Ikuti Blog ini

Majlis Solat Hajat & Munajat Perdana



http://buletinonline.net/images/stories/berita/image023.jpgKuala Ibai, Kuala Terengganu – Sekretariat Jentera Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu menjemput semua muslimin dan muslimat bersama-sama menyertai program Munajat Perdana dan Solat Hajat akan diadakan di Masjid Pengadang Baru pada 15 Januari, 2008.

Ketua Sekretariat Ustaz Zakaria Dagang memaklumkan demikian
dari Markaz Besar PRK Kuala Terengganu disini hari ini.

Menurutnya munajat itu adalah untuk kita memohon kepada Allah SWT menganugerahkan keamanan dan kemenangan kepada PRK Kuala Terengganu dan khususnya kepada umat Islam di Palestine.


Program Munajat dan Solat Hajat akan bermula pada jam 3.00 pagi Jumaat diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Husin Ibrahim, Mudir Pondok Lubuk Tapah, Kelantan, Darul Naim.

Justeru sekretariat menggalakkan semua muslimin dan muslimat untuk berpuasa sunat pada hari Khamis 15 Januari, 2009

Semua Muslimin muslimat dijemput hadir.



Pilihanraya Kecil: Anwar - Ezam Semakin Merapu Dimakan Sumpah, Tiada Gunanya Melayan Badut Sarkas UMNO Itu Di Kuala Trengganu !!

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberi respon atau menjawab sebarang pertuduhan seperti yang dicabar oleh bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor mengenai dua perkara penting yang didedahkannya sewaktu berkempen di Kuala Terengganu kelmarin. Beliau sebaliknya mendakwa Ezam diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk meraih undi. "Saya tidak pernah respons kepada Ezam, sejak bila saya respons kepada dia? "Di Permatang Pauh mereka gunakan dia, setiap pilihan raya kecil dia akan digunakan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cabaran Ezam supaya menjawab pendedahan terbaru berhubung Semalam, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat. Malah Ezam turut mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan. Ditanya sama beliau ingin menafikan atau mengakui mengenai pendedahan Ezam itu, Anwar berkata, isu merupakan isu lama yang sudah tidak relevan. "Dia cakap mengenai isu bila, 1998? Sekarang sudah 2009, dia tunggu 11 tahun untuk fikir," katanya. Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata isu yang dibangkitkan Ezam tiada kaitan dengan pilihan raya kecil Kuala Terengganu. "Apa isunya? Saya tak nampak sebarang isu yang cuba beliau bangkitkan," katanya.



[Memang benar kata Anwar bahawa Ezam Md Nor kini bukan isunya. "Untuk Apa" melayan kerenah anak muda yang kini semakin "merapu" akibat dimakan sumpah keramatnya dulu. Jika di Permatang Pauh, tempat Anwar sendiri bertanding itu pun beliau tidak melayan kerenah Ezam. Maka apatah lagi di kerusi parlimen K. Terengganu
yang ditandingi oleh calon PAS. Justeru itu, Ezam sengaja ingin mencari isu bagi menagih simpati para pemimpin UMNO kononnya beliau kini melaksanakan satu tanggungjawab untuk menjatuhkan maruah Anwar. Namun Ezam harus ingat bahawa Kuala Trengganu bukan tempat Anwar. Maka jika maruah mantan TPM itu dijatuhkan sama sekali pun, belum tentu rakyat akan mengalih sokongan kepada UMNO dan BN. Kerana di Trengganu lebih banyak isu setempat daripada memainkan isu Anwar yang sudah 11 tahun berlalu itu. Simpati benar melihat "Badut Sarkis" UMNO bernama Ezam Md Nor ini, apakah beliau sekali lagi akan karam bersama labu-labunya di pilihanraya kecil Kuala Trengganu itu nanti].




Cek RM 403 Juta cuba selindung isu royalti



Kuala Terengganu, 12 Jan - Timbalan pesuruhjaya Datuk Wan Mutalib Embong semalam memperjelaskan ketika sidang media semalam, mengenai isu royalti yang cuba diselindungkan oleh UMNO/BN. Isu tersebut cuba ditutup dengan pemberian Mok Cek sebanyak RM 403 Juta kepada kerajaan negeri melalui Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said sebelum ini.


Datuk Wan Mutalib berkata, "Saya pun lihat sedutan daripada ucapannya semasa penyerahan mok cek bernilai RM 408 juta dan dikatakan ini adalah bayaran kedua bagi tahun 2007/2008. Bagi orang yang tidak mengetahui apakah dia royalti nampak ia sesuatu yang menggembirakan".
"Tetapi bagi orang politik yang tahu dan pernah terlibat dalam pentadniran kerajaan negeri, semasa ianya dirampas tentulah rasa kepahitan dan rasa tidak betul itu membara di dada" tambah beliau

Berkaitan kenyataan Najib bahawa isu royalti ini telah selesai, Datuk Wan Mutalib menegaskan, untuk mengatakan ia selesai perlu ada penghakiman dengan persetujuan yang dicatatkan di mahkamah dengan terma-terma yang menepati tuntutan rakyat negeri Terengganu.

Tuntutan antara lainnya ialah yang pertama mesti ada satu pengisytiharan bahawa hak ke atas royalti adalah hak rakyat dan hak Negeri Terengganu. Kedua, kerajaan pusat dalam apa jua keadaan dan perundangan, tidak ada hak untuk mencabuli dan merampas hak rakyat ini kerana ia telah pun diberikan melalui undang-undang yang sah. Ketiga, bayaran balik kepada rakyat Terengganu hendaklah bermula dari mula ia disekat bukan sekarang sekarang ini. Dan keempat, kerajaan pusat tidak ada hak dibwh undang-undang, ataupun perlembagaan peraturan kewangan untuk membelanjakan duit hak kerajaan Negeri Terengganu melalui apa yang dipanggil dana khas ataupun pemberian wang ehsan.

Beliau turut menjelaskan dalam kaedah pentadbiran negara hak negeri ini adalah hak terunggul.Tidak boleh kerajaan pusat menganggu perjalanan pembangunan kerajaan negeri,kerana telah ada peruntukan perlembagaan untuk kedua-dua peringkat kerajaan negeri.

"Oleh yang demikian apa-apa peruntukan bajet diperingkat negeri hendaklah diluluskan di peringkat negeri. Kerajaan Persekutuan tiada hak mencampurinya." jelas beliau.



PRK036 : Setianya pada BN tak berbelah bahagi walaupon........

Nie kawan dapat dari facebook TUAN GURU HJ HADI sewaktu kempen rumah ke rumah dijalankan oleh Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad wakil PKR.. anda lihatlah sendiri..dan buatlah keputusannya...









UMNO guna Budak Tadika



Umno telah menggunakan budak-budak dalam kerja politik mereka, lebih dahsyat ada yang belum mumayyiz lagi (Calon BN, Wan Farid Wan Salleh- Kanan Sekali berbaju putih)




Orang Cina dah berubah, Melayu bila lagi?



KUALA TERENGGANU, 12 Jan - Semasa berceramah di kampung kambing, Abd Wahid Endut bercerita berkenaan seorang wakil Cina telah berbisik kepadanya "YB jangan bimbang, masyarakat tionghua sokong YB. Cuma YB tolong jaga orang Melayu. Takut saat-saat akhir mereka berubah setelah dapat duit."


Abd Wahid berkata, beliau begitu sedih apabila yang berpesan itu adalah orang tionghua. Betapa lemahnya orang Melayu sendiri bila dilihat kaum lain mudah dibeli dengan wang ringgit. Betapa maruah melayu senang diperkotak-katikkan hanya kerana 'manisan' yang datang sewaktu pilihanraya sahaja.


Lim Guan Eng sewaktu ditemui semalam juga turut melahirkan kerisauan rasa yang sama terhadap pengundi-pengundi melayu di Kuala Terengganu. Taktik kotor BN dalam menggunakan faktor duit mempengaruhi undi.
Oleh itu, beliau meminta agar masyarakat berubah dan tetap pendirian serta tidak mudah dibeli oleh mana-mana pihak. Sokongan rakyat adalah penting bagi menjatuhkan kerajaan BN Umno yang ada sekarang.


Beliau yang turut menyatakan bahawa orang Cina sekarang jauh sudah sedar dan berubah, beliau mengharapkan orang melayu yang turut hadapi sengsara yang sama dibawah pentadbiran BN ini melakukan perubahan yang sama kerana pilihan raya kecil ini satu ujian getir kepada pemuafakatan parti-parti komponen BN.


"Jangan tertipu dengan hebatnya BN meracun fikiran rakyat dengan duit rakyat sendiri, duit yang yang sepatutnya dapat dinikmati rakyat secara berterusan itu hanya dapat sewaktu pilihanraya sahaja, adilkah rakyat diperlaku sebegitu oleh BN?" soal beliau.


Wahid ketika ditanya, beliau mengakui pertandingan kali ini sangat sengit dan hebat tetapi tidak bermakna Pas, pakatan rakyat tidak mampu beroleh kemenangan.


Pilihan raya kecil kawasan Kuala Terengganu 17 Jan ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pas yang mewakili pakatan rakyat, BN dan seorang calon bebas.


TV3 layak menjadi anggota komponan BN


Saban hari sejak hari penamaan calon sehingga malam ini saya perhatikan TV3 khasnya melalui siarana Buletin Utama jam 8.00 malamnya, telah benar-benar bertindak bagaikan ejen kempen pilihan raya Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Rupanya semakin lanjut usia TV swasta ini (25 tahun 2009 ini) semakin condong ia ke arah BN menjilat dan menjadi alat propaganda BN, bagaikan parti komponan BN pula lagaknya.


Saya menyatakan ini kerana sejak tanggal 8 Mac lalu kita saksikan TV swasta yang lain termasuklah Bernama nampaknya lebih seimbang, kalau tidak pun adil sepenuhnya, memberi juga ruang kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah, Pualau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan disamping terhadap aktiviti ahli-ahli parlimen PR. Dalam kes pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini kita lihat TV Bernama dan Astro Awani contohnya pemurah juga memberi ruang seadanya bagi PAS, tetapi TV3?


Inilah sikap mereka pra pilihan raya umum ke 12 lalu, jika mereka sudah terlupa. Kalau berita pembangkang, pasti dimulakan dengan kononnya fitnah pembangkang, putar belit pembangkang dan lain-lain yang buruk-buruk belaka. Tetapi BN dijulang, dilambung di usung bagaikan malaikat, bersih, baik, cantik, molek tanpa sedikit pun calar atau cacat-cela.


Tetapi apa berlaku, dalam pilihan raya itu rakyat kebanyakannya menolak segala propaganda liar, jahat dan berat sebelah mereka. BN terima kekalahan paling besar dalam sejarah mereka walaupun talibarut mereka seperti TV3 ini saban hari menyanyikan lagu-lagu merdu belaka bagi pihak mereka.


Ini membuktikan rakyat sudah bijak memikir dan membuat perhitungan. Mereka bukan ayam daging yang walaupun dimasukkan ke bakul menuju ke pusat penyembelihan, tenang dan akur tidak melawan. Rakyat era PRU ke 12 adalah rakyat yang bermaklumat, pintar dan berpelajaran.


Inilah jenis rakyat yang sama kita harapkan berada di Kuala Terengganu pada hari ini. Kalau TV3 menjadi nas dan ikutan bagi membuat keputusan, niscaya tergadailah maruah agama, bangsa dan negara kerana segala kandungannya hanya layak buat mereka yang buta mata hati dan yang merela diri melacur dan dilacur oleh dakyah dan propaganda jahat dan tidak bertanggungjawab.


Cukup-cukuplah TV3 jika mahu kekal sebagai sebuah stesyen TV swasta yang bermaruah dan punya harga diri. Tetapi kalau memilih untuk menjadi anggota komponan BN, maka lebih baik memohon cepat, kerana mereka kini setaraf IPF dan parti Nallakarupan yang sedang dan pernah memohon menjadi anggota komponan BN!




DAP sumbangkan LCD bergerak untuk bantu kempen PAS


KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara rasminya telah menyerahkan skin layar (LCD) yang besar kepada jentera pilihan raya PAS di Kuala Terengganu dalam usaha membantu kempen di sini.


ImagePenyerahan dibuat Guang Eng selepas satu sidang media khas berasam tiga pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pusat Media PAS, Kuala Ibai pada 11 Januari.


Turut serta ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden KeADILan, Mustaffa Kamli Ayub; veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dato' Mustaffa Ali; Calon PAS bagi PRK Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Adun Teja (Perak), Chang Lih Kang.


ImageMenurut Guan Eng, LCD itu diserahkan bagi memudahkan kempen penerangan diadakan secara bergerak kerana LCD itu akan diusung dengan lori.


Pemberian itu adalah tanda PAS dan DAP serta KeADILan adalah sangat komited antara satu sama lain dalam kerjasama yang diadakan Pakatan Rakyat, katanya.


DAP menyokong sepenuhnya calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang digelar 'MAWE' oleh Guan Eng, dan partinya akan terus berkempen untuk memastikan calon PAS menang di sini.


"Apapun kita akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat walaupun setelah habis pilihan raya kecil ini, kerana bagi kita walaupun ada perbezaan antara PAS dan DAP, namun ia bukanlah jurang, sebaliknya antara satu sama lain saling memahami.

Image

"Kita mengamalkan konsep bermusyawarah atau membincangkan antara satu sama lain bagi memutuskan hal-hal yang berkaitan dasar yang dipersetujui parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.


Beliau juga melahirkan rasa kesalnya apabila ada media arus perdana yang cuba melaga-lagakan PAS dan DAP dengan memainkan isu pelaksanaan hukum Hudud.


Walhal, isu Hudud sepatutnya tidak timbul dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini kerana ia bukan isu disini, katanya.


Beliau percaya, dengan komitmen yang diberi PAS, KeADILan dan DAP, calon PAS akan menang kerana 'mood' pengundi menyebelahi PAS.


"Cuma yang kita bimbangkan ialah pengundi hantu sahaja, ini yang kita akan hati-hati," katanya.


Sejurus selepas sidang media, Ustaz Abdul Hadi, Guan Eng dan Wan Azizah bersama-sama menekan 'key' pada lap top untuk melancarkan skrin LCD tersebut.


Skrin itu seterusnya akan dijadikan alat untuk dibawa ke sana ke mari untuk berkempen.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .