerajaan Perak ditubuhkan dengan sokongan 3 katak yang tak bermoral.
  10. Perak dalam bahaya kerana 3 katak terus mengugut kerajaan memenuhi kehendak mereka. Ini menyebabkian kerajaan Perak terdedah kepada risiko dan menjadi lemah kerana kuasa sebenar di tangan 3 ekor katak.
  11. Keputusan mahkamah memberi isyarat kes DSAI yang sedang dibicarakan juga terdedah kepada campurtangan kuasa ghaib
  12. Speaker Perak Sivakumar menuntut agar mahkamah mempercepatkan perbicaraan cabaran beliau terhadapkeputusan SPR yang mengistiharkan tiada kekosongan di 3 DUN Perak.
  13. Mencabar Zamry sekurang kurangnya mengadakan 3 pilihanraya di DUN katak kerana umNO pernah menuntut 2 ADUN PKR yang terlibat dengan dakwaan rasuah meletak jawatan.
  14. Tiada lagi rayuan kerana hilang keyakinan terhadap mahkamah.
Bagi PR perjuangan akan diteruskan dan ADUN PR akan bertindak sebagai pembangkang yang kuat dan lagi berkesan. Selamat berjuang !

Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak – TG Nik Aziz


Gambar terbaru di Mahkamah Persekutuan selepas diumumkan rayuanya gagal sebagai MB Perak, namun DS. Nizar sesungguhnya selayaknya dipanggil MENTERI BESAR RAKYAT PERAK. Lihatlah semangatnya tidak pernah luntur malah makin berkobar-kobar walaupun dinafikan hari ini. Semuga ia menjadi peniup semangat kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk memastikan Pakatan Rakyat kembali berkuasa di Perak.

KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.



“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.



“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.


Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.



TG Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti.


Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.



“Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya.


Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.


Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka.



Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.



“Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya.

Mampukah Zambry menyambut tangan kerjasama Nizar yang dihulurkan ?



Ipoh : Nizar menyatakan kesanggupannya untuk menghulurkan tangan kerjasama demi rakyat negeri Perak.

Demikian kenyataan Nizar dalam satu sidang akhbar lewat malam tadi selepas mengadakan mesyuarat dengan lain-lain pemimpin kanan gabungan Pakatan Rakyat di pejabat Perhubungan negeri.

“Tetapi Zambry perlu membuktikan keikhlasannya untuk menerima huluran tangan kerjasama tersebut,” jelas Nizar.

Nizar menggesa Zambry supaya tidak menghalang penggunaan dewan-dewan orang ramai kepada rakyat dan memberikan peruntukan kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat supaya mereka dapat meneruskan khidmat kebajikan kepada rakyat tanpa batasan perkauman dan fahaman politik.

Nizar juga mahukan Pakatan Rakyat diberikan ruang untuk turut serta dalam Jawatankuasa Tindakan Dewan Negeri.

Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan mensyuarat khas jam 8.00 malam tadi dan mengadakan sidang akhbar seusai mesyuarat tersebut pada jam 10.00 malam.

Datuk Seri Nizar turyt menyatakan rasa sedihnya diatas keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memihak kepada UBN dan dianggap keputusan tersebut sebagai satu sejarah hitam, bukan sahaja bagi negeri Perak, malah bagi seluruh Malaysia.

5 panel hakim tersebut dilihat seolah-olah menyokong kerajaan haram di Perak dengan hujah-hujah yang tidak konsisten berbanding dengan kes-kes yang hampir sama berlaku di Sabah.

Ditanya tentang kemungkinan beliau membuat rayuan ‘review’ terhadap penghakiman tersebut, Nizar menjawab beliau tidak berminat dan tidak mahu membuang masa dengannnya kerana urusannya sangat rumit.

“Pakatan Rakyat akan bertindak sebagai pembangkang yang kuat dan sihat dan akan meneruskan kerja-kerja sebagai Wakil Rakyat ,” katanya lagi.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .