Ikuti Blog ini

Bukti : Kos Majlis bertunang Anak najib Rakyat Yang Tanggung..


Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.

Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:

~Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang = RM18,792

~Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang = RM309,975

~Kos pengendalian = RM81,000

Jumlah = RM409,767



Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.


Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.
KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.


Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.


Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAn berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.


Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

Najib Terbabit? Siasat Semula Kes Altantuya! – Mat Zain

Kuala Lumpur : Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana “banyak perkara yang tidak kena” dalam kes itu.

Selain itu katanya, berlaku “penyembunyian bukti material dan juga manipulasi” dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.

Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti.

“Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang).

“Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka,”
katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti.

“Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

“Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG,” katanya lagi.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan “bukti palsu” yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.


Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda.

Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau. -KD

Rakyat melihat pembabitan Najib dalam kes Altantuya


KUALA LUMPUR 9 Mac: Penghakiman penuh oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes Altantuya, tidak dapat menghidar rakyat dari melihat kaitan Datuk seri Najib Razak dengan kes pembunuhan itu, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor.

Lebih menimbulkan persoalan, katanya, penghakiman Datuk Mohd Zaki Md Yasin merumuskan bahawa motif pembunuhan tidak penting, walaupun ia relevan.

“Jika tujuan pembunuhan tidak penting, mengapa Altantuya dibunuh?,” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kes tersebut, dua anggota unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung.

Manakala tertuduh ketiga, Abdul Razak Baginda- seorang kenalan rapat perdana menteri dibebaskan oleh mahkamah tanpa diarah membela diri.

Azilah merupakan pegawai pengiring Najib ketika menjadi timbalan perdana menteri, manakala Sirul pula ialah sebagai pegawai keselamatan UTK Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Tidak mungkin anggota polis melakukan jenayah ini tanpa sebab dan mesti ada arahan dari mereka yang lebih tinggi darinya untuk melakukan perbuatan itu.

“Soalnya, bagaimana kedua-dua anggota ini yang bertugas menjaga keselamatan pemimpin negara boleh terlibat melakukan operasi membunuh ini dengan begitu kejam?,” ujarnya.

Menurutnya, dalam kes pembunuhan Sosilawati misalnya, kes itu disiasat dengan teliti sehingga motif pembunuhan dapat diketahui.

Ia katanya berbeza dalam kes Altantuya apabila motif pembunuhan seolah cuba ditutup.

“Walau apa pun alasannya, rakyat melihat pembabitan Datuk Seri Najib dalam kes ini.

“Meskipun mungkin beliau tidak terlibat secara langsung, namun pembabitan kedua-dua anggota keselamatan dalam kes ini amat merendahkan reputasi beliau,” ujarnya.

Beliau juga menimbulkan persoalan samada perdana menteri itu sanggup memohon maaf kepada keluarga Altantuya atas pembabitan bekas pegawai keselamatannya dalam kes pembunuhan itu.

“Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?

“Berjiwa besarlah beliau jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap wanita Mongolia itu,” ujarnya.
-KD
Najib enggan siasat Musa-Gani, takut rahsia Altantuya terbongkar


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung pemalsuan bukti dalam kes rasuah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.


Peguam Anwar, R Sivarasa menyifatkan Najib enggan membuat siasatan terutama terhadap Gani kerana takut penglibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya akan dibongkar.


Sivarasa berkata demikian mengulas pendedahan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbarunya semalam.


“Kenapa tak berani ambil tindakan, kita tidak boleh mengekalkan peguam negara (Gani) yang melakukan jenayah (memalsukan bukti).


“Ini semua kerana Najib terhutang budi dengannya ( dalam kes Altantuya). Gani telah pastikan kes Altantuya dijalankan tanpa melibatkan Najib dan membebaskan kawan baiknya Razak Baginda,”


“Jika siasatan dijalankan, (besar kemungkinan) mereka (Gani dan Musa) akan membongkarkan semula kes Najib dengan Altantuya,” kata Ahli Parlimen Subang itu kepada Keadilandaily.


Sivarasa berkata, pendedahan yang dibuat Mat Zain tentang pemalsuan bukti itu juga menunjukkan perkara sama tidak mustahil dilakukan dalam kes Fitnah II bagi mematikan karier politik Anwar.


“Apa yang telah disebut Mat Zain itu jelas menunjukkan pemalsuan bukti dalam kes fitnah 1 terhadap Anwar,” ujarnya.


Mat Zain dalam surat terbukanya mendakwa hukuman salah guna kuasa terhadap Anwar pada 1998 adalah silap kerana pihak pendakwaan memalsukan bukti.


Penipuan itu dibuat melalui tindakan Musa yang menjadi pegawai penyiasat ketika itu, dan Abdul Gani selaku pendakwaraya.


Najib sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya yang diletupkan dengan menggunakan bahan letupan C4 pada Oktober 2006.


Dua pengawal peribadi Najib iaitu ketua inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.


Sementara sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda turut dituduh bersubahat namun dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.


Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.

Ulama juga insan seni -TG Nik Aziz


KOTA BHARU, 9 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta masyarakat memahami pengertian insan seni sebenar kerana ulama juga tergolong dalam golongan artis.


Menurutnya, sekiranya artis dimaksudkan dengan insan seni malah golongan ulama juga mempunyai keseniannya yang tersendiri.

Katanya, kerana keseniannya itu golongan ulama berjaya meyakinkan golongan bukan Islam atau yang jauh dari Islam untuk mendekati dan menerimanya hasil kelunakan seni bahasa yang disampaikan ulama.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena kunjungi selebriti Oki Sentiana Dewi, heroin filem Ketika Cinta Bertasbih dari Indonesia dan selebriti dakwah Kapten Hafiz, di JKR 10, petang tadi.

Kedua-dua selebriti berkenaan akan menjayakan program ‘Bicara Selebriti’ ke-4, anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Cantre malam ini.

Menurut Tuan Guru, sebelum ini masyarakat hanya mengenali pelawak, pelukis, pelakon, penyanyi sebagai artis, namun golongan ulama sebenarnya adalah artis.

“Cara Rasulullah berdakwah juga mengikut seni sehingga manusia terpikat dengan ajaran Islam, al-Quran juga mempunyai seninya yang tersendiri sehingga bila mendengarnya manusia akan terpegun,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur pada golongan artis termasuk Oki Sentiana Dewi yang sudi datang ke Kelantan bersama ibunya.

Katanya, dengan kehadiran artis ke negeri ini akan melenyapkan tohmahan buruk masyarakat Kelantan menolak golongan terbabit. -Hrkh



Oki Sentiana Dewi di kuliah Tok Guru

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .