Ikuti Blog ini

Hari pertama umno dah menerima tamparan

calonp36_1


Pakatan Rakyat Berpadu Sokong Pas
Usaha Umno Kelirukan Orang Ramai Gagal

DALAM Umno atau agennya rancak mengatakan Pas kehabisan modal dan isu untuk dimainkan disepanjang kempennya selama 10 hari dalam pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu, 17 Januari depan hakikatnya Umno atau agennya yang kekeringan modal.

Salah satu isu yang dibangkitkan oleh beberapa blog pro Umno kononnya pemilihan Mohd Abdul Wahid Endut tidak mendapat restu golongan apa yang dinamakan Erdogan. Golongan ini katanya mahukan calon mereka, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Lantaran itu egen Umno membuat berbagai simpulan mudah berhubung perkara itu. Sudah pastinya pada penamaan calon tadi Pas diintip dan diperhati dari segenap sudut oleh Umno dan egennya untuk melihat sejauh manakah berlaku keretakan dalam Pas berhubung isu calon.

Mereka mengharap puak-puak yang dikatakan tidak sebulu dengan Pas Terengganu itu tidak menghadiri penamaan calon itu dan tidak memberi komitmen kepada pilihan raya berkenaan. Sebab itu mereka bersedia membuat spekulasi liar untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong Pas yang mana akhirnya memakan diri sendiri.

Misalnya terdapat sebuah blog yang membayangkan Husam Musa tidak kelihatan dan berperanan dalam pilihan raya berkenaan. Jelas sekali blog berkenaan sengaja mahu melemahkan Pas dan memperlihatkan Pas tidak sepadu dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.

Memang jika diintai dan dilihat kepada beberapa keping gambar di sekitar penamaan calon itu yang dipostingkan oleh beberapa blog tidak kelihatan wajah-wajah mereka yang dikatakan tidak sebulu dengan Pas Terengganu itu. Memang diakui kemunculan mereka tidak dominan seperti mana berlaku pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu. Pokoknya ia bukan disengajakan tetapi ada sebabnya.

Wajah-wajah seperti Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Dr Mohd Hatta Ramli, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain tidak ke depan dalam perarakan calon. Sebenarnya bukan mereka tidak berada di situ namun kerana terlalu ramai penyokong Pas yang mencecah puluhan ribu menyebabkan sukar untuk mendapatkan gambar mereka.

Bahkan ada pemimpin Pas tidak dapat masuk langsung ke tempat penamaan calon, antaranya Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman yang hanya mampu melilau di luar saja kerana bandar Kuala Terengganu penuh sesak.

Mungkin Mursyidul Am Pas itu tidak berarak bersama menuju ke pusat penamaan calon kerana keadaan kesihatannya. Bagaimana pun yang jelas Husam turut sama mengiringi Abdul Wahid Endut di mana satu ketika berjalan seiring dengan Presiden Pas itu. Sekeping gambar yang diposkan dalam blog Siasahdialy.blogspot.com menutup segala cerita dan menafikan spekulasi mengatakan Husam tidak berperanan pilihan raya berkenaan.

Hampir semua pemimpin utama Pas berada ditempat penamaan calon. Mereka mungkin tidak bersetuju dengan calon yang diketengahkan itu tetapi apabila perarakan 'perang' untuk melawan musuh (Umno dan BN) bermula mereka melupai segala titik bengkit dan melangkah sederap ke hadapan. Inilah semangat dan kecintaan orang Pas yang ditunjukkan kepada perjuangan mereka rela mengenepikan soal remeh temeh.

Mereka bukan seperti mana ahli atau pemimpin Umno seperti mana kata Timbalan Presidennya, Mohd Najib Razak yang sanggup menyembunyikan wang pilihan raya dan mementingkan kepada 3P, iaitu perut, poket dan pangkat.

Begitu juga hampir semua pemimpin tertinggi parti-parti Pakatan Rakyat turut sama berada di pusat penamaan calon di Stadium Negeri. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan lain-lain semuanya memberi semangat dan menyatakan sokongan kepada Pas. Mereka juga akan turut sama berkempen dan berceramah.

Sekiranya Umno dan egennya mahu memanipulasikan isu perpecahan dalam Pakatan seperti mana dicanangkan Mohd Najib sebelum ini ia tidak akan membawa manfaat besar kepada Umno dan calonnnya Wan Ahmad Farid Wan Salleh kerana perpecahan itu tidak berlaku sebaliknya Pakatan Rakyat erat dan padu serta mempunyai iltizam tinggi untuk menumbangkang Umno dan BN pada 17 Januari ini.

Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden Dr Wan Azizah Ismail juga akan turut sama berkempen dalam pilihan raya berkenaan. Difahamkan beliau baru pulang dari luar negeri hari ini. Dinasihatkan Umno dan BN carilah isu lain dan jangan terperangkap dengan isu perpecahan Pakatan atau Pas yang direkacipta dan ditokok tambah itu.


Kemenangan PAS di Kuala Terengganu penting - DAP

KOTA BHARU - Kemenangan calon PAS, Abdul Wahid Endut pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini cukup penting bagi Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Wanita DAP, Teresa Kok.

Beliau berkata, bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tersebut DAP turut sama berkempen membantu calon PAS yang bertanding.


"Malah Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw datang memberi sokongan semasa ceramah mengumumkan calon PAS di Kuala Terengganu pada 1 Januari lalu," katanya di sini, baru-baru ini.


Image

Pada pilihan raya kecil tersebut Abdul Wahid akan berdepan dengan Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili Barisan Nasional dan calon bebas, Azharuddin Mamat.


Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnnya Dato' Razali Ismail.


Teresa yang juga anggota Parlimen Seputih berkata, DAP memberi sokongan padu kepada PAS bagi merampas kembali kerusi Kuala Terengganu yang terlepas ke tangan BN sejak 2004.


ImageMalah katanya, beliau juga pergi ke Kuala Terengganu menemui masyarakat Cina bersama Abdul Wahid dalam satu kempen yang diadakan baru-baru ini.


"Pada kempen tersebut Abdul Wahid memberi hadiah bunga kepada wanita-wanita Cina yang ditemui. Keadaan itu begitu menarik sekali kerana ia jarang berlaku sebelum ini.


"Malah masyarakat Cina tempatan menerima kedatangan kami dengan ramah sekali," katanya.


Sementara itu, anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa hairan bagaimana begitu ramai anggota polis dikerah ke Kuala Terengganu bagi menghadapi pilihan raya tersebut.


Katanya, seramai 6,000 anggota polis dipunggah ke Kuala Terengganu seolah-olah mengggambarkan suasana tidak elok akan berlaku.


ImageMohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, situasi baru politik di kalangan pembangkang berlaku di negara ini bermula tahun lepas apabila dua parti yang berlainan ideologi dapat duduk bersama dalam satu pasukan.


"PAS dan DAP masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza, namun sekarang dapat duduk semeja dalam mentadbir beberapa negeri..


"Oleh itu kalau berlaku silap salah ia menjadi perkara biasa ke arah memantapkan lagi Pakatan Rakyat," katanya.





SOLAT HAJAT & AKIM TARIK DIRI



Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu berlansung pagi ini . Bagi pihak Pakatan Rakyat perarakan ke Pusat Penamaan Calon bermula dengan solat hajat dan dianggarkan hampir 40 ribu orang menyertai perarakan Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS Yb. Mohd Abdul Wahid bin Endut .

Solat hajat sememangnya telah menjadi tradisi PAS justeru Feqh Amal Islami telah mengajar kita semua bahawa kemenangan dan kejayaan adalah milik Allah swt. Maka menjadi satu kewajipan kita memohon segalanya dari Allah Azza wa Jalla .

Setelah segala upaya dan daya dikerah maksima mungkin untuk memartabatkan Islam di atas tanahair kita , Allah swt jualah tempat kita bertawakkal dan bermunajat memohon kekuatan dan petunjuk seterusnya nusrah dan mau'nah , agar cita - cita suci perjuangan ini berhasil dan mencapai kejayaan dengan gemilang .

Turut menggemparkan pagi ini dan mungkin ia adalah isyarat awal turunnya pertolongan Allah swt apabila AKIM yang pada mulanya dijangka turut bertanding dalam pilihanraya kecil ini telah menarik diri dari pencalonan . Lebih menarik apabila calon AKIM Harun @ Abdul Rahman Mohamad sebaik mengumumkan penarikan dirinya , telah menyeru agar semua pengundi memberi sokongan dan mengundi PAS dalam pilihanraya kecil ini .

Semoga Allah memenangkan perjuangan ini .


http://buletinonline.net/images/stories/berita/akimtarikdiri.JPG
Kuala Terengganu - Calon Akim (Angkatan Keadilan Insan Malaysia), Harun @ Abdul Rahman Mohamad hadir ke pusat penamaan calon, namun tidak menyerahkan borang pencalonannya.

Kira-kira jam 9.30 pagi, bertempat di lobi Stadium Negeri beliau telah membacakan kenyataan empat perkara dan menarik diri dari bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau berkata sebab-sebab beliau menarik diri adalah kerana hasratnya ingin melihat Islam sebagai landasan perjuangan bagi orang Melayu Islam di negeri ini.

Katanya dasar perjuangan AKIM dan PAS mempunyai persamaan justeru dengan rela hati beliau memberi keutamaan kepada calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut yang juga ADUN Wakaf Mempelam.

Katanya Mohd Abdul Wahid mempunyai ciri-ciri dan kriteria sebagaimana yang dikehendakki dan diperlukan oleh masyarakat Islam.

Dalam kenyataannya juga beliau berhasrat untuk melihat satu perpaduan terbentuk antara parti-parti politik bersatu untuk menumbangkan UMNO/BN yang dilhat sebagai tidak relevan lagi.

Justeru itu beliau menyeru semua penyokong-penyokongnya dari parti AKIM, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli serta penyokong UMNO untuk menyokong PAS dalam pilihanraya ini.

“Saya menyeru kepada semua penyokong AKIM, Keadilan dan UMNO memberi sokongan kepada PAS,”tambahnya.

Dalam mengulas penarikan diri calon AKIm tersebut Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang berkata ia adalah satu perkembangan yang baik kepada PAS.

Beliau yang ditemui di pusat pencalonan turut memberi sokongan moral dan mengiringi calon PAS bersama puluhan ribu yang lain.

PRK KUALA TERENGGANU : HAJAT BN PECAHBELAHKAN PR TERNYATA MELESET





Hajat BN untuk memporak-perandakan PR tidak kesampaian apabila pemimpin-pemimpin DAP turut sama berarak pada majlis penamaan calon PRK Kuala Terengganu pagi tadi.

Antara pemimpin DAP yang kelihatan ialah Pengerusinya, YB Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok dan lain-lain. Ternyata BN dan media mengampu gagal mencapai matlamatnya hendak mengeruhkan hubungan PAS-DAP.

Sementara itu ribuan ahli Kelab Penyokong PAS terdiri dari kaum India dan Cina turut sama mewarnai perarakan calon PR pagi tadi. Penyokong-penyokong Kaum India memakai T-Shirt tradisi mereka berwarna merah dengan gah dan bersemangat mengiringi calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS.



Calon Bebas anak SUP Menteri Besar Terengganu

Calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu Azharuddin Adam, adalah seorang ahli perniagaan dan merupakan anak kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu Tan sri Wan Mokhtar Ahmad.


Sebelum menjadi setiausaha politik kepada wan Mokhtar, Ayah beliau, Adam Taib merupakan pengarah pelajaran negeri Terengganu.

Kemudian beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Wan Mokhtar selepas bersara wajib dari Jabatan Pelajaran Terengganu.


Adam Taib menjadi SUP MB sehingga tahun 1999 dan kemudian kerajaan Terengganu bertukar tangan kepada PAS.


Pada tahun 2004 selepas BN dapat menawan semula Terengganu dengan cara yang sangat jijik, Ayah kepada Azharuddin ini dilantik pula sebagai pengarah U-Best di zaman Idris Jusoh.


U-Best adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang dibentuk menggantikan unit Pembangunan Insan dizaman Kerajaan PAS.U-Best dilihat bekerja untuk kepentingan Umno.


Azaharuddin merupakan ahli perniagaan yang dikatakan sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang ada pada hari ini kerana beliau seringkali dipinggiran sejak akhir-akhir ini.

PETANDA KEMENANGAN


Tiga calon disahkan layak bertanding dan pengesahan telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil P.36 Mat Razali Kasim pada jam 11.30 pagi.
.
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot.
Calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
Bermula dari pemilihan calon sehinggalah perjalanan proses penamaan calon pada hari ini memberi isyarat bahawa kelebihan memihak kepada calon Pas, YB Hj. Abdul Wahid Endot. Calon yang mempunyai rekod bersih dan boleh diterima oleh semua pihak serta diberitakan lebih 40 ribu mengiringi calon Pas dalam proses penamaan calon pada hari ini.

Umno sejak awal-awal lagi mengakui bahawa peluang kedua-dua pihak dalam pilihanraya kecil ini agak seimbang. Malah Ketua Penerangannya Tan Sri Muhd. Md. Taib, mengakui bahawa calon BN (Umno) bukan pilihan.

Tun Dr. Mahathir pula menyifatkan calon yang dipilih oleh Umno dalam pilihanraya kecil ini adalah yang paling 'buruk'.

Sama ada Umno ada strategi permainan psikologi dengan agak merendah diri tidak dapat dipastikan. Apa-apa pun adalah diharapkan Pas tidak terperangkap dengan sebarang taktik dan perang psikologi yang dilakukan oleh Umno. Gerak kerja tersusun dan berterusan perlu dilakukan. Setiap pengundi dari setiap jalan dan lorong serta pelusuk kampung perlu ditemui untuk menjelaskan visi dan misi Pas. Walaupun ada pengundi yang adalah 'umno totok' mereka perlu didekati, paling tidak pun dalam mesej menyampaikan dakwah.

Walau bagaimanapun saya cukup yakin Pas hari ini cukup matang berpolitik sesuai dengan usianya lebih setengah abad menelusuri perjuangan dakwah dan melalui pelbagai asam garam pilihanraya.


Kertas pencalonan diterima, tiga calon kemukakan borang



KUALA TERENGGANU - Proses penyerahan borang pencalonan ditutup kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.


Tiga calon sudah menyerahkan borang masing-masing termasuk satu calon bebas iaitu Azharuddin Mamat berusia 46 tahun.


Sekarang tempoh bantahan dibuka kepada semua calon yang bertanding.


BERITA SEBELUM INI


FRU arahkan penyokong PAS jauhi pintu Stadium Negeri


Pasukan FRU yang tiba kira-kira pukul 10.05 pagi mengarahkan penyokong Pakatan Rakyat meninggalkan kawasan pintu masuk stadium negeri bagi mengelakkan berlakunya kekecohan sekali lagi.


Biarpun yang bertindak liar adalah penyokong BN tetapi yang diarahkan tinggalkan kawasan pintu masuk stadium adalah penyokong Pakatan Rakyat.


Jumlah penyokong Pakatan Rakyat setakat ini dianggarkan melebihi 40,000 orang manakala penyokong BN pula kurang dari 10,000 orang.


Diluar Pusat Penamaan calon. penyokong dan pengiring calon PAS bagi P036 ini masih tidak berganjak walaupun panas terik.

Mereka tetap sabar menunggu sehingga keputusan calon yang layak bertanding diumumkan. Dalam pada itu, Kelab Penyokong PAS dari masyarakat India dan Cina juga turut serta mengiringi calon PAS, YB AB Wahid Endut ke Pusat Penamaan Calon.



Calon Akim tarik diri dan minta pengundi sokong PAS




KUALA TERENGGANU - Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahman Mohamad mengumumkan menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi tadi.


Harun mengumumkan penarikan diri beliau sepuluh minit selepas memasuki Stadium Negeri.


Beliau turut menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut.


Harun menjelas beliau menarik diri kerana dasar perjuangan Akim dan PAS adalah sama.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .